Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 06, 2009

Ahad

Ahad adalah hari pertama dlm satu minggu. Kenapa? Sebab Ahad bermakna SATU. Dan kita mulakan minggu kita dgn cuti, pelikkan? Saya lebih setuju dgn Jumaat dijadikan hari cuti. Tiada tergesa2 nak ke masjid dan balik dari masjid.

Dan dinyatakan bhw Bilal r.a., sahabat Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan 'Ahad, Ahad, Ahad..' semasa diseksa oleh kaum Quraish yg ingin memaksanya keluar drpd Islam. Ucapan ahadnya bermakna tuhannya hanyalah satu, Allah.

Maka ucapkanlah, 'Ahad', bacalah surah al-Ikhlas,'Kul huwallah hu ahad - Katakanlah Allah itu satu'. Tuhanku hanyalah satu, iaitu Allah. Peganganku adalah satu Islam. Al Quran adalah kitabku. Bersempena dgn kedatangan nuzul Quran, bagi yg tak sempat nak khatam Quran, bacalah surah al-Ikhlas 3kali yg bersamaan dgn membaca satu al-Quran.

Selamat menyambut Nuzul Quran. Bacalah surah al-ikhlas sekurang2nya 3kali sehari, dan hadiahkanlah kpd mereka yg kita kasihi. Semoga dapat dijadikan bekalan di hari akhirat.

Tiada ulasan: