Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 20, 2011

Seronok Belajar

tadi saya berjumpa dgn seorang pelajar saya. cadangan perjumpaan hanya sekejap. tetapi melarat sampai hampir sejam setengah.

pelajar tersebut menyatakan bhw ada beberapa kursus dia rasa seronok belajar. ianya disebabkan bhw pensyarah yg mengajar dilihat sebagai seronok mengajar. cara pengajaran oleh pensyarah mudah diterima dan dikongsi ilmu oleh pelajar. pensyarah bersedia membantu pelajar belajar.

saya setuju. saya nyatakan bhw ramai sekarang yg berada di ipt sebagai pensyarah seperti ramai yg ada di sekolah sbg cikgu. menjadi cikgu sebab ada kebolehan (kelayakan akademik) tetapi tidak ada minat. menjadi cikgu sebab pilihan terakhir sebagai pekerjaan, bukan sebagai kerjaya. begitu juga ada diantara mereka yg jadi pensyarah sebab ada kelayakan akademik di peringkat sarjana.

ramai boleh mengajar. apa susahnya, buka buku, buka pelan pengajaran, suruh pelajar baca buku, buat latihan, jangan banyak soal. tetapi tidak ramai boleh mendidik. janganlah menipu diri sendiri menjadi pensyarah atau cikgu kerana duit shj. ilmu yg dikongsi hanya separuh masak shj. pelajar pun tahu apabila diajar secara tidak ikhlas maka mereka pun tak ikhlas belajar. ke kelas setakat cukup syarat.

Tiada ulasan: