Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 22, 2011

Pangkat dan Pejabat

pangkat selalunya dikaitkan dgn di tingkat berapa pejabat kita berada. ada yg kata lagi tinggi pangkat kita, lagi tinggi pejabat kita. ada yg kata sebaliknya. lagi mudah ke pejabat kita dari tempat letak kereta dan kemudahan lain, lagi tinggi pangkat kita.

ada yg kaitkan keluasan pejabat dgn pangkat. lagi besar pejabat lagi tinggi pangkat. lagi banyak perabut lagi tinggi pejabat. jika kita ada bilik air yg bersambung dgn pejabat kita maka kita berpangkat tinggi.

pejabat saya sekarang di tingkat 20 menara berkembar uitm. tapi pangkat saya bagi saya taklah tinggi. biasa aje. maklumlah, tadi terpaksa panjat tangga sebanyak 10 tingkat sebab lif rosak. aircond pun dah berbulan rosak. masuk pejabat kena buka tingkap. di fsr bilik saya di tingkat 4. dekat dgn tangga. tapi jauh dari lif. jauh dari bilik air.

saya ditawarkan bilik di canseleri. sebuah bilik yg agak besar. bilik kedua besar selepas bilik big bos. saya ucapkan terima kasih tetapi saya mohon bilik yg paling kecil di pejabat beliau. ianya memudahkan saya bekerja. saya lebih selesa sedemikian. pangkat saya? saya pun tak tahu lagi. insyaallah saya berhijrah lagi bermula bulan hadapan.

Tiada ulasan: