Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, November 25, 2011

Kaya dan Sombong

hampir tiap2 hari tegur pelajar yg masuk ke kawasan letak kereta di bangunan akademik 3. ada teguran secara verbal, ada secara non verbal. ada yg patuh. tapi ramai yg tak endah.

ramai yg salah guna uitm. sepatutnya uitm antara lain utk pelajar yg tidak mampu ke ipt lain kerana kewangan. zaman 80an, pelajar berkereta ke itm boleh dikira. di hep kalau ada 10buah kereta dipandu pelajar dah kira banyak.

sekarang dilihat ramai pelajar berkereta. ramai yg guna kereta milik keluarga. malah ada pelajar adalah yg guna kereta staf utk mengkaburi mata polis bantuan uitm. ada yg dapat kad pas ibubapa, pelekat kereta ibubapa walau pun pendaftar dah beri amaran.

bagi saya mereka ini kaya dan sombong. maka peraturan uitm tak perlu dipatuhi. amanah tak perlu dipegang. tak peduli dgn peraturan sebab dah kaya. maka mereka kononnya berhak sombong. ada pelajar saya dapati bawa kereta bmw ke uitm. dan kebanyakan kereta pelajar adalah kereta baru. ramai berkereta lebih besar dan mahal drpd staf uitm.

jika dah kaya dan sombong maka tak payahlah berada di uitm. anda dah ambil hak mereka yg miskin harta tetapi ingin kaya dgn ilmu. mereka yg kaya dan sombong ini juga mungkin makan harta anak yatim berdasarkan hak? ibubapa yg mendidik anak2. jangan marahkan guru di sekolah atau staf uitm jika anak anda masih lagi miskin ilmu dan kemahiran insaniah.

Cemerlang dan Biasa

apa beza cemerlang dgn biasa? biasanya cemerlang adalah luarbiasa. maka biasanya yg ceemrlang bukanlah orang2 biasa. tetapi biasanya yg akan cemerlang adalah orang yg biasa aje iaitu orang yg sama aje. ini jika diukur drpd penglibatan dlm kerja secara produktif. cemerlang dan biasa banyak definisi. ikut suka yg mengdefinisinya.

pi mai pi mai tang tu aje. atau pi mai pi mai orang sama aje. catitan ini ada kaitan dgn catitan prof kamil dlm blognya yg baru saya baca. harap2 jangan saya dikata berplagiarisma pula. sekadar berkongsi idea dan seterusnya menginovasi.

yg penting apabila melakukan apa pun adalah kerana Allah. lakukan dgn ikhlas dan jujur. maka setiap drpd kita tidak kira ketua atau pengikut, pensyarah atau pelajar lakukan sesuatu dgn jujur dan ikhlas.

bagaimana pelajar nak cemerlang kalau pensyarah tidak cemerlang. cerita bangau oh bangau lah. knp pelajar tak cemerlang? keputusan tak bagus (bukan berdasarkan hafalan shj). kenapa keputusan tak bagus? soalan tak bagus..perkongsian ilmu tak bagus..pengajar tiada atau kurang ilmu!!! kerana pengajar tidak ikhlas dlm menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Khamis, November 24, 2011

Bersama UPEN Johor

UPEN Johor bukan adik beradik atau sepupu Upin dan Ipin. Mengikut Tim Pengarah 1 UPEN Johor, ramai yg tak tahu apa itu UPEN johor. ramai yg ingat sedara mara dgn upin dan ipin.

upen johor adalah unit perancangan ekonomi negeri johor. sila lawat laman web kerajaan negeri johor utk tahu lebih lanjut.

tadi saya bermesyuarat dgn tp1 upenj beserta wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan johor. saya mewakili uitm shah alam dan koordinator jim johor wakil uitm johor.

alhamdulillah, insyaallah uitm akan bekerjasama dgn upenj utk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat di johor dan meningkatkan bilangan usahawan di johor. insyaallah esok akan bermula aktiviti pertama bersama kepak di ledang. terima kasih kpd tn hj mohd noorazam osman tp1 upenj.

Rabu, November 23, 2011

Jadual

jadual seorang rakan seperti berikut:
0800 MB
0900 UiTM
1100 Tuanku Sultan

dan jadual jam 9pagi adalah dgn saya mewakili UiTM. agak2nya pukul berapa mesyuarat saya dgn rakan saya bermula dan berakhir? maklumlah masa temujanji saya adalah antara masa 2kenamaan negeri. walau bagaimana pun terima kasih kerana sudi berjumpa dgn saya.

insyaallah mesyuarat permulaan akan menjadi laluan untuk kerjasama diantara uitm dan sebuah agensi kerajaan negeri untuk melakukan transformasi kemiskinan di bandar.

Selasa, November 15, 2011

Pihak Penganjur Saya Nak Komplen

saya suka berkata seperti di atas kpd penganjur konferens, seminar dan kursus yg saya hadir. respon pertama drpd wakil penganjur adalah muka terkejut.

biasalahkan kita pun akan terkejut jika ada orang nak komplen tentang kita. tambah2 jika komplen di awal program. bermula jumaat lepas dan berakhir pada petang tadi saya hadir ke 2program anjuran 2organisasi berbeza. 3hari 2malam pertama saya hadir ke program lppkn selangor bertempat di sebuah hotel di shah alam. seterusnya bermula semalam, isnin dan berakhir petang tadi selama 2hari 1malam saya hadir ke program anjuran kpt di sebuah hotel di bandar bukit tinggi.

komplen saya kpd penganjur, 1. makanan sedap dan 2. berat badan saya bertambah. reaksi penganjur setelah mendengar komplen saya biasanya adalah senyuman dan ucapan terima kasih. komplen sepatutnya adalah maklumbalas negatif. maklumbalas positif adalah pujian. maka jika saya berkata saya ada pujian tentulah respons sebelum saya bagi maklumbalas sepenuhnya kpd penganjur adalah berbeza dan ceria.

terima kasih kpd perkama international kerana mencalonkan saya sbg seorang drpd wakil perkama ke program sekata lppkn. terima kasih juga kpd bos saya tnc jim&a uitm kerana mencadangkan saya turut serta ke program anjuran kpt. kenalan saya bertambah dan akan saya gunakan utk kebaikan diri dan mereka yg saya kenali.

Selasa, November 08, 2011

Tahniah Profesor Dr Norsaadah Hj Ismail

alhamdulillah, tnc jim&alumni, bos saya telah dinaikkan pangkat ke peringkat jusa. dr norsaadah hj ismail sekarang sudah pun seorang profesor. tahniah prof.

sbg tnc beliau memegang jawatan peringkat prof. tetapi kejayaan menjadi seorang prof penuh (drpd prof madya) amatlah diidamkan oleh seorang staf akademik. ianya pengiktirafan sumbangan dan pencapaian tertinggi staf akademik.

saya pernah bertanya kpd seorang yg mendapat prof sebelum berumur 40tahun apakah yg dia inginkan lagi. pada masa tu saya rasa jawapannya agak samar. alhamdulillah beliau sekarang sedang berusaha ke arah pengiktirafan kesejahteraan akhirat.

tahniah sekali lagi prof dr norsaadah. ianya bukti bhw sumbangan dan khidmat membina jaringan diantara universiti dan industri serta masyarakat diiktiraf oleh uitm. pangkat prof mencerminkan integriti seorang staf akademik yg perlu dijaga dgn amanah.

Masa dan Rasa

rasa2 sekarang ni masa amat cepat berlalu. jap aje satu hari. jap aje satu minggu. tau2 aje dah hari jumaat. dah nak pi solat jumaat.

rasa2 kejap aje sebulan. kejap aje rasa satu semester. dah hampir setahun saya daftar sbg pelajar phd. kita baru aje sambut hari raya korban, lepas ni cuti awal muharam pula. setahun berlalu begitu pantas sekali.

tapi ada rasa masa amat lambat sekali. terutamanya bila duit tak cukup. maka rasa lambatnya hari gaji nak sampai. tapi masa nak bayar hutang dan bil rasa cepatnya sampai. baru aje rasa bayar bil bulan lepas.

'demi masa...' maka kita perlulah beringat2 apabila berbelanja. pandai bajet duit maka masa akan rasa lama utk kita habiskan duit. kita tak akan sentiasa minta cepat masa datang utk dapat duit utk dihabiskan. antara cara nak panjangkan masa dgn duit..bersedekah dgn ikhlas.

Khamis, November 03, 2011

Krisis Kewangan

pada hujung minggu yang lalu saya hadiri 'talk' oleh seorang profesor. beliau bercakap tentang krisis kewangan.

krisis sedang berlaku di jepun, us, greece. dan banyak lagi negara mungkin akan mengalami krisis. ditunjukkan perkampungan khemah iaitu khemah2 didirikan di taman2 di tokyo, new york dan didiami oleh mereka yg kehilangan pekerjaan. mereka ini juga beratur untuk menerima makanan percuma. ramai drpd mereka adalah profesional iaitu mereka berpendidikan tinggi.

pesan prof. jika boleh, elakkan drpd berhutang. naluri manusia apabila dah berhutang akan terus berhutang. elakkan meminjam drpd bank. berbelanja dan hidup dlm kemampuan kita. jika boleh, beli secara tunai. berniaga dan bekerja dgn jujur dan ikhlas,

Lawatan Ke UiTM Perak

semalam dan sehingga tengahari tadi saya berada di uitm perak. saya mengikuti tnc jim&a uitm melawat uitm perak di bandar seri iskandar.

ketibaan kenderaan yg saya naikki bersama penolong pendaftar jim&a disambut dgn outrider polis bantuan uitm. setiba di rumah tamu, pintu di buka dan tabik hormat diberi. saya hanya memakai sandal dan terkial2 nak pakai kasut. saya kekok untuk membalas tabik hormat.

pada malamnya kami dijamu makan malam oleh rektor uitm perak dan pengurusan atasan uitm perak di sebuah restoran pakistan di ipoh. memang banyak hidangan. sambil makan saya cuba berkongsi dgn dr don oparah makanan yg dihidangkan.

pada pagi tadi majlis perasmian pusat keusahawanan uitm perak. turut diadakan adalah pameran usahawan. hasil lawatan adalah berat badan yg bertambah. terima kasih kpd warga uitm perak. insyaallah kita jumpa lagi.