Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 09, 2009

Majlis Berbuka Puasa (Lagi)


Hari ini, giliran saya berbuka dgn kawan2 yg saya belajar dewasa bersama. Kawan2 yg mula dikenali pada 1980 (walau pun ada yg saya kenali lebih awal lagi). InsyaAllah, kami akan berbuka puasa di restoran seorang kawan kami, Restoran Baiti di TTDI KL.

Tahun lepas kami berbuka sama2 di tempat yg sama. Begitu cepat masa berlalu. Gambar di atas adalah selepas berbuka di intekma resort pada 2006. Tidak saya sangka yg bermula 2008, saya bertugas di intekma (InED lebih tepat). Alhamdulillah, telah beberapa tahun tiada diantara kami (kawan ketawa, kawan berduka) dipanggil menyahut panggilan kembali kepadaNya. Yang menyahut panggilanNya ke Tanah Suci telah ramai. Saya bila lagi ya?

Seperti biasa, saya andaikan tajuk perbualan akan lebih kurang sama dgn mana2 majlis kami berkumpul. Mungkin cerita di JB akan dikongsi lagi. Dan saya bersyukur kpdNya kerana masih memberi peluang kpd saya untuk berbuka puasa dgn kawan2 yg banyak mengajar saya erti kesetiaan. Yg mengingatkan saya kenapa kami adalah antara mereka yg dipilih secara khas untuk menjalankan amanah.

Tiada ulasan: