Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 17, 2009

Menanti Kepulangan Ahli Keluarga

Setakat ini hanya 10 orang sahaja yg berada di rumah nenek saya. kedua ibubapa saya, saya empat beradik, seorang pakcik dan 2org sepupu saya. Suasana di rumah belum lagi riuh rendah dgn suara2 anak cucu nenek yg dijangka seramai 60 org.

Maka kami pada malam ini boleh memilih tempat untuk tidur tanpa berebut. Boleh makan tanpa berebut. dapat menggunakan bilik air tanpa mempunyai masa yg terhad. Tetapi bermula esok, kesemuanya ini akan berubah. Bahkan penggunaan internet pun perlu jadual. maklumlah, hampir setiap keluarga membawa balik 'laptop'. Yg sedihnya, kelajuan internet adalah perlahan berbanding di rumah dan di pejabat.

Kami yg bujang2 memanglah akan balik dgn kereta selalunya terlebih dahulu. Ianya untuk membolehkan kami menjalankan tugas mengambil ahli keluarga yg akan pulang dgn kapal terbang. Saya doakan agar kesemua ahli keluarga selamat sampai ke destinasi.

Tiada ulasan: