Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mei 30, 2010

3 perkara yg dapat membantu kita

kita diingatkan ada 3perkara yg dapat membantu kita walau pun kita telah kembali kpdNya. Doa anak yg soleh,sedekah dan ilmu yang dikongsi untuk kebaikan.

Bagi saya, sedekah dan berkongsi ilmu adalah mudah dilakukan. mendapat doa anak yg soleh bukan suatu yg mudah. pertama kerana perlu ada zuriat, kedua perlu anak dididik menjadi anak yg soleh. maka adalah tanggungjawab dan amanah seorang ibu dan bapa untuk mendidik supaya anaknya menjadi seorang yg soleh. didikan tidak semestinya dgn bahan material.

sedekah amat mudah dilakukan. kita boleh berkongsi rezeki yg kita ada dgn ahli keluarga, kawan2 dan saudara seislam yg lain. tetapi perlulah rezeki yg dikongsi adalah drpd rezeki yg halal. sebab matlamat tidak menghalalkan cara. janganlah kita berkongsi hasil yg tidak halal kerana niat inginkan kepujian drpd yg kita sedekahkan. apabila saya was2, saya akan mengelak drpd makan sedekah seseorang.

berkongsi ilmu juga amat senang. tetapi kita mesti berkongsi ilmu yg betul. ini supaya ilmu yg kita kongsi akan memanafaatkan orang lain.tetapi kalau kita tiada ilmu, janganlah kita beria=ria utk berkongsi. ianya boleh menyebabkan ajaran sesat. anak murid mungkin menerima sahaja dgn penuh kepercayaan ilmu kita adalah betul.

Tiada ulasan: