Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Januari 31, 2011

Tahap Kesihatan Saya

alhamdulillah, keputusan pemeriksaan menunjukkan saya tiada masalah kesihatan utama. selain drpd selsema yg bermula pada hari sabtu lepas, saya macam biasa aje.

berat badan dah 76kg. ketinggian 17Xcm. bmi 26, terlebih berat sedikit drpd julat normal yg maksimanya 24.9. degupan jantung 89/minit. tekanan darah 129/90. tinggi mengikut komen jururawat dan doktor. saya maklumkan,'baru lepas dinilai skt oleh bos, dan baru lepas ditegur oleh staf saya. mujur saya tidak gunakan ego defense-mechanism saya kpd petugas di kaunter. alhamdulillah kerana berilmu utk tidak lakukan 'displacement'.

gigi - tiada komen oleh doktor gigi. saya yg bagitau, 'dua batang gigi geraham dicabut di itm pada tahun 90an dahulu'. doktor bertanya jika saya pernah melakukan pembedahan. jawab saya,'ada, buang glukoma(?)'. doktor bertanya bius secara 'local' atau 'general'. saya maklumkan bhw adik saya suruh saya dibiuskan secara 'general'. saya tak tahu kenapa.

saya dimaklumkan bhw saya mempunyai tahap kolesterol yg tinggi berdasarkan tanda pada mata saya. saya nyatakan bhw saya tidak mempunyai tekanan darah yg tinggi setelah ditanya doktor jika saya ada mengambil sebarang ubatan utk kolesterol atau darah tinggi. alhamdulillah, kesihatan saya masih ok.

tapi saya ada pilihan utk menentukan tahap kolesterol, gula dan tekanan darah berada ditahap yg sihat. dan saya tidak boleh salahkan orang lain jika saya tidak sihat, kecuali perokok kerana mereka berniat utk membunuh orang lain.

Pemeriksaan Kesihatan

setelah tertangguh beberapa minggu, petang tadi saya ke pusat kesihatan uitm utk melakukan pemeriksaan kesihatan atau lebih suka disebut sebagai 'medical check up'. tujuan utama adalah utk mengisi borang pemeriksaan kesihatan utk pengajian phd saya.

saya sampai dipusat kesihatan uitm pada jam 3.45ptg. pada mulanya saya dimaklumkan bhw pemeriksaan saya kemungkinan tidak dapat diselesaikan pada hari ini. jadi saya mungkin perlu hadir di hari lain utk menyelesaikan pemeriksaan kesihatan saya. atau, saya boleh ke klinik swasta atau pusat kesihatan lain jika ingin selesai pada hari yg sama.

mungkin jika saya diiringi pengarah pusat kesihatan uitm, saya mungkin dilayan lebih baik kot (tanggapan saya). saya nyatakan kpd petugas di kaunter bhw saya sanggup datang di hari lain jika tidak selesai pada petang tadi. petugas kemudiannya menyatakan saya mungkin perlu hadir di hari lain utk pemeriksaan bersama doktor gigi dan doktor perubatan. dan saya nyatakan tak apa, saya sanggup lakukan.

setelah membayar 'fee' di pejabat pentadbiran, saya ke bilik utk pemeriksaan oleh jururawat. kemudian saya ke bilik xray. selesai di situ, saya ke makmal utk diuji air kencing. saya kemudiannya ke kaunter semula. petugas tadi tersenyum dan menyatakan jika tiada masalah, saya boleh berjumpa dgn doktor gigi. jam 4.23ptg. saya di bilik rawatan gigi hanya 1-2minit shj. kemudiannya saya ke bili rawatan utk diperiksa oleh doktor perubatan. alhamdulillah, 4.33ptg, saya menunggu utk ubat selsema. 4.45ptg, lebih kurang 1jam drpd saya mula berdiri di depan kaunter utama, pemeriksaan saya selesai.

terima kasih kpd kesemua mereka yg menjalankan tugas dgn cekap.

Ego atau Tiada Ilmu?

kerapkali boleh dilihat penunggang motorsikal menggunakan laluan kereta di federal hiway. mereka tidak kisah dgn papantanda yg menyatakan motorsikal perlu menggunakan laluan sikal. malah ada yg menjadikan rutin harian utk tidak mematuhi arahan ini. mereka lupa atau tak memikirkan atau mungkin tidak mampu berfikir bhw laluan sikal adalah utk keselamatan mereka juga.

begitu juga dgn pemandu kenderaan lain yg tidak menyalakan lampu apabila persekitaran boleh menyebabkan bahaya jika kenderaan tidak dinyalakan lampu. tambah2 lagi kalau kereta berwarna hitam atau kelabu. kereta di hadapan akan kurang jelas kehadiran kereta tanpa lampu dinyalakan pada awal pagi, senja dan juga masa hujan. mereka ini, pemandu tanpa lampu dinyalakan bersifat ego. sbgmana penunggang motorsikal yg tidak menggunakan laluan sikal.

jika berlaku kemalangan, mereka ini boleh dituduh niat sengaja menggunakan kenderaan mereka utk cubaan membunuh orang. itu pandangan saya. tiada ilmu atau tidak waras bukan alasan utk tidak dituduh sebagai cubaan membunuh atau sebagai pembunuh dgn sengaja. pihak yg bertanggungjawab sepatutnya jalankan tugas dgn penuh tanggungjawab. rezeki anda akan dipersoalkan nanti.

Menilai Ujian dan Tugasan

menyemak dan manilai ujian, tugasan dan peperiksaan akhir adalah antara tugas2 utama seorang pensyarah.ada yg kata senang. ada yg kata susah.

pagi tadi saya menilai ujian utk kursus yg saya kendalikan. terasa kurang bersemangat apabila menilai ujian/tugasan yg dihantar oleh penulis yg mempunyai tulisan yg tidak kemas. mungkin bagi penulis tersebut dia merasakan bhw tulisan dia cantik. berbunga2 lagi. tetapi ianya adalah masalah kpd penilai kerana tidak dapat membaca dan memahami apa yg hendak disampaikan oleh penulis melalui jawapan yg diberinya.

memanglah kita akan menulis mengikut kebiasaan kita. tetapi jika matlamat yg hendak disampaikan tak tercapai, janganlah disalahkan kepada penilai. penilai adalah pelanggan anda. jika tulisan anda tidak memudahkan penilai menjalankan tugasnya, penulis yg sebenarnya rugi. sama2lah kita perbaiki tulisan kita.

Ahad, Januari 30, 2011

Bajet dan Kita 2011

tadi semasa seminar bersama pelajar sr221 epjj saya tanya,'siapa ada sediakan bajet utk diri sendiri?'. tiada diantara mereka menyediakan bajet utk perancangan kehidupan mereka.

bajet membantu kita mencapai hala tuju kita. dgn bajet kita dapat anggarkan sama ada kita mampu mencapai matlamat asal atau sebaliknya. jika kita jangkakan bhw kita tidak akan mempunyai bajet yg cukup utk mencapai matlamat asal, maka kita perlu ubahkan matlamat kita. ataupun, kita kena berusaha sama ada mengurangkan anggaran perbelanjaan. ataupun kita kena berusaha mendapatkan hasil tambahan.

ramai yg mengejar kebahagiaan material. ramai yg ingin kereta besar. ramai yg ingin rumah besar. dan jika cara halal tidak membolehkan mencapai matlamat ini, maka akan ada yg terdorong utk melakukan melalui cara haram utk mencapai matlamat mereka.jika kita sedar bhw kesejahteraan akhirat adalah yg utama, kita akan bersyukur dgn mencapai matlamat di dunia yg membolehkan kita menyediakan bekalan utk akhirat.

Hujan dan Keselamatan Lalulintas

hujan adalah rahmat daripada Allah. tapi bagi saya ramai yg salahguna rahmat ini. mungkin kerana kurang ilmu atau mungkin kerana sengaja. yang saya maksudkan disini adalah memandu dan menggunakan jalan semasa hujan.

masih ramai tidak faham bahawa pentingnya 'visibility' semasa menggunakan jalan. ianya bukan terhad kepada pemandu kereta sahaja. tetapi juga kpd penunggang motorsikal, pejalan kaki dan lain2 lagi. jika kita nampak pihak lain tidak bermakna pihak lain nampak kita.

kita sama2 bertanggungjawab utk memastikan kita sama2 'visible' kpd kedua2 pihak. maka pasangkan lampu semasa hujan atau apabila suasana menunjukkan tidak mudah untuk mebezakan diantara warna jalan, langit dan persekitaran. bagi pejalan kaki, dulu2 bawa lampu suluh. kalau tak pun, pakailah pakaian yg dapat menunjukkan kehadiran kita ditepi jalan.

bawa kereta mahal, tetapi kedekut tentang keselamatan diri dan orang lain. kalau berlaku kemalangan, bolehkah mereka yg tidak memasang lampu kenderaan dicajkan sebagai niat untuk membunuh?

Khamis, Januari 27, 2011

Kaunselor Pelatih

2 kaunselor pelatih yg sedang menjalankan latihan praktikal di uitm hadir ke majlis anugerah persatuan 2010 uitm tadi. terima kasih kpd sdri shahirah dan saudari farhana kerana sokongan anda dengan kehadiran di majlis tadi.

hampir setiap semester akan ada kauselor pelatih di uitm. mereka datang dari pelbagai universiti. saya sempat menemuduga mereka tadi sebelum majlis bermula. sebenarnya, seorang drpd mereka menegur saya dahulu. rupa2nya dia pernah meraikan saya semasa saya hadir di majlis jamuan hari raya perkama yg diadakan di um pada 2010.

saya kongsi dgn mereka segitiga kerjaya saya. mereka berdua bercita2 menjadi sama ada seorang kaunselor atau pensyarah dlm kaunseling. saya doakan semoga niat dan cita2 mereka tercapai, dgn izin Allah.

Rabu, Januari 26, 2011

Anugerah dan Kecemerlangan

sekejap tadi selesai majlis anugerah kecemerlangan persatuan 2010. wakil2 persatuan dari hampir kesemua kampus uitm hadir. bilangan persatuan di uitm shah alam shj adalah lebih drpd 200 persatuan.

setiap kali pertandingan, setiap peserta mempunyai harapan untuk menang. dan setelah keputusan diumumkan, akan ada yg menang anugerah. dan akan ada yg akan terus mengharap di tahun2 akan datang. kali ini persatuan terbaik utk 2010 adalah jpk perindu. tahniah kpd pemenang-pemenang.

ada yg memerlukan kemenangan dan anugerah utk diiktiraf sbg cemerlang. ada yg sebaliknya. antara tujuan berpersatuan adalah untuk membolehkan peningkatan diri melalui aktiviti persatuan. teruskan kecemerlangan peers.

Selasa, Januari 25, 2011

Psikoanalitik

psikoanalitik terapi dipelopori oleh sigmund freud. ianya mengatakan kehidupan manusia ditentukan oleh 6tahun pertama kehidupannya. dan masalah sekarang ada kaitan dgn 6tahun pertama seorang manusia.
antara elemen utama dlm psikoterapi adalah id, ego, dan superego. apabila berlaku ketidak selesaan, maka seseorang itu akan lakukan ego defense-mechanism. ada edm yg baik, ada edm yg tidak baik. contoh edm yg kurang baik adalah regression. kita akan berperangai macam budak2 utk mendapat perhatian.
kalau mengikut psikoanalitik lagi, jika seseorang tidak belajar dgn betul berkaitan kuasa dan tanggungjawab, maka apabila beliau dewasa, dia kemungkinan akan masih berak merata2. dan dia tidak kisah dgn tahi yg ditinggalkan merata2. dia sentiasa harapkan orang lain membersihkan masalah yg ditinggalkannya. jadi, sebenarnya, orang sebegini tidak dewasa. beliau masih lagi berperangai macam budak2 berusia dalam awal 2-3tahun. berdoalah dan berusahalah supaya kita tidak tergolong dlm mereka yg berak merata2.

Kaunseling & Islam

kaunseling adalah satu cara mendidik seseorang utk menjadi lebih baik drpd sedia ada. melalui kaunseling, diharapkan klien akan menemui kesejahteraan dlm kehidupannya. jika ditambah elemen secara islam, maka kaunseling adalah utk klien berubah utk sejahtera dunia dan akhirat.

di bengkel perkama di um, fasilitator bercerita pengalaman beliau membantu klien berubah menjadi sejahtera melalui kaunseling secara islam. antara soalan ditanya kpd klien adalah berkaitan solat klien. jika klien tidak solat atau kurang solat, maka klien akan disarankan utk mendirikan solat. melalui solat, klien akan mendapat ketenangan diri. melalui solat klien menyedari bhw tiada yg upaya melainkan Allah.

solat adalah tiang agama dlm islam. jom kita solat jika belum solat. jika tak tahu, carilah ustaz/ustazah utk belajar solat. jika dah solat, jom kita solat lebih baik lagi.

Isnin, Januari 24, 2011

Fasilitator Kesedaran

satu ungkapan baru untuk nama lain kpd seorang pendidik. selain drpd memberi atau berkongsi ilmu, kita perlu sedarkan dahulu bhw seseorang itu perlu kpd penambahbaikan terhadap dirinya.

maka seorang kaunselor adalah seorang penyedar mereka yg bawah sedar. kaunselor adalah pendidik. apabila seorang itu telah sedar akan keperluan utk berubah, barulah kita kongsikan kpdnya apakah halangan kpd perubahannya. kita juga perlu sedarkan dia bahawa dia perlu ada matlamat utk dicapai sebagai perubahan, dia perlu tahu bhw dia punyai pelbagai cara utk berubah. dan dia mesti sedar bhw dia boleh berubah utk kebaikan diri, masyarakat dan lain2.

tadi adalah hari pertama pembentangan terapi2 oleh kumpulan2 pelajar. alhamdulillah, ada yg sedar keperluan berubah. ada yg saya kongsikan keperluan utk bersedia drpd sekarang utk dunia pekerjaan mereka.

Penyelidikan Dalam Sukan & Rekreasi

pada setiap semester, antara amanah tugas akademik saya adalah sebagai penyelia pelajar menjalani latihan praktikal srw650. dan selalunya, jika saya seliakan pelajar tersebut utk srw650, saya akan turut menyelianya utk laporan penyelidikan srw 655.

utk sem ni, ianya adalah sama. kecuali ada tambahan pelajar epjj. sehingga kini, kesemua pelajar yg saya selia utk srw 655 hanyalah dlm bidang kaunseling dan psikologi. utk pelajar srw 655 diseliakan oleh saya, saya minta mereka memiliki minima sebuah buku 'understanding sport psychology'. buku ini bg saya sebuah nuku yg amat baik utk kegunaan pelajar srw655 yg melakukan penyelidikan dlm sukan dan rekreasi dlm bidang kaunseling dan psikologi. sehingga kini saya belum berjumpa buku berkaitan khusus utk kaunseling dlm sukan.

buku 'understanding sport psychology' adalah buku terbitan upena, uitm. ianya amat payah utk didapati di luar upena. mungkin kerana kurang promosi. penulisnya adalah dr kwame ampofo-boateng, bekas pensyarah psikologi dan undang2 di fsr. beliau sekarang di kanada. bagi yg berminat utk miliki buku tulisan dr kwame ini, silalah ke upena atau hubungi saya. rugi kalau tak ada dlm koleksi anda.

Ahad, Januari 23, 2011

Buku dan Nilainya

semalam saya hadir ke bengkel berkaitan penyelidikan di um. ianya anjuran bersama perkama dan um. saya shj drpd uitm. peserta2 lain adalah drpd kementerian pelajaran.

jangkaan asal 40peserta. tetapi sekolah2 mengadakan kelas gantian utk cuti tahun baru cina. walau bagaimana pun, penceramah/fasilitator bersemangat juga utk kendalikan bengkel. terima kasih dr siti.

saya sempat ke kedai buku um. maklumlah, setelah tidak belajar di um, jarang2 saya ada peluang ke kedai buku, pekan buku um yg utama. bilangan buku2nya berganda2 lebih drpd di cawangannya dan kedai buku uitm. saya sempat membeli 2 buah buku dan satu permainan pendidikan shj. rupa2nya, pada hari sabtu, kedai buku um tutup pada jam 12tgh. dan seorang pelajar um komen bhw harga buku di pekan buku um sekarang dah mahal.

setelah tamat bengkel di um, saya ke amcorp mall. matlamat utama ke kedai buku yg harganya amat2 murah berbanding tempat lain. saya membeli beberapa buah buku di kedai bookexcess selain 2buah buku di gerai2 yg terdapat pd hujung minggu di amcorp mall. keseluruhan kos penambahan koleksi buku saya semalam melebihi rm300. macam ni, 2kali lagi dah sure capai maksima utk pengurangan cukai melalui pembelian buku rm 1000 setahun.

ada buku yg mahal harganya mempunyai nilai ilmu yg setaraf dgn buku yg berharga murah. jadi, harga buku tidak menunjukkan kualiti dan nilai ilmu adalah sejajar dgn harganya. sebuah buku bernilai rm5 semalam mempunyai nilai bg saya melebihi rm100. penjual meletakkan pada harga rm5 kerana bgnya ianya buku lama, nampak tak elok. saya terus membayar utk buku trsebut setelah melihat ringkasan kandungannya, iaitu bagaimana berhutang akan menyebabkan kita sengsara.

Jumaat, Januari 21, 2011

Profiling

ianya seperti cerita 'criminal mind' dlm tv. antara cerita yg saya suka tengok.

jadi, bagaimana nak membuat profil seorang penjenayah. utk saya, memprofil penjenayah kewangan. penjenayah ini boleh terdiri drpd sesiapa shj. dia boleh jadi seorang berkelulusan tinggi. dia mempunyai keperluan kepada wang kerana sebab2 tertentu. sebab2 mungkin berkaitan dgn teori maslow.

jika kita buat penelitian, mungkin juga kerana dia mempunyai peluang utk salah guna kuasa. dia mudah terdedah kpd suapan. atau dia memang sengaja salah guna kuasa. dia selalunya sudah biasa dgn melakukan kesalahan. dan apabila tertangkap, beliau akan salahkan orang lain atau minta simpati utk dilepaskan. tapi awas, jika dilepaskan, penjenayah akan terus melakukan jenyah.

ada yg sudi membantu?

Khamis, Januari 20, 2011

Konferens, Seminar, Kursus dan Pelbagai

saya melihat senarai konferens dsbnya yg akan diadakan di malaysia pada 2011. ada yg dianjurkan oleh uitm. dan ada yg dianjurkan oleh ipta, ipts dan organisasi lain.

koordinator program pasca siswazah melalui penyelidikan memaklumkan kpd calon2 baru sarjana dan phd bhw kami perlu hadir ke konferens dan sebagainya utk mendapat maklumat terbaharu dlm bidang penyelidikan kami. kami jika perlu hadir ke konferens di luar negara juga. kami perlu hadir bukan shj sebagai peserta tetapi sbg pembentang juga.

kos menghadiri konferens mungkin perlu kami tanggung sendiri, jika perlu atau keadaan memerlukan. maka saya perlu sediakan bajet tambahan utk phd. jika berdasarkan kos pengajian sarjana dahulu, secara kasar saya perlu peruntukkan minima sebanyak rm500 utk pengajian phd saya pd setiap bulan. maka setahun kos minima adalah rm6000.

memang bukan murah utk meningkatkan ilmu utk masa depan. dan ianya tidak semestinya mahal jika pandai buat perancangan. insyaallah.

Permainan dan Pendidikan

saya telah terlibat dlm beberapa iid uitm. majoriti penyertaan saya adalah berkaitan pendidikan melalui permainan (education by games).

alhamdulillah, majoriti menghasilkan pingat2 pengiktirafan. dua berjaya mendapat emas, walau pun pada tahun berbeza. satu berjaya menghasilkan pingat perak pada pecipta 2009. 2010 memberi pulangan tertinggi setakat ini. drpd 7 penyertaan (kesemuanya berkaitan pendidikan melalui permainan) menghasilkan 6 pingat. jika dikira ikut markah dgn emas = 3, perak = 2, dan gangsa = 1, maka utk 2010 saya berjaya dgn bantuan keluarga dan kawan2 mendapat 1x3+3x2+2x1=11markah. drpd skala 0-21, 11/21 = 52.4% adalah satu pencapaian yg saya kira cemerlang.

maka saya bercadang utk menubuhkan persatuan pendidikan melalui permainan di uitm. ada yg berminat? minima saya perlukan 11 pelajar sbg ajk adhoc.

Malam Anugerah Persatuan HEP UiTM 2011

saya dimaklumkan bhw tarikh utk malam tersebut telah diubah. tarikh baru adalah 26 januari 2011, rabu. masanya adalah 7.30malam.

saya harap presiden 2010, presiden 2011 dan setiausaha 1 2010 sediamaklum akan perubahan tarikh ini dan dapat hadir dgn jayanya ke majlis ini sebagai memberi sokongan kpd majlis anjuran hepa uitm. semoga majlis ini akan meneruskan kecemerlangan peers.

Jawatan dan Amanah

jawatan adalah berkaitan dgn kepimpinan dlm organisasi. ianya boleh jadi organisasi formal dan tak formal. ianya boleh jadi dlm organisasi awam dan swasta. ianya boleh jadi dlm organisasi kerja dan sukan.

saya baru habis membaca sebuah buku hasil dua wartawan. ianya berkaitan pengurusan organisasi sukan. sukan bolasepak peringkat dunia. kandungan buku mendedahkan berlakunya salahguna kuasa dlm pentadbiran. pemimpin2 yg dilantik melakukan salahguna kuasa. matlamat adalah utk memenuhkan poket sendiri.

baru2 ini sebuah negara mencabar dan mencerca keputusan pemilihan negara sebagai tuan rumah utk tahun2 akan datang kerana negara tersebut kalah dlm usaha menjadi tuanrumah. sebenarnya negara tersebut juga berusaha utk menjadi tuanrumah pada 2006 tetapi kalah kpd jerman. negara tersebut dlm usaha menjadi tuanrumah pada 2006 telah tidak berpegang kpd janji bhw 2006 utk jerman dan tetapi bertanding juga utk jadi tuanrumah.

apabila kemewahan dunia menjadi matlamat dlm hidup, maka segala cara dikira sebagai boleh dan halal kpd pemimpin yg tak amanah. mereka lupa amanah kpd diri, masyarakat, organisasi, dan yang paling penting kpd Allah. manusia mudah lupa, sebagai peringatan, pensyarah dan pelajar adalah juga pemimpin yg perlu beramanah dlm hidup mereka.

Rabu, Januari 19, 2011

Kepimpinan Penyelidikan

pagi tadi saya hadir ke seminar anjuran ilqam. ianya berkaitan kepimpinan dlm penyelidikan. saya hadir utk mempelajari ilmu2 bgmana nak menguruskan penyelidikan.

seorang pensyarah bukan shj mengajar, tetapi juga menyelia penyelidikan pelajar. pensyarah juga perlu melakukan penyelidikan. dan selain drpd itu, macam2 lagi kena buat. ramai yg ingat pensyarah hanya perlu hadir ke kuliah shj. ianya satu tanggapan yg salah yg masih lagi ada sehingga kini.

seminar pagi atdi oleh pnc penyelidikan, prof dr abu bakar majeed. terima kasih kpd ilqam kerana menganjurkan seminar yg amat diperlukan utk seorang pensyarah. insyaallah, saya akan hadir ke seminar2 lain anjuran ilqam utk terus meningkatkan ilmu saya sbg pensyarah di uitm.

Selasa, Januari 18, 2011

Derma Darah

semalam, 17jan 2011, diadakan kempen derma darah di fsr. staf ppum datang ke fsr utk melakukan pengutipan darh yg didermakan semasa kempen.

alhamdulillah. ramai yg menderma. walau pun ada yg kurang sihat selepas menderma, keperihatinan warga uitm amnya, dan warga fsr khasnya amat dibanggakan. saya berniat utk menderma. borang dah diisi. dan saya menunggu doktor beberapa minit. walau bagaimana pun, kerana saya mempunyai kuliah, saya terpaksa tangguhan hasrat saya ke masa yg lain, insyaallah.

selain drpd ebrsukan dan berekreasi, fsr juga mempunyai doktor perubatan. pm dr anuar adalah juga pegawai eprubatan yg mengiringi pasukan yg mendaki gunung everest pada 2007. di fsr, macam2 ada dan juga pelbagai ragam ada. yg baik dan bagus mesti kita tonjolkan supaya dapat dikongsi bersama warga uitm dan bukan warga uitm.

tahniah pengurus acara derma darah 17jan 2011. terima kasih kpd semua penderma.

Pensyarah dan Mesyuarat

diantara tugas sebagai pensyarah di uitm melibatkan menghadiri mesyuarat. mesyuarat akademik dan bukan akademik. semalam mesyuarat penasihat2 peers dgn ajkt peers 2011. mesyuarat dgn peers tamat pada jam 7.20ptg. saya hadir sbg seorang drpd penasihat peers.

pagi tadi mesyuarat utk bengkel fakulti sains sukan dan rekreasi. ianya dipengerusikan oleh dekan. setiausaha adalah penolong pendaftar pentadbiran. pengurus bengkel adalah td hepa. selain saya, yg turut hadir adalah tda dan ppp. saya hadir sebagai membantu pengurusan bengkel.

selepas itu saya bermesyuarat dgn wakil obs. pihak obs diwakili oleh pengarah eksekutifnya, 2 graduan fsr dan seorang staf lain obs. fsr diwakili oleh dekan, ppp, ketua program sr113 dan pm dr anuar suun, doktor perubatan fsr. saya hadir utk membantu obs mendapat iso.

esok petang saya akan hadir mesyuarat berkaitan kualiti akademik di ined. pengarah uhek, sebagai wakil uhek akan memberi taklimat. ined akan diwakili oleh pengarah ined, kesemua timb pengarah, ketua2, timb pendaftar, penolong pendaftar dan beberapa koordinator. saya hadir sbg ketua unit pengurusan kualiti ined.

jadi, menjadi seorang pensyarah di uitm bukan bermakna bertugas sepenuhnya berkaitan akademik di bilik kuliah atau makmal shj. jika diperlukan, utk uitm, maka kita akan hadir ke mesyuarat dan pelbagai utk penambahbaikan kualiti akademik uitm dan nama baik uitm.

Sabtu, Januari 15, 2011

Piala Pusingan

utk golf, ada Sulong Cup. dan ianya akan selalunya disertai oleh mereka yg mampu main golf shj. penyertaan amat jarang drpd kalangan ahli keluarga wanita.

kini, untuk bowling, setelah diperkenankan oleh yg empunya nama, kita ada Piala Datuk Meriam. piala ini akan diserahkan kpd pemenang pertandingan bowling yg dijangka akan diadakan pd setiap suku tahunan. pemain2 terdiri drpd lelaki dan wanita. selain tajaan piala pusingan, dijangka akan ada tajaan lain spt tudung, tayar, ubat2an, dsbnya. besarlah harapan agar akan terdapat penyertaan dari kelantan, terengganu, johor dan lain2 negeri selain negeri2 di lembah kelang.

sukan dan rekreasi adalah satu cara merapatkan hubungan diantara keluarga dan juga kawan2. kita bersukan dan berekreasi utk suka2. jadi janganlah sampai ada yg kerana ego tidak dpt menerima sebarang kekalahan atau kekurangan pada dirinya.

Jumaat, Januari 14, 2011

Simpati Di Salah Guna

tadi seorang lelaki berusia masuk ke pejabat saya. laju aje dia berjalan. tak tegur sape2 pun. dia masuk ke pejabat pengarah, kemudian ke tempat temuduga dijalankan. saya tunggu dan perhatikan beliau. kemudian beliau keluar dan tunjuk surat minta derma. saya bgtau,'terima kasih dan maaf aje'.

beliau mungkin kurang upaya drpd pertuturan. tetapi drpd segi fizikal saya lihat sihat aje. adakah beliau menggunakan sifat lemah lembut dan berbudi bahasa orang melayu utk tidak menegur beliau bg membolehkan beliau mendapat derma simpati? atau adakah beliau menggunakan hari jumaat utk mendapat simpati muslimin dan muslimat?

kita perlu tegur kalau tak betul. kita tak boleh kasihan kerana ianya tidak membantu seseorang meningkatkan dirinya secara positif. begitu juga kpd staf yg memberi kesan negatif kpd organisasi. jika dia terlibat dlm rasuah, penipuan, slah guna kuasa, mencuri, plagiarisma, maka menjadi tanggungjawab bersama kpd staf lain mengambil tindakan memastikan perkara negatif tidak berulang. jangan sebab seekor kerbau, rosak sebuah institusi.

Khamis, Januari 13, 2011

Kumpulan Penasihat Akademik SR221 4 M1 & M2

pada petang tadi bermula dgn jam 3ptg, saya berjumpa dgn pelajar di dlm kumpulan penasihat akademik saya. mereka adalah pelajar sr 221 4 m1 dan m2. mengikut senarai nama dlm sistem, mereka adalah seramai 82orang. tetapi tidak semua hadir.

saya kongsikan beberapa perkara berkaitan hidup sbg pelajar di uitm, spt
1.pelan pengajian,
2.keperluan kursus,
3.jadual waktu,
4.kaunseling,
5.kerjaya,
6.latihan praktikal, dan
7.laporan penyelidikan.

pesan saya, pastikan tamat pengajian dgn jayanya. pastikan keluarga berbangga hadir melihat anda semasa konvo.

Rabu, Januari 12, 2011

Jualan Buku Kedai Buku UiTM Kembali Lagi

bermula drpd semalam 11 jan hingga jumaat 14 jan, koperasi uitm bhd melalui kedai bukunya mengadakan jualan setiap semesternya di ruang bersebelahan ptar 1 uitm. jom kita kunjungi beramai2.

tadi saya singgah sebentar selepas hadir ke ceramah oleh profesor pelawat di ilqam. alhamdulillah, selain pelajar perakaunan,dan sains gunaan, terdapat juga pelajar fakulti komunikasi. yg saya tak jumpa adalah pelajar fakulti saya, sains sukan. saya semak dan dapati ada dijual buku kaunseling yg saya gunakan sbg teks utk kursus sps550 saya. tetapi semasa kuliah bersama lebih 100pelajar, kurang drpd 10pelajar memiliki buku teks ini. dimanakah prioroti mereka dlm berbelanja utk belajar?

harga utk buku2 yg dijual di kedai buku uitm lebih murah berbanding dgn buku2 di kedai buku di shah alam dan luar shah alam. saya suka melihat dan membeli buku2 'clearance sales'. tadi saya hanya beli 5buah buku shj. kosnya,,rm32.70 shj. apa tunggu lagi, jom la kita beli buku utk tambah ilmu sbg pensyarah dan pelajar di uitm.

Selasa, Januari 11, 2011

DVD dan Pensyarah ...

semalam saya mendapatkan dvd utk konvo ke 73 uitm. ianya untuk dilihat oleh kedua orang tua saya yg tak dpt hadir ke konvo kerana berada di luar negara.

saya telah melihatnya terlebih dahulu di pejabat. alhamdulillah, kecelaruan mengenai tahap sarjana dan kelayakan akademik yg berlaku sebelum giliran saya berjaya diperbetulkan oleh pihak urusetia. maka untuk giliran penerima sarjana perakaunan forensik dan kriminologi kewangan, kami telah dimaklumkan dgn tepat kpd para hadirin.

saya simpati kepada rakan2 penerima terdahulu drpd saya. mereka yg menerima sarjana kedoktoran falsafah telah tersilap sebut sbg penerima sarjana. saya dpt lihat raut muka penerima2 yg tidak puashati kerana konvo adalah saat kemuncak pengiktirafan kejayaan mereka utk usaha mereka mencapai kelayakan akademik tertinggi.

dan dlm dvd sesi saya, kelihatan aksi2 pensyarah ... iaitu aksi saya. terima kasih kpd pihak uitm yg menghasilkan dvd utk tatapan kpd mereka yg ingin mengulangi saat2 manis menerima pengiktirafan kelayakan akademik drpd ydpa.

Ahad, Januari 09, 2011

Wayang Gambar dan Pengajaran

petang tadi saya tengok cerita 3idiots, cerita hindustan. amat menarik utk dijadikan tugasan bagi pelajar sps550 - sport counseling.

saya suka tengok cerita hindustan. lain orang lain sebab mereka suka tengok cerita hindustan. ada sebab suka lagu. ada sebab suka pelakon. ada suka sebab ianya membolehkan kita menikmati secara visual keinginan yg mungkin secara nyata tak dapat kita capai. ada yg suka kerana mereka berani bercerita perkara benar berbanding negara2 tertentu yg melarang sebarang cerita yg menunjukkan keburukan atau kelemahan pihak tertentu.

cerita yg baik bg saya boleh kita gunakan sbg pengajaran dan peringatan kpd kita. selain cerita 3idiots, yg terdahulu adalah patch adams, kabir kushe kabir gum, lord of the rings dan cerita2 p ramlee. jika berminat, carilah dvd dan tonton.

Makan untuk Hidup

kita biasa dengar orang berkata 'kita makan untuk hidup'. tetapi kita juga biass dengar ada yang 'hidup untuk makan'.

apa perbezaan diantara keduanya? makan utk hidup bermakna kita hanya makan utk membolehkan kita hidup. tetapi hidup utk makan bermakna kehidupan kita berkisar utk makan shj. walau bagaimana pun, yg penting apa yg kita makan mestilah halal. mestilah drpd rezeki yg halal.

ada mungkin pandai berdolak dalih. ada mungkin pandai bercakap. ada mungkin pandai mengkaburi orang dgn jawatan. ada mungkin pandai menipu dgn tidak bercakap benar kerana mengambil peluang melalui kepercayaan orang lain kpdnya. maka mereka gunakan peluang dan kemahiran yg ada utk mendapat rezeki secara tidak amanah.

tetapi mereka inilah melayu mudah lupa. mereka lupa kpd tugas dan tanggungjawab di uitm. maka apabila diberi tanggungjawab, mereka abaikan. mereka pecah amanah. pelajar hanya mengikut shj sebab pelajar percaya atau buat2 percaya apa yg pensyarah buat adalah betul. dan ini menyebabkan mereka makin lupa kpd Allah. bersamalah kita berdoa kita tidak tergolong dan dijauhi drpd tergolong dlm golongan manusia yg mudah lupa kpd Allah. apabila dah digulung dgn kain kafan, masa sudah terlambat utk kita menyesal.

Melihat Ke Hadapan

melihat ke hadapan atau ke masa depan lebih sesuai dgn frasa 'looking forward'? sebab saya berpendapat kita mestilah sentiasa melihat ke hadapan berkaitan masa kita.

ianya ada kaitan dgn amanah kita. ianya ada kaitan dgn rezeki kita. pada setiap hari, kita sepatutnya bersyukur apabila dapat mengucapkan dua kalimah shahadah kerana ramai yg tidak dpt berbuat demikian. mereka yg tidak dpt membaca dua kalimah shahadah adalah kerana terpaksa atau sukarela. dan mereka ini tidak mendapat rahmat Allah.

kita juga patut bersyukur apabila kita dapat solat 5 waktu sehari semalam. bersyukur apabila kita dapat tunaikan zakat drpd rezeki yg halal. bersyukur kerana puasa wajib sebulan di bulan ramadan bukannya hampir tiap2 hari kerana tidak mampu makan dan minum kerana miskin. kita patut bersyukur dapat mengerjakan haji dgn rezeki yg halal.

maka keperluan mengikut teori keperluan maslow adalah bukan keperluan utama kita. pandangan pembaca?

Sabtu, Januari 08, 2011

Teori Motivasi CeBad

dalam kajian psikologi dan lain2 selalunya menggunakan teori motivasi. diantara teori motivasi yg terkenal adalah maslow, mclelland, dsbnya.

teori motivasi digunakan dlm melihat motivasi utk terlibat dlm sesuatu aktiviti. teori motivasi juga diaplikasikan utk kepimpinan, kepuasan kerja dsbnya. dan teori motivasi menyatakan bhw kita bermotivasi utk memenuhi keperluan yg nyata dan tak nyata spt makanan, pakaian, tempat tinggal, ganjaran yg tersurat dan tersirat, dsbnya.

bagaimana jika ubah dan gunakan teori motivasi baru. baru mungkin bg saya tetapi mungkin dah lama bg orang lain. kita nyatakan bhw manusia perlu memenuhi tingkat2 bawahan sebelum memenuhi tingkat yg di atas. jadi boleh tak kita namakan tingkat2 ini mengikut rukun islam? tingkat pertama - dua kalimah shahadah, kedua-solat, ketiga-zakat, keempat-puasa di bulan ramadan, kelima-menunaikan haji.

tapi tidak semestinya kita perlu lengkapkan yg dibawah dan baru lengkapkan yg di atas, kecuali yg paling asas iaitu mengucap dua kalimah shahadah mesti dipenuhi dulu. bagaimana pandangan pembaca?

Rolodex dan Business Card Holders

sebuah buku yg saya sedang baca berkaitan meningkatkan kecemerlangan dlm kerjaya. ianya tulisan tom peters.

diantara tajuk dlm buku tersebut berkaitan produktiviti melalui rolodex. ianya menyatakan bhw kita berupaya menjalankan tugas dan tanggungjawab kita bukan berdasarkan pangkat dan kuasa mutlak melalui pangkat shj. malah, kita boleh produktif melalui konsep rolodex. iaitu siapa yg kita kenali. saya setuju. itu yg saya sentiasa cuba amalkan.

saya ke carrefour utk beli sebuah rolodex.tapi harganya rm92 satu. kecewa juga. kemudian saya buat keputusan beli buku yg boleh mengisikan kad perniagaan. fungsinya sama dgn rolodex. bezanya, rolodex akan jelas kelihatan di atas meja.

walau apa pun konsep yg dinyatakan dlm buku pengurusan, yg pentinglah adalah integriti kita. bagaimana pandangan orang lain terhadap kita. dan kita inginkan pandangan orang lain kpd kita adalah positif. insyaallah.

Teroka Malaysia

insyaallah pada bulan februari ini saya akan ke lenggong perak. kampung adik ipar saya. ianya berhampiran dgn tasik raban. jarak dari rumah saya lebihkurang 267km.

saya bercadang pada masa yg sama nak ke kuala tahan, pahang. meneruskan khidmat masyarakat di sana. jaraknya dari rumah saya 267km. kalau boleh bergerak pada kelajuan konsisten 110km sejam, maka diandaikan dptlah sampai ke dua2 tempat dlm masa 2.5jam. tapi sebenarnya, jika ke kuala tahan, selepas bandar jerantut, jalan ke kuala tahan agak berliku2 sejauh 60km. kebiasaan, ambil masa 45minit.

di tasik raban terkenal dgn ikan pekasam. selalunya ikan sepat. manakala di kuala tahan, selalunya hidangan adalah ikan masak asam tempoyak. jom, jalan2 makan2.

Jumaat, Januari 07, 2011

Solat Jumaat 07012011

tadi saya solat jumaat di pusat islam uitm shah alam. alhamdulillah, dapat saf depan, dekat dgn imam (beberapa makmum ke kanannya). saya cuba ikut apa yg saya lihat dan tahu dilakukan oleh prof kamil, mantan pengarah uitm segamat. solat berjemaah disaf paling depan dan paling hampir dgn imam.

sebelum solat saya bersalaman dgn saudara saya yg dah lama menjemput saya ke rumahnya. saya juga bersalaman dgn cik din, penasihat bersama peers, dan beberapa kenalan lain. setelah solat, dpt berjumpa dan bersalaman dgn beberapa lagi kenalan termasuk prof bakar majeed, prof suhaimi dan dr nazip. saya bercadang nak jumpa dr nazip minggu depan. beliau miliki phd berkaitan pokok. mungkin tajuk phd saya berkaitan dgn pokok. berkaitan dgn taman negara. insyaallah.

memang seronok solat jumaat di pusat islam uitm. ianya sesuai dgn hari jumaat, hari utk berjumpa dgn saudara2 islam. bertukar khabar dan pandangan utk kemajuan kita di masa akan datang.

Masa dan Rasa

masa dan rasa. kita rasa kita ada banyak masa. tetapi sebenarnya kita semakin kurang masa di dunia ini. dan masa di dunia banyak melibatkan rasa kita.

rasa marah. rasa sedih. rasa kecewa. rasa gembira. dan pelbagai lagi. setiap masa kita ada rasa yg berbeza. memanglah kita akan rasa tidak suka kpd mereka yg tertentu. tambah2 kalau apa yg mereka buat kita rasa adalah tidak betul. mereka itu kita rasa tidak bertanggunjawab. lari drpd tanggungjawab. tetapi kita rasa mereka ini pula sentiasa lepas drpd keadilan. terlepas drpd penghakiman.

tetapi itu adalah rasa kita sbg manusia. ingatlah kita adalah hamba Allah. dan kita mesti yakin bhw Allah Maha Adil. maka kita perlu kurangkan rasa tidak seronok kpd manusia yg tidak adil, tidak jujur, tidak amanah dsbnya drpd memenuhi pemikiran kita sepanjang masa. berdoalah kpdNya. jika kita berupaya elakkan mereka ini drpd menyusahkan hamba Allah yg lain, maka kita wajib lakukannya.

Bengkel FSR

pada asalnya bengkel dicadangkan pada 7-9jan, jumaaat -ahad. tapi ada notis bgtau letrik takde pada 9jan. maka jadual baru adalah 7,8 dan 11 jan.

cadangan asal di luar shah alam. krn kena berjimat, maka diadakan di fsr. sebenarnya banyak kebaikan diadakan di fsr aje. dan semasa bengkel yg melibatkan pensyarah dari shah alam, arau,jengka dan kota samarahan, dapatlah kita berjumpa dua kali dlm setahun minima.

makan pun kena catu sbb bajet. tapi alhamdulillah, bagi saya hidangan masih menyelerakan dan banyak bg saya. terima kasih kpd penganjur. selamat berbengekl kpd rakan2 sekerja. jalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pensyarah dgn penuh amanah.

Khamis, Januari 06, 2011

Rakan atau Lawan Sekerja

rakan sekerja adalah bos, staf bawahan, dan staf sama paras. mereka semua memberi kesan kpd keseronokan bekerja.

kita akan seronok bekerja dgn mereka yg satu 'se' dgn kita. kita sama2 faham apa nak kena buat, siapa yg akan buat, bgmana cara nak buat, dan buat kerja secara sukarela utk kebaikan kawan. tapi kalau kita dapat rakan (musuh) sekerja yg negatif? jawabnya kita akan rasa berat dlm segalanya kecuali sekali sekala mulut mulut ringan me'laser'.

selalunya, kita tidak dpt lari drpd berjumpa dgn mereka yg engatif di tempat kerja. cukuplah dgn adanya seorang shj. organisasi akan tidak tenteram. pesan saya kpd saya dan pembaca, berdoalah kpd Allah supaya kita sentiasa dilindungi drpd kezaliman di tempat kerja. sama ada kita penyebab, atau kita dizalimi.

Rabu, Januari 05, 2011

SiFAT dan Pemimpin

antara sebaik2nya contoh atau role model kpd kita adalah Nabi Muhammad s.a.w, junjungan besar kita. beliau adalah pemimpin yg patut dicontohi oleh merkea yg sedang menjadi pemimpin atau ingin menjadi pemimpin.

baginda dikaitkan dgn 4sifat atau ciri2. sifat2 tersebut boleh saya akronimkan sebagai SiFAT iaitu (1) Sidik - bercakap benar, jujur, (2) Fatanah - cerdik, bijak, berilmu, (3) Amanah - bertanggungjawab, dan (4) Tabligh - menyampaikan, sebagai pendidik, memberi memberi peringatan, pemberi amaran. dan bagi saya sifat ke 3 juga merangkumi kesemua sifat2 lain kerana seorang pemimpin bertanggungjawab menjalankan tugas secara amanah. amanh kepada Allah, amanah kepada diri sendiri, dan amanah kepada mahkluk Allah yg lain.

menjadi seorang pemimpin amatlah besar dan berat amanahnya. kita akan ditanya bagaimanakah kita gunakan kuasa yg diamanahkan kpd kita. jadi bagi yg gila kuasa utk salahguna kuasa, beringat2lah walaupun mereka yg gila kuasa selalunya akan minta belas kasihan apabila ditangkap melakukan salahguna kuasa dgn alasan mereka adalah gila.

Selasa, Januari 04, 2011

Pemimpin dan Perancangan

antara tugas2 yg sinonim dgn seorang pemimpin adalah perancangan. sesuatu matlamat perlu dirancang sebelum boleh dilakukan dgn jayanya.

jika pemimpin tidak merancang, kemungkinan matlamat tak dapat dicapai atau perjalanan ke arah mencapai matlamat tidak lancar. dlm pengurusan, kemahiran merancang amatlah penting. pengalaman saya sendiri semasa bekerja di syarikat swasta dahulu, apabila pemimpin tidak merancang, pekerja akan disalahkan. maka pemimpin sedemikian adalah seorang yg tidak bertanggunjawab.

utk merancang memerlukan maklumat. maka komunikasi adalah penting bg seorang pemimpin mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat utk memastikan perancangan akan berjaya.

Makan di Pendeta Corner

tengahari tadi saya bersama beebrapa pensyarah fsr makan tengahari di pendeta corner. ianya nama baru utk anggerik international ygt terletak dihadapan pejabat bahagian kemasukan pelajar uitm shah alam, bangunan inovasi.

pendita mula beroperasi semalam, 3januari 2011. tadi saya berjumpa dgn gm intekma resort di pendita. beliau di situ utk melihat bilangan pelanggan di situ. menunya amat menarik dan sama seperti di coffeehouse di inetkma resort. harganya lebih murah.

jadi, pembaca2 blog, jom pi makan di pendeta corner. selain di bangunan inovasi, intekma juga mengambil alih pengurusan cafe di tempat letak kereta bertingkat, (bersebelahan blok pejabat pendaftar), di bangunancanseleri uitm dan di puncak alam.

Isnin, Januari 03, 2011

Tidak Jujur

sedikit demi sedikit ketidakjujuran terserlah. dan sedikit demi sedikit kesilapan, kesalahan, dan mungkin penipuan akan terbongkar.

seorang yg ingin menjadi penipu, perompak, pencuri, pengkhianat bangsa, penyamun (spt kata TS PRamlee), dsbnya perlulah mempunyai keyakinan yg tinggi. mereka juga perlu pandai 'lembut lidah'. mereka juga perlu yakin dgn kebolehan mereka memperdayakan bos, rakan sekerja, dan pihak lain2 lagi. dan mereka perlu mempunyai kawan2 setia dalam menjalankan komplot mereka.

tetapi mereka yg sombong ini lupa. bhw Allah Maha Adil. mereka boleh mendapat rezeki secara tidak jujur. tetapi rezeki yg spt memakan rezeki hak orang lain amatlah berat hukumannya oleh Yang Maha Adil. dan bayangkan pula hukuman jika sebab ketidakjujuran, mereka makan rezeki anak yatim.

Kuliah Bermula Untuk Semester Januari 2011

alhamdulillah, majoriti pelajar srb 201 dan sps550 hadir ke kuliah hari ini. kuliah saya bersama pelajar2 pada hari isnin adalah selama 4jam utk sem ini. pada hari selasa adalah selama 5jam.

dukacita, pada kelas srb201 dan kelas sps550, lampu tidak menyala. utk srb 201, nasib baik pintu belakang tidak mengahalang cahaya matahari memasuki ke dlm kelas. tetapi bg sps550 yg diadakan pd waktu petang, terpaksa anak murid 'mcgyver' menyesuaikan keadaan. selain drpd skrin di tingkap dibuka, pemancar pd ohp dijadikan lampu penerang kelas.

alhamdulillah, saya lihat pelajar2 saya tekun dan khusyuk memberi tumpuan. saya harapkan mereka akan membeli buku teks yg telah saya maklumkan kerana jangan harapkan kpd nota2 saya shj.

Ahad, Januari 02, 2011

Shah Alam Kembali Jam

pagi tadi semasa saya masuk ke uitm utk hadir ke taklimat di fakulti perakaunan, saya dapati bulatan dan pintu masuk utama uitm kembali sibuk. tadi keluarga2 menghantar para pelajar uitm.

ada yg baru kali pertama di uitm. teragak2 jalan yg hendak dipilih dan diikuti. dan spt biasa, ada yg dari hala pintu utama meredah shj ke kolej seroja tanpa menghiraukan tanda 'no entry'. bahayanya pemandu2 ini. dan mereka menunjukkan contoh yg kurang baik kp ahli keluarga di dlm kereta dan mereka yg memerhati. adakah sikap pemandu ini mencerminkan pelajar uitm dlm kereta tersebut? saya harap tidak.

semasa dlm perjalanan balik dari uitm, lalulintas di jalan2 lain di shah alam juga sibuk semula. pelajar2 lama yg duduk di luar uitm juga sudah kembali berada di shah alam. pesan saya, jaga keselamatan anda semasa memandu, menunggang motorsikal, menaiki bas dan kenderaan lain, atau berjalan kaki. janganlah mereka yg mempunyai harapan terhadap anda menangis kerana kecuaian atau kekurangan ilmu anda semasa berada di jalan dan di uitm. selamat kembali ke uitm.

Taklimat Pelajar Baru Pasca Siswazah Perakaunan Jan 2011



pagi tadi diadakan taklimat utk pelajar baru pasca siswazah fakulti perakaunan. ianya diuruskan oleh kedua2 koordinator program secara penyelidikan, dr amrizah dan program secara kerjakursus, pm dr zaini.

dekan fakulti, prof dr ibrahim kamal turut hadir utk sesi pertama taklimat. utk sesi jan 2011, pelajar baru phd hanya 8 orang shj. hanya 4 orang shj dpt hadir. pelajar2 baru sarjana pun bukan semua yg dpt hadir. jumlah pelajar sarjana di perakaunan utk sem jan 2011 adalah seramai hampir 300 orang sementara pelajar phd adalah seramai 86. bilangan tenaga pengajar yg mempunyai phd di perakaunan adalah seramai 62orang. dijangkakan seramai 10pelajar phd akan bergraduat pada sesi mei 2011. sebahagiannya adalah staf uitm.

spt saya nyatakan dlm catatan2 terdahulu dlm blog ini, begitu cepat masa berlalu drpd kali pertama saya menjadi pelajar di kajian perakaunan pada 1985. insyaallah, matlamat saya utk menamatkan pengajian peringkat tertinggi di fakulti perakaunan adalah 3tahun. pada 2014, saya harap saya akan menjadi seorang lagi graduan phd dlm perakaunan di uitm.

Kesejahteraan Sebagai Ahli Keluarga



mengikut family therapy, keluarga adalah penting utk kebaikan mereka yg menghadapi masalah dan memerlukan kaunseling. begitu juga mengikut adlerian, realiti dan sebagainya.

pada petang 01012011, berlangsung pertandingan bowling antara ahli keluarga saya. dan selepas maghrib, diadakan acara makan bbq dan majlis penyampaian hadiah. acara pada petang dan malam ditaja oleh pengedar peralatan sukan volkl, pakcik saya en mohd puad pauzi.terima aksih ayah ad.

acara spt semalam adalah antara yg sering diadakan utk merapatkan silatturahim keluarga kami. kalau dahulunya, diadakan majlis makan bulanan di rumah yg berbeza. insyaallah, majlis spt pada 01012011 akan dijadikan satu acara bulanan kami. cuma sponsor diharapkan bertambah dan tempat juga berubah2. sukan dan rekreasi antara acara yg merapatkan keluarga kami.

Sabtu, Januari 01, 2011

Tingkat Keperluan Dalam Kehidupan

maslow dalam teorinya menyatakan ada beberapa tingkat keperluan dlm kehidupan. ianya bermula dgn keperluan fisiologi spt makanan,pakaian dan tempat perlindungan. mclelland juga mempunyai teori tentant kehidupan. dan dlm psikologi dan kaunseling, antara teori yg berkaitan adalah terapi realiti.

boleh disimpulkan bhw antara keperluan asas utk kehidupan di dunia adalah makanan, pakaian dan tempat perlindungan. hubungan sesama manusia dan perasaan menjadi sebahagian drpd masyarakat juga adalah penting (sense of belonging). ini juga berkaitan dgn sosiologi - kajian berkaitan kemasyarakatan. manusia tidak boleh hidup seorang diri walaupun keperluan asas telah didapati. manusia pertama, nabi Adam a.s. adalah antara contoh terbaik.

kebiasaannya manusia ini tidak pernah puas. selalunya kemahuan (wants) melebihi keperluan (needs). inilah yg kita katakan sbg tamak. dan dgn ketamakan, berlakulah salahguna kuasa. adalah tanggungjawab bersama utk kita bendung dan halang penyalahgunaan kuasa. maka sahutlah seruan drpd sprm utk membenteras rasuh.

2011 Bermula

tepat jam 12tgh malam tadi, tamatlah tahun 2010, sepuluh tahun atau dekad pertama alaf 21. dan bermulah pula hari pertama tahun ke 11 iaitu 2011. ini bermakna usia kita bertambah setahun lagi dan masa kita di dunia ini makin berkurangan setahun.

ramai menyambut tahun baru dgn pesta2. ramai yg pergi tapak2 hiburan, sama ada di dalam atau luar bangunan. ramai juga yg menyambut tahun baru dgn mereka yg sama2 sentiasa kasih dan sayang kita yg sebenarnya. maka mereka ini tidak ke tapak2 pesta anjuran pihak2 tertentu yg bertujuan melalaikan kita. berapa ramaikah yg menyambut tahun baru tidak solat asar, maghrib, isyak dan subuh? Allah Maha Mengetahui. siapakah yg bertanggungjawab jika peserta2 pesta ini lupa kpd rukun ke 2 islam?

saya berdoa semoga tahun baru ini akan menambahkan bekalan yg baik utk saya, keluarga, sahabat dan kenalan. sentiasalah membaca dan memahami surah yg berkaitan masa,'demi masa...'.