Ramai yg sanggup melakukan apa sahaja untuk keluarga dan kawan. Saya tidak terkecuali. Untuk mereka yg tertentu, saya sanggup lakukan apa sahaja. Tetapi dgn izinNya.
Dalam keadaan tertentu, kita terdorong melakukan sesuatu tanpa berfikir. Adakalanya kita lakukan sesuatu kerana kita tidak mahu berfikir panjang. Jika kesan adalah baik kpd kita sbg makhlukNya, utk dunia dan akhirat, alhamdulillah. Jika sebaliknya, sanggupkah kita tanggung kesannya, terutama di akhirat? Saya pernah terdorong ingin melakukan sesuatu utk seorang kawan. Tanpa berfikir panjang. Alhamdulillah, niat saya untuk melakukan sesuatu, tidak berjaya kerana rahmanNya. Jika saya berjaya dgn niat saya, mungkin kesannya adalah negatif kpd saya. Sebelum kita lakukan sesuatu, fikirlah kesan kpd kita, kpd keluarga dan kawan kita. Fikirlah kesan kpd mereka yg sangat kita sayangi, kita kasihi. Adakah kesan itu akan positif atau negatif? Yang lebih penting, apakah kesan jangka panjang iaitu di akhirat kpd kita?
Apabila kita ingin melakukan sesuatu, kita selalunya terlupa bhw kita sepatutnya melakukan sesuatu kerana Allah Ta'ala. Itulah matlamat yg terbaik kerana kesannya adalah positif kpd kita dan mereka yg kita kasihi. Lakukan sesuatu atau tidak lakukan sesuatu kerana kita takut kpd Allah. Janganlah kita lakukan sesuatu atau tidak lakukan sesuatu kerana kita takut kpd manusia atau makhlukNya yg lain. Janganlah kita lupa, bahawa Yang Maha Berkuasa, hanyalah Allah sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan