Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Oktober 11, 2012

Sentiasa Belajar

seorang penceramah dan kaunselor menyatakan bhw kita belajar sehingga kita jadi jenazah. bukannya sehingga dapat ijazah.

secara umumnya saya setuju. kan ada hadith mengatakan belajarlah dari buaian sehingga ke liang lahad (lebih kurang macam tulah bunyinya). jadi saya cuba amalkan dgn menghadiri majlis ilmu. tambah2 jika ianya berkaitan dgn yg saya minat.

semalam dan tadi saya hadir ke konvensyen kaunseling 2 uitm. alhamdulillah ramai peserta termasuklah peers daripada pelbagai kampus uitm dan bukan uitm. yg menyeronokkan bg saya adalah kehadiran pensyarah dan pengajar kaunseling kpd saya sama ada sbg peserta, penceramah dan penganjur. dapat bertemu kawan2 lama. mereka ini adalah antara pendorong sy meminati kaunseling.

dan saya turut gembira apabila ada pelajar saya yg turut serta sbg peserta. walauoun seorang berkelayakan kejuruteraan ttp kerana minat kpd kaunseling dan ingin bertemu guru dan kawan lama, beliau hadirkan dirinya. bg saya seminar/kursus/konvensyen membolehkan saya meningkatkan dan memperbaiki ilmu melalui kandungan formal dan perbincangan tidak formal. terima kasih kpd penganjur, peserta dan penceramah yg menjayakan konvensyen kali ini.

Tiada ulasan: