Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 08, 2011

Tiga Segi Fraud

tiga segi fraud atau fraud triangle. bukannya tiga segi freud atau freud triangle. fraud di sini berkaitan kewangan dan perakaunan.

elemen dlm segitiga ini adalah desakan/tekanan, peluang dan alasan/rasional. fraud dilakukan kerana terdapat desakan. desakan selalunya berkaitan harta material spt duit. adakalanya desakan harta ini disebabkan pasangan. adakalanya desakan kerana nak menunjuk2. lupa bhw harta adalah amanah kpd kita. dan kita akan perlu bertanggungjawab di akhirat kelak.

desakan ditambahkan dgn peluang boleh menyebabkan berlakunya fraud. contoh peluang adalah kedudukan atau jawatan yg dipegang. jawatan yg diamanahkan kpd kita. contohnya jawatan sebagai ketua. selalunya ketua mempunyai kataputus. ajdi jika sebagai pemegang jawatan kita dlm keadaan kewangan terdesak, kemungkinan kita lupa kpd amanah diberi kpd kita. maka kita salahguna kedudukan kita. gaji/pendapatan utk jawatan kita pegang dianggap tidak cukup utk kesejahteraan hidup di dunia.

jika tidak bernasib baik dan ditangkap kerana pecah amanah, penjenayah/penipu/perompak cuba merasionalkan tindakannya pecah amanah. dinyatakan utk emrayu diringankan atau tiada hukuman. hukum dunia mungkin tidak adil, jadi tunggulah hukuman di akhirat. dan janganlah anda adalah saudara atau sahabat atau kenalan saya. tanggunglah sendiri kerana keputusan berdasarkan ilmu anda.

Tiada ulasan: