Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Februari 29, 2024

Langgar Siling

Dikaitkan dgn halangan utk kenaikan pangkat. Biasanya dikaitkan dgn kerjaya wanita di dunia pekerjaan yg majoriti adalah lelaki. Ianya menjadi asas utk perjuangan kesaksamaan bagi wanita di alam kerjaya.

Saya juga boleh dikatakan melanggar siling. Tahap kelayakan akademik penyebab utama saya langgar siling. Tanpa phd, amat sukar nak naik jawatan. Tetapi tidak mustahil.

Dalam aktiviti 'caving', terutama dalam gua yg rendah ketinggiannya, saya biasa terlanggar siling. Tapi, jika ada persediaan spt topi keselamatan, lampu suluh, pengalaman peribadi, dan jurupandu, dapat elak atau kurangkan kesakitan akibat terlanggar siling atau stalaktik/ stalactite.

Langgar Dinding

Biasa disebut, 'hitting the wall'. Ianya diandaikan umpama berhadapan dgn halangan. Atau hadapi cabaran yg buat kita tidak boleh maju lagi. Biasa dikaitkan dgn tangga gaji.

Petang tadi saya terlanggar dinding. Lebih tepat, terlanggar bucu 2 dinding. Semasa beriadah, bermain ping pong dgn pensyarah muda di fakulti. Mungkin sebab lama tak main. Mungkin sebab ruang yg kecil.

Langgar dinding tadi memang sakit. Tercalar siku. Tapi, langgar dinding gaji beri kesakitan emosi, mental, dan kewangan. Lebih sakit drpd langgar dinding sebenarnya?

Selasa, Februari 20, 2024

Kurangkan Kos Negara

Kurangkan pekerja asing bekerja di pertanian, pembinaan, perkilangan, mungkin boleh 

1. Kurangkan kos kehidupan rakyat Malaysia

2. Kurangkan jenayah (majikan xbayar gaji -  pekerja mencuri merompak, kurang pemandu kenderaan tanpa lesen kemalangan)

3. Kurangkan pecah amanah (kurang salahguna kuasa)

4. Kurangkan kos perumahan (sewa rumah turun, harga rumah turun)

5. Kurangkan aliran ringgit ke luar negara, nilai ringgit meningkat berbanding matawang asing),

Dll

Isnin, Februari 12, 2024

Betul dan Benar

Dlm bahasa inggeris, betul adalah right, benar adalah true/ truth. Amanah pula adalah trust/ trusted/ trustworthy.

Seorg yg amanah lebih tinggi darjat drpd yg benar? Seorg yg benar lebih tinggi darjat drpd yg betul? Yg betul lebih tinggi drpd yg berilmu?

Apabila kita suka kpd seseorg, sesuatu kumpulan, sesuatu organisasi, kita biasapercaya kpd mereka. Yg penting percaya dan yakin kpd yg amanah. Yg amanah akan benar, betul, berilmu.

Rabu, Februari 07, 2024

B.A.(Hon)

Sekrg, hampir semua program sarjana muda, dikenali dgn sarjana muda (kepujian), ata bachelor degree (honours). Ini kerana hampir semua program sarjana muda adalah selama 8 semester, biasanya 4 tahun di ipta.

Dulu sarjana muda dikenali sebagai ijazah sarjana muda. Ramai mendapat sarjana muda (am) dgn pengajian minima 3tahun. Iaitu biasa disebut general degree. Hanya mereka yg cemerlang keputusan akademik, akan sambung belajar ke tahun 4, utk dapat honours degree.

Ipts, dgn 3 sem setiap tahun keluarkan graduan sarjana muda, dlm tempoh 3 tahun. Ini dgn memenuhi minima 120kredit, utk dapat sarjana muda dgn kepujian. Tapi, perlukah sarjana muda dgn kepujian utk semua graduan?

Selasa, Februari 06, 2024

Pimpin

Pimpin dlm bahasa inggeris bermakna lead, tunjuk dari depan. Tapi dalam bahasa melayu, pimpin boleh dari depan, boleh dari sisi, boleh dari belakang (dipimpin).

Sebelum kita memimpin, kita perlu dipimpin. Utk dipimpin, kita mesti dengar dahulu. Semak apa yg didengar dengan mengulang secara lisan, atau secara perbuatan. Jika tidak betul, kita diberitahu kesilapan kita.

Seorang pemimpin mesti berilmu. Seorang yg beramanah adalah seorg yg berilmu. Seorg pemimpin dipercayai apa yg dikatakan dan apa yg dilakukannya. Seorg pemimpin mesti berkongsi ilmu yg ada. Jika seorg tidak amanah, dia tidak boleh jadi pemimpin.

Sabtu, Februari 03, 2024

Negara Maju

Kita dibiasakan, antara tanda sebuah negara maju, adalah tahap pendapatan rakyatnya. Kita sasarkan pendapatan purata setahun rakyat kita mengikut definisi negara lain.

Kita sentiasa mudah terpengaruh dgn cadangan, pandangan pihak lain. Pencapaian, gaya hidup kita dilihat mereka bertaraf rendah, tidak spt mereka. 

Pengukuran pendapatan biasa gunakan dlm bentuk usd. Tidak sesuai utk kita. Negara maju jika rakyat sejahtera, dunia dan akhirat.