Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 30, 2009

Ibadah Haji

Saya suka membaca catitan oleh prof Kamil dlm blognya. Dan banyak atau hampir kesemua catitannya adalah mengingatkan kita untuk berubah ke arah kebaikan.

Menunaikan ibadah haji telah banyak mengubah prof Kamil. Alhamdulillah, beliau diantara manusia yg setelah menjalani ibadah haji telah mendapat nikmat drpd Allah untuk menjadi seorang yg lebih baik. Dan beliau catitkan pengalaman beliau untuk dikongsi bagi yg sudi berkongsi dgnnya dalam bukunya Travelog Haji.

Saya menerima naskah sumbangan semasa pelancarannya pada 2 tahun lepas pada bulan puasa 2007. Saya bawa balik ke kampung semasa beraay dan membaca sehingga tamat dlm tempoh 3-4jam. Dan saya pun masih lagi bertanya,'Bilakah pula giliran saya untuk mengerjakan ibadah yg ke 5 dlm Islam ini?'

Doakan agar saya tergolong dlm mereka yg mendapat rahmat, rahman dan rahim Allah hasil drpd mengerjakan haji. Dan doakan agar saya dijauhkan drpd menjadi mereka yg masih tidak berubah ke arah kebaikan ataupun menjadi lebih buruk dan jahil setelah mengerjakan haji.

30 September 2009

Hari ini adalah hari terakhir untuk suku tahunan ketiga bagi tahun berakhir 31 Disember 2009. 3/4 drpd masa dlm 2009 telah tamat.

Apakah kejayaan kita setakat ini? Apakah kebaikan yg telah kita lakukan? Apakah kesilapan dan kekurangan yg telah kita lakukan setakat ini? Bagaimanakah keadaan kesihatan kita? Bagaimanakah keadaan kewangan kita?

Masa amat cepat berlalu. baru2 ini, saya beraya di rumah saudara di Kelantan dan Terengganu. Rasa2nya macam baru sahaja berhariraya dgn mereka pada 2 tahun lepas. Jadi, dgn keadaan masa yg begitu cepat berlalu, adakah kita telah menggunakan sebaik2nya? Hanyalah sekadar peringatan sahaja.

Isnin, September 28, 2009

Pemeriksaan Kesihatan



Tadi, sementa dgn berada hampir dgn pusat kesihatan uitm, saya buat pemeriksaan kesihatan. Itupun sebab ada seorang kawan yg asyik mengingatkan saya untuk pergi buat pemeriksaan kesihatan.

Berdebar2 jugak semasa buat pemeriksaan. Sebab antara tujuan utama untuk memastikan apakah punca saya sakit dada sebelum dan selepas raya. Adakah saya dah kena 'heart attack'? Dan seorang kawan juga mengingatkan untuk sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan kerana usia dah melebihi 40tahun.

Setelah menunggu hampir 10minit, saya dapat berjumpa doktor. Saya maklumkan tujuan saya berjumpa beliau. Dan saya pun diminta melakukan pemeriksaan ECG. Alhamdulillah, hasil pemeriksaan adalah baik untuk saya. Tiada tanda2 mendapat serangan jantung. Tapi saya dinasihatkan untuk kerap melakukan pemeriksaan kesihatan.

Mungkinkan sakit saya kerana melakukan latihan yang tidak betul? Gambar saya menunjukkan seorang yg sihat atau sebaliknya?

Puasa 6

Alhamdulillah, hari ni saya baru mula puasa 6 syawal tahun ni. Doa2kan agar dapat saya sempurnakan puasa 6 syawal.

Puasa 6 syawal lebih mencabar drpd puasa ramadan. Antara lain, berbanding dlm ramadan, tidak ramai yg mungkin sama2 puasa dlm syawal. Dan juga, jemputan2 raya. Agak2 bila saya akan raya 6? Mungkin boleh disambut bersama saudara2 atau pelajar2 saya. Dan juadah raya 6 adalah... makanan ringan cukuplah ye. So, ada sape2 yg nak join saya untuk raya 6?

Puasa selain drpd mengingatkan kita untuk bersyukur dgn nikmat Allah kpd kita, ianya juga dpt membantu dlm menjaga kesihatan kita. Dgn berpuasa kita pun mungkin dpt mengurangkan melakukan perkara2 yg salah (harap2lah).

Ahad, September 27, 2009

PhD - Pengiktirafan Akademik Tertinggi

Sebagai pensyarah, mempunyai PhD adalah tahap kelayakan akademik yg tertinggi boleh dimilikki. Ianya sebagai tanda kita adalah pakar dlm bidang kita.

Seorang makcik saya sedang buat phd dlm media massa. Seorang pakcik ditawarkan buat phd dlm pendidikan. Adik ipar saya dah siap bab 4 dlm bidang kimia. Seorang saudara masih tak siap2 phd dlm sains sukan. Seorang adik saya buat sarjana perubatan sukan. Mungkin lepas ni dia jadi bos saya di fakulti kot.

Saya masih belum selesai sarjana kedua saya. Cita2 nak ada 3 sarjana. Tapi dinasihatkan buat phd dulu. Kalau boleh, nak ada 2 phd. Bukan sebab nak jadi bos tetapi sebab seronok belajar.

Macam kata seorang pakcik saya,'bila la nak abis belajar, lepas diploma, buat bacelor, lepas tu buat profesional, lepas tu post-grad diploma, lepas tu buat master, lepas tu buat master lagi,'. Saya senyum aje sebab kenyataan yg betul.

Rezeki Kita dan Rezeki Keluarga

Pemegang PhD yg dibeli tak layak menjadi pensyarah di IPT di Malaysia. Bagaimana dgn mereka yg mempunyai sarjana drpd IPT yg tak diiktiraf? Bgmana jika mereka ini juga memegang jawatan pentadbir akademik di IPT? Halalkah rezeki mereka?

Memanglah, topik rezeki adalah antara topik kesukaan saya. Tambah2 lagi jika yg bekerja tidak dpt rezeki yg setimpal dgn usahanya. Antara punca burnout. Dan organisasi yg akan rugi akhirnya. Rugi sebab simpan staf yg tak boleh buat kerja, dan hilang staf yg boleh buat kerja. Jadi kita mesti pastikan rezeki adalah adil dan setimpal.

Saya juga mempunyai saudara2 yg sangat mudah dpt rezeki. Tetapi rezeki tersebut sangat mudah hilang. Adakah mungkin kerana rezeki didapati salah drpd segi agama? Mungkin berkait dgn rezeki yg tak diberkati.

Duit Raya Amalan Kita?

Saya ada menulis tentang duit raya sebelum ini. Dan saya nyatakan bhw duit raya drpd saya selalunya RM1.

Pada 1 syawal, saya spt biasa menghadiahkan duit raya RM1 tanpa sampul. Konsep tranparensi, jelas dan tanpa berselindung. Maka spt biasa, saya ditegur, asyik RM1 aje, bila nak naik. Ada yg berkata,'dah ada bini baru lebih'. Saya kata,'dah ada bini, jawabnya hanya 50sen aje'. Ada yg tak nak terima hadiah duit raya saya. Say tak kecil hati. Tetapi kpd saudara mara yg bagi saya memerlukan hadiah lebih drpd RM1, saya akan hadiahkan sama ada sebagai mengenangkan bantuan mereka kpd saya semasa saya kekurangan dahulu ataupun di 'nasihatkan' oleh kedua ayah dan ibu saya.

Saya kurang gemar kpd tetamu yg beraya untuk duit raya. Dah salah konsep beraya. Antara yg utama meraikan aidil fitri adalah menikmati juadah yg dihidangkan. Dan saya sebenarnya spt saya nyatakan dlm tulisan sebelum ni, cukuplah kita menjamu tetamu dgn kemampuan kita. Jangan lepas raya, dok makan sisa2 kuih raya kerana bajet dah habis sehingga gaji bulan depan.

Jamuan Raya

Hari ini ramai mengadakan jamuan raya. Terutama yg baru balik dr kampung.

Di rumah saya tiada jamuan raya. Tapi saya dimaklumkan ada jamuan raya oleh makcik saya di Bangi. Dan mungkin kebetulan, tulisan cerpen makcik saya disiarkan di Mingguan Malaysia hari ini. Tapi nama saya tidak digunakan. Yang digunakan adalah nama adik2 saya dan saudara mara yg lain. Makcik saya sedang mengikuti PhD sekarang, setelah menamatkan sarjananya.

Memang seronok hadir ke jamuan raya. Tetapi bagaimana dgn tuan rumah? Saya bercadang untuk mengadakan jamuan raya dgn menu berikut, kuah sate dan roti (tiada sate), kari dan roti. Amacam, agak2 ada tetamu ke?

Seorang Yg Berjaya - 3

Saya mempunyai ramai saudara mara. Tengoklah gambar keluarga semasa hari raya 1430hijrah. Saya memang seronok mempunyai ahli keluarga yg ramai.

Diantara ahli keluarga saya adalah seorang datuk saudara saya, yg merupakan ahli paling senior sekarang dlm keluarga. Beliau seorang guru dalam hal agama. Selalunya, beliau akan berkongsi beberapa ayat al Quran apabila kami berjumpa semasa saya beraya di kampung. Tetapi tahun ini, saya tak sempat berbual2 lama dan mendapatkan ilmu daripadanya.

Beliau mempunyai 2 orang anak sahaja. Tetapi kedua2nya melanjutkan pengajian ke luar negara. Dan kedua2nya sekarang memegang jawatan penting di GLC. Walau pun berpangkat tinggi, mereka berdua hidup secara sederhana, tidak menunjuk2. Dan mereka tidak pernah lupa kpd Allah, kerana didkan drpd ayah mereka, datuk saudara saya.

Jadi, kenapa kita mesti lupa kpd Allah dan melakukan perkara2 haram untuk berjaya di dunia sahaja. Seorang yg lupa kpd Allah, melakukan laranganNya adalah bukan seorang yg berjaya.

Seorang Yg Berjaya - 2

Antara tanda kejayaan seseorang adalah mempunyai anak cucu yg berjaya. Spt saya katakan, maksud berjaya berbeza diantara individu.

Seorang datuk saudara saya bg saya adalah seorang yg berjaya mendidik anak2nya. Beliau mempunyai 10 orang anak. Pada awalnya, kehidupan beliau sekeluarga amat sederhana. Tetapi beliau dan isterinya berikhtiar dan berusaha tanpa putus asa untuk memberi ilmu kpd anak2nya. Rezeki dicari secara halal. Beliau akan melakukan kerja sampingan seperti berniaga makanan untuk mendapatkan rezeki tambahan.

Alhamdulillah, anak2 beliau sekarang berupaya berada dlm kehidupan yg lebih baik berbanding dahulu. Tahniah kpd datuk saudara saya kerana tidak lupa kpd Allah dlm membesarkan anak2nya. Juga kerana memahami bhw peninggalan yg paling baik adalah ilmu kpd anak2nya.

Sabtu, September 26, 2009

Seorang Yang Berjaya

Siapakah seorang yang berjaya? Berpangkat tinggi? Berkereta besar? Banyak harta? Isteri (isteri) yg cantik? Anak2 yg ramai? Pendapatan yg besar?

Jika ciri2 di atas digunakan, maka saya bukanlah seorang yg berjaya. Apakah yg saya ada? Pangkat tiada, kereta kebal shj, harta cukup2 aje, isteri-isteri belum lagi, anak2 yg ada hanyalah ... Jadi saya tidak boleh dijadikan model seorang yg berjaya berdasarkan ciri2 yg selalu digunakan sekarang.

Tetapi jika ciri2 ditukar kpd ahli keluarga sebagai penentu kejayaan, maka mungkin saya seorang yg berjaya. Juga jika sahabat2 yg setia sebagai ciri2 berjaya, saya mungkin seorang yg berjaya. Juga jika digunakan seorang yg tidak menggunakan ajaran sesat untuk menyesatkan, mungkin saya seorang yg berjaya.

Kita tidak selalunya berjaya dlm semua bidang. Yg penting, kita berjaya menyediakan diri kita untuk kebaikan dan kesejahteraan di akhirat.

Jumaat, September 25, 2009

Balik Dari Kampung

Semalam saya balik dari kampung di Kelantan. Konvoi 4 buah kereta. Dan yg tinggal di rumah nenek adalah kedua ibubapa saya, seorang adik dan seorang pakcik shj lagi.

Saya mencuba jalan 'baru', dari Jeli ke Gua Musang. Kali pertama. Rupa2nya, 3 buah lagi kereta ambil jalan 'biasa' iaitu Kuala Krai ke Gua Musang. Pada mulanya jalan dari Jeli dikirakan ok, tetapi kemudiannya selepas Stong, jalan banyak berlubang. Mungkin lain kali, saya bawa Kembara saya, kerana ianya lebih sesuai untuk jalan yg berlubang. Di Stong, sempat bergambar berlatar belakangkan Air Terjun Stong. Kali pertama dan terakhir saya di situ adalah pada tahun 2000 (kalau tak silap saya). Juru pandu arah kami telah pun kembali kepadaNya.

Dari Gua Musang, kami ambil jalan ke Simpang Pulai. Jalannya cantik, tetapi terdapat pemandu2 yg memandu secara 'tidak cantik'. Memandu secara jahiliyah (tak pakai otak). Dari Simpang Pulai, kami ke rumah adik saya di Lahat. Makan hi-tea dan solat. Selepas maghrib dan kopi-o, kami bertolak balik ke rumah. Di lebuhraya PLUS, jalanraya amat cantik, malangnya lagi ramai pemandu jahiliyah.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah setelah hampir 2 1/2jam dari rumah adik saya. Syukur kpd Allah yg memberi peluang kpd kita untuk menyambut Syawal 1430hijrah.

Selasa, September 22, 2009

Isnin, September 21, 2009

BBQ di Rumah Nenek

Seperti diwar2kan sebelum balik ke kampung, maka pada malam ini adalah jamuan BBQ. Cuma, saya terpaksa pilih diantara di rumah arwah moyang saya di Kg Raja, Besut atau di rumah nenek di Pasir Puteh.

Jadi, saya ke Kg Raja tengahari tadi. Dan malam ini BBQ di rumah nenek saya. Hampir kesemua ahli keluarga terlibat dlm proses penyediaan makanan. Pangkat ditolak ke tepi. Daripada datuk (asli dan bukan asli) kpd saya org biasa. Memang seronok sekali sekala kita sama2 melakukan kerja untuk kebaikan bersama. Makanan dah ada yg siap. Pelbagai makanan laut dan darat disediakan.

Dan kita akan bersama2 menjamu selera. Cuma terkilan, saya miss makan kambing panggang di Kg Raja. Mungkin saya dah puas semasa berbuka puasa dahulu dgn jamuan kambing panggang.

100 Tahun Almarhum Hj Ibrahim





Bermula semalam, keluarga sebelah bapa kpd ibu kpd ibu saya telah mengadakan majlis sempena 100 tahun arwah moyang saya Hj Ibrafim Ismail, di Kg Raja Besut. Dan majlis pada hari ini 21 september 2009, bermula dgn mesyuarat, makan tengahari dan makan malam BBQ.

Di atas adalah gambar keluarga yg tak lengkap. Di hadapan, berjubah hitam dan berserban putih adalah tok saudara saya, anak ke4 kpd arwah moyang saya. Kalau dikira, sepatutnya 150 orang ahli keluarga, dan yg hadir hanyalah 100+ shj. Gambar di atas juga adalah gambar saya bersama 2 lagi tok saudara saya.

Gambar2 Raya Di Kampung



Inilah gambar ahli keluarga saya yg hadir di rumah nenek di Kelantan. Tak ramai +- 60 orang aje.

Bagi yg cam, ada pelakon Nur Kasih, penulis skrip dan penerbit filem cinta, sepi, setem, nur kasih. Saya sebagai penjaga pintu aje.

Sambutan Syawal

Berapa lamakah kita patut sambut Syawal? Di Malaysia, sebulan. Di Arab, sehingga zohor 1 syawal.

Di Arab, sedih dgn ketibaan syawal kerana berakhirnya ramadan. Di Malaysia, gembira dgn syawal kerana berakhirnya ramadan? Bagi saya, keseronokan balik kampung untuk beraya adalah pada malam dapat berbuka ramai2 sekeluarga. Setelah itu, bila solat isyak beramai2 pada malam syawal. Kemudiannya pada pagi syawal, apabila bergambar dgn ahli keluarga. Kita bersyukur dgn nikmat Allah kpd kita iaitu kita berada dgn ahli keluarga yg tersayang. Kesedihan dan kedukaan terubat dgn kehadiran mereka yg memahami dan menyayangi kita. Maka masalah lain2 diketepikan buat sementara. Nikmat persaudaraan adalah antara nikmat yg memang patut kita bersyukur.

Saya cuba melakukan budaya kurang berbelanja, kurang fokus kpd pemberian duit raya. Kuran fokus kpd baju2 raya yg dipakai untuk bergaya. Itu hanyalah saya.

Sabtu, September 19, 2009

Tradisi Di Akhir Ramadan

Kebiasaannya, kesemua adik beradik ibu saya yg masih ada akan berkumpul di rumah nenek di Pasir Puteh jika tiada halangan. Dan bersama mereka adalah suami/isteri, anak2/menantu, cucu2. Jadi tahun ini, insyaallah, tradisi ini diteruskan.

Pada tahun lepas kami beraya di Kuala Lumpur sebab nenek saya telah menjalani pembedahan dan tidak dapat balik ke kampung untuk beraya. Maka suasan raya tahun lepas berbeza drpd kebiasaannya. Tetapi pada tahun ini, hampir kesemua ahli keluarga akan meneruskan tradisi. Dua keluarga yg telah lama tidak beraya di kampung (Mak Long dan Ayah Yan) akan turut beraya di kampung pd tahun ini. Dan kami akan turut beraya dgn dua ahli keluarga baru (cicit kpd nenek). Memang kebiasaan, ahli baru akan menjadi tumpuan.

Malam ini, insyallah kita akan berbuka dgn singge tulang lembu. Dan pd musim raya, chef utama adalah nenda saya. makcik2 menjadi assistant chef. Kami yg lain sebagai pengkritik juadah.

Kemalangan

Dalam perjalanan balik kampung pad hari khamis lepas, perjalanan terganggu. Selepas bukit bunga, jeli, ada kemalangan maut. Tetapi yg hidup tak beringat juga lepas tu. Masih lagi memandu kenderaan macam bapk dia punya jalan.

Tadi, seorang pakcik saya kemalangan. Selepas menyeberangi jambatan Sg.Besut. Beliau terlanggar kereta di hadapannya. Alhamdulillah, tiada kecederaan. Hanya kerosakan ringan kpd kereta di hadapannya. Keretanya, tiada kesan apa2. Tetapi mungkin ada sedikit trauma kpd beliau dan penumpang yg termasuk tiga sepupu saya. Dengan bilangan kenderaan yg luarbiasa sempena cuti raya ni, memang akan berlaku kemalangan. Ada pemandu baru, ada kereta baru, kereta baru dipinjam dsbnya. Maka kita mestilah sentiasa berhati2 dan lebih lagi pada masa2 ini.

Cara saya memandu menjadi jenaka kpd seorang kawan. Beliau akan mengingatkan saya bhw cara saya memandu adalah cara orang tua. Saya terima kenyataan dan hakikat yg saya ini tua. Mungkin cara memandu saya membolehkan saya mencapai usia sekarang.

Jumaat, September 18, 2009

Sahur di Kampung

Baru lepas sahur di kampung. Seronok bersahur di kampung. Bersahur ramai2 dgn mereka yg kita hanya dapat bersama ramai selalunya setahun sekali.

Lauk sahur selalunya lauk berbuka. Kerana bersahur ramai2, ada yg tambah nasi. Memanglah, bukan sahaja lauk yg menambah selera makan, tetapi juga 'company' yg makan bersama kita. Yg bersahur hanya 9 orang sahaja. Sebab biasalah, bukan semua yg nak bangun sahur. Ada yg sahur awal2 supaya tak kacau tidur.

Dan lepas sahur, baiklah terus solat subuh. Kalau tak nanti, kemungkinan terbabas dan terpaksa qadha subuh. Ingat, jangan puasa aje, solat pun mesti. Pastikan solat kita cukup, 5 kali fardhu. Kerana jika solat fardhu tak buat, sia2 aje berpuasa dan berzakat.

Khamis, September 17, 2009

Menanti Kepulangan Ahli Keluarga

Setakat ini hanya 10 orang sahaja yg berada di rumah nenek saya. kedua ibubapa saya, saya empat beradik, seorang pakcik dan 2org sepupu saya. Suasana di rumah belum lagi riuh rendah dgn suara2 anak cucu nenek yg dijangka seramai 60 org.

Maka kami pada malam ini boleh memilih tempat untuk tidur tanpa berebut. Boleh makan tanpa berebut. dapat menggunakan bilik air tanpa mempunyai masa yg terhad. Tetapi bermula esok, kesemuanya ini akan berubah. Bahkan penggunaan internet pun perlu jadual. maklumlah, hampir setiap keluarga membawa balik 'laptop'. Yg sedihnya, kelajuan internet adalah perlahan berbanding di rumah dan di pejabat.

Kami yg bujang2 memanglah akan balik dgn kereta selalunya terlebih dahulu. Ianya untuk membolehkan kami menjalankan tugas mengambil ahli keluarga yg akan pulang dgn kapal terbang. Saya doakan agar kesemua ahli keluarga selamat sampai ke destinasi.

Balik Kampung

Balik kampung, ho, ho,ho, balik kampung, hati girang. Sekarang saya berada di kampung, di rumah nenek saya. Di Pasir Puteh Kelantan. Saya sampai jam 6.30ptg tadi.

Pada asalnya, saya bercadang nak balik kampung melalui Kuantan, Dungun. Tetapi setelah keluar dari rumah, adik saya mencadangkan kami balik melalui Grik. maka kami tidak jadi bermalam di Dungun. Setelah Kami ambil masa 7 1/2jam untuk sampai ke rumah nenek. Itupun setelah singgah di Grik untuk solat zohor/asar secara jamak dan qasar. Di setengah tempat hujan turun dgn lebat. Dan setelah melepasi Bukit Bunga, perjalanan terganggu kerana terdapat kemalangan.

Alhamdulillah, perjalanan kami selamat. Kami mendengar bacaan al Quran hanpir sepanjang perjalanan. Dan perjalanan kami terasa begitu cepat sekali. Kepada yg akan balik ke kampung, berhati2 dan berbudi bahasa di jalanraya. Ingatlah kepada mereka tersayang yg menanti kepulangan kita.

Rabu, September 16, 2009

Selamat Tinggal

Bukanlah satu ucapan yg mudah. Bukanlah satu ucapan yg biasanya akan diterima dgn gembira. Tapi, ada kalanya, walau pun kita tidak ingin mengucap selamat tinggal, masa dan takdir telah menentukan.

Mengucapkan selamat tinggal kpd ahli keluarga, sahabat atau kenalan bukanlah mudah. Selalunya, lebih lama kita kenali seseorang, lebih susah untuk kita ucapkan selamat tinggal. Perasaan kita akan memaksa kita untuk cuba mengelak kita daripada mengucapkan selamat tinggal kpd mereka yg kita kenali. Tetapi, ada kalanya, kita perlu mengikut akal kita. Keputusan perlu dibuat berdasarkan ilmu, bukannya emosi.

Saya kurang gemar mengucapkan selamat tinggal. Saya lebih suka menyatakan, insyaallah, kita akan bertemu lagi. Dan saya doakan agar mereka yg saya terpaksa ucapkan selamat tinggal, akan saya jumpa dalam keadaan kita bersama mendapat kebaikan di akhirat. Bersamalah kita berusaha ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

Sakit

Semalam, sebelum majlis berbuka dgn peers, badan saya kurang selesa. Saya berpeluh, kepala sakit, tengkok terasa keras. Apakah tanda2 ni? Setelah sampai di rumah, saya memuntahkan kesemua makanan yang saya makan untuk berbuka. Kosong perut saya.

Dan saya pula kebetulan, berada seorang sahaja di rumah. Doktor2 berbuka di luar. Saya hanya mampu meminum segelas air soya untuk menggantikan kandungan air yg hilang. Seterusnya saya tidur. Untuk melupakan sakit di kepala. Alhamdulillah, apabila saya bangun untuk bersahur, sakit saya telahpun hilang. Dan saya dapat menunaikan solat isyak, terawih dan witir. Alhamdulillah, makanan dan minuman yang saya ambil untuk sahur tidak keluar semula.

Sakit adalah satu peringatan kpd kita hambaNya. Ada yg bagtau, sakit adalah untuk membersihkan diri drpd dosa. Tetapi kita perlu faham, sakit di dunia hanyalah sementara. Sakit adalah cubaan untuk kita.

Berubah

Bulan ramadan adalah antara masa yg baik untuk kita berubah. Berubah kpd diri kita yg lebih baik. Berubah kpd lebih bersedia untuk kebaikan di akhirat.

Bukan mudah untuk berubah. Tetapi kita diberi akal. Dan kita diberi peluang untuk meningkatkan ilmu kita. Dan kita diberi pilihan untuk kita buat keputusan. Maka gunakanlah akal dan ilmu kita untuk memilih peluang dan membuat keputusan yg tepat. Tuahn tidak akan membantu kita kecuali jika kita memilih untuk berusaha untuk berubah. Jangan salahkan orang lain. Jangan marahkan orang lain. Kita yg mesti membuat keputusan dan seterusnya berusaha untuk berubah.

Saya andaikan diri saya sebagai suatu persinggahan dalam kehidupan kenalan saya. Maka apabila mereka sampai di persinggahan saya, saya akan cuba bekalkan ilmu untuk membolehkan mereka membuat keputusan untuk kebaikan dunia dan akhirat. Dan persinggahan bermaksud saya bukanlah tempat penamat. Jika telah ditakdirkan masa untuk berpisah, maka kita akan berpisah mengikut haluan masing2.

Ucapan Salam Satu Syawal 1430Hijrah




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kaum kerabat, sahabat handai dan kenalan. Tidak lupa kepada pembaca blog.

Syawal menjelang lagi. Setelah kita menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Saya mohon ampun maaf zahir dan batin terhadap segala kesalahan dan kesilapan saya kepada anda semua. Saya hanyalah manusia dan hambaNya yang lemah, yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan.

Saya doakan anda semua selamat kembali ke kampung halaman untuk beraya dan kembali ke tempat menjalankan amanah sepanjang tahun. Saya akan beraya di Pasir Putih, kelantan, di rumah nenek saya. bagi yang sudi, jemputlah ke rumah, tetapi hubungi saya dahulu. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Kad Hari Raya

Di tahun 1980an dan tahun 1970an, rumah saya banyak menerima kad ucapan hari raya. Masa tersebut, ayah saya bekerja dgn jabatan kerajaan. saya harapkan kad dikrim kerana ucapan ikhlas. Selain drpd itu, banyak juga dapat hamper. Saya pada masa tu tak faham kenapa ramai yg hantar hamper kpd ayah saya.

Sekarang, amat sedikit rumah saya terima kad ucapan hari raya. Mungkin sebab dah ramai kenalan ayah yg dah meninggal dunia. Mungkin sebab banyak ucapan diterima kami melalui sms. Dan sekarang juga ada internet, banyak ucapan diterima melalui emel.

Semasa kami menerima banyak kad raya, kami pun terpaksa hantar banyak kad raya sebagai balasan. Jadi, satu keluarga sibuk menampal setem, menulis nama dan alamat penerima, kemudiannya ke pejabat pos untuk mengirim kad2. Senarai perlu disediakan untuk mengelak tertinggal nama.

Saya ada juga menerima kad2 raya drpd kawan2 dan bos2. Terima kasih kpd pengirim. Saya bangga apabila membaca nama penghantar dan jawatan yg disandang sekarang. tahniah kpd yg berada di jawatan baru yg tinggi. Terima aksih kerana masih mengenali saya. Maaf, saya tidak dpt mengirim kad sebagai balasan.

Gambar2 Buka Puasa Dgn Peers 150909






Sambutan drpd peers untuk majlis berbuka puasa semalam amat menggalakkan. Hampir 100 peers dan tetamu lain hadir. Tetamu kehormat adalah Pn Kamaliah Abu, ketua Kaunselor UiTM.

Selepas berbuka ringan, kami bersolat maghrib berjemaah. Kemudian kami menjamu selera dgn juadah utama. Dukacita saya terpaksa pulang awal kerana kesihatan kurang baik.

Terima kasih kpd penganjur kerana sudi menjemput saya.

Nikmat Allah Kepada Kita

Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. KemurahanNya membolehkan kita menikmati rezeki dariNya di dunia ini. KasihaniNya membolehkan umat Islam berada dalam kebaikan di akhirat nanti.

Maka nikmatNya kepada kita umat Islam adalah kita terpilih menjadi umat Islam. Umat agama yg sebenarnya. Umat yg dapat menikmati pelbagai nikmat di dunia dan di akhirat. (Saya ambil sebahagian drpd penulisan pagi ini berdasarkan tazkirah pagi tadi di Klasik Nasional.)Maka, sebagaimana dinyatakan dalam surah ar-Rahman (surah yg amat diminati oleh Prof.kamil, Pengarah UiTM Johor), 'nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?'.

Berpuasa adalah satu nikmat kerana ianya mengingatkan kita kepada mereka yg kurang bernasib baik drpd kita. Berpuasa mengingatkan kita akan nikmat kemurahan rezeki drpdNya kpd kita berbanding mereka yg mendpt rezeki yg kurang berbanding kita.

Selasa, September 15, 2009

Bubur Lambuk dan Peers

Peers sedang memasak bubur lambuk di perkarangan hep uitm shah alam. Saya dijemput hadir untuk membantu. Tetapi saya maklumkan saya tak hadir kerana tugasan.

Insyaallah petang ini, saya akan berbuka dgn peers lagi. Bukan hanya dgn ajkt sahaja, tetapi dgn ahli2 peers yg lain. Tempatnya di foyer hep. maka ini bermakna saya berbuka puasa di luar rumah berturut2 7hari. Kebanyakan di uitm atau persekitaran shah alan bersama warga uitm.

Selepas berbuka, kita akan mengerjakan solat maghrib berjemaah. Dan selepas itu barulah menjamu selera. Kemudiannya akan diadakan solat isyak, terawih dan witir. Maka saya ingin menjemput peers dan alumni peers untuk hadir beramai2 untuk majlis ini. Semoga majlis kita ini dirahmati Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Rezeki dan Raya Aidil Fitri

Aidil fitri dikatakan meraikan diri kita yg kembali kpd fitrah yg suci dan bersih. Ianya setelah kita melakukan ibadah puasa dan pelbagai lagi ibadah di bulan ramadan. Kita berupaya mendapat pahala berlipat ganda, dan memohon keampunan untuk dosa2 kita yg lepas.

Dan di aidil fitri, kita menyambut kesucian dan kebersihan diri kita seumpama kita baru lahir. Tetapai bagaimana jika kita menyambut aidil fitri dgn hasil rezeki yg tidak halal. Mungkin rezeki itu didapati semasa ramadan, mungkin sebelum ramadan. Contohnya kita mengambil barang2 bukan milik kita dan kita jual untuk mendapatkan rezeki. Iaitu rezeki yg kita gunakan di aidil fitri spt membeli makan minum untuk bersedekah, membayar zakat, duit kpd kedua ibubapa, anak isteri dsbnya. Memang ada yg berbangga dgn hasil rezeki yg didapati melalui tidak amanah, rasuah, mencuri, merompak, peras ugut, dsbnya. Sebab mereka tidak nampak balasannya sekarang. Memang ada yg berbangga pula dgn hasil sedemikian sehingga menunjuk2 kpd org lain hasil rezeki tersebut (beli kereta baru, make up kereta, perabut baru, dsbnya).

Bagi diri kita yg faham rezeki halal dan haram, tidak perlu kita irihati dgn kemurahan rezeki yg haram dimiliki orang lain. Jika kesan rezeki haram itu tidak terkena kpd yg melakukan kesalahan, ianya mungkin terkena kpd isteri, ibubapa, anakcucu dsbnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil terhadap hambaNya. Berusahalah untuk sentiasa mendapat rezeki yg halal dan jauhilah rezeki yg haram drpd digunakan untuk menyucikan diri dan menyambut aidil fitri.

Isnin, September 14, 2009

Buka Puasa Di Intekma Resort (Lagi)

Hari ini insyaallah, kali ke3 saya berbuka puasa di intekma resort. Bukannya sebab saya ada 'share' dlm intekma, tetapi kerana memudahkan saya.

Kali ini tetamu saya adalah dari UiTM Dungun. Seorang drpd timbalan pengarahnya. Selalunya saya jarang dapat melayan tetamu dr kampus cawangan. Alasan utama adalah sebab tugas dan kesesuaian masa. Dan mungkin rezeki tetamu saya dr Dungun berbuka dgn saya hari ini kerana pada asalnya saya merancang berbuka dgn kawan2 lain. Jadi, ada hikmah disebalik perancangan asal yg tidak dapat dilaksanakan. Maka, insyaallah, menu utama saya hari ini adalah kambing lagi. Agak2 bagaimanalah tahap kolesterol saya pd bulan ramadan ni. Hampir tiap2 minggu saya berbuka sekurang2nya sekali dgn lauk kambing.

Setiap persahabatan perlu dihargai. Ada kawan berkata bahawa jika sangat perihatin kpd seseorang lain, kita sanggup lakukan apa sahaja asalkan kawan kita dlm keadaan baik. Saya bgtau, saya tidak setuju sepenuhnya. Perlulah kita pastikan bhw pengorbanan kita jangan sampai menyusahkan kita dan tidak dihargai kawan kita.

Gambar Berbuka Kelab FSR 110909








Sekitar majlis berbuka kelab FSr untuk 2009. Terima kasih kpd Timbalan Dekan Sumber dan Pelajar yg turut hadir. Terima kasih kpd PM Zul Kadir yg bertindak sebagai tuanrumah dan melayan tetamu jemputan. Terima kasih kpd semua yg hadir. Begitu cepat masa berlalu. Rasa2 baru aje berbuka di FSR tahun 2008.

Peers dan Kerjaya

Antara sebab bermulanya kaunseling adalah berkaitan dgn kerjaya. Saya berminat dgn kaunseling kerjaya. Antara masalah kerjaya adalah salah pilihan,atau tiada pilihan kerjaya.

Diantara 'senior' peers (bekas ahli peers uitm) yg hadir semalam terdapat mereka yg berkerja di bidang yg berbeza dgn kelayakan akademik mereka. Ada yg bekerja sebagai pemandu di jabatan bomba. Kenderaan yg beliau pandu mempunyai kipas yg besar. Helikopter. Beliau bertugas dlm 'search n rescue'. Ada yg jaga hypermarket. Ada yg kerjanya berbuka puasa dgn pelajar dan kawan2.

Selepas sesi berbuka puasa semalam, adalah sesi berkongsi ilmu. Maka senior2 pun bertanya apakah kerjaya yg ingin diceburi oleh peers yg hadir semalam. Tidak semestinya kita bekerja di bidang yg khusus dgn kelayakan akademik kita. Kerana ilmu drpd IPT adalah sebagai bekalan kehidupan kita. Dan gunakanlah ilmu dgn penuh amanah.

Walau bagaimana pun, jika kita hendak menjadi seorang pensyarah, bagi saya pastikan kita punyai ilmu dan kelayakan akademik yg berkaitan dgn bidang ilmu yg ingin kitaa kongsi dgn pelajar. Elakkan drpd menjadi pengamal ajaran sesat.

Ahad, September 13, 2009

Berbuka Dgn PEERS 13.09.09








Hari ini giliran saya berbuka dgn para pelajar Badan Peer Kaunselor (PEERS) UiTM dan mereka yg pernah menjadi ahli PEERS. Seramai 20 orang shj yg hadir ke majlis tadi.

Saya adalah seorang drpd beberapa orang penasihat peers. Saya dimaklumkan ahli peers sekarang hampir 700 orang. Tahniah kpd ajkt dan ahli2 peers. Saya menjadi ahli peers sejak 1987. Kemudiannya saya menjadi ajkt dan setrusnya sebagai presiden semasa belajar di peringkat diploma lanjutan atau sekarangnya adalah sarjana muda. Saya mula dilantik sebagai penasihat peers bermula 2003. Walau bagaimana pun, sejak 2 tahun kebelakangan, saya mohon maaf kpd ahli peers kerana tidak dpt turut serta dlm kebanyakan program peers. Bukan disengajakan tetapi setelah saya mula mengambil sarjana perakaunan, hujung minggu saya selalunya akan penuh dgn kuliah. Dan saya juga ada kalanya terpaksa menjalankan tugas selain sebagai pensyarah uitm pada hujung minggu.

Seronok mendengar dan berkongsi sedikit pengalaman dgn mereka yg hadir di majlis tadi. Saya cadangkan kpd peers untuk ke taman negara pada semester hadapan. Bagi pelajar uitm yg belum menjadi ahli peers, anda sangat2 dialukan untuk menjadi ahli keluarga peers.

Gambar2 Freestyle Football 12.09.09







Di atas adalah antara gambar2 semasa projek SMG453 epjj 'Freestyle Football'.

Freestyle Football anjuran SR221 ePJJ

Tahniah dan terima kasih kpd penganjur freestyle football yg telah berjaya diadakan di pusat sukan uitm pada petang 12.09.09. Terima kasih juga kerana turut menganjurkan majlis berbuka puasa setelah projek SMG453.

Projek tadi telah dijayakan dgn kerjasama Dr Freestyler yg terlibat dgn program rakan muda KBS. Dr Freestyler telah turut membawa pembantu2 dan anak2 muridnya untuk memberi demonstrasi kpd pelajar uitm yg hadir. Saya turut mncuba menimbang bola, menangkap bola dgn belakang saya, dan pelbagai lagi. Tetapi hakikat yg perlu saya akui adalah, saya memerlukan banyak latihan untuk berjaya betul2 menangkap bola sbgmana yg dilakukan Dr Freestyler.

Apa yg saya perhatikan dan rasai, untuk melakukan freestyle football memerlukan tubuh badan yg kurang lemak, kuat otot2 perut dan pinggang, penglihatan yg tajam serta fokus kpd apa yg kita lakukan. Mungkin dgn sedikit ilmu dan banyak latihan, pasukan futsal FSR akan boleh betul2 'run around the opponents'.

Sabtu, September 12, 2009

Poligami

Ini tiadakan kaitan dgn origami. Origami seni mereka pelbagai bentuk binatang dsbnya drpd kertas. Saya pernah belajar tentang origami dahulu. Satu seni masyarakat jepun. Satu cara untuk belajar berdisplin dan kekuatan mental.

Poligami dibincangkan dlm suratkhabar STAR hari ini 12.09.09. Hmmm, menarik juga. Tahun ni agak2 saya nak beraya kat rumah mertua mana ye? Ada baiknya poligami, ada kurang baiknya poligami. Bergantung kpd diri masing2. Ianya bukan hak tetapi keistimewaan kpd lelaki dan wanita. Bukannya kpd lelaki shj. Poligami yg baik banyak keuntungan kpd kedua2 pihak lelaki dan perempuan. Tetapi secara umumnya, lelaki kalau boleh nak berpoligami, perempuan tak nak berpoligami.

Saya bagaimana? Bahaya kalau beri pandangan peribadi kot. Nanti ada yg baling saya ke lantai. Kalau time aikido atau judo oklah. Time lain, saya cuba elakkan.

Freestyle Football di Pusat Sukan

InsyaAllah, pada jam 4.30 hingga 7.00petang ini akan diadakan klinik bolasepak anjuran pelajar epjj untuk kursus SMG453. Peserta terhad kpd 25 orang shj. Sesiapa yg berminat dijemput ke sana.

Program ini adalah projek untuk kursus SMG453. InsyaAllah saya akan hadir. Setelah program akan diadakan majlis berbuka puasa untuk penganjur dan jemputan. Insyaallah rezeki saya lagi berbuka di luar rumah. Rasa macam vip pulak walaupun tanggung sendiri.

Antara projek SMG453 semasa saya sebagai pensyarah adalah pengenalan aikido di uitm. Sehingga kini, kelas aikido masih lagi dijalankan di gim fsr pada setiap malam rabu, hari selasa pd jam 9malam. Tetapi saya tak dpt turut serta kerana pd waktu yg sama saya akan berfutsal bersama2 kawan2 lama.

Nikmat Allah - 2

Antara nikmat Allah kpd kita adalah kita diberi masa untuk memperbaiki kelemahan kita. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yg melakukannya?

Sebelum berbuka di fakulti tadi, ada tazkirah oleh ustaz dari pusat Islam uitm. Antara kandungannya adalah kita ini diberi peluang untuk membersihkan diri kita drpd kesalahan yg telah kita lakukan melalui beribadah di bulan ramadan ini. Dan syaitan menangis di pagi aidil fitri setelah dibebaskan daripada penjara kerana kecewa bhw manusia pada pagi aidil fitri adalh bersih seumpama kain putih, spt dilahirkan semula kerana menjalankan ibadah di bulan ramadan. Syaitan kecewa usahanya untu manusia berdosa di bulan2 selain ramadan dibersihkan dgn ibadah di bulan ramadan. Inilah nikmat Allah kpd hambaNya iaitu peluang menyucikan diri drpd dosa selama 11bulan dgn beribadah selama 1bulan di bulan ramadan. Walau bagaimana pun, dosa2 besar memerlukan hambaNya berdoa memohon keampunanNya. Jadi, janganlah kita sombong atau ego untuk memohon keampunanNya.

Tazkirah adalah juga peringatan. Ustaz memaklumkan bhw budaya kita amat berbeza dgn budaya Arab dibulan nikmat ini. Kita lebih leka dgn persediaan Syawal drpd persediaan utk akhirat. Kenapa ya?

Nikmat Allah

Kita mendapat pelbagai nikmat dari Allah. Tetapi kita selalunya lupa atau tidak tahu. Maka perlulah kita saling berpesan kpd sesama sendiri untuk mengingatkan nikmat yg Allah berikan kpd kita.

Semalam saya berbuka puasa di fakulti, majlis anjuran kelab staf FSR. Ramai staf yg hadir. Ada yg bawa keluarga mereka. Terima kasih kpd penganjur yg sudi menguruskan majlis. Terima kasih kpd mereka yg hadir. Majoriti staf akademik yg hadir adalah yg masih solo. Pitt bawa anaknya. YB hadir dari puncak alam. Dan hadiah untuk yg paling bergaya adalah Kekek dan Mont (dgn baju melayu mereka serta bersamping).

Maka antara nikmat di bulan ramadan adalah sewaktu berbuka. Kita tidak perlu berbuka dgn juadah yg banyak dan mahal. Cukuplah sekadar mengembalikan tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya.

Jumaat, September 11, 2009

Berbuka Puasa

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 21 Ramadan. Dah 21 hari kita puasa dan akan kali ke 21 kita buka puasa untuk Ramadan.

Saya akan berbuka puasa di luar rumah bermula 09.09.09 Rabu lepas hinggalah ke 13.09.09 Isnin depan. Bukan sebab saya ni glamor, tapi inilah peluang berjumpa dgn mereka yg selalunya saya jarang dpt berjumpa. Dan antara masa yg ada adalah semasa berbuka puasa. Cuma beratnya, kita bukannya berbuka secara percuma. Yg positifnya, kita sedekahkanlah bersama kos kita untuk menambahkan pahala di bulan yg mulia ini. Ikhlas dgn rezeki yg halal.

Selalunya, di bulan puasa dptlah kurang berat badan sehingga dpt pakai semula seluar saiz 32drpd saiz 33. Tapi kali ini hanya drpd 34 ke 33. Teringat masa dulu2 saiz 27aje. Berat pulak hanya kurang 1kg aje. Target dulu kurang sehingga 70kg. Mungkin ada maknanya yg perlu saya fahami.

Khamis, September 10, 2009

Kerjaya dan Kita

Seorang kaunselor ada menyatakan bahawa untuk berjaya dlm kerjaya kita, kita perlu ada minat, bakat dan kebolehan. Bakat ada dlm diri kita, sementara kebolehan perlu dicari dan dipelajari.

Pemilik Restoran Baiti, di mana saya berbuka dgn sahabat2 lama saya adalah seorang yg berkelayakan akademik dlm senibina dari luar negara. Tetapi setelah bekerja sebagai seorang arkitek untuk beberapa tahun, beliau meninggalkan bidang senibina untuk melibatkan diri dlm perniagaan makanan. Seorang kawan yg juga seorang saudara saya adalah juga berkelayakan dlm senibina dari luarnegara. Tetapi beliau hanya menjadi seorang arkitek sekejap sahaja. Kemudiannya, beliau menjadi seorang artis pakaian (tukang jahit). Sekarang beliau tak sempat nak layan FB kerana naak menyiapkan tempahan untuk dipakai semasa Raya nanti.

Saya berkelayakan sebagai seorang akauntan. Berpengalaman sebagai seorang akauntan. Tugas dan amanah saya sebagai seorang pensyarah akaun di uitm. Mungkin tidaklah jauh lari drpd profesion berkaitan kelayakan akademik berbanding kawan2 saya. Tapi yg penting, kita ada minat, bakat dan kebolehan dalam bidang yg kita ceburi. Maka saya cadangkan pembaca mengambil ujian personaliti untuk mengetahui bidang yg sesuai dgn personaliti kita. Pergi ajelah ke Pusat Kerjaya dan Kaunseling.

Rabu, September 09, 2009

Berbuka Dgn Sahabat Lama






Tadi saya berbuka dgn sahabat2 lama di Restoran Baiti di TTDI, KL. Ada pelbagai juadah untuk dinikmati semasa berbuka. Tetapi yg lebih penting adalah kehadiran sahabat2 lama. Walau pun tidak ramai, tak sampai 20orang, majlis tetap meriah.

Setiap tahun pasti ada perubahan kpd kita. Ada yg sudah bertemu jodoh. Ada yg putus jodoh. Ada yg bertemu jodoh lagi. Ada yg masih mencari jodoh. Dan tadi ada sahabat2 yg mebawa sama bakal isteri. Ada yg bawa kawan2 untuk membantu sahabat2 mendapat jodoh. Begitulah sahabat yg perihatin tentang sahabat lain.

Insyaallah, lepas Raya, akan diadakan perjumpaan Raya pula. Saya harap kehadiran lebih memberangsangkan. 30-40 sahabat yg hadir kot?

Majlis Berbuka Puasa (Lagi)


Hari ini, giliran saya berbuka dgn kawan2 yg saya belajar dewasa bersama. Kawan2 yg mula dikenali pada 1980 (walau pun ada yg saya kenali lebih awal lagi). InsyaAllah, kami akan berbuka puasa di restoran seorang kawan kami, Restoran Baiti di TTDI KL.

Tahun lepas kami berbuka sama2 di tempat yg sama. Begitu cepat masa berlalu. Gambar di atas adalah selepas berbuka di intekma resort pada 2006. Tidak saya sangka yg bermula 2008, saya bertugas di intekma (InED lebih tepat). Alhamdulillah, telah beberapa tahun tiada diantara kami (kawan ketawa, kawan berduka) dipanggil menyahut panggilan kembali kepadaNya. Yang menyahut panggilanNya ke Tanah Suci telah ramai. Saya bila lagi ya?

Seperti biasa, saya andaikan tajuk perbualan akan lebih kurang sama dgn mana2 majlis kami berkumpul. Mungkin cerita di JB akan dikongsi lagi. Dan saya bersyukur kpdNya kerana masih memberi peluang kpd saya untuk berbuka puasa dgn kawan2 yg banyak mengajar saya erti kesetiaan. Yg mengingatkan saya kenapa kami adalah antara mereka yg dipilih secara khas untuk menjalankan amanah.

Sedekah di Bulan Ramadan

Kita digalakkan melakukan pelbagai ibadat di bulan ramadan ini. Banyakkan yg sunat tapi jangan lupa yg wajib. Sempurnakan puasa dan pastikan solat fardu dilakukan tanpa tertinggal. Pesan saya kpd saya dan yg sudi menerima pesanan saya, 'Dirikan solat pada awal waktu, dan berjemaah'.

Dan antara ibadah yg banyak dilakukan secara berlumba2 di bulan yg mulia ini adalah bersedekah. Ramai yg berebut nak menjamu anak2 yatim, memberi juadah berbuka dan more. Alhamdulillah, satu bentuk ibadah yg amat dihargai. Cuma pesan saya, bersedekahlah dgn memberi mereka yg berpuasa berbuka dgn hasil rezeki yg halal. Janganlah pula kita bersedekah dgn hasil yg haram, spt hasil pecah amanah, rasuah, menipu, berjudi, merompak, mencuri dsbnya. Saya seberapa yg boleh akan mengelak daripada merasa hasil2 sedemikian. Saya pernah memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada merasa hasil judi seorang kenalan. Akhirnya, sebab dia tak faham, saya bagitau 'direct', yg orang Islam tak boleh makan hasil judi.

Bersedekah bukan melalui wang ringgit sahaja. Kita boleh lakukan melalui tenaga untuk meringankan tugas kawan2 yg memerlukan atau yg tidak memerlukan. Dan yang saya rasa yg amat mudah adalah bersedekah atau menghadiahkan bacaan ayat2 dan surah Al Quran kpd ahli keluarga dan sahabat handai, serta umat Islam.

09.09.09

Satu siri nombor yg menarik. Dan tarikh hari ini adalah tarikh menyambut kelahiran ayah saya yg ke 71. Syukur kpd Yang Maha Esa kerana memberi nikmat kepada ayah saya dapat menikmati kehidupan di dunia selama 71 tahun. Dan saya bersyukur dpt menikmati kehidupan di dunia bersama ayah saya sudah hampir 43 tahun.

Hari ini juga bermakna kita berada di hari ke 19 Ramadan untuk tahun ini. Ada 11 hari sebelum kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Seperti dalam tulisan terdahulu, ding dong ding dong, masa berlalu dgn begitu cepat sekali. Ada ahli baru dlm keluarga pada raya tahun ini. Ada ahli keluarga yg telah pulang menghadap Yang Maha Esa sebelum raya tahun ini. Alfatihah kpd arwah Tan Sri Muhammad Yaacob, sahabat kpd ayah yg telah pulang menyahut panggilan Illahi pada pagi semalam.

Masa sentiasa berlalu tanpa menunggu kita. Gunakanlah masa yg ada untuk persiapan di hari kemudian. Pangkat, harta dan anak2 tidak menjamin kebaikan di dunia dan di akhirat. Banyakkanlah melakukan kebajikan di bulan yang mulia ini.

Peraturan

Saya banyak kali suka berkata tentang perkara ini. Tambah2 lagi peraturan di UiTM. Tujuan utama kita ada peraturan untuk keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Bukan untuk individu tertentu.

Antara yg membuat saya kurang pahala puasa kerana marah adalah mereka yg tidak tahu membaca tetapi berada di uitm. Papan kenyataan jelas sekali menyatakan, kereta pelajar (yg digunakan pelajar di dalam uitm) tidak dibenarkan atau dilarang diletakkan di tempat2 tertentu. Antara tujuannya adalah kerana tempat2 kereta ini untuk staf. Tetapi apa yg berlaku sebaliknya. Lihatlah bagi saya bgmana mereka yg kurang ajar (kerana tak tahu membaca ataupun tak faham apa yg dibaca) mematuhi arahan tersebut. Ini hanya di sekitar banguunan akademik 3.

Apakah niat sebenar pemandu kereta ini? Nak menunjukkan bhw mereka lagi bagus drpd peraturan? Kalau tak mahu ikut peraturan meletak kenderaan yg ditetapkan, pergi ajelah ke tempat IPT lain. Masih ramai lagi yg sebenarnya ingin belajar untuk memperbaiki diri untuk ekbaikan masyarakat. Dan kekurangan penggunaan pemikiran (OKU) tidak terhad kpd pemandu kereta sahaja. Terdapat juga pembonceng motorsikal yg lebih kurang aje tahap ilmunya. Mereka ini tidak amanah sebagai pelajar. Macam mana ilmu nak berkat.

Isnin, September 07, 2009

Ding Dong Ding Dong

Apa maksudnya? Ianya bunyi jam besar dahulu, menandakan peredaran masa. Tanda 1 jam telah berlalu.

Dan ding dong ding dong di sini saya maksudkan bgmana masa begitu cepat berlalu. Dah pun malam 18ramadan. Ada 12hari aje lagi kita berada dlm bulan ramadan tahun. Begitu cepat masa berlalu. Tahun lepas saya beraya di subang jaya sahaja. Insyaallah, tahun ini kembali beraya di kampung, di rumah nenek saya. Dahulunya, rumah ini ada jam 'datuk' yg berbunyi 'ding dong'. Tapi sekarang dah tiada lagi. Seronok mendengar bunyi jam tersebut.

Hmm, mungkin saya cari sebuah jam 'datuk' atau dlm bahasa inggeris 'grandfather's clock' untuk rumah saya. Ianya akan mengingatkan saya kpd zaman kecil dan muda saya berada di rumah datuk saya, rumah moyang saya. Nostalgia.

Cara Berpakaian

Pakaian kita adalah untuk beberapa tujuan. Yang utama untuk menutup aurat. Lain2nya mungkin untuk menunjukkan identiti kita, siapa kita. Ianya ada kaitan dgn ego kita.

Saya akan pakai pakaian yg terang2 untuk mudah dicari. Saya akan pakai pakaian yg membuat saya sebahagian drpd persekitaran jika saya tidak ingin mudah dicari atau diperhatikan. Cara kita berpakaian membawa mesej untuk disampaikan kpd orang lain. Dan antara cara berpakaian adalah untuk memberitahu kpd orang lain apakah jantina kita. Maka saya akan berasa sedih jika melihat jantina adalah lain tetapi memakai pakaian jantina yg sebaliknya.

Dua hari lepas saya ke carrefour, saya pakai baju hitam. Hari yg sama, staf carrefour pakai baju hitam. Tadi saya pakai baju merah. Nasib saya, staf carrefour hari ini ramai paki baju merah. Saya pernah ditegur pelawat carrefour yg tertukar saya dgn staf carrefour. Lain kali, saya pakai baju 'harimau' mungkin tak tertukar kot. Cara kita berpakaian boleh membawa kebaikan atau kemudaratan kpd kita bergantung kpd keadaan.

Budaya Kerja Biasa

Saya pernah ditugaskan untuk melawat sebuah organisasi kerajaan. Tugas yg akan saya jalankan adalah perkara yg perlu dilakukan pd setiap tahun. Saya sebenarnya menggantikan kawan saya kerana beliau mempunyai tugasan lain pada masa yg sama.

Saya menelefon seorang pakcik saya yg bertugas di organisasi tersebut sebelum saya ke sana. Tanya pakcik saya,'Nak buat apa datang ke sini?'. Saya jawab,'kan ini perkara biasa yg perlu dilakukan dan dimestikan.' Pesan beliau,'Datang jumpa beliau dahulu, kita makan tengahari sama2, kemudian lepas solat zohor, jalankan tugas'. Saya ok aje, maklumlah, bukan tiap2 hari dpt makan dgn pakcik ni, dlm setahun pun, kalau pergi beraya rumah dia baru dpt menjamu selera dgnnya.

Pada tarikh tugasan, saya hadir sebelum waktu makan tengahari. Wau, hanya ada 3 orang sahaja di tingkat di mana pejabat pakcik saya tu. Luas biliknya, saya anggarkan lebih besar drpd BK8 di FSR. Sebelum turun makan tengahari, beliau bgtau saya,'kita makan dgn pengurusan kanan organisasi. Jaga adab makan'. Semasa makan saya di meja berasingan. Pakcik saya di meja utama. Selepas makan, saya bersama 3 pengurusan utama organisasi di dlm lif utk balik ke pejabat pakcik saya. Pesan bos besar,'Jika ada masalah, bagitau saya.' Saya angguk dan ucap terima kasih.

Selepas zohor, saya hadir di bahagian yg telah ditemujanjikan. Hampir 10minit saya tak dilayan. Pegawai membebel,'Janji orang lain datang, tapi yg datang orang lain.' Saya diam seketika. Kemudian saya tanya,'Biasake pengurusan utama makan tengahari bersama2?' Pegawai tu jawab memang biasa dan tanya saya kenapa saya tanya. Jawab saya,'Tadi saya makan bersama2 mereka dan Tan Sri bgtau, jika ada masalah bgtau dia. Terus pegawai tu melayan saya. Saya senyum sahaja. Macam nikah budaya kerja di sini atau hanya budaya pegawai ini sahaja?

Saling Membantu

Antara sifat kekeluargaan dan persahabatan adalah sedia membantu. Tapi pastikan bantuan adalah untuk kebaikan individu dan masyarakat. Jika baik untuk individu tetapi tidak baik untuk masyarakat, lebih baik jangan membantu.

Saya pernah membuat temujanji dgn seorang pakcik saya. Banyak saya telah dan sedang pelajari darinya. Saya berjumpanya pada kali itu kerana hendakkan sedikit bantuannya. Saya dimaklumkan bahawa dia boleh membantu saya untuk mendapatkan apa yg saya hajati. Jadi, saya pun menelefonnya dan berjaya mendapat slot untuk bertemu dgnnya di pejabatnya. Peringatan, walau pun saudara kita, kita perlu telefon dahulu. Untuk memudahkan urusan berjumpa dgnnya. Dan sebelum waktu dijanjikan, saya telah bersedia menunggu di ruang tetamu pejabatnya.

Maka pakcik saya pun tanya kpd saya, 'What do you want?'. Rasa ssegan pada mulanya nak jawab. Maklumlah, jumpa bos besar sebuah organisasi, dan berbaloikah masanya diperuntukkan untuk berjumpa dgn saya. Saya pun jawab,'..kalau boleh, saya nak minta no telefon xxx-xxxx-999.' Tanya pakcik saya lagi,'itu aje. OK.' dan dia terus memanggil pegawai yg bertanggungjawab dan arahannya, 'Give my nephew whatever he wants.' Dan saya hanya mampu ucapkan terima kasih sahaja. Berpeluh juga takut2 kena marah kerana permintaan yg tak seberapa darinya.

Berbuka Dgn Kaum Kerabat Lagi




Pada sabtu lepas, 5sept, majlis berbuka di rumah saya menjemput kaum keluarga sebelah ayah saya. Tetamu termasuk juga keluarga sebelah ibu saya. Dan spt saya katakan dlm blog terdahulu, majlis berbuka membolehkan kita bertemu dan bersama ahli keluarga yg pada waktu lain payah kita nak jumpa.

Bilangan ahli majlis 30++ orang. Rumah kecil, maka kami bahagi2kan majlis berbuka dgn kerabat kpd hari2 berbeza, Lihatlah juadah (baki2 jika ada) dan suasana berbuka. Dan yg pentingnya, solat maghrib, isyak, terawih dan witir berjemaah. Ini mengingatkan kita bahawa setinggi mana pangkat kita di dunia, semasa mengadap kpd Yang Maha Berkuasa, kita semua adalah sama sahaja, kita bersolat pada aras yg sama.

Saya bercadang, jika saya miliki rumah sendiri, saya akan cuba pastikan banyak ruang untuk melakukan aktiviti keluarga bersama2. Maka saya harap tiadalah atau kuranglah perabut yg besar2 atau yg tak diperlukan.

Ahad, September 06, 2009

Ayat Pertama Di Turunkan 17 Ramadan

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Bacalah Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
Dia telah mencipta manusia daripada segumpal darah
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia
Yang mengajar (manusia) dgn pena
Dia mengajarkan manusia apa yg tidak diketahui (manusia)

Inilah ayat2 pertama diturunkan kpd junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Hayatilah maksud ayat2 di atas.

Bagi saya, ilmu adalah penting untuk kita menjadi pemimpin (khalifah) di dunia ini. Tetapi ilmu perlu diamalkan. Dan amalkan dgn berakhlak. Saya sarankan agar anda bacalah sirah Nabi Muhammad s.a.w. untuk memahami seorang yg sebaik2 'role-model' kpd kita.

Ahad

Ahad adalah hari pertama dlm satu minggu. Kenapa? Sebab Ahad bermakna SATU. Dan kita mulakan minggu kita dgn cuti, pelikkan? Saya lebih setuju dgn Jumaat dijadikan hari cuti. Tiada tergesa2 nak ke masjid dan balik dari masjid.

Dan dinyatakan bhw Bilal r.a., sahabat Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan 'Ahad, Ahad, Ahad..' semasa diseksa oleh kaum Quraish yg ingin memaksanya keluar drpd Islam. Ucapan ahadnya bermakna tuhannya hanyalah satu, Allah.

Maka ucapkanlah, 'Ahad', bacalah surah al-Ikhlas,'Kul huwallah hu ahad - Katakanlah Allah itu satu'. Tuhanku hanyalah satu, iaitu Allah. Peganganku adalah satu Islam. Al Quran adalah kitabku. Bersempena dgn kedatangan nuzul Quran, bagi yg tak sempat nak khatam Quran, bacalah surah al-Ikhlas 3kali yg bersamaan dgn membaca satu al-Quran.

Selamat menyambut Nuzul Quran. Bacalah surah al-ikhlas sekurang2nya 3kali sehari, dan hadiahkanlah kpd mereka yg kita kasihi. Semoga dapat dijadikan bekalan di hari akhirat.

Gambar2 Buka Puasa Dgn Staf Saya








Lihatlah pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Tak larat nak rasa semua. Juadah pilihan saya adalah sup ekor asam pedas.

Tapi, kita mestilah menjaga kesihatan dgn memilih makanan yg sesuai dgn kita. Bulan ramadan adalah untuk kita merasai kekurangan mereka yg kurang berada berbanding kita.

Pihak intekma menjemput seorang penceramah untuk memberi sedikit tazkirah sebelum berbuka. Dan selepas berbuka, ada penghibur jemputan. Nasib baik saya tak kena nyanyi, kalau tak mungkin ribut malam tu.

Jumaat, September 04, 2009

Buka Puasa Dgn Staf InED

Insyaallah, petang ni saya buka puasa dgn staf InED dan SKP saya. Cadangan berbuka di intekma sahaja. malas nak p jauh2. Tempat kat belakang pejabat aje.

Tujuan berbuka ni nak meraikan pelajar SKP yg membantu unit saya. Ada 2 orang pelajar SKP dan mereka telah tamat khidmat mereka pada penghujung Ogos yg lalu. saya mohon khidmat SKP kerana banyak tugas diserahkan kpd unit saya. Jika ada perkataan kualiti aje, maka orang akan serah kpd saya. Tapi dukacita, staf yg ada kualiti tak mahu diserahkan kpd saya. Jadi teruklah beban EO saya seorang yg dipinjamkan drpd pejabat pengarah. Dgn kehadiran SKP dapatlah meringankan beban kami dan mempercepatkan apa yg sepatutnya cepat. Tapi masih banyak lagi kerja yg belum selesai. Jadi saya bercadang nak minta SKP lagi.

bantuan yg diterima mungkin tidak setimpal dgn kami meraikan dgn majlis berbuka sahaja. Tapi itu ajelah yg kami mampu. Yang lainnya, hanya Allah dpt memberi pembalasan seadil dan sewajarnya. Terima kasih kpd SKP yg telah membantu UPQ InED.

Saf

Ini berkaitan saf dalam solat berjemaah. Ini bukannya SAF - Sukan antara fakulti UiTM. Ianya berkaitan barisan makmum di belakang imam.

Semasa di tingkatan satu di abad yg lalu, saya teringat bagaimana saya dan kawan2 berebut nak berada dan bersolat di saf yg pertama, iaitu saf yg di belakang imam. kami sanggup berlari dari kelas persediaan untuk 'booking' tempat solat. 'Booking' adalah melalui meletakkan songkok. Ada ketikanya, macam lumba lari 100m. Dan ada yg sanggup baling songkok dan mengharapkan songkok akan terhenti di kedudukan yg diingini untuk solat. Semuanya kerana ingin mendapatkan pahala solat berjemaah seberapa maksima yg boleh. Itu dulu, sekarang tiada lagi berebut2 utk berada di saf pertama. Kenapa? Adakah sebab terasa pahala dah cukup sebagai bekalan?

Pada satu ketika dahulu, saya solat berjemaah zohor di pusat Islam uitm. Ianya kerana ajakan prof.Kamil. Beliau akan cuba solat berjemaah pada setiap waktu. Dan pada ketika itu, sebelum zohor, saya ada perbincangan dgnnya. Dan apabila waktu zohor hampir, beliau mengajak saya solat berjemaah di PI. Dan di PI, beliau mengajak saya cepat2 mengisikan kedudukan paling hampir dgn imam, iaitu di belakang imam.

Pada setiap kali solat jumaat, saya cuba untuk berada di saf pertama. Walau pun saya sampai di masjid setelah azan. Memanglah, kurang manis bergerak2 ke hadapan untuk saf pertama. tambah2 lagi jika terpaksa melangkah2 makmum lain. maka pesan saya kepada saya, dan keluarga dan kawan,'rajin2lah solat berjemaah. ganjarannya adalah berganda2 berbanding solat sendirian. kalau yang dah berkeluarga, ajaklah keluarga bersama solat berjemaah.'

Mencari Dan Menyelamat

Antara tugas saya. Dalam bahasa Inggeris 'Search and Rescue' atau 'CASEVAC'. Bukan bermaksud saya ni cassanova ye. Dan saya bukanlah seorang yg pakar dlm bidang ni.

Kalau boleh kita nak elakkan M&M ni. Sebab, ianya akan menggunakan banyak sumber. Maka yg penting adalah perancangan sebelum kita lakukan sesuatu. Kemudian, setelah persediaan terbaik, lakukan sesuatu itu dgn penuh tawakkal. Kerana kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Hanya Allah sahajalah Yang Menentukan Segalanya. Tapi kita tahu bahawa usaha adalah penting daripada kita.

Masalahnya, apabila buat sesuatu tanpa fikir panjang2. Buat sesuatu tanpa guna ilmu. Sama ada kurang ilmu atau tiada ilmu. Maka, jika berlaku kesusahan, pihak lain lah pualk kena bertungkus lumus membantu. satu pengalaman di Ledang (telah saya ceritakan) akan saya ingat sentiasa)dan satu pengalaman di Nuang, di mana arahan yg diberi dan dinasihatkan tidak diikuti. Di Ledang, saya naik cari. tetapi di Nuang, pada jam 3 pagi, seorang drpd mereka yg menghadapi amsalah berjaya kembali ke campsite dan memaklumkan saya bahawa mereka semua selamat. Masalah kekurangan air dan makanan. jadi beberapa orang ikhtiarkan turun ke campsite untuk dapatkan bekalan. Mereka cuba turun pada waktu maghrib, tetapi asyik sampai di tempat yg sama sahaja. Pada jam 9 pagi saya perhatikan seorang demi seorang samapi ke campsite.

Itu adalah kisah M&M semasa berkhemah.

Layakkah Bergelar Graduan IPT

Pagi2 lagi saya dikejutkan dgn satu panggilan telefon. Jam belum pun pukul 8pagi. Nombor pula saya tak kenal. Takpelah, saya jawab juga panggilan tu.

Panggilan drpd seorang bekas majikan graduan fakulti saya. Dia bertanya jika saya kenal graduan yg pernah beekrja dgnnya. Saya jawab,'kenal'. Dia telefon saya sebab saya dinyatakan sebagai rujukan untuk graduan tersebut semasa memohon pekerjaan dgnnya dahulu. Dalam hati saya, saya yakin saya tidak pernah merelakan untuk menjadi rujukan bagi graduan tersebut. Saya selalunya jadirujukan untuk graduan yang pernah saya selia tesis mereka. Dan sekarang pemanggil menghadapi masalah dgn graduan tu. Graduan tu dah dua minggu menghilangkan diri bersama beberapa aset syarikat. Dan operasi syarikat terganggu dgn tindakan graduan tersebut. Pemanggil memohon bantuan saya. Saya bgtau, saya cuba sedaya saya (sebab reputasi graduan fakulti dan UiTM terbabit). Setelah saya semak, dukacita saya tak dapat memberi bantuan lanjut. Saya mohon maaf kpd pemanggil.

Ini yg saya geram, pandai2 guna nama saya sebagai rujukan. namabaik (jika ada) rujukan akan tercalit jika mereka yg gunakan nama seseorang sebagai rujukan tidak menjalankan amanah. saya memang amat berhati2 untuk menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja. Sebab, sekali nama kita tercalit oleh tindakan mereka yg gunakan nama kita, kemungkinan habislah pelaburan kita untuk namabaik kita. Dan saya perhatikan pelajar saya daripada mula mereka menjadi pelajar saya untuk saya nilaikan kesesuaian mereka menjadi mereka yg boleh gunakan saya sebagai rujukan untuk melanjutkan pengajian atau mendapat kerja.

Khamis, September 03, 2009

Burn Out dan Staf Akademik 01

Topik burnout sangat saya minati. Mungkin sebab kadang2 saya terasa burnout? Saya kaitkan burnout dgn produktiviti. Seorang staf yg tak produktif adalah satu sumber yg tak digunakan ditahap optima. Ini merugikan organisasi.

Pada pandangan saya, apabila staf akademik lebih banyak melakukan tugas2 pentadbiran, maka kita tidak menggunakan kepakaran staf akademik itu di tahap optima ataupun maksima. Staf akademik dilantik untuk 3perkara, mengajar, menyelidik dan khidmat masyarakat. Pemberat utama adalah di perkara mengajar, kedua di penyelidikan dan terakhir di khidmat masyarakat. Tapi saya lihat ianya adalah sebaliknya. Ramai staf akademik yg punyai potensi cemerlang dlm mengajar dan menyelidik ditugaskan melakukan khidmat masyarakat. Kadang2 tugas khidmat masyarakat (pentadbiran) adalah 50-75% drpd tugas staf akademik yg cemerlang. Kesannya kpd staf akademik adalah kerugian dlm penilaian tahunannya untuk kenaikan pangkat dan kenaikan lain2.

Apa pandangan anda?

Layakkah Jadi warga IPT

Papan kenyataan banyak dah dipasang. 'Kereta pelajar dilarang masuk'. Tetapi tiap2 hari saya lihat, kenyataan tak diendahkan langsung.

Tadi saya bertanya kepada 'pelajar' (tak pasti fakulti mana), 'pelajar ke? Jawabnya,'Ya encik'. Saya tanya lagi,'tak pandai baca ke, kereta pelajar tak boleh masuk'.. Angin dan marah saya. kalau dah tak tau baca, tak pandai baca, tak faham apa yg dibaca, macam mana boleh menjadi pelajar di IPT. Ini adalah satu contoh kegagalan dlm mendidik di IPT. Pelajar dah masuk IPT, tak pandai baca, tak faham apa yg dibaca. Macam mana nak kerja nanti. Dahlah tu, pakaian bukan mencerminkan sebagai pelajar berintelektual. Maaf, pakaian pekerja kontrak lagi berakhlak. Tuturkata dan tingkahlaku pekerja kontrak dari seberang lebih berakhlak dan berilmu.

Sama juga tadi. Di ruang berhampiran tangga, notis menyatakan, 'kenderaan staf sahaja..'. Tapi saya dapati terdapat motorsikal bukan kegunaan staf diletak tanpa menghiraukan kesenangan orang yang lalu lalang. Adakah kita gagal mendidik atau memberi ilmu atau berkongsi ilmu dgn pelajar supaya tahu cara menghormati orang lain, cara bertuturkata, cara berpakaian. Maaf, ada diantara pelajar saya sendiri saya dapati tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang pelajar IPT yg berilmu, berbudibahasa, tahu peraturan, dsbnya. Maka ini bermakna saya gagal menjalankan amanah saya. Dan ilmu yg sepatutnya mereka dapat di IPT untuk membolehkan mereka menjadi dewasa di alam pekerjaan adalah masih tidak cukup.

Saya akan dengan gembira memberi sokongan kpd pelajar atau graduan/bekas pelajar untuk mendapat kerja atau menyambung pengajian yg inginkan saya sebagai 'referee'. Dukacita, saya tidak akan menyokong mereka yg tidak layak jadi warga IPT (pada pandangan saya). Sebab mereka yg sedemikian akan memalukan saya nanti.

Berbuka Puasa Dgn Pelajar SRW

Semasa berbincang dgn seorang pelajar SRW655 sem ni pagi tadi, saya terfikir, 'bagaimana jika saya turut berbuka dgn para pelajar yg mengambil SRW dgn saya pada sem ni?'. Dan termasuk senarai untuk berbuka adalah bekas pelajar SRW saya.

Maka petang ni nanti, saya akan emelkan atau sms kpd mereka semua. Saya harapkan jawapan yg positif. Tak perlulah nak makan berat2 dan banyak. Majlis berbuka setelah diadakan perjumpaan diantara penyelia dan pelajar SRW. Dan jika graduan saya sudi menyumbang untuk menampung kos dan menaja pelajar2, lagi elok. Saya bercadang majlis diadakan sama ada di tepi padang lawn bowl (lagi?) atau di intekma (kantin). Untuk menjimatkan kos.

Majlis berbuka dgn pelajar (dgn sedikit sumbangan drpd saya) adalah satu cara untuk mengenali pelajar saya secara tidak formal. ianya adalah majlis bukan antara pensyarah dan pelajar. Adakah nasi beriani akan menjadi menu utama? Kita tunggu..

Rabu, September 02, 2009

Balik Kampung

Maka terngiang2 lagu Balik Kampung dendangan arwah Sudirman. Pada asalnya, saya andaikan saya akan balik ke kampung utk beraya pada hari Sabtu 19Sep. Tetapi tadi, adik saya maklumkan beliau boleh balik awal, iaitu pada Khamis, 17 Sep. Alhamdulillah, beliau tiada sebarang tugas pembedahan pada Jumaat, 18 Sep.

Angan2 nak balik kampung naik kapal terbang. Kalau tak dapat, naik BMW, yg malasnya nak kena p Johor ambil kereta tu. Tak pelah, saya naik C130, turun di Gong Kedak. Kalau tak pun, bila C130 lalu atas rumah nenek saya, saya terjun dgn payung terjun macam seorang kawan saya buat satu ketika dahulu utk balik ke rumah neneknya. Memang, kita dilatih macam org gila kot. Tapi itu angan2 sahaja. Realitinya, pesawat tidak akan dapat memasukkan tayar ke dalam badan pesawat krn pengangkutan saya nanti kemungkinan adalah kereta adik saya.

Memang seronok balik kampung. Dan kiraannya, akan ada lebih 60orang di rumah nenek saya nanti. Tugas membakar satay telah diamanahkan kpd adik2 sepupu saya. Saya telah dinaikkan pangkat sebagai sikong pembakar satay (naikkan pangkat sendiri).

Sifu Blog FSR


Inilah dia sifu blog di FSR. Ya tak lain dan tak bukan, Encik Hisyam Che Mat, sikong rekreasi. Lihatlah bgmana dia perlu ada 1 pc, dan 2 laptop yg menunjukkan betapa sibuk dan banyaknya kerja beliau. Encik Hisyam antara staf FSR yg paling lama memegang jawatan sebagai ketua program.

Kepercayaan oleh pihak fakulti dgn memberi tanggungjawab sbg ketua program menunjukkan keyakinan pihak fakulti dgn kemampuan beliau menjalankan tugas dgn penuh amanah. Walau pun ada yg cuba mempertikaikan integriti beliau, terbukti Allah sentiasa bersama mereka yg ikhlas dan jujur dlm menjalankan tugas dan tanggung jawab kpd anak bangsa dan umat Islam.

Beliaulah yg bertanggungjawab mengajar saya menjadi blogger. Dan beliau mengajar juga cara berblog kepada pensyarah lain dan juga pelajar2 yg mengambil kursusnya. Pembaca blog saya boleh melayari blog encik Hisyam sbgmana tertera di blog saya.

Buka Puasa SR113/3 Julai 2009











Berturut2 saya berbuka puasa di kantin kolam renang UiTM. Bermula pada 28 Ogos dgn PERLU, diikuti dgn pelajar SR221/1 semalam, dan tadi bersama pelajar SR113/3. Pelajar SR113/3 adalah pelajar kursus SPS233, accounting in sport pada sem ini.

Pada mulanya saya risau jugak dah 7.00malam masih tiada apa2 lagi.Lihatlah gambar kantin tanpa sesiapa pun kecuali saya yg mengambil gambar. Kemudiannya tiba 2 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki pada 7.05. 7.15 barulah ramai pelajar sampai. Dan yg terakhir sampai adalah pelajar yg tinggal paling jauh, beliau tinggal di seksyen 2. Dia lambat sebab balik potong tembikai untuk dikongsi pada majlis berbuka kami. Terima kasih cikgu Yazid.

Alhamdulillah, rezeki saya pada ramadan tahun ini berbuka di uitm, menu utama adalah nasi beriani. Tahun lepas, pada 4majlis, berbuka puasa yg diadakan di uitm saya menjamu selera dgn nasi tomato sbg juadah utama. Terima kasih kpd Halif, wakil kelas SR113/3 dan ahli2 kumpulannya. Lihatlah mereka yg ceria semasa berbuka dan semasa kelas akaun (kecuali macam tadi kejap, semasa kelas nampak kurang ceria kerana kurang faham topik 'accrual and prepayments').