Ingatlah. Kita adalah anak kepada seorang ibu, seorang ayah. Kita adalah seorang abang atau kakak atau adik. Kita adalah seorang ayah atau ibu atau bakal ayah atau ibu.
Maka sebelum kita menyusahkan orang lain, anak kepada seorang ibu, seorang ayah. Sebelum kita susahkan seorang abang atau kakak atau adik. Sebelum kita susahkan seorang ayah atau ibu atau bakal ayah atau bakal ibu. Ingatlah siapa diri kita ini. Jika kita susahkan orang lain. Jika kita sakitkan orang lain. Jika kita risaukan orang lain. Jika kita zalimi orang lain. Perbuatan kita ada kemungkinan akan menyusahkan kita. menyakitkan kita. Merisaukan kita. Menzalimi kita.
Kerana kita tidak dapat lari daripada keadilan Yang Maha Adil. Mungkin kita terelpas di dunia ini, tetapi balasan yang setimpal dengan tindakan akan kita terima di akhirat jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan