Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 24, 2013

Kaya dan Kawan

kita biasa andaikan bhw orang ingin berkawan dgn kita jika kita kaya. kaya harta. tapi jika kita miskin budibahasa mungkin yg ingin hampir dgn kita bukan sbg kawan tetapi yg ingin ambil kesempatan. maka jika hanya kaya harta kita hanya kaya dgn harapan.

hari ini saya berjumpa beberapa kawan lama. ada yg kaya harta. ada yg tidak kaya harta. tetapi kesemuanya kaya dgn budi bahasa. tidak suka menunjuk2 dgn harta yg mereka miliki. mereka masih seperti dulu dgn kawan lama. tidak sombong. tidak menjauhkan diri walaupun dikira berjaya dgn harta yg ada.

semasa dgn kawan2 tadi, tidak terasa ada beza drpd segi harta dimiliki. tiada yg nak menunjuk2 harta yg dimiliki. mereka lebih suka bersama dgn kawan lama yg berkawan sejak sekolah lagi. kami kenal sudah lama. maka berkawan adalah secara ikhlas bukan sebab bermuka2. terima kasih kawan. walau tidak kaya harta, kaya dgn kawan membuat saya rasa kaya juga.

Ahad, September 22, 2013

Senang Beri Arahan

bagi ramai orang, bagi arahan amat senang. buat polisi dan dasar amat senang.

tidak bertanya kpd yg akan laksanakan. yg pembuat dasar tahu, buat dasar shj. adakalanya biasanya tidak memikirkan kebolehlaksanaan. tidak fikirkan kos yg terlibat. kerana mereka bukan pelaksana. mereka hanya pembuat dasar. mereka hanya 'saya bos' bukannya 'you buat sebab you bukan bos'.

maka apabila berlaku kesilapan drpd dasar dan keputusan bos, jari ditunding kpd orang 'bawah' utk disalahkan. bos sentiasa betul. orang 'bawah' sentiasa tidak betul. bos bukan seorang pemimpin. tak pe, mereka tetap akan dipertanggungjawabkan di akhirat. walau ada gelaran, walau kaya, dan kelebihan lain di dunia, amanah mesti dijawab di akhirat.

Rabu, September 11, 2013

Skim Cepat Kaya

ramai nak kaya. ramai nak cepat kaya. ramai yg nak kaya tapi tak nak berusaha. maka ramai tergoda dgn skim cepat kaya.

kalau nak cepat kaya, solat dgn segera. solat di awal waktu. solat berjemaah. solat di surau. solat di masjid. solat di saf hadapan. solah hampir dgn imam. ada yg bagitau solat orang yg dah berkahwin lebih kaya drpd solat orang bujang - betul ke?

senyum itu sedekah. senyumlah. semasa dipuji. semasa dikeji. senyum semasa senang. senyum semasa susah. senyum kpd diri di awal pagi. senyum sebelum tidur di malam hari. senyum sebagai tanda bersyukur dgn rahmat allah.

bersedekahlah dgn apa yg kita ada. walau satu sen. walau dgn tenaga. kutiplah sampah di depan kita. bukakan pintu utk orang lain. berkongsilah kemurahan rezeki kita. mungkin kita tak kaya di dunia. kita harapkan kita kaya diakhirat.

Kerja dan Komen

kerja dan komen adalah perkara biasa. kerja dan kritik juga perkara biasa. satu dilihat positif. satu dilihat negatif. satu dilihat membina. satu dilihat tak berguna.

dalam mana2 organisasi akan ada yg buat kerja. ada yg dilihat macam buat kerja. dan ada yg melihat orang lain bekerja. siapakah kita?

jika buat kerja yg sama harapkan hasil yg berbeza, ianya harapan orang gila. jika arah orang sama buat kerja berbeza perkara biasa. tetapi jika harap orang sama buat kerja berbeza dan hampir setiap masa, ianya arahan gila.memang senang nak komen dan kritik. yg payah adalah bekerjasama. yg payah adalah sama2 bertanggungajwab dan amanah serta sedia terima balasan utk kerja.

Selasa, September 10, 2013

Dendam

ada suka berdendam. mungkin sebab tak puashati. mungkin sebab nak balas balik. mungkin sebab rasa berkuasa. mungkin sebab berjawatan. mungkin sebab berharta. mungkin sebab macam2 lagi.

jika tak dapat balas dendam, makin terasa tak puashati. makin meluap2 dendamnya. makin sakit hati rasanya. makin benci rasanya. dan pelbagai rasa yg negatif seperti kecewa tetapi bukan suka.

ada dendam yg buruk. ada dendam yg baik. tapi kita inginkan bekalan utk sejahtera di akhirat. maka jika dendam itu buruk, lupakan shj. jika rasa berlaku ketidakadilan, kita claim aje di akhirat. masa di akhirat, walau pingat penuh baju, emas setinggi gunung, tidak dapat menebus ketidakadilan dan pecah amanah.

Kasihan Dia

kasihan dia, bagilah dia masuk u. bagilah dia jadi student u. bagilah dia jadi staf pentadbiran u. bagilah dia jadi staf akademik u. kasihanlah dia walaupun dia tak layak.

kasihan dia. bagilah dia lulus. bagilah dia markah tinggi. bagilah dia mengajar. bagilah dia anugerah. walaupun dia tak layak.kasihan dia. bagilah dia tamat pengajian. bagilah dia naik pangkat. bagilah dia bonus. walaupun dia tak layak.

kasihan kpd mereka yg kasihan tak bertempat. kasihan kerana tidak memahami maksud kasihan. jika dah tak layak, tidak berusaha secara ikhlas dan jujur tetapi masih kasihankan seseorang, maka kita turut bersubahat dgn kesilapan yg telah kita lakukan. jawab ajelah di akhirat sebab kita telah tidak menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab dan amanah. kita telah ambil hak orang lain dan beri kpd yg tidak berhak.