Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 29, 2011

Kuliah dan Pentadbiran 2

ata utk pentadbiran akademik selalunya bergantung kpd jawatan disandang. saya mendapat 10jam ata utk tugas sekarang. ianya sama dgn ata saya terima sbg ketua kualiti di ined.

tapi ata 10jam tidak bermakna hanya kerja 10jam seminggu. perkiraan saya ianya perlu didarab 3 = 30jam seminggu atau bersamaan 3hari bekerja 10jam sehari. manakala tugas syarahan dan penyeliaan saya dapat 15 jam ata. ini jika didarab 3 = 45jam seminggu. maka jumlah jam seminggu adalah 75jam. kalau 10jam sehari maka ianya bermakna saya perlu 7.5hari dlm seminggu tanpa ada cuti.

hea menetapkan 1 ata diterima bersamaan 2jam diperuntukkan utk sedia, buat dan semak kerja. maka waktu saya utk jim adalah 20jam seminggu, iaitu 2hari 10jam. dan utk tugas di fsr sebanyak 15jam ata = 30jam peruntukkan masa atau 3 hari 10jam kerja. jika saya masuk jam 0900, maka masa balik adalah jam 1900. dan ini yg saya lakukan sekarang secara purata.

adakalanya masa tugas pentadbiran memakan masa kuliah. maka saya terpaksa mencari masa menggantikan masa yg termakan. dan bekerja di hujung minggu adalah perkara biasa. soalan bos saya, 'saya dapati ada pensyarah yg bgtau dia tak cukup masa di uitm tetapi ada masa utk buat kerja sambilan di luar uitm'. saya nak belajarlah dgn mereka ni. atau mereka ini kurangkan masa di uitm dan lebihkan masa di luar uitm?

Kuliah dan Pentadbiran

tugas utama sebagai staf akademik adalah berkongsi ilmu dgn pelajar di bilik kuliah. tugas seterusnya adalah menjalankan penyelidikan dan persidangan utk berkongsi ilmu dgn pelajar dan para akademik dalam bidang yg sama. seterusnya melalui penulisan dan penerbitan adalah berkongsi ilmu dgn pelajar, para akademik dan masyarakat yg berminat dgn bidang kita.

ada diantara para akademik yg mempunyai tugas pentadbiran. ada yg meminta. ada yg diberi. tugas pentadbiran saya bermula dgn jawatan ketua program. seterusnya sbg ketua unit kualiti. dan terkini sbg ketua di pej jaringan industri dan masyarakat. semasa mesyuarat pada pagi tadi semasa memperkenalkan diri saya, saya nyatakan saya sebagai ketua di pej tnc jim. ketua spesifik utk apa belum ditetapkan lagi. tugas saya adalah menjalankan arahan tnc dari semasa ke semasa. menjalankan tugas2 khas.

macam laision officer la kot. ini mengingatkan saya kepada soalan seorang profesor yg pernah menjadi tnc. tanya beliau kpd saya 'bad, u ni peg khas i ke?'. saya tak tahu nak jawab. tapi mengikut tnc bos saya skrg,'bad u mcm peg khas i'. maka masin jugak mulut prof pada tahun 2006. maka terpaksalah saya mendapatkan pakaian khas utk tugas sekarang. insyaallah esok akan saya ambil sepasang dulu.

Rabu, September 28, 2011

Al Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Alhamdulillah jika kita dapat membaca alfatihah 17kali sehari. jika kita tidak dapat melakukannya, seolah2 kita tidak mendapat nikmat daripadaNya.

Pindah Pejabat Lagi

pada hari isnin petang saya minta bantuan 3pelajar saya utk mengangkut saki baki barang saya di aras 20 menara 2 kompleks kejuruteraan. alhamdulillah, kerana masa selepas waktu pejabat, maka lif cepat didapati.

tengahari semalam saya ucapkan terima kasih kpd staf di aras 20 yg telah membantu saya semasa saya berpejabat di sana. insyaallah adalah sikit makan. saya sebenarnya telah dimaklumkan oleh bos saya di aras 5 ctss utk bawa barang saya ke pejabat di situ bermula isnin minggu ni. saya bercadang utk ke sana pada petang ini.

pejabat baru, jawatan baru, tugas dan tanggungjawab baru. dan tugas diberikan pada saya lebih mencabar drpd yg lama. insyaallah saya akan cuba yg terbaik. adakalanya pemilihan asal utk satu2 posisi tidak sesuai dgn diri kita. jika sedemikian maka janganlah segan utk mengakui.

Bersama Lampard dan Rooney

semalam seperti biasa saya berfutsal dgn kawan2 lama dan seorang adik saya. kami lambat sampai. maklumlah balik dari pejabat pun lambat.

semasa mencari tempat letak kereta, saya terpandang seorang kawan bersama dua berpakaian chelsea dan man united. setiba di tepi gelanggang saya lihat seorang adalah Lampard dan seorang lagi tiada nama (saya namakan Rooney ajelah). mereka adalah kembar, anak kepada seorang kawan.

mereka berdua tidak turut sama berfutsal dgn kami. mereka hanya setia menunggu ayah mereka berfutsal. sekali sekala mereka akan kelihatan bersemangat utk berfutsal apabila bola hampir dgn jaring tempat mereka duduk. dan saya perhatikan ramai yg menegur mereka. saya andaikan soalan yg ditanya adalah 'adakah mereka kembar'.

setelah kami tamat berfutsal, kembar berdua sempat berfutsal di padang kami sebelum kumpulan seterusnya bermain. mereka sempat 2-3 kali bergilir menjadi penyerang dan pertahanan dari satu hujung padang ke hujung padang lain. walau pun kembar, memang jelas seorang lebih berkebolehan berfutsal/bermain bola drpd seorang lagi.

semasa bersalaman dgn mereka sebelum mereka balik, saya beraya rm1 dengan mereka. dan mereka mengikut ayah mereka ke tempat menjual minuman utk membeli minuman sebagai upah berfutsal. memang permainan futsal mingguan akan sentiasa diikuti bersama selain drpd kawan2 shj. ada yg bawa adik2. ada yg bawa anak2. ada yg bawa kawan2 lain selain drpd kami yg mula berkawan di kuala kangsar.

Jumaat, September 23, 2011

Penghujung Syawal 1432H

hujung minggu ni hujung minggu terakhir syawal 1432h. syawal kali ini akan berakhir pada hari rabu depan, iaitu dgn 1 zulkaedah.

alhamdulillah, saya sempat puasa sunat 6 hari dlm bulan syawal hari terakhir pada ahad lepasi iaitu pada 20 syawal. memang syawal banyak dugaan utk lakukan puasa 6 syawal. tambah2 pula di malaysia raya puasa adalah sebulan. pelbagai jemputan diterima. bermula jam 3petang tadi suaraya 2011 uitm. jamuan raya kuib pada jam 4ptg, tapi saya tak dpt hadir. esok ada jamuan raya perkama. diikuti dgn jemputan rumah saudara di shah alam. pada masa yg sama jemputan rakan sefakulti di bangi. pada malamnya jemputan di kajang.

pada hari ahad ada lagi jemputan di kajang. tapi pada paginya ada kursus di shah alam. ahad malam masih lagi belum ada jemputan. bagi setengah drpd kita, rezeki datang mencurah2. tapi puasa mengingatkan kita bhw ada yg kurang bernasib baik berbanding kita. zakat dan sedekah membersihkan harta kita dgn ebrkongsi dgn mereka yg kurang mampu.

saya cuba kawal nafsu makan. janganlah tuan rumah marah jika saya kurang makan di tempat anda. sebabnya saya nak cuba puasa pada setiap isnin dan khamis. ianya utk membantu juga mengawal diri dgn kesukaan kpd dunia.

Suaraya UiTM 2011

tadi berlangsung suaraya 2011 uitm shah alam. di padang kawad. amat meriah sekali. menu mengikut negeri2 di malaysia. setiap fakulti diberi sebuah gerai. jabatan2 berkongsi ataupun secara sendirian satu gerai.

fsr menyediakan makanan negeri selangor. pecal dan lempeng bersama kuah pedas. saya rasa 1st time saya makan lempeng dengan kuah pedas yg ada kerang. sedap dan pedas. saya juga makan sikit2 drpd hidangan gerai2 lain. gerai paling panjang pengunjung beratur adalah gerai yg sediakan daging rusa panggang. alhamdulillah saya dpt rasa sikit daging rusa drpd pinggan kawan2.

di gerai inqka saya dapat merasa ayam percik. saya makan juga soto, tapi tak ingat dari gerai mana. yg paling sedap adalah dpt minum air sejuk sebab cuaca yg panas. saya harap tiada makanan dibazirkan. ramai pengunjung tadi hadir dgn beg utk membawa makanan balik. pelajar yg hadir setelah tamat kuliah masih lagi sempat merasa juadah yg ada.

tahun ni seperti tahn lepas ada cabutan bertuah. tapi saya tak bertuah. insyaallah kita jumpa lagi di suaraya 2012.

Khamis, September 22, 2011

Pangkat dan Pejabat

pangkat selalunya dikaitkan dgn di tingkat berapa pejabat kita berada. ada yg kata lagi tinggi pangkat kita, lagi tinggi pejabat kita. ada yg kata sebaliknya. lagi mudah ke pejabat kita dari tempat letak kereta dan kemudahan lain, lagi tinggi pangkat kita.

ada yg kaitkan keluasan pejabat dgn pangkat. lagi besar pejabat lagi tinggi pangkat. lagi banyak perabut lagi tinggi pejabat. jika kita ada bilik air yg bersambung dgn pejabat kita maka kita berpangkat tinggi.

pejabat saya sekarang di tingkat 20 menara berkembar uitm. tapi pangkat saya bagi saya taklah tinggi. biasa aje. maklumlah, tadi terpaksa panjat tangga sebanyak 10 tingkat sebab lif rosak. aircond pun dah berbulan rosak. masuk pejabat kena buka tingkap. di fsr bilik saya di tingkat 4. dekat dgn tangga. tapi jauh dari lif. jauh dari bilik air.

saya ditawarkan bilik di canseleri. sebuah bilik yg agak besar. bilik kedua besar selepas bilik big bos. saya ucapkan terima kasih tetapi saya mohon bilik yg paling kecil di pejabat beliau. ianya memudahkan saya bekerja. saya lebih selesa sedemikian. pangkat saya? saya pun tak tahu lagi. insyaallah saya berhijrah lagi bermula bulan hadapan.

Aset

Semalam big bos nyatakan kepada saya bhw saya adalah aset kpd organisasi. hari ini beliau nyatakan lagi di depan bos2 lain. terima kasih doc.

dalam perakaunan, aset adalah sumber yg memberikan hasil kpd organisasi. dan hasil ini setelah ditolak kos/perbelanjaan akan diharapkan memberikan keuntungan bersih kpd organisasi. memang organisasi mahu mereka yg jadi aset kpdnya. bukannya yg menjadi liabiliti atau beban kpd organisasi.

big bos nyatakan bhw beliau tahu saya bukanlah yg suka duduk terikat di meja shj dan buat kerja. operasi saya lebih sesuai di luar pejabat atau tidak sepanjang masa di pejabat. maka beliau bercadang utk memberi tugas dan tanggungjawab yg sesuai dgn minat, bakat dan kebolehan saya supaya organisasi dapat hasil yg maksima.

saya akui saya adalah sedemikian. itulah seorang ranger. ianya juga sebagaimana pasukan peninjau. seperti pasukan berkuda yg dipimpin oleh khalid alwalid. sentiasa bergerak dan menanti peluang terbaik utk mendapatkan pulangan maksima kpd organisasi. terima kasih lagi sekali doc kerana kepercayaan dan keyakinan kepada saya. insyaallah, saya akan cuba yg terbaik.

Selasa, September 20, 2011

Lawatan Sambil Belajar

lawatan sambil belajar atau biasa juga dikenali sebagai lasabela. di ipt, terdapat kursus2 yg mempunyai lasabela antara aktiviti pembelajaran.

saya cuba minimakan lasabela dlm kursus yg saya ajar. pada sem lepas, saya bawa pelajar saya keluar dari bilik kuliah. satu kumpulan ke putrajaya. satu kumpulan ke taman botani bukit cerakah. kos ditanggung pelajar adalah makan dan minuman. bagi yg masuk ke taman botani, tiket masuk rm3 dan jika yg guna basikal kena bayarlah sendiri. saya tidak mahu membebankan pelajar drpd segi kos masa dan kos duit. ianya mestilah setara dgn markah yg dinilai. untuk lasabela saya, masa digunakan adalah waktu kuliah saya. saya tidak mengganggu waktu kuliah kursus lain. kita telah berjanji bhw pensyarah tidak akan mengadakan aktiviti yg akan mengganggu waktu kuliah pensyarah lain.

tadi ada pelajar komen tentang lasabela kursus2 tertentu. kos masa dan kos duit besar beban kpd pelajar. apabila dimaklumkan kpd ibubapa keperluan kpd duit utk lasabela, ibubapa akan mengeluh. bukan semuanya yg mampu utk mengeluarkan jumlah duit yg diperlukan utk lasabela. ada pelajar yg bgtau saya mereka bekerja secara prt time utk cari duit utk lasabela. dan ada lasabela dimana pelajar menanggung kos pegawai. ini tidak sepatutnya berlaku. bagaimana jika pelajar tersebut adalah anak yatim, adakah pegawai dikira telah makan harta anak yatim? berkiralah utk kesejahteraan dunia dan akhirat. sekadar peringatan.

Seronok Belajar

tadi saya berjumpa dgn seorang pelajar saya. cadangan perjumpaan hanya sekejap. tetapi melarat sampai hampir sejam setengah.

pelajar tersebut menyatakan bhw ada beberapa kursus dia rasa seronok belajar. ianya disebabkan bhw pensyarah yg mengajar dilihat sebagai seronok mengajar. cara pengajaran oleh pensyarah mudah diterima dan dikongsi ilmu oleh pelajar. pensyarah bersedia membantu pelajar belajar.

saya setuju. saya nyatakan bhw ramai sekarang yg berada di ipt sebagai pensyarah seperti ramai yg ada di sekolah sbg cikgu. menjadi cikgu sebab ada kebolehan (kelayakan akademik) tetapi tidak ada minat. menjadi cikgu sebab pilihan terakhir sebagai pekerjaan, bukan sebagai kerjaya. begitu juga ada diantara mereka yg jadi pensyarah sebab ada kelayakan akademik di peringkat sarjana.

ramai boleh mengajar. apa susahnya, buka buku, buka pelan pengajaran, suruh pelajar baca buku, buat latihan, jangan banyak soal. tetapi tidak ramai boleh mendidik. janganlah menipu diri sendiri menjadi pensyarah atau cikgu kerana duit shj. ilmu yg dikongsi hanya separuh masak shj. pelajar pun tahu apabila diajar secara tidak ikhlas maka mereka pun tak ikhlas belajar. ke kelas setakat cukup syarat.

Ahad, September 18, 2011

Keselamatan di Jalan

keselamatan di jalan adalah tanggungjawab bersama. kita perlu prihatin dan bersedia utk sebarang kebarangkalian. maka pastikan bhw kita sihat utk memandu/ menjadi penumpang/ penunggang/ pembonceng. pastikan juga kenderaan kita dlm keadaan baik. pastikan kita dpt melihat dan mengesan kenderaan lain dgn cepat, tepat dan jelas. pastikan juga mereka yg lain dpt melakukan yg sama kpd kenderaan kita.

kita orang timur dikatakan kaya budibahasa. tetapi apabila dlm kenderaan nyata ramai yg berbeza. ramai yg kononnya nak berjimat. di waktu cuaca muram/ hujan/ kelam/ gelap, ramai yg tidak menyalakan lampu kenderaan. mungkin kerana menyangka bhw orang lain akan nampak kenderaan mereka walau tanpa lampu dinyalakan. dan ramai juga yg menukar haluan kenderaan tanpa memberi isyarat. menyusahkan orang lain.

penunggang motorsikal sekarang makin kerap pula melanggar undang2, menuyusahkan pengguna jalan yg lain. lampu tidak dinyala. memasuki laluan kereta walau pun ada laluan sikal disediakan. tidak menunggu lampu hijau utk meneruskan perjalanan. menyusahkan orang lain.

ada hadis (tak silap saya) yg menyatakan bhw jika kita membersihkan laluan drpd ranting kayu akan membolehkan kita dpt pahala. ianya tindakan spt memudahkan laluan dan keselamatan orang lain. maka saya andaikan kita memandu/ menunggang dgn selamat dan prihatin kpd keselamatan orang lain sbg sedekah juga. fikirlah tentang org lain, jika anda boleh berfikir. jika tidak mampu prihatin tentang orang lain semasa di jalan, silalah ke tepi atau jangan gunakan jalan/laluan. anda mungkin boleh dicop sebagai seorang pengganas di jalan kerana tidak prihatin tentang keselamatan orang lain di jalan.

Jemputan dan Tugas

semalam pada waktu pagi bertugas temuduga bakal pelajar diploma baru. lepas tu cadang ke rumah rakan sekerja utk jamuan rayanya. tetapi panggilan telefon daripada bonda mengubah hala tuju saya.

maka saya tidak makan tengahari utk petugas temuduga di stadium uitm. saya juga tak sempat beraya di rumah raka setugas di fsr. saya juga tak sempat ke rumah makcik sepupu di semenyih. saya buat pilihan ke majlis kenduri cucu moyang saudara di kelab shah alam. dan kemudiannya ke rumah sepupu kerana majlis harijadi anaknya di ampang.

faktor masa dan status kesesakan jalanraya perlu diambil kira. dan status kekosongan yg masih ada pada perut saya. saya mohon maaf kepada jemputan2 yg saya terima dan tidak dapat saya penuhi. kepada semua yg menjemput saya ke majlis hari raya, kenduri kahwin, majlis harijadi, majlis ulangtahun, dsbnya terima kasih kerana sudi menjemput saya. semoga majlis anda semua mendapat rahmat Allah.

Temuduga Bakal Pelajar SR113 Nov 2011

pagi semalam saya terlibat lagi dgn aktiviti temuduga bakal pelajar sr113. kali ni panel saya tak ramai. spt panel2 lain. mungkin sebab banyak panel. mungkin sebab kemasukan kedua. kemasukan mei iaitu kemasukan pertama setiap tahun memanglah ramai berbanding kemasukan kedua.

terdapat calon lepasan spm/setaraf. terdapat calon pra diploma. tiada semua calon dlm senarai saya hadir. alhamdulillah, sesi temuduga dapat diselesaikan sebelum jam 1 tengahari. sesi temuduga yg sebelum ini sehingga jam 5petang.

ada calon yg bersedia. ada yg tak bersedia. 'kenapa pilih program ini? sebab saya suka sukan... apakah pertandingan sukan ini yg sedang berlangsung? saya bersukan ini semasa di sekolah dulu?' inilah antara jawapan kepada soalan saya oleh seorang calon.

tidak semestinya selepas spm sambung belajar di ipta. saya cadangkan bhw setiap pelajar sekolah ke unit kaunseling atau jumpa kaunselor/pegawai bimbingan di sekolah untuk mengetahui personaliti diri dan personaliti kerjaya yg sesuai. kemudian pilihlah jalan utk bersedia bekerjaya yg sesuai.

jika uitm tawar tempat, dan calon tolak, tidak boleh memohon lagi ke uitm. jika calon berjaya dan terima tawaran, 1. jika nak tukar program, tak akan dilayan. 2. jika berhenti, tak boleh mohon lagi ke uitm. 3. jika gagal semasa belajar, tak boleh mohon lagi ke uitm. buatlah pilihan yg tepat. minta bantuan orang lain jika tidak pasti tentang keputusan akan dibuat.

Jumaat, September 16, 2011

Kejayaan dan Kemewahan

kita secara umum akan mengandaikan bahawa kita berjaya dalam kehidupan kita apabila kita mempunyai kemewahan. maka secara umum kejayaan mesti ada bukti material.

contoh kejayaan yg disanjung adalah memiliki atau menggunakan kenderaan mewah. contoh lain seperti memiliki atau mendiami kediaman yg mewah. mewah di sini dimaksudkan sbg mahal, besar, hanya dimiliki oleh golongan kecil shj.

dan pemimpin yg disanjung adalah begitu juga. yg memiliki kenderaan dan kediaman mewah. tetapi di bidang akademik saya rasa bukan begitu. yg dipandang dan diiktiraf adalah kelayakan akademik, pengalaman berkaitan, pangkat yg diterima berdasarkan kelayakan akademik, dan pengiktirafan drpd pelajar dan bekas pelajar tentang ilmu yg dikongsi utk kebaikan dunia dan akhirat.

jika saya diukur kejayaan saya berdasarkan kemewahan dunia, maka saya tidak berjaya. saya tiada kereta besar dan mahal. dulu adalah kereta besar, kereta kebal tapi dah dijual. kereta saya dibeli secondhand. kurang mampu beli yg baru. tiada keperluan utk beli yg baru. tetapi antara kejayaan bg saya adalah apabila melihat pelajar dan bekas pelajar berjaya hasil berkongsi ilmu dgn saya. antara kemewahan bg saya adalah keseronokan dan kegembiraan pelajar dan bekas pelajar berada bersama saya sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah.

Isnin, September 12, 2011

UiTM dan Mercy Malaysia

petang tadi saya ada perjumpaan dgn 3 wakil mercy malaysia. saya telah dimaklumkan pd tengahari tadi oleh presidennya, datuk dr ahmad faezal, rakan sekelas semasa sekolah menengah dahulu.

perjumpaan dgn mercy setelah mereka berjumpa dgn dekan dan timbalan dekan fspu. fspu bercadang mengadakan aktiviti dgn mercy. oleh kerana saya telah lama berbincang dgn presiden mercy utk kerjasama antara uitm dan mercy, maka secara kasarnya dipersetujui uitm akan adakan mou dgn mercy. maka aktiviti dgn mercy oelh fakulti, kampus dan jabatan di uitm akan dipantau oleh pejabat jim uitm.

beberapa aktiviti/program utama dicadangkan. dan seperti biasa, saya cadangkan antara kumpulan pelajar pertama terlibat dgn mercy adalah peers uitm. insyaallah akan dimulakan kerjasama diantara uitm dan mercy secepat mungkin.

SRB201 SR2212M2 Sep 2011

pagi tadi setelah ujian utk kumpulan sr1135d1, saya mempunyai kelas perakaunan kumpulan sr2212m2. kelas selama 2jam.

ramai pelajar sr2212m2 dari pantai timur semenanjung malaysia. ramai oghe kelate. saya bgtau saya terasa macam berada di kampus uitm cawangan machang. dan seperti biasa, kelas pertama akaun saya akan tanya berapa ramaikah yg ada pengetahuan dlm perakaunan. dan seperti biasa jawapan adalah tidak ramai.

tetapi setelah dilakukan sedikit latihan, ramai sedar bhw mereka sebenarnya ada pengetahuan dlm perakaunan. mereka juga tahu secara tidak formal tentang penyata kewangan dan bajet. kalau tak, macamana mereka boleh menguruskan diri mereka belajar di uitm sehingga sem2 sekarang.

setiap semester kelas adalah selama 14minggu dan setiap minggu selama 3jam (campur tolak). usaha utama dan pertama adalah utk menarik minat pelajar utk ingin hadir ke kelas. kemudiannya utk minat berkongsi ilmu dlm perakaunan. kerjasama pensyarah dan pelaajr adalah sama penting.

Ahad, September 11, 2011

PDCA

pdca atau plan, do, check and act. dlm bm rancang, buat, semak dan baiki. bermacam2 perkataan digunakan utk mencerminkan pdca. saya suka kpd sebelum, semasa dan selepas. ianya berkaitan kerja.

p akan dilakukan oleh ketua, d oleh staf, c oleh ketua atau penyelia dan a oleh staf. p oleh peringkat atasan. d oleh peringkat bawah. c oleh peringkat pertengahan. a oleh peringkat bawah. itu secara umum. tapi yg penting adalah pembahagian tugas untuk mencapai matlamat. maka matlamat mesti ditentukan dahulu.

setiap ahli dlm organisasi ada matlamat untuk dicapai. setiap ahli ada tugas dan tanggungjawabnya. komunikasi diantara ahli adalah penting. tujuan organisasi adalah untuk membolehkan matlamat utama dapat dicapai secara kerjasama ahli. kepercayaan kpd kebolehan setiap ahli adalah penting. maka keyakinan kpd ahli adalah penting.

pdca mungkin boleh kita andaikan sbg pandang, dengar, cakap dan aktif. turutan yg sesuai kot drpd aktif, cakap, dengar dan pandang?

Sabtu, September 10, 2011

Tiada Pencapaian

saya dimaklumkan bhw saya tidak pernah mencapai matlamat. setakat pi sana pi sini. ada benarnya. ada tidak benarnya.

saya pun perlu senaraikan pencapaian saya untuk profesion saya. khidmat utk negara - pemeriksa kira2 untuk persatuan kaunseling malaysia 2009-2011, dilantik semula 2011-2013. lantikan semula dicadang oleh tan sri prof dr nordin kardi. khidmat utk universiti - auditor iso, perunding iso, auditor kualiti (2005-2010). penasihat peers 2003 hingga sekarang. ketua program 2007-2008. ketua kualiti ined 2008-2011 (latih >60 auditor kualiti ined, bersama membentuk soalsemak audit kualiti, membantu 17 kolej bersekutu mendapat pensijilan iso), ketua mobiliti pelajar jim. ahli lembaga koperasi uitm 2010-2012.

pingat ciptaan, inovasi dan rekaan - 2007 itex - 1perak, 2008 iid 3penyertaan - 1gangsa, geneva 1gangsa, 2009 iid 4 penyertaan - 1 emas, 3perak, mtex 1penyertaan, itex 1penyertaan, pecipta 1perak, 2010 iid 2penyertaan 1perak, 1gangsa, 2010 iidse 5penyertaan - 1emas, 1perak, 2gangsa, perkama umt - 1gangsa. 2011 - perkama 1penyertaan. hmmm apa definisi pencapaian setengah orang?

Jumaat, September 09, 2011

Kemahiran Antara Individu

dalam bahasa inggeris lebih dikenali sbg 'interpersonal skill'. utk berjaya dlm kerjaya, kemahiran ini amat penting. ianya berkaitan juga dgn ilmu.

selalunya bos tiada kemahiran ini. yg bos tahu, bos semua betul. bos akan bersuara tinggi dgn orang bawahan. orang bawahan mesti mematuhi arahan bos. kan 'saya bos'. peraturan 1 seorang bos, 'bos selalu betul'. jika berasa was2, peraturan 2 'sila rujuk peraturan 1.

jika anda bos, dan anda diberi pilihan sama ada anda 'tendang' orang bawahan atau 'tendang' diri sendiri, agak2 apa keputusan seorang bos?

hidup berkait dgn pilihan. sama ada tetap dgn bos atau tinggalkan bos. jika tinggalkan bos, selesai isu. jika tetap dgn bos, di posisi sama atau berbeza. jika di posisi sama, adakah tanggungjawab sama atau berbeza. keputusan di tangan kita. gunalah akal yg ada. tapi rujuk juga kpd orang lain. kita tidak selalu betul.

Pecipta 2011

insyaallah pada minggu depan uitm akan menjadi penganjur bersama kpt utk pecipta 2011. pada tahun 2009, pecipta 2009 dianjur bersama oleh um dan kpt.

pada 2009, alhamdulillah saya berjaya mendapat satu pingat perak. tapi pada tahun 2011 saya tidak tersenarai mewakili uitm sebagai peserta. saya akan mewakili uitm sebagai sebahagian drpd ajkk. saya akan bertugas 3 hari berturut2. hari pertama makan malam bersama profesor dari usa. hari kedua mengiringi prof ke simposium semasa pecipta dan makan malam bersamanya. hari ketiga mengiringi profesor tersebut ke ceramah ilqam. maka saya kembali spt biasa, kerja sebagai pengawal peribadi. pangkat sama ajela.

saya akan bermalam di kl selama pecipta berlangsung. best juga. tugasan sebegini jarang2 saya dapat di kl. kalau di luar kl biasala. jom kita ke pecipta 2011 di klcc 13-15 sep 2011, selasa - khamis.

Bos, Ketua dan Pemimpin

ada perbezaan diantara seorang bos dan seorang ketua. begitu juga seorang pemimpin. semua orang adalah pemimpin. seorang ketua akan ada pengikut. seorang bos tiada pengikut.

yg mana perlu dihormati? yg pasti bos tak dihormati. selalunya bos ditakuti. jadi kerja dibuat utk bos bukan secara ikhlas. matlamat boleh tercapai. tetapi kemungkinan orang bawahan tidak akan lama bekerja dgn seorang bos. saya andaikan seorang bos adalah yg mempraktikan gaya kepimpinan berorientasikan tugasan. ianya seperti seorang yg perlu sampai di kuantan dari shah alam dlm tempoh 1 jam. ianya boleh dilakukan. tetapi apabila sampai di kuantan, kereta boleh dihapuskira.

jadi bgmana nak tahu seorang itu bos atau ketua? tanyalah kpd orang bawahan. jika orang bawahan secara majoriti tidak selesa bekerja dgn seorang itu, maka dia itu adalah seorang bos. dan kita ada pilihan. sama ada menerima bos yg ada atau hijrah ke tempat lain. yg penting, kita mesti seronok bekerja. jangan sampai tekanan darah tinggi dan membahayakan kesihatan kita. kalau kita sakit, organisasi akan cari orang lain buat kerja kita.

Khamis, September 08, 2011

Tiga Segi Fraud

tiga segi fraud atau fraud triangle. bukannya tiga segi freud atau freud triangle. fraud di sini berkaitan kewangan dan perakaunan.

elemen dlm segitiga ini adalah desakan/tekanan, peluang dan alasan/rasional. fraud dilakukan kerana terdapat desakan. desakan selalunya berkaitan harta material spt duit. adakalanya desakan harta ini disebabkan pasangan. adakalanya desakan kerana nak menunjuk2. lupa bhw harta adalah amanah kpd kita. dan kita akan perlu bertanggungjawab di akhirat kelak.

desakan ditambahkan dgn peluang boleh menyebabkan berlakunya fraud. contoh peluang adalah kedudukan atau jawatan yg dipegang. jawatan yg diamanahkan kpd kita. contohnya jawatan sebagai ketua. selalunya ketua mempunyai kataputus. ajdi jika sebagai pemegang jawatan kita dlm keadaan kewangan terdesak, kemungkinan kita lupa kpd amanah diberi kpd kita. maka kita salahguna kedudukan kita. gaji/pendapatan utk jawatan kita pegang dianggap tidak cukup utk kesejahteraan hidup di dunia.

jika tidak bernasib baik dan ditangkap kerana pecah amanah, penjenayah/penipu/perompak cuba merasionalkan tindakannya pecah amanah. dinyatakan utk emrayu diringankan atau tiada hukuman. hukum dunia mungkin tidak adil, jadi tunggulah hukuman di akhirat. dan janganlah anda adalah saudara atau sahabat atau kenalan saya. tanggunglah sendiri kerana keputusan berdasarkan ilmu anda.

Kitaran Yang Kurang Berilmu

kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran. miskin? miskin hartabenda? miskin harta berbentuk ilmu?

ayat pertama diturunkan kpd rasulullah s.a.w adalah berkaitan ilmu. 'bacalah...'. rasulullah bukan seorang yang kaya. semasa akan dipilih oleh ibu susuan, harta keluarga bayi antara faktor pendorong utama. maka kerana seorang anak yatim yg kurang/tiada harta yg banyak, beliau dipilih utk disusukan kerana ibu susuan tiada anak lain utk dipilih.

semasa baginda wafat, beliau tidak meninggalkan harta yg banyak. tiada istana, bungalow, berpuluh/beratus binatang ternakan/tunggangan. tiada emas/permata. tiada ladang2. yg ditinggalkan adalah alquran dari Allah dan sunnah (ilmu).

maka hutang yg menyebabkan kita terdesak melakukan perkara yg bercanggahan dgn tuntutan agama adalah satu bukti kekurangan ilmu. jika tiada perancangan berdasarkan ilmu, hutang akan menyebabkan kita melakukan perkara2 yg makin tidak bijak. tanyalah dulu, perlukah berhutang, perlukah menunjuk2.

apabil berhutang, perlu ada penjamin. apabila tak bayar hutang, penjamin menderita. maka kredibiliti kita makin berkurangan bukan shj kpd orang lain tetapi kpd geng sendiri juga. dan kemungkinan sebab gaji kenan potong utk tanggung penghutang yg dijamin, penjamin pula melakukan perkara tidak amanah. belajarlah menguruskan kewangan dgn bijak.

Selasa, September 06, 2011

Kaya Di Dunia Miskin Di Akhirat

kaya adalah ujian lebih besar drpd miskin. kaya dan miskin di sini adalah berkaitan harta di dunia. dan kita terima bhw harta yg kita ada hanyalah harta yg diamanahkan kpd kita. kita akan ditanya tentang puncanya dan bagaimana ianya digunakan.

tengahari tadi saya berpeluang berbicara dgn seorang bekas pelajar saya. insyaallah kami akan menjadi rakan sekerja. kami berbicara tentang niat menjadi seorang pensyarah. adakah kerana ingin berkongsi ilmu atau menjual ilmu? memang jika pandai, boleh jadi kaya dgn menjual ilmu. tetapi kaya dgn harta dunialah.

kami berbicara tentang amanah dlm bertugas sbg pensyarah. saya selitkan 4sifat rasulullah yg saya fikirkan perlu ada pada seorang pensyarah. 4 sifat - siddiq, fatanah, amanah, tabligh. jika satu tiada, maka seseorang tidak layak menjadi seorang pensyarah.

saya pertikaikan pensyarah yg menjual ilmu tetapi sebenarnya ilmu yg ada adalah kurang drpd sepatutnya dikongsikan dgn pelajar. maka bg saya pensyarah sebegini adalah tidak amanah dlm timbangan jualbeli. beliau menerima bayaran yg tak setimpal dgn ilmu yg dikongsi dgn pelajarnya. siapa yg bertanggungjawab utk menjawab perkara yg tidak amanah ini? adakah pensyarah itu shj atau ketua yg membenarkan pensyarah berjual beli dgn timbangan yg kurang kpd pelajar?

Niat Buruk Dgn Senjata

saya sentiasa was2 apabila melihat motorsikal yg tidak mematuhi lampu isyarat. motorsikal yg tidak menggunakan laluan motorsikal. motorsikal bergerak secara berkumpulan. penunggang motorsikal yg memakai fullface gelap.

saya juga sentiasa was2 melihat pemandu yg memandu sambil menggunakan telefon bimbit. pemandu yg menukar arah tanpa menggunakan lampu isyarat arah. pemandu yg kereta bercermin gelap.

bg saya mereka yg tersebut di atas berkemungkinan berniat tidak baik. kalau baik mereka akan 'transparent' dgn tindakan mereka. tidak perlu sorok2. tidak perlu dlm misteri. dan bagi saya apabila mereka bertindak sedemikian, mereka sebenarnya secara sengaja berniat tidak baik. secara sengaja menggunakan kenderaan mereka sbg senjata untuk menyusahkan orang lain.

dan mereka yg di atas adalah suspek yg perlu diperhatikan dan dicatit pergerakan, dan identiti mereka. suspek termasuk mereka yg apabila menelefon saya akan terpapar 'private number'.

Ahad, September 04, 2011

Budak Kolej

budak kolej. budak koleq. collegian. budak mc. dan pelbagai gelaran lagi.

budak koleq adalah mereka yg pernah atau sedang belajar di mckk. di kolej melayu kuala kangsar. di maktab melayu kuala kangsar. di malay college kuala kangsar. sebuah sekolah berasrama penuh khusus utk lelaki melayu (termasuk ayah shj melayu).

dlm keluarga saya, ramai budak koleq. saya, ayah saya, abang ayah saya, sepupu ayah saya, anak sepupu ayah saya, adik emak saya, bapa sepupu emak saya, pakcik emak saya, sepupu emak saya, adik saya, anak saudara pakcik emak saya, biras pakcik emak saya, dan ramai lagi. tadi ramai yg berkumpul sempena bekwoh bapa sepupu saya. yang paling tua berumur lebih drpd umur ayah saya (>73tahun). yg paling muda dlm tingkatan 3 sekarang.

apabila kami berjumpa, sama ada saudara atau sahabat atau kenalan kali pertama, ada sesuatu yg mengikatkan kami. sebuah institusi di kuala kangsar perak.

Bekwoh Ayah Idi

alhamdulillah tadi rumah seorang tok saudara berlangsung bekwoh. ianya memang big work. ianya untuk menyambut menantu, sebagai majlis kesyukuran dan jamuan hariraya.

jemputan dianggarkan seramai 600orang shj. anok beranok dah lebih drpd seratus orang (mungkin sampai 2ratus) sebab duit raya saya tidak berbaki drpd rm100 yg saya bawa. saya berikan/hadiahkan/sedekahkan rm1 seorang sedaramara aje.

majlis bermula drpd jam 10pagi dgn doa selamat utk mereka yg hadir dan roh sedara mara yg telah kembali kpdNya. 11.30pagi ketibaan kedua mempelai diiringi sedaramara sebelah perempuan. 1tgh majlis utk sedara mara dan kenalan sebelah lelaki. 3 ekor kambing disediakan. dan ianya menjadi tumpuan utama hadirin.

majlis sebegini mengumpulkan sedaramara dan kenalan yg jarang2 dapat berjumpa kerana kesibukan kerja, berjauhan tempat tinggal dsbnya. semoga ayah idi dan pasangannya serta keturunan mereka sentiasa mendapat rahmat Allah.

Sabtu, September 03, 2011

Duit Raya

budak2 seronok apabila raya tiba. antara sebab utama adalah menerima duit raya. dan ada dgn duit raya digunakan utk beli bunga api dan mercun. dan ada yg gunakan duit raya utk beli ubat sebab cedera bermain mercun.

saya selalunya beraya dgn rm1 shj utk mereka yg beraya dgn saya. tetapi ada yg dpt lebih. adalah sebabnya. saya juga lebih suka bersedekah (zakat?) rm1 diberi sebelum raya. bagi setengah penerima rm1 adalah nilai yg dihargai apabila diterimanya. ada pula yg akan komplen atau mencemuh apabila terima rm1 sbg duit raya. 'seringgit aje?'

duit raya saya tidak bersampul. saya tak nak lagi mahal tali drpd kerbau. lagipun, kebiasaan apabila terima duit raya, sampulnya akan dibuang bersepah. mungkin ada yg bersampul utk menambahkan misteri kpd kandungan sampul raya. bagi saya tak perlu disorok2. tiada yg perlu dimalukan dgn pemberian rm1. ianya ikhlas, jika tak mahu, tak apa bg saya.

penerima duit raya saya jika dikalangan keluarga terdekat termasuklah ibu dan bapa kanak2. drpd nenek, pakcik, makcik, sepupu, anak sepupu, dan lain2 lagi sedara mara saya spt nenek sedara, tok sedara, ipar dsbnya. semoga rm1 menambahkan rezeki halal anda.

Beraya di Gelanggang Futsal

petang tadi saya berfutsal bersama sedara mara (sepupu2). cuma sejam shj.

telah lebih setahun saya tidak berfutsal bersama2 sedara2. yg regular berfutsal bersama saya adalah adik2 saya semasa saya berfutsal bersama sahabat2 sekolah menengah pada setiap selasa malam rabu.

bagus juga berfutsal tadi. sebelum pakcik saya join, saya paling tidak muda. yg paling muda bersekolah rendah. futsal tadi diharapkan dapatlah membakar lemak2 juadah raya. tapi selepas berfutsal kami ke rumah seorang makcik utk makan malam yg ringkas, macaroni goreng.

beriadah bersama keluarga adalah satu cara mengeratkan silatturahim. pada asalnya nak berboling pada pagi syawal ke 2. tapi, kerana agenda melawat di bulan syawal, agenda boling keluarga ditangguhkan.

Jumaat, September 02, 2011

Usia dan Perpisahan Sementara

pada bulan syawal ramai drpd kita menyambut dgn penuh gembira. kita akan menyambut syawal dgn keluarga yg dikasihi. syawal dikaitkan dgn masa gembira bersama keluarga.

walau bagaimana pun, kita tahu bhw ramai juga yg akan berdukacita. mereka menyambut syawal tanpa mereka yg dikasihi. mungkin kerana tugas. mungkin kerana pembelajaran. dan ada kerana mereka yg dikasihi telah dipanggil kembali kpdNya.

di awal syawal kali ini, sahabat saya suami dan isteri menyambut syawal dgn perpisahan sementara drpd anakanda mereka. anakanda mereka yg sulong telah dipanggil kembali kpdNya. ianya setelah sakit barah selama beberapa tahun. dia berusia 17tahun. selepas menduduki peperiksaan percubaan utk spm tahun ini.

perpisahan sementara ini adalah peringatan kpd yg masih hidup. usia tidak menjaminkan kita masih jauh drpd dipanggil kembali kpdNya. perbanyakkanlah bekalan amal kita supaya timbangan amal kita lebih berat drpd yg satu lagi. alfatihah kpd roh mereka yg telah kembali kpdNya. semoga perpisahan sementara ini akan berakhir dgn pertemuan abadi di syurga.