Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 04, 2009

Layakkah Bergelar Graduan IPT

Pagi2 lagi saya dikejutkan dgn satu panggilan telefon. Jam belum pun pukul 8pagi. Nombor pula saya tak kenal. Takpelah, saya jawab juga panggilan tu.

Panggilan drpd seorang bekas majikan graduan fakulti saya. Dia bertanya jika saya kenal graduan yg pernah beekrja dgnnya. Saya jawab,'kenal'. Dia telefon saya sebab saya dinyatakan sebagai rujukan untuk graduan tersebut semasa memohon pekerjaan dgnnya dahulu. Dalam hati saya, saya yakin saya tidak pernah merelakan untuk menjadi rujukan bagi graduan tersebut. Saya selalunya jadirujukan untuk graduan yang pernah saya selia tesis mereka. Dan sekarang pemanggil menghadapi masalah dgn graduan tu. Graduan tu dah dua minggu menghilangkan diri bersama beberapa aset syarikat. Dan operasi syarikat terganggu dgn tindakan graduan tersebut. Pemanggil memohon bantuan saya. Saya bgtau, saya cuba sedaya saya (sebab reputasi graduan fakulti dan UiTM terbabit). Setelah saya semak, dukacita saya tak dapat memberi bantuan lanjut. Saya mohon maaf kpd pemanggil.

Ini yg saya geram, pandai2 guna nama saya sebagai rujukan. namabaik (jika ada) rujukan akan tercalit jika mereka yg gunakan nama seseorang sebagai rujukan tidak menjalankan amanah. saya memang amat berhati2 untuk menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja. Sebab, sekali nama kita tercalit oleh tindakan mereka yg gunakan nama kita, kemungkinan habislah pelaburan kita untuk namabaik kita. Dan saya perhatikan pelajar saya daripada mula mereka menjadi pelajar saya untuk saya nilaikan kesesuaian mereka menjadi mereka yg boleh gunakan saya sebagai rujukan untuk melanjutkan pengajian atau mendapat kerja.

Tiada ulasan: