Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Oktober 11, 2012

Sentiasa Belajar

seorang penceramah dan kaunselor menyatakan bhw kita belajar sehingga kita jadi jenazah. bukannya sehingga dapat ijazah.

secara umumnya saya setuju. kan ada hadith mengatakan belajarlah dari buaian sehingga ke liang lahad (lebih kurang macam tulah bunyinya). jadi saya cuba amalkan dgn menghadiri majlis ilmu. tambah2 jika ianya berkaitan dgn yg saya minat.

semalam dan tadi saya hadir ke konvensyen kaunseling 2 uitm. alhamdulillah ramai peserta termasuklah peers daripada pelbagai kampus uitm dan bukan uitm. yg menyeronokkan bg saya adalah kehadiran pensyarah dan pengajar kaunseling kpd saya sama ada sbg peserta, penceramah dan penganjur. dapat bertemu kawan2 lama. mereka ini adalah antara pendorong sy meminati kaunseling.

dan saya turut gembira apabila ada pelajar saya yg turut serta sbg peserta. walauoun seorang berkelayakan kejuruteraan ttp kerana minat kpd kaunseling dan ingin bertemu guru dan kawan lama, beliau hadirkan dirinya. bg saya seminar/kursus/konvensyen membolehkan saya meningkatkan dan memperbaiki ilmu melalui kandungan formal dan perbincangan tidak formal. terima kasih kpd penganjur, peserta dan penceramah yg menjayakan konvensyen kali ini.

Selasa, Oktober 09, 2012

Nilai Banyak atau Sedikit

seperti biasa saya akan singgah ke kedai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas kerja. tujuan saya untuk membeli beberapa barangan minuman dan makanan.

saya singgah ke sebuah pasar mini. sebelum pasar mini beroperasi di lokasi sedia ada, beberapa buah kedai perniagaan telah beroperasi di tapak yang sama. mereka berpindah atau tutup kedai kerana permintaan tiada atau berkurangan mengikut peredaran masa. dan sebelum wujud pasar mini ini, keperluan runcit dibeli oleh penduduk sekitar sama ada di pasaraya atau di kedai runcit di stesen minyak.

harga di pasar mini amat berpatutan. kebanyakan harga adalah murah dan lebih rendah drpd kedai runcit biasa ataupun kedai 24jam. semalam saya cuba bandingkan keadaan di dalam pasar mini ini dengan kedai runcit arwah datuk saya. banyak bezanya. walaupun pasar mini lebih kecil daripada saiz kedai runcit datuk (krd) saya (mungkin sebab sewa berkaitan lokasi) tetapi kebanyakan barangan dijual adalah fast moving items. pasar mini ini lebih bersih drpd krd. tetapi saya masih berupaya berasa seolah berada di krd dgn bau2 barangan runcit seperti bawang dsbnya.

semasa saya di pasar mini tersebut, saya terserempak dgn seorang bekas pensyarah saya yg pernah mengajar saya kira2 20tahun yang lalu. subjek beliau adalah undang2 dan antara subjek kegemaran saya. jika betul ingatan saya, itulah antara subjek yg saya dapat A semasa di ITM. subjek beliau bukanlah subjek kegemaran rakan2 sekuliah saya kerana bersifat subjektif dan perlu banyak membaca dan menghafal.

pada mulanya saya agak segan nak menegur beliau. tetapi semasa saya beratur di belakang beliau saya beranikan diri (saya pelajari drpd saudara dan sahabat dan bukan kenalan) dan tegur beliau. saya sebut nama beliau dan saya perkenalkan diri saya serta latarbelakang kaitan antara beliau dan saya. daripada terkejut (takut/was2) beliau senyum gembira. dan saya hanya mampu untuk membayar pembelian barangan runcit beliau yang bernilai kurang drpd rm10 sbg tanda penghargaan saya kpd beliau yg pernah mendidik saya. semoga allah sentiasa memberi rahmat kepada mereka yg mendidik kita secara ikhlas untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Sabtu, Oktober 06, 2012

Kerjasama

koperasi boleh disama ertikan sebagai kerjasama. bermula dengan tujuan asal untuk mendorong berjimat cermat di kalangan masyarakat yang mempunyai kepentingan bersama.

anggota melantik ahli lembaga koperasi (seperti ahli lembaga pengarah di syarikat) untuk mewakili anggota dalam mentadbir urus koperasi dalam mencapai matlamat koperasi ditubuhkan. kebiasaan anggota lembaga koperasi (alk) akan melantik pula seorang ketua pegawai eksekutif (ceo) /pengurus besar (gm) untuk memimpin kakitangan koperasi dalam operasi harian koperasi.

tugas dan tanggungjawab ceo atau gm ditentukan oleh alk. ceo perlu menjalankan tugas dan jawatannya dengan penuh amanah. pada mesyuarat agung tahunan (agm), anggota akan bertanya kepada alk tentang prestasi tahunan koperasi. tiada soalan diajukan dan akan dijawab oleh ceo walaupun sebenarnya secara tidak langsung ceo atau gm bertanggungjawab kepada anggota.

persoalan timbul apabila ceo tidak bekerjasama dengan alk. sebaliknya apabila berlaku pecah amanah iaitu ceo melakukan urusniaga dan kerja seharian untuk kepentingan diri sendiri maka apakah tindakan perlu dilakukan? bagaimana terdapat juga kakitangan yang turut tidak setia kepada koperasi? apakah tindakan wajib dilakukan? potong tangan? potong lidah? saman? apabila berlaku pecah amanah maka mereka yang dianiayai (alk, anggota, keluarga anggota, dll) berhak menuntut keadilan di dunia dan di akhirat. bagaimana jika mereka yg dianiayai menyatakan bhw 'segala rezeki yg bukan hak kamu, yang kamu ambil kerana pecah amanah, kerana tipudaya, kerana dusta, tidak kami yang dianiayai halalkan dunia dan akhirat'? semoga mereka yg pecah amanah menerima pembalasan seadilnya drpd allah. semoga mereka ini mendapat pembalasan di dunia dan di akhirat.

Jumaat, Oktober 05, 2012

Salah Siapa

Setiap jawatan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri. Dan pemegang jawatan perlu menjalankannya dengan penuh amanah.

Maka tahap/peringkat jawatan berbeza akan mempunyai tahap/peringkat tugas dan tanggungjawab berbeza. Semasa menerima tawaran untuk dilantik ke satu jawatan kita perlu sedar beban yg perlu dipikul. Memang lagi tinggi jawatan lagi seronok, lagi mengkhayalkan seumpama lagi jauh drpd bumi lagi syok kita. Maka ramai akan lupa tentang amanah yg perlu dijalankan dan dikembalikan kepada pemberi amanah.

Membimbing dan menasihat adalah satu amanah juga. Kita perlu melakukan sebaik mungkin utk kebaikan bersama, diri dan organisasi serta persekitaran. Tapi jika bimbingan atau nasihat yg diberi tidak diterima, maka janganlah nak jadikan orang lain sebagai 'kambing hitam'.

Jika keberadaan kita bukan yg terbaik utk diri, organisasi dan pihak berkepentingan (positif), maka lebih baik kita cepat2 meninggalkan jawatan tersebut. Ilmu menyedarkan kita. orang yg berilmu akan menyedarkan.