Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 25, 2009

Balik Dari Kampung

Semalam saya balik dari kampung di Kelantan. Konvoi 4 buah kereta. Dan yg tinggal di rumah nenek adalah kedua ibubapa saya, seorang adik dan seorang pakcik shj lagi.

Saya mencuba jalan 'baru', dari Jeli ke Gua Musang. Kali pertama. Rupa2nya, 3 buah lagi kereta ambil jalan 'biasa' iaitu Kuala Krai ke Gua Musang. Pada mulanya jalan dari Jeli dikirakan ok, tetapi kemudiannya selepas Stong, jalan banyak berlubang. Mungkin lain kali, saya bawa Kembara saya, kerana ianya lebih sesuai untuk jalan yg berlubang. Di Stong, sempat bergambar berlatar belakangkan Air Terjun Stong. Kali pertama dan terakhir saya di situ adalah pada tahun 2000 (kalau tak silap saya). Juru pandu arah kami telah pun kembali kepadaNya.

Dari Gua Musang, kami ambil jalan ke Simpang Pulai. Jalannya cantik, tetapi terdapat pemandu2 yg memandu secara 'tidak cantik'. Memandu secara jahiliyah (tak pakai otak). Dari Simpang Pulai, kami ke rumah adik saya di Lahat. Makan hi-tea dan solat. Selepas maghrib dan kopi-o, kami bertolak balik ke rumah. Di lebuhraya PLUS, jalanraya amat cantik, malangnya lagi ramai pemandu jahiliyah.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah setelah hampir 2 1/2jam dari rumah adik saya. Syukur kpd Allah yg memberi peluang kpd kita untuk menyambut Syawal 1430hijrah.

Tiada ulasan: