Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Mei 23, 2013

Keselamatan di Perjalanan

cuti sekolah akan bermula. maka jalan menghala ke kampung (bandar) asal kita akan mula sesak. pandulah dgn cermat. jangan biar keluarga di kampung/bandar yg menanti mengadakan majlis lain untuk pemergian selama2nya.

petang semalam, semasa balik ek rumah, seperti biasa ada beberapa buah motorsikal yg berada di laluan kereta di lebuhraya persekutuan. mereka tiada segan silu atau rasa bersalah menunggang di celah2 kereta/lori dll. mereka tidak kisahkan keselamatan pihak lain. keselamatan sendiri apatah lagi. ada sebuah motorsikal amat mencurigakan. menunggang bertukar 'lane' sesuka hati. malah kadang2 'lane' macam dia punya seorang aje.

alhamdulillah. terima kasih kepada pdm. sebelum tol batu 3, sebuah kereta peronda bertugas dan menahan motorsikal yg tidak menggunakan laluan sikal. harap dikenakan saman. dan dilakukan pemeriksaan terperinci utk memastikan mereka tidak terlibat dgn jenayah lain yg lebih berat. semoga pdrm terus menjalankan tugas menjaga keselamatan pengguna jalanraya.

saya ingin cadangkan agar digunakan 'patrol' motorsikal secara kumpulan 3 buah di lebuhraya dari kuala lumpur ke kelang. adakan minima 3 patrol setiap laluan bagi setiap jam. cadangan lain akan diberi kemudian. oops sebelum lupa, tahniah kpd kpn tkpn baru.

Selasa, Mei 21, 2013

Kolesterol

pada hari ahad saya pi buat 'check up' utk kolesterol. kebetulan semasa membeli barangan di hypermarket, ada promosi minuman berkaitan pengurangan kolesterol dan pempamer mengadakan perkhidmatan pengukuran tahap kolesterol.

kali terakhir buat kiraan kolesterol tak silap saya dah hampir atau lebih 2 tahun. alhamdulillah kiraan saya adalah 4.42. maksima utk tahap normal adalah 5.2. pelik juga pempamer tak mencadangkan saya membeli minuman dijualnya. mungkin sebab tahap kolesterol saya baik. atau mungkin tak percaya dgn no ic dan no telefon saya.

tahap kolesterol saya mungkin ada kaitan dgn pemakanan harian saya. sebelum ini saya sudah meminum minuman yg dikatakan boleh mengurangkan tahap kolesterol. ianya ada kaitan dgn 'check up' kesihatan dan doktor menasihatkan saya jaga pengambilan gula dan tahap kolesterol. doktor bagitau bhw beliau tidak mahu beri saya ubat utk kurangkan kolesterol sebab saya akan perlu makan sehingga 4-5 tahun. nasihat beliau, saya perlu jaga kandungan gula dalam badan dulu.

beberapa bulan yg lalu saya terasa pening2. apabila saya maklumkan dlm fb saya, seorang kenalan mencadangkan saya mengambil minuman 'oat' yg boleh mengurangkan tahap kolesterol saya. alhamdulillah, dah hampir 6 bulan saya minum setiap hari (kecuali apabila di luar stesen). dan kesannya adalah tahap kolesterol saya yg baik. terima kasih kpd kenalan yg mencadangkan minuman 'oat' tersebut. saya juga ada cadangkan kpd beberapa saudara mara dan kawan serta kenalan.

Projek Asnaf

semalam setelah satu perbincangan saya singgah ke sebuah gerai burger dll. pada asalnya tiada niat nak singgah sebab dah hampir tengah malam. tetapi sebab dah lama tengok van tertulis projek asnaf, saya singgah untuk mencari ilmu.

seorang wanita melayan saya sementara suaminya sedang rehat di dalam van. saya pesan pada mulanya burger biasa. semasa pesanan saya disediakan, saya tanya beberapa soalan berkaitan perniagaan dan projek asnaf. ianya antara usaha membantu golongan asnaf oleh majlis agama islam dgn membimbing peserta menjadi berdikari. setelah cukup memenuhi syarat2, van menjadi milik peserta.

seronok melihat mereka yg berusaha mencari rezeki yg halal. semoga peserta projek sebegini sentiasa mendapar rezeki yg halal. dan saya balik dgn burger special yg saya pesan utk memanjangkan masa berborak dgn peserta projek.

Isnin, Mei 20, 2013

Temuduga - Baik dan Kurang Baik

pada pagi sabtu yg lalu fsr telah adakan sesi temuduga dan ujian utk calon sarjana muda kemasukan september 2013. ada baik buat temuduga. ada kurang baik buat temuduga.

tidak semua calon panel saya hadir.seorang calon masuk dan duduk secara membongkok. saya tanya adakah beliau sakit, dan jawapannya adalah tidak. saya lihat pencapaian sukan dan kokurikulum tidak meyakinkan utk markah yg cemerlang.

kemudian saya lihat latar belakang beliau. pendapatan keluarga rm500. pekerjaan ibu seorang tukang cuci. setelah ditanya, ibubapa dah bercerai. calon adalah anak sulung. maka saya tanya siapakah yg paling penting dlm hidupnya? jawapan beliau,'ibunya'. ibunya datang bersama calon dgn menaikki bas jam 6pagi dari melaka. kemudiannya menaikki teksi dari tbs ke uitm shah alam.

saya doakan semoga calon berjaya terpilih utk menyambung pengajian di fsr uitm dan berjaya membantu ibu dan keluarga dgn kelayakan dari fsr uitm, dgn doa ibu dan dgn izin allah.

Jumaat, Mei 17, 2013

Tolong Kawan

kita biasa utk tolong kawan kita. kawan kita akan tolong kita. maka biasa kita tak akan tolong lawan kita. maka kita akan lakukan yg terdaya utk menunjukkan kita adalah seorang kawan.

ada yg benar2 kawan. ada yg hanya kawan utk kebaikan diri shj. maka selagi seseorang itu boleh tolong kita atau dilihat dapat tolong kita, maka kita akan jadikan dia kawan. atau kita elakkan dia dijadikan lawan kita. tetapi apabila kita pilih kawan, secara tersurat atau secara tersirat, kita menarik yg lain menjadi kawan kita. dan kita juga menolak yg lain sbg kawan dan boleh menjadikan lawan kita. walau apa pun, kita bertanggungjawab terhadap pilihan dan keputusan kita.

memang kita tak boleh puaskan hati semua orang pada semua masa. jika matlamat kita betul, utk kesejahteraan dunia dan akhirat. hidup di dunia adalah ujian. yg berilmu di jalan yg lurus akan berjaya. insyaallah.

Selasa, Mei 14, 2013

Kalau Lapar

saya teringat kepada satu puisi (?) semasa saya di sekolah. dan puisi tersebut saya simpan dlm 'pencil case' saya.

bunyinya lebih kurang,'kalau lapar, carilah makanan. kalau dahaga, carilah minuman. makanan dan minuman ada di bendang. kalau tiada, makanan ada di .... tapi tanah yg sedikit jangan dijual. kerana tanah itu adalah airmata dan maruah kita.' sila google kot2 jumpa.

pesan emak,'kalau lapar, carilah dalam fridge. habiskan makanan yg ada di dalam fridge. habiskan juga makanan yg diberi orang kpd kita. jangan membazir. jangan membeli makanan ikut nafsu. tak habis nanti. memang rezeki ada di mana2. rezeki adalah ketentuan allah. pastikan halal.

Isnin, Mei 13, 2013

Pasar Malam dan Makan

petang semalam saya ke pasar malam. pasar malam bermula pada siang hari. pasar malam di bandaraya.

yg seronok sebab hanya perlu berjalan tak sampai 500m dari rumah. tapi cuma ke bahagian makanan shj sebab cari makan malam. semasa melewati gerai2 makan terasa macam berada di bulan puasa sebab mencari makanan sebelum maghrib. memang terasa macam bulan puasa juga sebab mata melihat dgn nafsu walau pun akal mengatakan perut tak mampu.

saya beli popiah basah dan sup daging. tapi menu di rumah dari pembelian di apsar malam oelh pakcik dan sepupu termasuk nasi kerabu dll. timbang hari ni berat meningkat semula. angkara nafsu. alhamdulillah utk rezeki yg diterima semalam. terima aksih kpd tuan rumah.

komen pakcik, 'crowd' semasa kita makan menggalakkan kita makan banyak. dan saya tambah, menggalakkan makan lama di meja makan.

Galak dan Galak

satu bermakna mendorong. satu bermakna kesukaan. kedua2nya boleh difahamkan bermaksud positif, secara amnya.

saya berasa hairan apabila ada pihak dok mengata bhw skrg ada pihak yg menyokong kpd isu dan masalah tertentu. pihak yg menuduh akan menyebarkan utk bacaan umum. walau bagaimana pun, tindak yg menuduh pun lebih kurang. contoh apabila dilihat kpd mereka yg rapat dgn yg menuduh. jika yg tahu akan menyatakan siapakah yg gala menggalak isu dan masalah tertentu berdasarkan kpd apa yg boleh dilihat secara nyata spt lbgt.

topik saya tadi dikelas berkaitan 'insight' iaitu kesedaran. ianya memerlukan ilmu. ianya memerlukan penyokong dan pendengar utk membolehkan seseoang mendapat ilmu utk sedar dan seterusnya berubah. bukan sekadar tong kosong yg kuat berbunyi shj.

Jumaat, Mei 10, 2013

Tiada Rasa Bersalah

ada yg tiap2 hari pergi pejabat utk catit kehadiran. sebab nya produktiviti kurang atau kosong. yg lagi teruk, aset organisasi digunakan utk peribadi.

mereka ini tak ada rasa bersalah tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab. mereka tidak rasa bersalah apabila tidak amanah. mereka tidak ada rasa malu bila tiada dipejabat secara luaran dan dalaman. malah ada yg marah jika ditegur kawan atau kenalan. seolah2 mereka berhak makan gaji tanpa perlu bekerja.

mungkin sebab mereka tak kisah. mungkin sebab mereka tidak sedar. mungkin sebab mereka tidak percaya kpd hari akhirat maka mereka suka2 buat benda yg bukan menyenangkan organisasi dan melayakkan mereka memperolehi rezeki yg halal. tiada kesedaran seperti tiada ilmu?

PhD dan Pandangan

pagi tadi dekan fsr memaklumkan dan mengucapkan tahniah kpd mr kee kang mea, pensyarah kanan fsr yg telah berjaya memperolehi kelayakan phd dari universiti malaya. tahniah dr kee kang mea.

saya berjumpa dgn dr kee sebelum pi solat jumaat. selain mengucapkan tahniah, saya tanya faktor penting dlm melalui proses mendapatkan phd. jawab beliau, 'penyelia. dapatkan penyelia yg berminat dgn tajuk kita. jika tidak, kita akan hanyut dan ambil amsa utk tamat pengajian.'

beliau juga beri nasihat supaya jangan putus asa. ianya perkara biasa untuk rasa nak berhenti shj drpd pengajian. maka motivasi dan sokongan dalam dan luar adalah penting.

saya juga cadangkan supaya beliau berkongsi pengalaman beliau mendapatkan phd. beliau bersedia utk berkongsi dgn staf dan pelajar fsr. cuma risaunya jika ada yg berpandangan seolah2 beliau dgn menunjuk2 kerana yg dah dpt phd terlebih dahulu tidak pun sedia berkongsi pengalaman mereka.

Khamis, Mei 09, 2013

Serabut Perut

kita tak boleh puaskan hati setiap orang pada setiap masa. kita diingatkan kenyataan tentang kepuasan.

jadi seperti dlm kehidupan, akan ada yg puashati. akan ada yg tak puashati. sejarah manusia ada menceritakan bermula dgn manusia pertama. nabi adam a.s. pun ada masa beliau tak puashati. jadi apabila malaysia berpenduduk 28juta, tak hairanlah akan ada yg tak puashati pada masa sama ada yg puashati.

cuma apabila yg tak puashati ni cuba timbulkan keresahan kpd orangramai, cuba timbulkan kegelisahan kpd orangramai, terasa serabut perut. buat saya rasa tak puashati kpd pihak tersebut. dah3 la. masa utk 'walk the talk' dan 'less talk, more work'. jalankan tugas dan tanggungajwab dgn penuh amanah.

Rabu, Mei 08, 2013

Adil dan Sama

adil bukan sama. sama maknanya dua2 pihak dapat yang sama besar atau sama berat. adil ambil kira utk dua pihak dapat setimpal dgn keperluan atau kehendak.

bukan senang nak adil. nak bagi sama lebih mudah. lebih mudah bagi beras 10kg seorang. atau lebih mudah bagi tali sepanjang 10m seorang. dalam hubungan pun begitu. kita dinasihatkan utk lebihkan ibu drpd bapa. dan ibu dan ayah pun akan ada perasaan lebih sayang kpd seorang berbanding kpd anak yg lain.

kita akan beratkan kpd kawan drpd lawan utk lebihkan kebaikan kpd kawan kita. jika kita beratkan atau lebihkan kebaikan kpd bukan kawan, ianya bukan satu kebiasaan. jika kita beratkan keburukan kpd kawan kita, ianya bukan satu kebiasaan. sebab kawan akan beratkan kawan utk kebaikan bersama. adakah ini adil?

Selasa, Mei 07, 2013

Keputusan dan Perasaan

sebelum membuat keputusan, perlu ada pertimbangan. jika inginkan yg terbaik.

sebelum buat keputusan, kita kena fikir. kena guna ilmu yg ada. jika tak cukup, tanya pada mereka yg lebih berilmu. elak buat keputusan berdasarkan perasaan. atau ada yg kata jangan 'emo'. iaitu jangan buat sesuatu ikut emosi. ikut rasa binasa. ikut hati mati.

memang sebagai manusia, kita lebih terdorong utk buat keputusan secara tergesa2. ianya membuat keputusan ikut perasaan. sama juga bila nak bercakap. memang sedap cakap ikut perasaan. sedap juga tulis ikut perasaan. tapi kata pepatah, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata boleh binasa'.

elak buat keputusan kerana ego-defense mechanism. bahasa senang, elak buat sesuatu atau kata sesuatu kerana nak jaga ego. ayat pertama diturunkan adalah 'iqra', berkait dgn ilmu.

Kematangan Kita

kita tak sentiasa betul. ada masa kita silap. ada masa kita buat salah.

maka perlu ada yg tegur. perlu ada yg ingatkan kita. rujuk surah al-asr. manusia mudah lupa. manusia tidak sempurna. umur bukan tanda kematangan. pekerjaan bukan tanda kematangan. jawatan bukan tanda kematangan. tahap pendidikan bukan tanda kematangan. tahap kekayaan di dunia bukan tanda kematangan. bilangan keluarga dan kenalan bukan tanda kematangan.

kematangan berkait dgn kesedaran. hidup di dunia hanya sementara. kita perlu jalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.

Isnin, Mei 06, 2013

Berpegang Teguhlah Dengan Tali (Agama) Allah

Terjemahan surah Aali Imran ayat 100-108

100. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebagian dari orang-orang yang diberi Ahli Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman. (QS. 3:100)

101. Bagaimana kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu.
Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (QS. 3:101)

102. Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (QS. 3:102)

103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni’mat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni’mat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (QS. 3:103)

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. 3:104)

105. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, (QS. 3:105)

106. pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): “Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu”. (QS. 3:106)

107. Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (surga); mereka kekal di dalamnya. (QS. 3:107)

108. Itulah ayat-ayat Allah, Kami bacakan ayat-ayat itu kepadamu dengan benar; dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganiaya hamba-hamba-Nya. (QS. 3:108)

Jangan Berlebih-lebihan

terjemahan surah Al A'raf ayat 29-31

29. Katakanlah: “Rabbku menyuruh menjalankan keadilan”.
Dan (katakanlah): “Luruskan muka (diri)mu di setiap sholat dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan keta’atanmu kepada-Nya.
Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikian pulalah) kamu akan kembali kepada-Nya”. (QS. 7:29)

30. sebagian diberi-Nya petunjuk dan sebagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka.
Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahwa mereka mendapat petunjuk. (QS. 7:30)

31. Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (QS. 7:31)

Tanya dan Fitnah

terjemahan surah albaqarah ayat 216-218

216. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS. 2:216)

217. Mereka bertanya tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah.
Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup.
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (QS. 2:217)

218. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 2:218)

Ahad, Mei 05, 2013

Baju dan PRU

pagi tadi semasa nak pergi mengundi, saya dalam dilema. baju warna apa yg nak dipakai. silap warna disalaherti oleh penyokong2 parti yg bertanding.

maka saya pun pilih warna kelabu. sampai di tempat mengundi, saya lihat pakaian petugas spr sama warna dgn baju saya. dan saya lihat logo dibaju saya hampir sama dgn logo dbaju petugas spr. alamak, silap ke baju saya pakai? alhamdulillah tiada dihalang drpd mengundi.

dan semasa beratur saya perhatikan pegawai pdrm yg bertugas dok pandang2 saya aje. aik. kenal ke? kot2 pelajar saya tapi tak pula tegur saya. macam malu2 aje bila saya dah beratur dekat. walau apa pun, terima kasih kpd spr dan pdrm dlm menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab tadi di tempat saya.

Pemimpin dan Tanggungjawab

terjemahan surah an-nisaa' ayat 58-59

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. 4:58)

59. Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Seorang Muslim dan Ayat dalam Surah Al-Anfaal

terjemahan surah al-anfaal ayat 27-30

27. Hai orang-orang beriman, janganlah kamu,mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (QS. 8:27)

28. Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanya sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. (QS. 8:28)

29. Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (QS. 8:29)

30. Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Qurais) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya. (QS. 8:30)

Sabtu, Mei 04, 2013

Al Quran dan Al Baqarah 1-12

1. Alif laam miim. (QS. 2:1)
2. Kitab 11 (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (QS. 2:2)
3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka, (QS. 2:3)
4. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Qur’an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat . (QS. 2:4)
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Rabb-nya,dan merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. 2:5)
6. Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. (QS. 2:6)
7. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. (QS. 2:7)
8. Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian″, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. (QS. 2:8)
9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sadar. (QS. 2:9)
10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. (QS. 2:10)
11. Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi″. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. (QS. 2:11)
12. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. (QS. 2:12)
13. Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman. Mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman”. Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu. (QS. 2:13)
14. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman”. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok”. (QS. 2:14)
15. Allah akan (membalas) olokan-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka. (QS. 2:15)
16. Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (QS. 2:16)

Allah Tuhan Yang Satu

 Terjemahan surah Aali Imran ayat 51-54

51. Sesungguhnya Allah, Rabbku dan Rabbmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus”. (QS. 3:51)

52. Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israil) berkatalah dia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?” Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri. (QS. 3:52)
53. Ya Rabb kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)”. (QS. 3:53)
54. Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (QS. 3:54)

An-Nuur 52-57

52. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan 1047. (QS. 24:52)

Terjemahan An-Nuur 52-57

53. Dan mereka bersumpah dengan nama Allah sekuat-kuat sumpah, jika kamu suruh mereka berperang, pastilah mereka akan pergi. Katakanlah: “Janganlah kamu bersumpah, (karena ketaatan yang diminta ialah) ketaatan yang sebenarnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS. 24:53)

54. Katakanlah: “Ta’atlah kepada Allah dan ta’atlah kepada Rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban rasul hanyalah apa yang dibebankan kepadanya, kewajiban kamu adalah apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu ta’at kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tiada lain kewajiban rasul hanya menyampaikan (amanat Allah) dengan terang”. (QS. 24:54)

55. Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan merobah (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang yang fasik. (QS. 24:55)

56. Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ta’atlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat. (QS. 24:56)

57. Janganlah kamu kira bahwa orang-orang yang kafir itu dapat melemahkan (Allah dari mengazab mereka) di bumi ini, sedang tempat tinggal mereka (di akhirat) adalah neraka. Dan sungguh amat jeleklah tempat kembali itu. (QS. 24:57)

Al-Maidah 55-57

Terjemahan Surah Al-Maidah Ayat 55-57

55. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (QS. 5:55)
56. Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (QS. 5:56)
57. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kemu mengambil menjadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu menjadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertawakkallah kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman. (QS. 5:57)

Jumaat, Mei 03, 2013

Pemimpin dan Yg Dipimpin

pemimpin. ketua. bos. ianya berkaitan kuasa. ianya berkaitan jawatan. ianya berkaitan amanah.

kuliah maghrib tadi ada berkaitan kepimpinan. khutbah jumaat tadi pun ada kaitan dgn kepimpinan. setiap drpd kita adalah pemimpin. pemimpin kpd diri. pemimpin kpd orang lain. manusia dijadikan sbg hamba allah. manusia dijadikan sbg khalifah atau pemimpin di dunia ini.

pilih pemimpin yg berilmu. pilih pemimpin yg akan membawa kita ke jalan yg lurus. pilih pemimpin yg akan membawa kita ke syurga. pilih pemimpin yg di jalan allah. pilih pemimpin utk kesejahteraan dunia dan akhirat. ianya tanggungjawab seorang muslim.

Jalan Yang Lurus

tajuk kuliah maghrib malam ini berkaitan jalan. jalan yg lurus dan jalan yg salah.

jalan yg lurus akan membawa ke syurga. jalan yg lain, jalan yg salah, jalan yg sesat tidak akan membawa ke syurga. jadi, bagaimana nak ke jalan yg lurus? beribadahlah kpd allah, tuhan yg satu. dlm alquran ada menyatakan bagaimana nabi isa menyeru umatnya menyembah allah, tuhan yg satu, tuhan nabi isa, tuhan sekelian manusia.

beribadah sebagaimana nabi muhammad s.a.w beribadat. beribadatlah berpandukan alquran. bacalah alquran. kongsilah ilmu alquran utk kebaikan diri dan masyarakat. ianya amanah. semoga kita bersama2 di jalan yg lurus.

Khamis, Mei 02, 2013

Kerana Kuasa

kerana kuasa, macam2 sanggup dilakukan. ada secara betul. ada secara tidak betul.

yg gila kuasa sanggup susahkan pihak lain utk senangkan diri shj. ada yg termenung apabila tiada lagi kuasa. ada yg menjadi sakit bila tiada lagi kuasa. ada yg jadi gila apabila hilang kuasa. sebab bagi mereka ini kuasa adalah segalanya. kerana kuasa menyebabkan mereka lupa. kuasa boleh memabukkan kita. orang putih kata 'power intoxicates'.

kita semua adalah hamba allah. kuasa adalah amanah. maka fikirlah amanah yg datang bersama kuasa. allah jua yg maha berkuasa.

Rabu, Mei 01, 2013

Sekadar Berkongsi

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)

Guna

orang suka kpd seorang yg berguna. orang tak suka kpd seorang yg tak berguna.

ada yg suka gunakan orang lain utk kepentingan sendiri. ada yg biasa gunakan pihak lain utk kepentingan sendiri. mereka ini pandai mengambil kesempatan. tetapi mereka lupa perasaan pihak digunakan atau diperkudakan. maka ada yg tak suka dipergunakan. kerjasama bermakna sama2 bekerja utk kebaikan bersama. bukan seorang bekerja, dan seorang lagi yg dapat manafaatnya.

sekali digunakan mungkin tak perasan. mungkin tak dinyatakan ketidakpuasan. tetapi apabila kerap digunakan tanpa pengiktirafan maka akan ada yg tak suka. penjelasan dan komunikasi adalah penting utk mengurangkan atau menghilangkan salahfaham. ianya utk kebaikan bersama bukan hanya utk sekarang.