Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 16, 2009

Nikmat Allah Kepada Kita

Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. KemurahanNya membolehkan kita menikmati rezeki dariNya di dunia ini. KasihaniNya membolehkan umat Islam berada dalam kebaikan di akhirat nanti.

Maka nikmatNya kepada kita umat Islam adalah kita terpilih menjadi umat Islam. Umat agama yg sebenarnya. Umat yg dapat menikmati pelbagai nikmat di dunia dan di akhirat. (Saya ambil sebahagian drpd penulisan pagi ini berdasarkan tazkirah pagi tadi di Klasik Nasional.)Maka, sebagaimana dinyatakan dalam surah ar-Rahman (surah yg amat diminati oleh Prof.kamil, Pengarah UiTM Johor), 'nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?'.

Berpuasa adalah satu nikmat kerana ianya mengingatkan kita kepada mereka yg kurang bernasib baik drpd kita. Berpuasa mengingatkan kita akan nikmat kemurahan rezeki drpdNya kpd kita berbanding mereka yg mendpt rezeki yg kurang berbanding kita.

Tiada ulasan: