Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Disember 31, 2013

Tahun Baru Tempat Kerja Baru

bermula 1 januari 2014, dua staf pentadbiran fsr akan memulakan tugas di tempat baru. ianya sebahagian drpd kitaran kerja staf pentadbiran uitm. pelbagai sebab staf berhijrah ke tempat baru.

jika dulu dikatakan kita kerja di satu tempat sehingga pencen. ianya bermakna apabila kita bermula bekerja di satu tempat/organisasi, maka kita dijangka akan tamatkan pekerjaan kita di situ juga. itu dulu. sekarang berubah tempat kerja tidak bermakna seseorang itu tidak setia kpd organisasi. sebaliknya, ramai yg bertukar tempat kerja utk kebaikan diri dan organisasi.

elakkan drpd kita sudah tidak lagi produktif kpd diri dan organisasi tetapi kita tidak ingin berhijrah. perbuatan sebegini adalah satu perbuatan mengambil hak orang lain sebab seeloknya organisasi menggajikan seorang yg beri kebaikan kpd organisasi dan stafnya. jika ada yg lebih baik dan layak, eloklah kita sedar sudah tiba masa untuk kita berhijrah atau berundur. jika tidak, kita kena jawab di akhirat.

Isnin, Disember 30, 2013

Tahun Baru Dan Sambutan

pada penghujung tahun kita biasa akan semak pencapaian kita berbanding matlamat disasarkan pada setiap tahun. dan kemudiannya kita akan sasarkan matlamat baru utk tahun baru.

ada yg sentiasa sasarkan matlamat hampir sama pada setiap tahun. ramai yg sasarkan utk berjaya. tetapi biasanya berjaya di dunia. ianya berjaya secara kaya di dunia. sasaran naik pangkat, sasaran naik gaji, sasaran kereta lebih besar, sasaran rumah lebih besar. kebiasaannya jarang atau tidak ramai membuat matlamat sasaran untuk lebih banyak kaya dgn bekalan akhirat.

mungkin sebab ramai rasa diri masih kebal. mungkin ramai pada setiap tahun rasa akan sentiasa ada masa lagi utk sambut tahun baru. maka ramai sasaran tinggal sasaran. maka ramai yg sentiasa tersasar. antara bukti sentiasa tersasar atau pencapaian lari atau akan sentiasa lari daripada matlamat adalah cara kita sambut tahun baru. tahun baru bagi islam adalah ikut kalender hijrah. maka yg suka sambut tahun baru gregorian sudah mulakan langkah dgn cara yg salah.

Jauh - Dekat

biasanya kita bincang tentang jarak perjalanan. biasanya jauh dan dekat berkait masa perjalanan.

perjalanan ada permulaan. perjalanan ada penamatnya. dan biasanya yg berjalan akan menyemak di mana beliau berada sekarang. soalan biasa adalah 'jauh ke lagi'. komen biasa adalah 'lambatnya'. ini jika perjalanan di dunia dari satu tempat ke satu tempat. perjalanan utk berjaya di dunia.

ramai yg lupa mengingatkan diri perjalanan hidup kita. setiap saat kita makin jauh dari permulaan hidup kita. setiap saat kita makin dekat dgn penghijung hidup kita di dunia. ianya bermakna setiap saat masa kita menyediakan bekalan akhirat makin singkat.

maka bersamalah kita ingat2kan untuk sediakan bekalan bukan utk di dunia shj. yg penting adalah bekalan di hari kemudian. di mana pangkat, kekayaan material, keturunan boleh menjadi beban jika tidak digunakan dgn penuh amanah dan tanggungjawab.

Ahad, Disember 29, 2013

Cuti

hujung tahun ramai bercuti. ramai yg bercuti kerana pada hujung tahun adalah juga cuti persekolahan. maka hujung tahun antara masa sesuai untuk bercuti satu keluarga.

ada yg bagitau bhw masyarakat barat merancang kalender tahunan dgn bekerja selama 48minggu dlm setahun. 4 minggu lagi dlm setahun iaitu pada hujung tahun adalah untuk bercuti. masyarakat barat atau ada yg berkata masyarakat agama tertentu bercuti sempena sambutan agama sehingga 1 januari.

saya juga bercuti pada hujung tahun. antara sebabnya utk gunakan peruntukan cuti yg ada. dan juga kerana tujuan cuti utk pulihkan kesihatan diri melalui rehat. semakin berusia, semakin lambat pemulihan diri. ada kalanya badan bagitau bhw diri ini perlu bercuti. antara cara diingatkan adalah dgn kesakitan.

Ilmu dan Kesombongan

biasanya ilmu mempunyai korelasi yang negatif dgn kesombongan. lagi tinggi ilmu, makin rendah kesombongan. yang layak sombong hanyalah allah. ada yg bagitau bhw jika kita ni sombong, maka kita derhaka kpd allah.

tetapi manusia lupa. atau manusia tidak tahu. lupa atau tidak tahu sebenarnya menunjukkan tahap ilmu kita. malah ada yg kurang ilmu, tetapi sombong. bahasa kasar adalah bodoh sombong.

jika yg kaya tetapi sombong, hidung tinggi, kedekut - ianya tanda seseorang itu masih kurang berilmu. atau mungkin ilmu yg disangka ada sebenarnya ditarik balik oleh yg maha berilmu. jadi mereka yg bodoh sombong bagi saya tidak perlulah kita nak berkecil hati. sebaliknya kita mesti bersyukur kerana kita bukan seperti mereka. dan berdoalah supaya kita tidak berkawan dgn mereka ini atau tergolong spt mereka.

berdoa utk tidak sombong menunjukkan kita berilmu. berdoa utk tidak tamak dan dijauhi daripada rezeki yg tidak halal adalah tanda kita berilmu.

Sandiwara Senduwira

ramai yg menjadi pemimpin atau ingin menjadi pemimpin adalah pelakon. iaitu mereka sebenarnya berlakon dgn membaca dan menghafal skrip. mereka akan berkata2 dgn kata2 yg boleh mempengaruhi pengikut atau bakal pengikut utk pilih mereka sbg pemimpin baru atau terus memilih mereka sbg pemimpin.

ada yg berkata hidup adalah lakunan kerana dunia adalah satu pentas. tapi bagi yg sedar, hidup adalah ujian dan keputusan ujian di akhirat nanti. mereka yg suka berlaku, suka bersandiwara adalah mereka yg suka hidup tidak berpijak di bumi nyata. pelakon ini adalah mereka yg suka hidup di awang2an. sebagai pelakon, mereka mengharapkan bayaran yg tinggi di dunia utk membolehkan mereka hidup mewah berbanding pengikut yg menjadi penonton lakonan pemimpin.

maka sandiwara adalah cara kehidupan seorang pemimpin yg suka berpura2. mereka ini tidak ikhlas, mereka ini hanya manis di mulut. lain orang lain bicara mereka. maka hanya mereka yg sedar akan sandiwara yg diulang2 ini akan menangis. menangis sebagai wira yg sedih dgn pengikut dan penonton yg memuja pemimpin yg tidak ikhlas dlm menjalankan tugas dan tanggungjawab secara beramanah. walaupun peringatan dan teguran dilakukan berulangkali oleh wira yg berilmu, namun pengikut yg suka kpd lakonan dunia tetap memilih pemimpin yg hanya pentingkan diri pemimpin shj.

Sabtu, Disember 28, 2013

Pilih Pemimpin

adalah tanggungjawab bersama dlm memilih pemimpin. tanggungjawab bakal pengikut. juga tanggungjawab pemimpin yg berada di atas yg punya kuasa tentukan pemimpin utk peringkat bawahan.

kuasa yg ada utk pilih pemimpin adalah satu amanah. elakkan pemimpin yg cakap tak serupa bikin. yg cakap 'pintu saya sentiasa terbuka' tetapi sebenarnya minda beliau tertutup. jika dah berulangkali terbukti demikian cara hidup pemimpin sedia ada atau bakal pemimpin baru, maka adalah tanggungjawab kita utk pastikan mereka seperti ini tidak dipilih (semula) sebagai pemimpin.

elaklah mereka yg kononnya berjiwa rakyat tetapi ambil hak rakyat. elakkan mereka yg kononnya perihatin dgn banjir tetapi sebenarnya mereka tidak kisah menebang balak utk tembolok mereka. elakkan mereka yg kononnya baik dgn yg miskin tetapi sentiasa utamakan yg kaya material. mereka ini boleh dilihat dgn cara kehidupan mereka. mereka ini sentiasa bangga dgn kekayaan dunia tetapi menunjukkan kemiskinan dalaman. bersama kita doakan semoga kita tidak memndapat pemimpin yg ingin kuasa utk kaya dunia mereka shj.

Selasa, Disember 24, 2013

Hala atau Huru Hara

pilihlah. mempunyai hala. atau menjadi huru hara.

adakah sama mempunyai hala dgn berhala? berhala di sini bermaksud bermatlamat. bukannya patung atau sebarang objek yg dijadikan pujaan sesat. jika kita tiada hala tujuan dlm hidup kita, maka kita akan sesat. atau kita tidak akan capai hasrat kita.

sebagai pemimpin, perlu menetapkan hala tuju organisasi. setelah tahu hala tuju organisasi, maka pengikut akan juga tetapkan hala tuju sendiri supaya seiring dgn hala tuju organisasi. hala tuju pemimpin mestilah sama dgn hala tuju organisasi. jika hala tuju organisasi, pemimpin dan pengikut adalah berbeza, maka organisasi akan jadi huru hara. organisasi yg huru hara bermakna organisasi yg tidak berorganisasi atau disorganized.

maka adalah tanggungjawab pemimpin memastikan organisasi tetap utuh strukturnya dgn mempunyai hala tuju yg jelas dan dikongsikan dgn anggota organisasi.

Isnin, Disember 23, 2013

Pimpin dan Ikut

setiap kita adalah pemimpin. setiap kita juga adalah pengikut. ada masa kita memimpin. ada masa kita dipimpin, ada masa kita diikut. ada masa kita mengikut.

ada berkata kita jadi pemimpin bergantung kepada keadaan. ada secara sukarela. ada secara terpaksa. ada masa sebab fardu kifayah. walaupun kalau boleh tak yahlah jadi pemimpin.

ada yg sangat seronok jadi pemimpin. ada yg sangat seronok jadi pengikut. maka yg sangat seronok akan cuba mengelak drpd berubah jawatan. ada yg sebab seronok dgn kuasa yg ada. ada yg sebab seronok dgn tanggungjawab dan amanah yg tak ada.

siapa pemimpin kita mencerminkan siapa kita. siapa pengikut kita juga mencerminkan siapa kita. jika kita bagi kacang, kita dapat monyet (give peanuts, get monkeys). sudah tentu kita tak mahu jadi pemimpin atau pengikut monyet.

Keperluan Hidup

saya bertanya kepada pelajar kelas saya sebelum saya mengikuti misi mercy ke kuantan dan kemaman 'apa keperluan untuk dibawa bersama misi ini?'. macam2 jawapan diberi. makanan. pakaian. duit. dan banyak lagi.

sebelum membantu orang lain, bantulah diri sendiri. maka sebelum kita fikir keperluan orang lain, fikirlah keperluan diri dahulu. jangan kita berniat baik nak bantu orang lain tetapi kerana lupa keperluan diri, kita pula yang perlu dibantu orang lain.

maka, apa keperluan hidup kita? untuk produktif iaitu berupaya beribadah kepadanya, kita perlu sihat. untuk sihat kita mesti boleh makan dan boleh membuang sisa (input, proses dan output). manusia terdiri drpd jasmani, mental, emosi dan rohani/spiritual. kesemuanya perlu diberi makan dan diberi peluang membuang/mencuci hampas. yg amat penting adalah kesihatan rohani.

keperluan hidup bukan shj hidup di dunia tetapi di akhirat juga.

Sabtu, Disember 21, 2013

Banjir Sebagai Satu Peringatan

11 hingga 14 dis 2013, saya berpengalaman sbg sukarelawan mercy malaysia. Apabila menerima pertanyaan ttg kesediaan utk membantu di kawasan banjir di kuantan dan kemaman, saya menerima peluang tersebut.

Asalnya sy patut ke pantai timur dgn kenderaan sukarelawan lain. Tapi pd 11 dis, sy lebih selesa memandu kuda padi saya ke sana. Alhamdulillah, kawan lama yg juga pgrh mercy sudi menemankan sy.

Pengalaman perjalanan pergi dan balik tidak cukup dikongsi dlm satu tajuk shj. Tetapi ia mengingatkan saya bhw banjir adalah satu peringatan. Banjir adalah ujian allah kpd makhluknya yg juga hambanya. Harta yg dipinjamkan sbg amanah adalah haknya. Maka allah berhak menariknya pada bila2 masa. Tiada yg mampu menahan kudrat dan kuasanya, walaupun seorang itu raja, menteri, kaya pangkat, kaya harta (sementara), dll.

Maka kita tiada hak utk sombong dgn rezeki milik allah jua. Kita mesti bersyukur selagi kita ada masa utk diberi peringatan utk perbaiki diri kita dan mereka yg kita kasihi. Semoga banjir menjadi teguran positif kpd semua.

Khamis, Disember 19, 2013

Bersyukur dgn Kawan Setia

Alhamdulillah, baru2 ini dpt bersama 4org kawan lama. Seorg sejak sekolah rendah. Yg lain2 sejak 1980. Maka januari 2014 dah kenal kurang2 34tahun.

Masing2 boleh dikira berjaya dlm kerjaya masing2. Mungkin saya ditahap terendah. 3 org pakar perubatan. Seorng pengrh berkaitan khidmat perubatan. Dan saya pada minggu tersebut ditugaskan ke mobile clinic - setelah tgk surat lantikan.

Tiada yg sombong dgn yg lain dgn kejayaan dicapai. Bersama kami bangga dgn pencapaian individu. Masing2 sedia berjumpa apabila dipanggil. Malah seorg sanggup meninggalkan majlis utk menunggu menjamu kami makan malam. Seterusnya kami sambung berkongsi kisah hidup di rumah beliau.

Alhamdulillah. Terima kasih kawan dan juga saudaraku. Bukan shj mereka kaya harta dunia, pangkat besar, malah kaya budipekerti walau dgn saya yg sy kira tahap paling bawah. Maka sy xhairan dgn yg nk menunjuk2 kaya kpd saya kerana kaya luaran perlu dikasihankan

Tak Hairan

Dlm bahasa org putih dimaksudkn sbg not amazed. Not impressed. Tak kagum pun.

Ianya berkaitan kekayaan material. Sy xbangga atau dengki selain xkagum atau xhairan ttg kekayaan material yg ingin ditunjuk2kan. Bg sy, yg nk menunjuk2, nk mempamer2kn, nk tayang harta yg dia ada mungkin sebab dia xtahu dan xpandai bersyukur. Mungkin nk dpt pujian kerana ada low self esteem atau inferiority complex.

Sy xhairan dgn mereka yg dpt kekayaan dunia secara tidak jujur, tidak amanah, sbg towkay judi, towkay balak yg sebabkan kerosakan alam sekitar, dll. Lagi bnyk harta lagi bnyk amanah. Lagi bnyk kena jawab dari mana dapat dan ke mana perginya.

Sabtu, Disember 07, 2013

Ilmu Alam

antara matapelajaran di sekolah yg saya minat adalah ilmu alam. semasa di sekolah rendah di panggil ilmu alam. semasa di sekolah menengah dipanggil geografi. semasa di universiti dipanggil 'environment'.

banjir adalah kejadian alam semula jadi. tetapi teruk atau sebaliknya bergantung juga kepada bagaimana kita uruskan alam kita. jika kita menbang balak seperti orang gila, menambak rizab sungai seperti mereka yg tak belajar ilmu alam, menarah bukit dan gunung, dan mendirikan bangunan di tepi sungai, dilereng bukit dan berhampiran tasik, maka kesannya akan berat kepada masyarakat.

yang untung towkay balak. yg untung yg kerja tanpa tanggungjawab dan amanah dlm meluluskan perancangan pembangunan tanpa memikir kesan kepada alam sekitar. jadi, jawablah kpd yg maha esa yg telah mengamanahkan kpd kita utk menjadi pemimpin mentadbir bumi ini dgn aman dan selamat utk semua.

Khamis, Disember 05, 2013

Perasan Pandai dan Betul

jika kita terasa pandai dan betul. jika kita perasan pandai dan betul. tetapi hakikat sebaliknya. kita patut kasihan kpd yg berperasaan dan perasan sedemikian.

tiada manusia yg sempurna. hidup adalah satu ujian. jika kita seorang yg angkuh, bongkak, sombong. maka ianya kemungkinan satu tanda kita gagal dalam ekhidupan kita walaupun kita mungkin berpangkat tinggi, berharta banyak dan mcm2 ber lagi.

hakikatnya kita yg sombong, bongkak dan angkuh serta tak boleh ditegur adalah seorang yg kurang ajar (memetik kata seorang bos hehehe). biarlah luncai terjun dgn labunya. jika kita tak hormat kpd orang lain, bagaimana orang lain nak hormat kita?