Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, September 03, 2011

Duit Raya

budak2 seronok apabila raya tiba. antara sebab utama adalah menerima duit raya. dan ada dgn duit raya digunakan utk beli bunga api dan mercun. dan ada yg gunakan duit raya utk beli ubat sebab cedera bermain mercun.

saya selalunya beraya dgn rm1 shj utk mereka yg beraya dgn saya. tetapi ada yg dpt lebih. adalah sebabnya. saya juga lebih suka bersedekah (zakat?) rm1 diberi sebelum raya. bagi setengah penerima rm1 adalah nilai yg dihargai apabila diterimanya. ada pula yg akan komplen atau mencemuh apabila terima rm1 sbg duit raya. 'seringgit aje?'

duit raya saya tidak bersampul. saya tak nak lagi mahal tali drpd kerbau. lagipun, kebiasaan apabila terima duit raya, sampulnya akan dibuang bersepah. mungkin ada yg bersampul utk menambahkan misteri kpd kandungan sampul raya. bagi saya tak perlu disorok2. tiada yg perlu dimalukan dgn pemberian rm1. ianya ikhlas, jika tak mahu, tak apa bg saya.

penerima duit raya saya jika dikalangan keluarga terdekat termasuklah ibu dan bapa kanak2. drpd nenek, pakcik, makcik, sepupu, anak sepupu, dan lain2 lagi sedara mara saya spt nenek sedara, tok sedara, ipar dsbnya. semoga rm1 menambahkan rezeki halal anda.

Tiada ulasan: