Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 27, 2009

Seorang Yg Berjaya - 3

Saya mempunyai ramai saudara mara. Tengoklah gambar keluarga semasa hari raya 1430hijrah. Saya memang seronok mempunyai ahli keluarga yg ramai.

Diantara ahli keluarga saya adalah seorang datuk saudara saya, yg merupakan ahli paling senior sekarang dlm keluarga. Beliau seorang guru dalam hal agama. Selalunya, beliau akan berkongsi beberapa ayat al Quran apabila kami berjumpa semasa saya beraya di kampung. Tetapi tahun ini, saya tak sempat berbual2 lama dan mendapatkan ilmu daripadanya.

Beliau mempunyai 2 orang anak sahaja. Tetapi kedua2nya melanjutkan pengajian ke luar negara. Dan kedua2nya sekarang memegang jawatan penting di GLC. Walau pun berpangkat tinggi, mereka berdua hidup secara sederhana, tidak menunjuk2. Dan mereka tidak pernah lupa kpd Allah, kerana didkan drpd ayah mereka, datuk saudara saya.

Jadi, kenapa kita mesti lupa kpd Allah dan melakukan perkara2 haram untuk berjaya di dunia sahaja. Seorang yg lupa kpd Allah, melakukan laranganNya adalah bukan seorang yg berjaya.

Tiada ulasan: