Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Disember 23, 2013

Keperluan Hidup

saya bertanya kepada pelajar kelas saya sebelum saya mengikuti misi mercy ke kuantan dan kemaman 'apa keperluan untuk dibawa bersama misi ini?'. macam2 jawapan diberi. makanan. pakaian. duit. dan banyak lagi.

sebelum membantu orang lain, bantulah diri sendiri. maka sebelum kita fikir keperluan orang lain, fikirlah keperluan diri dahulu. jangan kita berniat baik nak bantu orang lain tetapi kerana lupa keperluan diri, kita pula yang perlu dibantu orang lain.

maka, apa keperluan hidup kita? untuk produktif iaitu berupaya beribadah kepadanya, kita perlu sihat. untuk sihat kita mesti boleh makan dan boleh membuang sisa (input, proses dan output). manusia terdiri drpd jasmani, mental, emosi dan rohani/spiritual. kesemuanya perlu diberi makan dan diberi peluang membuang/mencuci hampas. yg amat penting adalah kesihatan rohani.

keperluan hidup bukan shj hidup di dunia tetapi di akhirat juga.

Tiada ulasan: