Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mei 31, 2010

TKU 2010 (3)



Hari ketiga di sabah kami ke keningau. untuk sampai sebelum 8.30pagi, kami perlu bertolak pada jam 5.00pagi dari uitm sabah. maka bangunlah saya pada jam 4.00pagi. tidur pada jam 12.30tgh malam.

saya tidur semasa bas melalui banjaran crocker. wan (presiden peers) memaklumkan bahawa saya 'miss' melihat gunung kinabalu semasa saya tidur. kami singgah di pertengahan perjalanan sebelum tambunan utk buang air kecil. air drpd paip terasa seperti air batu.

kami tiba di smk keningau pada jam 8pagi. setelah menulis di buku pelawat, kami menikmati sarapan pagi di kantin sekolah. dewan utk program kami adalah sebenarnya dwi penggunaan, dewan besar dan dewan makan utk pelajar asrama.

pada jam 10.30pagi, pelajar asrama masuk utk makan tengahari. kebanyakan pelajar lelaki memakai tshirt memaparkan nama2 kelab dan pemain bolasepak eropah. para pelajar di sini lebih rendah dan kecil berbanding pelajar di maktab sabah.

setelah makan tengahari, kami ke masjid di pekan keningau. saya sempat beli pisang di pasar keningau. kemudian kami teruskan perjalan ke smk nabawan 2, perjalanan sejauh 167km tetapi mengambil masa hampir 1 1/2jam. smk nabawan 2 kelihatan amat besar berbanding maktab sabah dan smk keningau. ini kerana smk nabawan 2 mula beroperasi pada 2003, paling muda berbanding 2 sekolah terdahulu.

kami menginap di bilik darjah yg berfungsi sebagai asrama. kami tidur di atas tilam tanpa katil spt para pelajar yg menetap di asrama di sekolah ini. bilik air adalah bilik air seperti di pejabat, tiada shower, kerana sepatutnya penggunaan bilik darjah sebagai asrama hanya sementara. makan malam di kantin/dewan makan sekolah. para pelajarnya mebawa pinggan, sudu dan gelas sendiri kerana sekolah belum mendapat peruntukan walaupun dah lama dipohon.

TKU 2010 (2)


Hari kedua di sabah, kami ke maktab sabah di kk. 3/4 drpd kabinet semasa sabah adalah alumni maktab ini, termasuklah ketua menterinya.

sekolah ini tidaklah segah sekolah2 di semenanjung. ianya setahun lebih mudah drpd uitm. moto sekolah adalah 'berdikari'. para pelajar yg cemerlang dari seluruh sabah dikumpulkan di tingkatan enam (sekarang pra-u) di sini.

kami di sini utk tku dan mdab. pengetua memaklumkan ramai pelajar yg ditawar melanjutkan diploma di uitm di semenanjung telah menolak tawaran. antara alasan adalah tidak mahu keluar dari sabah. ada yg tidak mampu utk ke semenanjung.

ramai yg bersedia utk sambung ism di ums. mungkin kerana ums hanyalah 30minit dari sekolah ini. mungkin juga sebab ums sering melawat sekolah ini. mungkin juga kerana ramai lepasan pelajar sekolah ini yg terkini melanjutkan pelajaran di ums. maka uitm perlulah membuat promosi yg lebih lagi di sekolah ini.

TKU 2010 - Sabah (1)



TKU 2010 - Transisi Ke Universiti 2010 telah berjaya diadakan di Sabah pada 24-30 Mei 2010. Perjalanan bermula pada jam 3.00pagi 24 Mei 2010 dari UiTM Shah Alam. Ianya berakhir pada jam 1.30pagi di UiTM Shah Alam. Seramai 16 peers shah alam, 2 (++) peers sabah, 2 kaunselor uitm shah alam, dan 1 pegawai pengiring/penasihat peers shah alam telah terlibat.

Pada hari pertama, saya telah tiba di LCCT pada jam 6.30pagi. hampir 1jam 40minit setelah kumpulan dari uitm shah alam tiba. penerbangan kami dgn air asia pada 7.50pagi. alhamduillah, kami selamat tiba jam 10.15pagi di LTAB Kota Kinabalu Terminal 2. Kami telah disambut oleh peers sabah.

Makan tengahari hari pertama di uitm sabah, dan kami kemudiannya diberi penginapan di hostel uitm sabah. ketiga2 staf turut menginap di hostel. kami tidak menginap berasingan drpd pelajar. tanggungjawab kami bersama pelajar sepanjang program.

petang hari pertama adalah aktiviti meninjau bandaraya KK. pasar filipina, pasar makanan masin, gerai makan belakang pasar filipina adalah sasaran kami. seterusnya kami makan malam di uitm sabah. selepas makan malam, mesyuarat persediaan sebelum ke maktab sabah keesokannya..

Ahad, Mei 30, 2010

3 perkara yg dapat membantu kita

kita diingatkan ada 3perkara yg dapat membantu kita walau pun kita telah kembali kpdNya. Doa anak yg soleh,sedekah dan ilmu yang dikongsi untuk kebaikan.

Bagi saya, sedekah dan berkongsi ilmu adalah mudah dilakukan. mendapat doa anak yg soleh bukan suatu yg mudah. pertama kerana perlu ada zuriat, kedua perlu anak dididik menjadi anak yg soleh. maka adalah tanggungjawab dan amanah seorang ibu dan bapa untuk mendidik supaya anaknya menjadi seorang yg soleh. didikan tidak semestinya dgn bahan material.

sedekah amat mudah dilakukan. kita boleh berkongsi rezeki yg kita ada dgn ahli keluarga, kawan2 dan saudara seislam yg lain. tetapi perlulah rezeki yg dikongsi adalah drpd rezeki yg halal. sebab matlamat tidak menghalalkan cara. janganlah kita berkongsi hasil yg tidak halal kerana niat inginkan kepujian drpd yg kita sedekahkan. apabila saya was2, saya akan mengelak drpd makan sedekah seseorang.

berkongsi ilmu juga amat senang. tetapi kita mesti berkongsi ilmu yg betul. ini supaya ilmu yg kita kongsi akan memanafaatkan orang lain.tetapi kalau kita tiada ilmu, janganlah kita beria=ria utk berkongsi. ianya boleh menyebabkan ajaran sesat. anak murid mungkin menerima sahaja dgn penuh kepercayaan ilmu kita adalah betul.

Ahad, Mei 23, 2010

Konvo FSR 23 Mei 2010

Tahniah kpd graduan fsr. tahniah kpd dekan fsr kerana menghadiri konvo pertama sbg orang no.1 fsr. saya mohon maaf kerana tidak dpt hadir. saya telah pun memohon dan mendapat kebenaran dekan.

saya perlu menyiapkan kerja2 yg belum siap sebelum saya ke sabah selama satu minggu. walau pun markah telah diputuskan, saya tetap ke pejabat pada sabtu dan ahad. pada jumaat lepas saya terpaksa ambil cuti rehat. rasa teramat penat sekembalinya dari terengganu.

benar, masih ramai yg sangka kerja sebagai pensyarah mudah aje. ada yg ingat jadi pensyarah tak seteruk jadi cikgu. maka ramai cikgu2 yg nak jadi pensyarah kerana beranggapan pensyarah hanya kerja +- 20jam aje seminggu, lebih kurang 4 jam sehari. dan ramai yg beranggapan jadi pensyarah mudah, masuk ke kuliah hanya bercakap2 aje.

maaf ye, kalau tiada ilmu dan bukan bidang kita, maka kita telah tidak amanah. halalkah rezeki yg kita dapat? ingatlah bhw jika pengadilan tidak dilakukan di dunia, ianya akan tetap berlaku di akhirat. bersama2lah kita memohon rahman dan rahim drpd Allah.

Membina Pasukan

Membina pasukan bermaksud membina organisasi. kita bersama2 belajar untuk bekerja untuk kebaikan organisasi.

Ada kalanya organisasi menghadapi masalah drpd kekitaan diantara warganya. maka organisasi akan mengadakan program membina pasukan. adakalanya organisasi akan mengadakan program membina pasukan untk membolehkan warga baru berkenalan dgn warga lama organisasi. kedua2nya bertujuan utk membolehkan organisasi mencapai misi dan visinya.

Tetapi bukan semua warga ikhlas utk kebaikan organisasi. ada yg hanya pentingkan diri shj. kelangsungan organisasi diketepikan, janji dapat diambil kesempatan semasa berada didlm organisasi. warga spt ini tidak sepatutnya berada dlm organisasi. bukan shj tindakan mereka hanya menguntungkan diri mereka shj, malah lebih buruk lagi jika akibat perbuatan mereka yg 'virus' ini akan menyebabkan organisasi hancur.

semasa program team building, saya tidak bertanggungjawab utk virus dan cancer, biarlah apa nak jadi kpd mereka. saya tidak mahu melepaskan anjing yg tersepit

Sabtu, Mei 22, 2010

Makhluk Allah

kita adalah diantara makhluk Allah. maka selain kita ada makhluk Allah yg lain. ada yg boleh kita lihat, ada yg tidak dapat kita lihat.

semasa melawat sebuah kolej minggu lepas, saya mendengar kesan makhluk Allah merasuk manusia. saya baru balik drpd makan malam. sebaik masuk ke bilik saya, saya mendengar suara menjerit2. waktu telah melebihi 12tgh malam. beberapa minit kemudian, suara menjerit2 kedengaran lagi.saya membaca surah dan ayat2 alquran. saya mohon perlindungan drpd Yang Maha Kuasa, Allah. Tiada yang berkuasa selain Allah. saya hanya dpt tidur selepas jam 2pagi, terganggu dengan suara menjerit2.

keesokannya saya bertanya kpd mereka yg mungkin tahu kisah semalam. memang betul ianya terjadi, bukannya mimpi. ada yg menyebabkan manusia merangkak. ada yg menyebabkan manusia bercakap dlm bahasa negara lain.ianya telah berlaku beberapa malam terdahulu juga. apabila kepenatan, kita mudah dimasukki makhluk Allah yg berniat tidak baik. ada yg berlaku kerana ada yg membawa makhluk Allah ke tempat baru.maka penghuni asal tidak selesa dgn pendatang.

Makhluk Allah ada di merata2. Takutlah hanya kpd Allah. bersolatlah. berdoalah kpdNya. bacalah surah2 dan ayat2 dalam alquran.

Khamis, Mei 20, 2010

Alhamdulillah Indahnya Alam MilikNya

Saya ke kuala terengganu semalam. firefly 2.50ptg. tugas kualiti di kolej usahasama uitm.

saya minta seat dibawah sayap kapalterbang. staf firefly berasa hairan. mungkin jarang diminta seat tersebut. alhamdulillah, saya dapat seat di sebelah kiri. dan semasa perjalanan ke terengganu, saya bertuah dapat melihat keindahan alam milik Allah. saya tercari2 dan akhirnya dpt melihat kuala tahan. saya dapat melihat gunung tahan. saya dapat lihat kuala keniam, pusat penyelidikan uitm di taman negara. dan saya lihat keindahan tasik kenyir dgn airnya yg biru kehijauan.

staf saya hairan kenapa saya menaiki firefly. kata mereka pegawai selalunya akan naik mas. dapat pelbagai habuan spt makanan special, sebelum penerbangan dan semasa penerbangan. saya bagitau, itu kalau prof madya.

saya lebih berpuashati dgn peluang menikmati keindahan alam milik Alam. kekayaan yg diimpikan dan dikejar manusia tidak akan sama dgn kekayaan milik Allah.

Isnin, Mei 17, 2010

Amanah Dalam Menjalankan Tugas

kita diamanahkan untuk menjalankan tugas yg diberikan dgn sebaik mungkin berdasarkan kemampuan kita. jawatan berbeza membawa kuasa dan beban tanggungjawab berbeza. jika tidak dijawab di dunia, tetap akan dijawab di akhirat.

sebagai penyelia kita diamanahkan utk menyelia pelajar sebaik mungkin. jika bukan bidang kita, maka lebih baik kita tolak lantikan. jika kita bertnggungjawab melantik penyelia dan pelajar yang akan diselia, kita bertanggungjawab memastikan kedua2nya boleh bekerjasama. kita mesti pastikan kita tidak akan menganiaya mana2 pihak.

sifat peribadi kita akan berkait dgn reputasi profesional kita. jika kita berniat utk menyusahkan sama ada penyelia atau pelajar kerana agenda peribadi kita, baik kita serahkan kuasa kita kpd orang lain. walaupun mungkin kita rasa masa kita utk menjawab dgn Allah lambat lagi kerana dgn kuasa yg ada kita telah lupa akan tanggungjawab kita.

jadilah seorang pendidik dgn sebaik2nya. pangkat dan kuasa tidak menjamin kita akan dihormati orang lain. sedar dan tkutlah balasan drpd Allah.

Ahad, Mei 16, 2010

Taman Negara Kuala Tahan - SIFE

13-15 mei saya di kuala tahan pahang. kuala tahan adalah pintu masuk utama bagi mereka yg hendak ke taman negara. penduduk kuala tahan bertuah kerana mendapat limpahan rezeki drpd pelancong2 ke kuala tahan.

saya di sana bersama sife utk program sife di kuala tahan. saya dan encik hamdan dipertanggungjawabkan utk membantu sife bagi pertandingan pertandingan 2010. menjadi seorang pensyarah bukanlah memberi syarahan kpd pelajar di fsr shj. sebaliknya, kami juga perlu terlibat dgn aktiviti pelajar. kami berterima kasih kpd mereka yg yakin dan percaya dgn kemampuan kami utk membantu sife. pelantikan kami dianggap sebagai satu penghormatan kpd kami.

pelbagai aktiviti dirancang utk membantu penduduk kuala tahan. pihak jkkk kuala tahan amat komited dan gembira dgn projek sife di kuala tahan. kami berharap dan berdoa agar kedua2 pihak akan mendapat hasl yg positif drpd projek ini. terima kasih kpd penduduk kuala tahan yg sudi menerima kehadiran kami.

Selasa, Mei 11, 2010

Futsal dan Pengurusan Stres

Tadi saya baru bermain futsal dgn adik2 saya dan sahabat2 seperguruan. Mula2 sebelum pergi tadi rasa berat dan malasnya. tetapi selepas solat isyak saya bersemangat utk berfutsal.

Malam ni pada mulanya hanya 8 orang sahaja yg hadir. kemudian datang adik saya seorang lagi menjadikan 9pemain. maka kami bermain dgn kira gol bila bola kena tiang atau palang. tiada penjaga gol.

seronok bermain futsal. pangkat ditolak tepi. pedulikan mereka yg diluar gelanggang. yg penting kita seronok di dalam gelanggang bersama saudara dan sahabat setia. stres dan tekanan kerja dan sebagainya diluahkan di gelanggang. oleh kerana kami saling memahami, maka sebarang kesilapan, kecuaian dianggap perkara remeh. terasa seolah di tahun 80an bermain di padang 'desert' di bandar di raja perak.

sukan adalah satu cara beriadah bagi saya. ianya juga satu cara untuk 'recreate' diri saya. sukan memberi peluang kpd saya utk 'recharge'. cuma terkilan dan lama tak bermain skuash dan aikido.

Sabtu, Mei 08, 2010

Dikir Barat Halim Yazid Pesan Ibu

Membuat Keputusan

Setiap drpd kita mesti membuat keputusan. Lelaki dan perempuan. pemimpin dan pengikut. melakukan sesuatu adalah satu keputusan. tidak melakukan sesuatu adalah satu keputusan.

Selalunya, keputusan yg dibuat pemimpin akan diingat orang. sama ada keputusan adalah betul atau salah, yang Maha Mengetahui sahaja yg tahu kesemua jawapan. memang ada yg tidak mahu jadi seorng pemimpin kerana tidak mahu buat keputusan. memang ada yg nak jadi pemmpin kerana dpt buat keputusan yg hanya menguntungkan dirinya sahaja.

jarang satu keputusan akan memuaskan semua pihak. ianya seperti jarangnya seseorang boleh menipu semua orang.

setiap manusia perlu belajar utk membuat keputusan yg tepat. maka ilmu adalah penting. seorang pemimpin yg berilmu dan takut kpd Allah akan membuat keputusan berdasarkan keadilan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Jumaat, Mei 07, 2010

Layang2 kembali Terbang

ish3 terbang semula layang2. ingatkan pemainnya dah insaf. dah serik nak main layang2. dah berubah utk kebaikan bersama. tetapi realitinya adalah sebaliknya. maka organisasi kembali menjadi seumpama, krn kerbau seekor (ada beberapa ekor sebenarnya), yg lain terkena lumpur juga. atau lebih tepat, krn nila setitik rosak susu sebelanga.

ini yg dikatakan tak boleh kita kasihankan anjing yg tersepit. dia akan tetap gila dan akan gigit kita.anjing gila ini tidak tahu belas kasihan kpd orang lain. yg penting dia sentiasa dpt gonggong tulang ke sana dan ke mari. dan sekarang kita harap akan mula takut kpd bayang2nya.

seorang yg berilmu tidak akan menganiaya orang lain. seorang muslim tidak akan menyusahkan mereka yg melakukan sesuatu utk kebaikan bersama. tetapi jika seseorang itu hanya pentingkan dirinya shj, maka dia tak kisah jika uitm merana. sebab dia bukan produk uitm. kerana dia adalah pengkhianat kpd uitm, bangsa melayu dan agama islam. kerana dia tidak amanh kpd uitm,melayu dan islam.maka itulah sebabnya surat layang kembali dilayang2kan. adakah pemain layang2 diluar terlibat sama?

Khamis, Mei 06, 2010

Kasihan Dia?

Dalam kaunseling kita dilatih utk tidak merasa kasihan. Sebaliknya, kita hendaklah mengasihi seseorang itu. Apa beza diantara kasihan dan kasih?

Jika kita kasihakan seseorang bermakna kita sebenarnya tidak bertindak adil kpd orang tersebut. Kita tidak mengajarnya utk bertindak dgn tepat. Seumpama kita kasihankan anjing yg tersepit. Setelah kita lepaskan anjing tersebut kerana kasihan, anjing itu menggigit kita. Dan kita merana kesakitan.

Tetapi kasihkan seseorang adalah berbeza. Kita kasihkan seseorang supaya beliau akan berubah untuk kebaikannya dan masyarakat di masa hadapan. Kita kasihkan dia dgn berkongsi ilmu dgnnya. Ilmu utk diperbaiki dirinya. Dan adakalanya kasih memerlukan hukuman selain ganjaran.

Jika seseorang telah terbukti melakukan kesalahan. Dan jika beliau tersebut tetap juga meneruskan kejahatannya walaupun kita telah berbuat baik kpdnya selama ini kerana kasihan, maka kita perlu ubah dgn mengasihkannya. Kasihkan dirinya dgn kita bertindak jujur dan amanah kpd diri kita, dan masyarakat.

Ahad, Mei 02, 2010

43 Tahun Kemudian



Ini gambar saya bersama bonda dan saudaramara yg turut menjaga saya semasa kecil. Semalam di majlis perkahwinan anak sulung kpd seorang drpd mereka di wisma MBSA, saya diketemukan dgn hampir kesemua mereka ini. Hanya seorang yg terpaksa balik ke kelantan sebelum majlis kerana ada urusan penting.