Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Disember 31, 2009

2009 dan Pelbagai Kenangan

Tepat 12tghmalam ini juga kita akan melambai selamat tinggal kpd 2009. 2009 mempunyai pelbagai cerita utk saya kongsi di masa hadapan. Banyak kenangan manis, dll.

Bertemu dan berpisah adalah adat biasa. Ada kenalan yg baru dilahirkan, ada yg kembali kpdNya. Ada yg berkenalan kerana tugas/profesion, dan ada yg berkenalan kerana faktor peribadi. Kedua2nya memberi kesan kpd kehidupan saya pada 2009, dan kemungkinan di tahun2 mendatang.

Saya bermula 2009 sebagai 'solo' dan masih lagi 'solo' pada penghujungnya. Niat sentiasa ada utk tidak lagi menjadi 'solo'. Tapi kita merancang dan hanya Allah yang menentukan. Kita mampu merancang dan berusaha sahaja.

2009 tidak mampu membolehkan saya tamat pengajian forensik saya. Insyaallah, saya bercadang utk menamatkannya pada 2010. Dan saya bercadang utk mula pengajian doktor falsafah saya pada 2010 juga. Dalam hati ada juga niat nak buat program sarjana ketiga. Tapi saya perlu pastikan dapat phd dahulu.

2010 Menjelang Tiba

Tepat jam 12.00tgh malam ini, kita akan masuk ke tahun 2010. Satu lagi tahun utk kita hadapi. Bagi saya, tahun baru bermula dgn 1 Muharam 1431 pada 18 Disember yg lepas.

Bagi uitm, tahun 2010 akan melihat satu perubahan iaitu seorang NC yg baru. Setelah lebih 8tahun bersama NC lama, uitm mendapat pemimpin baru. Bagi fakulti saya, 2010 juga dijangka akan membawa kpd dekan baru. Dekan yg sedia ada akan tamat tempohnya setelah 2tahun memegang jawatan. Saya hormati keputusan dekan sekarang yg sedar bhw tujuan utama seorang pensyarah adalah sebagai pensyarah bukannya memegang jawatan pentadbir akademik.

2010 juga dijangka akan berlaku perubahan kpd pemegang jawatan lain di fsr, TD2 dijangka berubah pemegangnya. KP2 belum pasti lagi. Saya doakan kpdNya agar mereka yg terpilih adalah kerana kesedaran untuk membawa kebaikan kpd organisasi. Bukannya bertujuan utk menggemukkan perut dan tembolok. Kuasa boleh buat kita lupa. Tetapi diakhirat kita akan diingatkan tentang tanggungjawab dan amanah yg datang bersama kuasa.

Pemimpin dan Amanah Dipikul

Saya dimaklumkan oleh kawan2 bhw NC UiTM sejak 2001 akan tamat tempohnya pada hari ini. Petang tadi diadakan majlis perpisahan oleh jabatan korporat. Saya tidak hadir kerana rehat di rumah (kan dpt sijil kesihatan/sakit).

Pemimpin akan datang dan pergi. Setiap pensyarah berpeluang dilantik sebagai pentadbir akademik. Saya sekarang sebagai ketua kepimpinan kualiti. sebelumnya saya sebagai ketua program. Kedua2nya saya tidak minta. tetapi saya telah dijemput oleh ketua organisasi berkaitan untuk mengisi borang utk jawatan tersebut.

Pada 2007, saya mendapat pelbagai permintaan untuk mengisi jawatan sebagai pentadbir akademik iaitu semasa saya ketua program. saya tolak atas beberapa alasan. yang utama, tujuan utama saya di uitm adalah ingin menjadi seorang pensyarah. walaupun jawatan datang dengan imbuhan tertentu, saya tidak terpikat. pada 2009 pun saya turut dipelawa ke sebuah jabatan lain sebagai pentadbir akademik. saya tolak kerana tempoh saya dgn ined belum lengkap.

walau bagaimana pun, kita mesti SEDAR bahawa setiap jawatan datang dengan kuasa dan tanggungjawab. jika kita tidak amanah, eloklah tolak awal2. integriti sangat2 penting dalam kehidupan. diakhirat adalah mahkamah Yang Maha Adil.

Sijil Perubatan

Hari ini saya mendapat sijil perubatan. Ianya bukan hasil menghadiri sebarang kursus sebagai pra syarat untuk layak mendapat sijil. Sebaliknya ianya adalah kerana terlampau banyak menghadiri majlis dan sebagainya kerana menjalankan tugas.

Petang semalam, tamatnya sahaja bertugas di kuantan, saya balik ke rumah. Saya ke kuantan pada isnin dan berada di sana selama 3hari 2 malam. insyaallah, pada ahad ini saya akan ke setiu terengganu pula. tapi menaiki kapal terbang bukannya dipandu ke sana. Menaikki kapal terbang menjimatkan masa, tetapi ianya masih memenatkan juga.

Maka pagi tadi saya ke pusat kesihatan uitm. saya selsema, serak tekak dan batuk dah beberapa hari. Saya ke sana untuk dapatkan ubat. Saya tidak dapat mengadakan ujian utk kolesterol kerana saya tidak puasa 10jam sebelum ujian. insyaallah minggu hadapan saya akan ambil ujian kesihatan penuh. Doakanlah saya dapat sijil bersih (macam audit bersih).

Setiap hari kita meletakkan matlamat utk lebih baik. Saya harapkan saya dapat perbaiki kesihatan saya.

Rabu, Disember 30, 2009

Tersumbat Lagi Hidung Ini

dah beberapa hidung saya tersumbat. Setelah di'seng'kan hingus, telinga pula tersumbat. dan mata kadang2 berair.

ada kata ini tanda drpd badan nak bgtau tak cukup rehat. maklumlah, baru tadi sampai dari kuantan kerana tugas sejak hari isnin. hari ahad ni ke terengganu pula. tempat nak dilawati hampir dgn kampung seorang pakcik. tetapi tempat tinggal terdekat 30km jauhnya. pakcik saya jemput ke rumahnya. insyaallah.

sempat tak badan recover daripada lemah? adik saya kata telinga tersumbat kerana taik yg pekat. dia suruh saya p check kat doktor di uitm. insyaallah. tak seronoknya apabila hidung tersumbat dan telinga turut tersumbat. tidak dpt menikmati keharuman dan kesegaran alam milik Allah. kurang jelas pendengaran makhluk2 ciptaan Allah.

Ubat dah banyak ditelan. esok pulak ada seminar. alhamdulillah, bukan saya merasmikannya, jadi ada peluang utk rehat panjang sikit.

Selasa, Disember 29, 2009

SRW 655 Sem Jan 2010

Semalam selama hampir 1jam lebih saya berjumpa dgn para pelajar srw655 untuk sem jan 2010. Saya gunakan bilik mesyuarat ined kerana bilik saya tidak dapat memuatkan pelajar saya dgn selesa.

saya fokus kpd burnout. Ada kaitan dgn kepuasan kerja, ada kaitan dgn motivasi, ada kaitan dgn produktiviti, dan ada kaitan dgn kualiti. saya mahukan pelajar saya kaitkan kepentingan skan dan rekreasi dlm mengurangkan atau mencegah burnout.

Bilangan pelajar srw655 utk sem jan 2010 adalah paling ramai pelajar utk saya selia berbanding sem2 lain. tetapi saya seronok mempunyai pelajar srw655 utk diselia. Lebih ramai pelajar, maka bg saya lebih banyak boleh saya belajar. Sebab bg saya, srw655 memerlukan kedua2 pihak, pelajar dan penyelia belajar bukan hanya pelajar shj.

Sem Jul 2010 agak2 berapakah pelajar srw655 utk saya selia? Bolehkah bilangan pelajar pd sem ini dikekalkan? Atau ianya akan bertambah? Kita merancang, Allah menentukan.

Isnin, Disember 28, 2009

Di Tanjung Lumpur Bersama Sahabat Lama

Tadi saya makan malam bersama pegawai pengiring saya dan seorng sahabat lama. kami makan malam di gerai ikan bakar di tanjung lumpur. Ini kali ketiga saya makan di gerai yg sama setelah saya di kuantan pd bulan jun yg lepas.

Sahabat saya mula dikenali pd 1980. Keluarganya dan keluarga saya saling mengenali. Cuma saya mengenalinya apabila saya berada di sekolah menengah.Saya dari selangor dan beliau dari terengganu. Beliau antara mereka yg menjimatkan setahun drpd pengajian di sekolah rendah. beliau diantara mereka yg mengikuti kelas ekspres di sekolah rendah.

Semasa di sekolah menengah, pada tingkatan dua, beliau dan seorang sahabat lain dijemput ke rumah saya pada satu cuti. Sahabat yg seorang lagi berasal dari tanjung lumpur. Dan sahabat itu telah kembali kpdNya pada tahun 90an dahulu.

Sahabat yg bersama makan malam saya tadi adalah seorang neurosurgeon di kuantan. Alhamdulillah, beliau adalah diantara sahabat yg amat berjaya dlm hidup. Saya tumpang berbangga kerana mengenali beliau dan beliau adalah sahabat saya.

Ahad, Disember 27, 2009

SKT 2009 dan 2010

Saya masih dlm proses melengkapkan skt 2009 saya. Saya telah pun berbincang dgn staf saya prestasi beliau utk 2009. Dan beliau bersetuju dgn penilaian yg saya berikan.

Bukan mudah nak lengkapkan borang skt tahunan. Pada awal tahun pun semasa nak buat perancangan, saya terpinga2 juga. Apakah sasaran kerja saya utk tahun baru. Berdasarkan kpd apa saya akan tetapkan skt saya? Adakah sebarang panduan utk dijadikan rujukan?

Semasa saya sasarkan skt 2009, bos di ined bgtau saya ianya lebih kpd seorang staf akademik, bukan sbg ketua upk ined. Maka saya pun lihat bhw sebenarnya masa saya 4hari drpd 5 hari seminggu adalah di ined. Maka sasaran kerja saya perlu sesuaikan masa mingguan saya.

Bukannya mudah nak buat perkiraan tepat. Tambah2 lagi, saya juga ahli kpd beberapa JK peringkat universiti. Dan bos saya selain drpd pengarah ined dan dekan fsr adalah pnc inqka, pnc penyelidikan, tnc p&i, tnc ji&m, tnc hep, tnc a&a, dan lain2 lagi. Bagaimana dgn 2010 nanti?

Sabtu, Disember 26, 2009

Stroke

Nenek saya kena stroke pada 1 Disember yg lalu semasa makan bersama saudaramara. Pd 14disember beliau dipindahkan ke PPUM. Petang tadi beliau dipindahkan ke rumah seorang drpd anak2nya.

Semasa beliau diPPUM, anakcucu bergilir2 menjaga dan menunggunya di PPUM. Walau pun tidak dpt membantu tetapi sekurang2mya beliau dpt melihat bhw mereka yg menyayanginya berada dekat dgnnya. melihat mereka yg kita kenali dpt membantu proses ke arah kebaikan.

Rumah sekarang perlu di sediakan bilik untuk orang tua terutama yg dapat digunakan semasa tidak lagi berupaya utk menggunakan bilik tidur di tingkat atas. Bilik air perlulah bersambung. Dan kaum keluarga perlu mengetahui bgmana utk menjaga mereka ini seperti cara memnadi, memberi makan dan juga senaman.

Walau pun nampak senang semasa para jururawat manjalankan tugas mereka di hospital, tetapi apabila kita lakukan ianya memenatkan. Jadi kita harus faham jika semasa di hospital jururawat lamabat melayan kita bukan kerana disengajakan tetapi kerana beban tugas menyebabkan mereka akan kurang bertenaga kerana penat.

Khamis, Disember 24, 2009

Layanan dan Imej

Hari ini saya melawat ke beberapa buah bank di sekitar shah alam. Saya ambil cuti utk menguruskan permohonan pinjaman. Tapi saya ke pejabat juga. Sebab saya ada janjitemu dgn pelajar, staf saya dan seorang agen bank.

Saya berterima kasih kpd wakil sebuah bank yg sanggup berjumpa saya untuk menguruskan permohonan saya. Daripada beberapa orang yg saya hubungi, hanya beliau seorang sahaja yg datang berjumpa saya secara terus. Ini memberi makna kpd 'customer first'.

Saya sempat melawat ke 2 buah bank shj hari ini. Berjumpa dgn 4 wakil bank dlm 2 hari memberikan saya pengalaman berbeza. Ada yg sangat positif. Dan cara saya berpakaian juga ada kesan kpd layanan yg diterima. Begitu juga cara pegawai bank atau organisasi berpakaian juga mempengaruhi cara mereka melayan pelanggan kot. Mereka yg memakai kot nampaknya lebih profesional layanan mereka.

Hubungan interpersonal amat penting bagi seseorang. Impak layanan yg diberi kpd pelanggan di depan mata iaitu bukan semasa layanan shj, tetapi ianya boleh menjadi buah mulut yg boleh mempengaruhi persepsi terhadap organisasi.

Apabila Ketua Cuti

Time hujung tahun ni, ramai bos2 cuti. Semua nak habiskan cuti. Jadi ramailah yg seronok di ofis pabila bos takde.

Di tempat saya pun ramai bos2 cuti, termasuk saya (perasan bos). Tapi staf tak ambil peluang tuang kerja. Satu petanda yg baik. Mereka bersikap amanah. Mereka tahu,walau pun bos tak ada, Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Jadi kita mesti sentiasa menjalankan tugas dgn penuh amanah. Tidak perlu bermuka2. Tidak perlu menunjuk2 bekerja bila bos ada shj. Kita bekera sebagai persediaan bekalan akhirat juga.Bukan hanya untuk kesenangan di dunia.

Masalah saya, saya ramai bos. Sampai ada yg dah merajuk dgn saya. Tapi saya perlu utamakan yg utama. Jadi sekarng adalah di InED. maka saya terpaksa ke pejabat walau pun cuti kerana sehingga Mac 2010, saya ke luar stesen. Alhamdulillah, staf saya tak tuang kerja walau pun saya tiada di pejabat. ini memberi gambaran positif terhadap komitmen staf dan tunjukajar ketua (?). kepimpinan melalui teladan.

Rabu, Disember 23, 2009

Tugas dan Jawatan

Jawatan hakiki saya adalah sebagai pensyarah. Jawatan sekarang sebagai pentadbir akademik. baru2 ini nama jawatan saya bertukar kepada Ketua Unit Kepimpinan dan Kualiti. UKK. UKK yg saya kenali dahulu adalah Unit Kerjaya dan Kaunseling, ITM.

Apabila tahun baru menjelang, akan berlaku pertukaran pemegang jawatan pentadbir akademik. Tahniah kpd PM Dr Syed Jamil, Pengarah baru i-Learn. Beliau dahulunya mantan Timbalan Pengarah PPJJ InED. Sebelum pertukaran nama jawatan, beliau adalah Ketua PPJJ.

Ada yg saya faham jawatan hakiki adalah pensyarah. tetapi tergila2kan jawatan pentadbir akademik. Apakah yg dikejar mereka ini? Elaun? Status? Atau sebab sebenarnya tidak boleh menjadi seorang akademik? Kalau memang tidak boleh menjadi seorang akademik, maka lebih baik letak jawatan sahajalah sebagai pensyarah. Mohon semula sebagai pentadbir. Ingatlah bhw kita perlu menjawab amanah yg diberi kpd kita sebagai pensyarah. Jawatan tidak boleh dibawa mati.

Tugas dan Cuti

Hari ini dan esok saya bercuti. Tetapi saya ke pejabat. Ada perkara2 yg perlu diselesaikan sebelum tahun baru 2010.

Ramai juga bos2 dan kawan2 bercuti minggu ini. Ada yg akan bercuti minggu depan. Ada yg dah bercuti minggu lepas. Tetapi ramai juga yg walau pun bercuti tetap ke pejabat. Ianya kerana banyak tugas dan tanggungjawab yg belum selesai. Dan mereka ini sedar bahawa tanggungjawab bermaksud dengan kuasa dan jawatan, mereka perlu tanggung, jawab dan beramanah.

Walau bagaimana pun, ada yg bercuti tanpa memikirkan tugas dan tanggungjawab yg belum selesai. Ini akan menimbulkan masalah nanti. Contohnya, jadual kerja belum selesai sedangkan kerja akan bermula semula dalam tempoh dua minggu lagi.Maka ada yg kelam kabut sekarang. Tetapi tugas tidak dapat diselesaikan kerana kata putus hanyalah drpd ketua. maka yg jadi ketua kenalah jawab nanti, jangan salahkan orang bawah.

Selasa, Disember 22, 2009

Macam Nak Balik Raya Naik Bas

Kita biasa dengar pada musim cuti raya, akan ada yg beli tiket bas, tapi bila time nak naik bas, bas tak ada. rupa2nya beli tiket hantu (phantom). Pengalaman pada sabtu malam ahad beberapa hari lepas hampir sama berlaku kpd saya.

Selepas pengalaman 8jam jaga LT Bayan Lepas pada khamis lepas, saya sceptical tentang penerbangan saya ke kota bharu dgn syarikat penerbangan negara kita. Dan saya terpaksa memandu kereta sendiri kerana tiada kenderaan rasmi utk menghantar saya ke klia. Saya turun awal sedikit kerana nak mengelak pengalaman semasa nak 'check-in' ke alor setar pd isnin lepas. alhamdulillah, saya tiada masalah check in.

Dan saya berada di ruang menunggu sebagaimana diperlukan. Tapi, tunggu punya tunggu, kami tidak dpt naiki kapal terbang sbgmana tertera di tiket iaitu 6.05 ptg utk penerbangan 6.25ptg. Tunggu punya tunggu tapi tiada makluman drpd petugas MAS sehinggalah pd jam 7mlm. Kami dimaklumkan penerbangan ditukar kpd 7.50mlm. dan alasannya adalah TIADA PILOT DAN CABIN CREW. kah3. inilah pengalaman pertama saya dimana kapalterbang sedia menunggu tetapi tiada anak kapal. Maka kami bertukar ke kapal terbang lain.

alhamdulillah saya disambut di LT Sultan Ismail Kota Bharu pada jam 9.15mlm, lewat 1 1/2jam drpd saya maklumkan kpd wakil kptm kb. terima kasih kpd wakil kptm kb yg sabar menanti saya.

Sabtu, Disember 19, 2009

Rukun Islam

Alhamdulillah, kita dimurahkan oleh ar-Rahman dgn kita ini seorang Muslim, iaitu Islam sebagai agama kita. Dan kita doa dan harapkan agar dikasihi oleh ar-Rahim untuk kita tetap dalam Islam dan mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat.

Rukun Islam adalah 5:
1. mengucap dua kalimah shahadah. kita bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Kita yakin dan percaya hanya Allah sahajalah Tuhan. kita juga bersaksi bhw Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah. Nabi Muhammad s.a.w. dipertanggungjawabkan menyebarkan risalah tentang menyembah kepada hanya Tuhan yang satu.
2. mendirikan solat. solat adalah satu ibadah. ianya menunjukkan bahawa kita sentiasa mengucapkan syukur kepada Allah yang telah mencipta kita. dan dalam solat ini memberi kesejahteraan kepada kita. ianya ada kaitan dgn kesihatan. umumnya, utk sihat, kita mesti jaga pemakanan dan lakukan senaman. semasa solat kita melakukan senaman (fizikal). kita juga memberi makanan kpd diri kita secara rohani, afektif dan emosional. rujuklah kpd yg lebih mengetahui dlm keempat bidang ini utk dikaitkan dgn solat.
3. menunaikan zakat
4. puasa di bulan Ramadan
5. mengerjakan haji.

kesemua kelima2 rukun Islam dilakukan secara berkala, iaitu ada masanya. Dan kita faham bahawa masa untuk kita sediakan bekalan di akhirat semakin suntuk setiap saat. segeralah kita melakukan rukun Islam.

Jumaat, Disember 18, 2009

Bertugas Di Bayan Lepas

Semalam dr jam 2ptg sampai hampir 10mlm, saya bertugas di lapangan terbang bayan lepas, pulau pinang. bukan niat asal saya. cadangannya saya hanya berada di ltbl selama 2.5jam shj.

Tetapi program uitm kelantan habis awal. maka saya tumpang kenderaan rasmi uitmkelantan ke bayan lepas. saya cuba dptkan flight terawal pd jam 3.20ptg. dukacita tiada tempat kosong. saya cuba utk flight 5.35ptg dan juga 7.35mlm. Kedua2nya pun penuh. Saya terlupa untuk cuba upgrade seat kpd business class pd flight 3.20ptg dan 5.35ptg. Bila saya cuba utk upgrade seat 7.35mlm, tiada juga tempat business class, Jadi saya kembali ke klia dgn penerbangan yg telah di tempah iaitu sepatutnya 8.35mlm. Tiada rezeki saya, 8.35mlm ditunda kpd 9.20mlm. Dan kapalterbang dimasuki pada 9.45mlm dan terbang ke klia pd 10.00mlm. Saya tiba di luar klia utk kereta balik ke rumah pd 11.15mlm. Dan saya tiba di rumah tepat 12.00tghmlm.

Kita sentiasa merancang. Hanya Allah yg menentukan. Pada asalnya terfikir juga, bagaimana nak mengisi masa drpd jam 2ptg hingga 8mlm. Kemudian saya teringat kpd antara hobi utama saya..iqra

Salam 1431 Hijrah

Hari ini tahun baru Hijrah. Sudah 1431 tahun Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk kesejahteraan. Dan hijrah ada dikaitkan dgn perubahan. Iaitu dari negatif kepada positif, atau dari positif kpd lebih positif.

Ada yg katakan hijrah adalah berpindah. Tetapi ramai yg gunakan hijrah sebagai perubahan. Semalam semasa jadi jaga di lapangan terbang Bayan Lepas, saya sempat membaca buku berkaitan tanda2 hampir mati sehingga habis. Pelbagai tanda2 dikongsi yg seakan menunjukkan seseorang itu akan kembali kepadaNya. Maka penulis ingin mengingatkan kita utk segera berhijrah kpd melakukan persediaan mempunyai bekalan ke akhirat. Berhijrahlah drpd hanya menginginkan nikmat di dunia shj.

Harta tidak dibawa bersama dlm kita berjalan ke akhirat. Pangkat, isteri2 dan anak2 juga bukan dibawa sebagai bekalan ke akhirat. Yg akan bersama kita adalah sedekah, ilmu yg dikongsi yg membawa kebaikan kpd ramai, dan doa anak yg soleh. Doakan semoga 1431H saya akan melakukan hijrah yg telah lama dinanti2kan.

Isnin, Disember 14, 2009

Kehakiman dan Keadilan

Petang tadi jam 6.30petang di radio klasik nasional, selalunya slot tazkirah. Hari ini bersama mufti negeri perak. Ianya berkaitan hukuman potong tangan.

Ramai yg mengatakan hukuman potong tangan pencuri adalah tidak adil. Ianya menyalahi hak kemanusiaan. Tetapi jawab mufti, hukuman untuk mencuri itu seperti memotong tangan pencuri/perompak adalah berdasarkan kpd alquran, hadith dan qisas. ianya adalah seadil2nya kpd pencuri dan mangsa. Jika kita baca dlm alquran, jika mangsa mati seperti dlm kebanyakan kes ragut sekarang, maka sepatutnyalah peragut/pencuri/ perompak juga dikenakan hukuman mati. Kenapakah tidak difikirkan trauma kpd mangsa jenayah, keluarga dan masyarakat? Kenapakah hanya difikirkan kebaikan utk peragut/ pencuri/perompak dan keluarganya sahaja? Jika demikian maka ini tidak adil.

Mufti bercerita tentang pengalaman beliau di arab saudi dimana orang tidak berani mengambil harta bukan milik atau haknya kerana takut dipotong tangan. Seeloknya, kita jalankan juga di negara kita. Yang pecah amanah, yg ambil harta raktyat dipotong kedua2 belah tangan mereka. Jika tidak, kita yg menjalankan undang2 perlu menjawab di akhirat. Begitu juga mereka yg diberi kepercayaa dan tanggungjawab menjaga keselamatan tetapi salahguna kuasa untuk memuaskan nafsu dan menganiaya dan memperdaya orang yg sepatutnya dijaga dan dipertahankan keselamatan, seeloknya hukumannya mestilah adil. Jika mereka merogol/melakukan jenayah seksual, maka jalankanlah hukuman mengikut hukum Allah.

Janganlah kerana pangkat,kuasa dan harta mereka, mereka dilepaskan. Saya tidak halalkan gaji/pendapatan/pencen mereka yg lakukan kesalahan/pecah amanah dlm menjalankan tugas dan tanggungjawab. Bagi yg telah melakukan kesilapan dan kesalahan, mohonlah keampunan drpd Yang Maha Esa.

Ahad, Disember 13, 2009

PDCA 14-17 Dis 2009

P=perancangan saya untuk 14-17 dis 2009 saya akan berada di alor setar dan pulau pinang. tetapi sebelum sempat saya D=laksanakan, saya C=semak dan berkemungkinan saya terpaksa A=baiki sebelum sempat saya laksanakan rancangan saya.

Kita sentiasa merancang, jika sempat kita akan sempurnakan perancangan dgn usaha. Hasilnya di luar kawalan kita. Adakalanya, kita tidak sempat laksanakan rancangan kita, kita dah terpaksa ubah rancangan. Sama ada kita ubah rancangan, tangguh pelaksanaan atau batalkan terus pelaksanaan rancangan kita. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yg menentukan. Kita perlu berdoa untuk memohon kepadaNya agar kita merancang, melaksana dan mendapat hasil yg terbaik utk sesuatu kerja kita. memanglah jika dapat, saya ingin hadir di regional academic conference anjuran uitm kelantan di pulau pinang. tetapi bila difikirkan semula, saya mungkin terpaksa batalkan niat saya untuk melakukan sesuatu yg mungkin lebih mendesak dan penting.

Kita dinasihatkan untuk melakukan solat istikharah untuk mendapat petunjuk drpd Nya. Insyaallah, saya akan lakukannya selepas solat maghrib. doakan saya mendapat petunjuk yg akan memberi kebaikan kpd saya dan pihak lain.

SKT Lagi

Pada jumaat lepas saya ke pejabat. Nak habiskan pengisian SKT 2009.etelah beberapa hari, saya cuma berjaya mengisikan lampiran2 shj.

Saya dapati utk tahun ini, saya cuma hadir 130++jam latihan berbanding dgn 200++jam pd 2008. Tetapi pd tahun ini saya hadir dlm pelbagai kapasiti ke majlis2 sehingga lebih 80majlis/peranan selain drpd tugas hakiki mengajar. Saya turut menjadi ahli jawatankuasa dlm pelbagai JK. Tertinggi sebagai pemeriksa kira2 utk JK Persatuan Kaunseling Malaysia (Perkama) utk 2009-2011, satu2nya wakil dari UiTM. Keahlian saya diantaranya dgn Malaysian Institute of Accountants (MIA), Perkama, dan beberapa lagi. Saya tidak tahu penilaian drpd pelajar saya utk sem Julai 2009, tetapi utk sem Dis 2008, saya mendapat pujian drpd wakil iLQaM.

Saya dlm proses utk memudahkan 'accountability' seseorang staf uitm. Ini akan memudahkan proses penilaian staf, kenaikan pangkat staf secara lebih adil, menerapkan lebih sikap kejujuran, insyaallah.

Masa Yang Membolehkan Kembali ke Zaman Remaja

Tadi saya hadir ke acara diantara dua acara dlm setahun yg membolehkan saya kembali ke zaman remaja saya. Satunya adalah minggu 'old boys'. Dan tadi adalah majlis makan malam tahunan mcoba.

Apabila berjumpa kawan2 lama, terasa seolah2 seperti kembali ke zaman remaja. Zaman dimana tanggungjawab dan amanah utama adalah untuk mendapatkan keputusan terbaik yg mungkin pada peperiksaan umum spt SRP dan SPM. Zaman belajar menjadi dewasa. Dan tadi saya turut berpeluang berbincang dan mendapatkan pendapat kawan2 cara untuk menguruskan berat badan. Nasihat seorang kawan, minum 3liter air sehari. Saya juga mengambil peluang mendapat nasihat tentang serangan jantung. Kawan saya bagitau, tiada satu bentuk tanda2 yg khas.

Maka sekali lagi saya berazam untuk menguruskan sebaik mungkin berat badan dan kesihatan saya. Saya perlu kurangkan lemak, tahap kolesterol, kandungan gula pada diri saya. Saya perlu melakukan senaman yang lebih kerap. Kesihatan saya adalah tanggung jawab saya dan perlu saya jawab kepada mereka yg menyayangi saya.

Jumaat, Disember 11, 2009

Berjumpa Bos Lama

Selepas solat jumaat dan solat sunat selepas jumaat, saya pun bergerak utk balik ke rumah. Seelok hendak memakai sandal saya, saya terpandang seseorang yg mcm bos saya dulu. Saya pun menegurnya.

'Encik ...?', tanya saya. 'Ya' jawab orang yg saya tegur. Memang beliau big bos saya semasa di organisasi dulu. Dia menggantikan saudara saya. Dia jugalah yg menawarkan untuk saya bertugas di luar negara selama 18bulan. Tetapi saya tidak menerima tawaran tersebut atas sebab2 tertentu. Mungkin jika saya terima, saya mungkin bukan seorang staf di UiTM. Maklumlah, minima pendapatan saya mungkin sebulan sebanyak 6bulan hingga setahun pendapatan saya sekarang. Tapi rezeki seperti jodoh dan maut Allah tentukan. Dan mengikut khatib tadi, banyak2lah berdoa kerana doa mampu mengubah sesuatu yg akan berlaku.

Semasa saya di sekolah rendah, saya tinggal berhampiran dgn rumah keluarga bekas big bos saya di Petaling Jaya. Kami tinggal di seksyen lama PJ. Keluarga saya menyewa rumah bekas perdana menteri Malaysia kedua. Rumah di hadapan rumah sewa kami adalah milik arwah Tun Dr Ismail. Dan ibu bekas big bos saya adalah kakak ipar kpd perdana menteri Malaysia ke4.

Keputusan Sudah Keluar

Semalam senat bersidang untuk meluluskan keputusan peperiksaan Oktober 2009 UiTM. Setelah diluluskan, maka keputusan rasmi dikeluarkan melalui website uitm. Pelajar dpt melihatnya melalui portal pelajar. Berbeza masa saya belajar peringkat diploma dan diploma lanjutan, pada awal semester, kami perlu beri sampul surat bersetem beralamat sendiri untuk diposkan keputusan peperiksaan.

Tahniah kpd yg berjaya. Para pelajar bawah seliaan saya untuk tesis pada sem Julai 2009 telah berjumpa saya secara purata hampir 10kali seorang. Selalunya hanyalah 7 kali sahaja. Berbanding dgn pelajar dibawah seliaan pensyarah lain, perjumpaan hanyalah 3kali iaitu minima perjumpaan. Ada yg saya ingin berikan keputusan A, tetapi mereka tidak sanggup membuat pembentangan semula.

Pada semester Julai 2009 juga, kumpulan pelajar yg menduduki SPS233 telah mendapat keputusan antara yg terbaik semasa saya berkongsi kursus ini. Tahniah kepada yg mendapat A walau pun tiada yg mendapat A+. Keputusan berdasarkan kepada usaha kita, dan juga akhirnya bergantung kpd rezeki kita. Bersyukurlah dgn apa yg kita dapat dan terus berusaha untuk keputusan masa hadapan.

Khamis, Disember 10, 2009

Wakil FSR Cemerlang Di Laos Dgn Bolasepak

Ramai yg tidak tahu bahawa seorang warga FSR berjaya membuktikan bhw Malaysia boleh cemerlang dgn bolasepak di Sukan SEA. Ini terbukti di Sukan SEA di Laos sekarang.

Siapakah warga FSR tu? Memanglah kita akui bhw FSR mempunyai ramai pakar dlm sains sukan dan pengurusan. Ramai juga yg mengaku pakar dlm sains sukan dan pengurusan sukan walaupun tidak diiktiraf oleh pihak luar ataupun mereka yg berada di bidang sukan dan rekreasi. Kita mempunyai warga yg pernah membantu dlm pendakian dan turut mendaki Gunung Everest. Kita juga punyai pakar yg pernah membantu pasukan bolasepak Selangor dlm bidang kecergasan. Kita juga punyai pakar yg dipinjamkan ke KBS, MSN. Kita juga punyai pakar yg terlibat dgn OKU dan paralimpik. Malah FSR juga punyai pakar yg menulis buku walaupun ada yg disyaki mengambil bahan bulat2 drpd buku/penulisan orang lain.

Pakar yg cemerlang di Laos sekarang adalah Raja Firhad ataupun Pit. Beliau membuktikan bhw amat penting utk mempunyai kecergasan dlm sukan kerana jika kita tidak cergas, kita mungkin hanya mampu bertarung utk sekejap shj.

Rabu, Disember 09, 2009

Setelah Kita Kembali Kepada Nya

Pada jam 6.30petang setiap hari di Radio Klasik Nasional (95.3), adalah rancangan kuliah petang. Petang tadi berkaitan apa yg tinggal di dunia yg masih milik kita setelah kita kembali kpd Nya.

Hanya 3 perkara shj masih lagi milik kita di dunia ini setelah kita mati; anak yg soleh, ilmu yg kita kongsi utk kebaikan masyarakat, dan sedekah/amal jariah kita. Maka jika mempunyai anak yg tidak menjalankan tanggungjawab agamanya, kita sebenarnya telah gagal sebagai seorang ibu atau bapa. Jika kita mengajar ilmu yg salah atau ilmu kita menyusahkan orang lain, maka ianya tiada memberi manafaat kpd kita setelah mati. Begitu juga jika kita punyai harta yg berjuta tetapi tiada dikongsi dgn mereka yg memerlukan, tidak berguna kita sebagai jutawan setelah kita mati.

Seeloknya kita berlumba2 melabur utk bekalan kematian kita. Beruntunglah ibubapa kita jika kita adalah anak yg soleh sbgmana beruntungnya kita jika kita ada anak yg soleh. Beruntunglah kita jika kita berkongsi ilmu utk kebaikan dunia dan akhirat. Dan beruntunglah kita jika kita turut berkongsi rezeki yg kita ada dgn mereka yg memerlukan. Masih belum terlambat utk kita sediakan bekalan kita semasa di alam kubur dan akhirat.

Hutan dan Kehidupan

Saya berpeluang berjumpa dgn seorang yg tugasnya dahulu sebagai ketua pasukan dan kem di hutan semasa muda. Beliau pernah ditawarkan utk menjadi pegawai VAT 69. Walau bagaimana pun, ketuanya meminta beliau terus bersama pasukan yg sedia ada.

Walau pun beliau seorang berpangkat tinggi (ada beberapa bintang), beliau seorang yg rendah diri. Semasa berkongsi pengalaman berada di dalam hutan, beliau terkenang zaman mudanya. Beliau bertanggungjawab menjaga keselamatan negara. Dan saya menawarkan kepada beliau untuk merasai kembali keseronokan berada di dalam hutan. Beliau pula menawarkan saya untuk mengiring pasukan mendaki Gunung Kinabalu. Tetapi saya terpaksa berterus terang dgn beliau bhw saya tidak bersedia utk melakukan pendakian Gunung KInabalu dlm masa terdekat. Insyaallah dlm masa 6 bulan.

Saya tidak boleh berkongsi melalui perkataan keseronokan berada di taman negara. Seperti kata seorang sahabat, kita perlu mengalaminya sendiri. Dan jika kita ingin kembali semula ke tempat di hutan, maka kita fahami akan nikmat anugerah Allah melalui alam milik Nya.

Selasa, Disember 08, 2009

Jaga Diri Kita

Minggu lepas semasa di UiTM Arau, saya sakit kepala. Berdenyut2. Selepas makan ubat dari unit kesihatan uitm, saya tidur bermula sebelum jam6petang. Saya bangun pd 12.30tgh malam utk solat maghrib dan isyak secara jamak dan qasar. Setelah itu saya sambung tidur setelah makan dua biji lagi ubat. Bangun 6.15pagi utk subuh dan telan 2biji lagi ubat kemudian sambung tidur lagi.

Tadi dlm perjalanan balik dr kuala tahan, kepala saya berdenyut2 lagi. Saya telan 2biji ubat apabila sampai di Genting Sempah. Lega sedikit. Sampai di InED, kepala kembali berdenyut. Balik ke rumah, saya telan lagi 2biji ubat. Setelah difikir2, saya rasa saya kena sakit darah tinggi. Teragak2 nak ke futsal, tetapi setelah difikirkan bhw kemungkinan 2 minggu lagi baru boleh berfutsal, maka saya berfutsal juga tadi. Semasa berfutsal, tiada sakit kepala. Sekarang, sakit kepala semula. Mungkin juga sebab kurang air dlm badan?

Saya tanyakan adik saya punca nenek saya kena stroke. Mungkin kerana berlaku blood clot dalam salur darahnya. Maka adik saya pesan untuk sentiasa bersenam. Makan minum kita perlu juga jaga. Dan tentang makanan akan menjadi cabaran kerana saya akan menjadi tetamu ke tempat2 yg akan saya lawati sehingga hujung bulan februari 2010.

Sabtu, Disember 05, 2009

Stroke atau Angin Ahmar

Nenek saya terkena stroke pada selasa lepas. ketika itu beliau sedang makan malam bersama2 saudara-mara. Alhamdulillah semasa beliau terkena stroke, beliau bersama orang lain. Kebiasaannya beliau hanya keseorangan sehingga seorang saudara lain akan datang ke rumahnya utk menemannya.

Memang stroke dan penyakit lain payah nak dijangkakan. Yang terdaya oleh kita adalah untuk berusaha mengelak drpd terkena. Tetapi jika sudah terkena, kita mestilah berusaha untukmenyembuhkan diri kita. Seorang staf bgtau saya bgamana ibunya terkena stroke pd bulan puasa lebih kurang jam 3pagi. malangnya pada ketika itu, bilik ibunya telah dikunci oleh ibunya daripada dalam. Hanya pd jam 9pagi setelah ibunya tidak keluar2 dari dlm bilik dan apabila diketuk2 pintu kedengaran suara ttp tidak difahami maksudnya, pintu terpaksa dipecahkan. Dan staf saya dan saudara maranya melihat ibu mereka terkena stroke tetapi telah lama jangkanya menyebabkan mulut ibunya telah pun senget.

Saya telah dimaklumkan oleh nenek saudara saya kejadian berlaku kpd nenek saya semasa saya dlm perjalanan bertugas ke ipoh. Walau bagaimana pun, saya tidak diminta utk pulang melihat nenek saya. Maka hanya 2adik2 saya dan ayah saya telah pulang ke kelantan pd pagi rabu. Ibu saya pula baru sampai di kelantan pd jam 7ptg tadi kerana beliau baru pulang dr luarnegara semalam. Bersama kita doakan agar nenek saya dipulihkan Allah drpd stroke atau angin ahmar.

Konvensyen KIK 2009 UiTM

Saya berada di UiTM Arau Perlis utk menghadiri konvensyen KIK UiTM 2009. Saya hadir sebagai pemerhati jemputan drpd penganjur. Tahniah kpd peserta dan penganjur kerana berjaya mengendalikan konvensyen yg banyak kesan positifnya.

Saya teruja mempelajari banyak perkara yg baru. Yang pertamanya, KIK dn kesan kpd ahli kumpulan. Seterusnya kesan KIK kpd organisasi. Wow. Spt saya suka nyatakan, UiTM mempunyai banyak permata2 yg boleh digilap untuk lebih bernilai kpd diri dan organisasi dan masyarakat. Seronok melihat dan mendengar pembentangan para peserta. Ada yg jika kita gabungkan, atau tambahbaik, akan mempunyai lebih nilai tambah lagi. Ada yg telah saya maklumkan kpd para peserta utk dilakukan sbg R&D utk KIK, IID akan datang. banyak penyertaan yg mempunyai nilai komersil.

Terima kasih kpd penganjur yg sudi menjemput saya. Terima kasih kpd Pengarah saya yg mengarahkan saya hadir sebagai sebahagian drpd tugas saya. Insyaallah, jika diizinkan, InED dan FSR akan ada KIKnya sendiri.

Hanyalah Persinggahan

Dunia hanyalah persinggahan. Destinasi sebenar dan mutlak adalah akhirat. Dunia adalah tempat persediaan. Akhirat adalah tempat penentuan.

Mereka yg kita kenali ada yg akan singgah hanya sekejap sahaja dlm hidup kita.Ada yg akan singgah lebih lama drpd yg lain. Yg kita inginkan adalah mereka yg kita kenali sbg saudara,sahabat atau selain itu akan membantu kita utk kehidupan sejahtera di dunia dan di akhirat.Maka beruntunglah jika kita berjumpa dgn seseorang yg dpt memberi kesan positif kpd kita di dunia walau hanya sekejap sahaja. Kita juga beruntung jika berjumpa dgn seseorang yg hanya memberi kesan negatif terhadap kehidupan kita di dunia shj.Kepada kesemuanya yg kita berpeluang berkenalan, kita eloklah mengucapkan terima kasih.

Kita tidak dpt lari drpd berjumpa dgn mereka yg kita sayang tetapi hanya sekejap sahaja di dunia ini. Yang penting, kita doakan agar mereka ini sejahtera dunia dan akhirat. Jodoh adalah satu drpd perkara ketentuan Allah. Kita bersyukur dgn ketentuan sebagaimana kita inginkan. Kita redha jika ketentuan tidak seperti kita inginkan.

Selasa, Disember 01, 2009

Ilmu dan Sukan

hari ini ada seminar berkaitan kejurulatihan anjuran MSN. Walau bagaimana pun, saya tidak dpt hadir kerana ada tugasan lain yg melibatkan di luar stesen. Bagi saya, setiap seminar/persidangan adalah peluang untuk meningkatkan ilmu utk dikongsi utk kebaikan bersama.

Seorang pelajar berjumpa saya ingin berbincang tentang perniagaan dan sukan. Mula2 saya rasa berat nak layan sebab ada perkara yg perlu saya bereskan sebelum ke luar stesen. Walau bagaiman pun, beliau adalah tetamu saya maka saya layan juga kehadirannya. drpd peluang perniagaan beliau bercerita pengalaman beliau berniaga sebagai franchisee dlm bidang sukan. Dan beliau maklumkan bagaimana pemilik franchisor telah memandang rendah kpd graduan FSR. Franchisor tersebut menyatakan bhw utk berjaya dlm perniagaan berkaitan sukan hanya perlu pengalaman mewakili negara sahaja. tak perlu belajar tinggi2 (kata 'usahawan' tersebut). tetapi setelah beberapa lama, beliau mengakui pentingnya berilmu untuk berjaya dlm sebarang perniagaan dan juga dlm perniagaan sukan. itupun setelah beliau tidak bijak menguruskan kewangan beliau.

Kita janganlah sombong kerana berpangkat tinggi atau berpengetahuan tinggi. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk (macam malu). Janganlah jadi seperti lalang, bukan sahaja mudah berubah prinsip tetapi sebenarnya bodoh dan sombong, dahlah kurang atau tiada ilmu, dialah yg paling kuat bunyinya.

Cop Jangan Tak Cop

Seorang kawan menerima aduan drpd seseorang. Dan di bawah aduan diletakkan cop bos tanpa tandatangan bos. Betul ke bos yg buat aduan/maklum balas, atau orang lain yg salahguna cop bos?

Cop dizaman dahulu adalah lambang kebenaran. Seorang yg berkuasa membenarkan (luluskan/menyetujui/sokong) maklumat yg tertera sama ada secara bertulis, terlukis, terdokumen. maka ianya adalah perakuan drpd pemilik cop. Maka jika pemilik cop adalah seorang yg ada kredibiliti (boleh dipercayai) kerana jawatannya, namanya, peribadinya, ilmunya, dsbnya, maka melalui cop yg tertera/tercetak kita yakin dgn pernyataan pemilik cop. Jadi cop adalah mewakili diri kita. Maka dokumen2 yg perlukan pengesahan memerlukan cop jawatan dan jabatan penama yg menandatangani dan mengesahkan sesuatu dokumen.

Tetapi sekarang, cop amat mudah untuk dibuat, dibeli berbanding dahulu. Dan ada orang yg berebut2 nak pastikan cop yg tertera jawatannya disiapkan secepat mungkin utk menunjukkan bahawa beliau telah berjaya mendapat jawatan. tetapi lupa bhw jawatan datang bersama tanggunjawab dan amanah. Dan jika ada orang salah guna cop, maka boleh didakwa di bawah Penal Code. Siasatan akan dilakukan.

Isnin, November 30, 2009

Akan Merindui...

Apabila tugas mengembara bermula semula dan saya semak kalender saya, saya tersedar bahawa saya akan kerinduan. Kerinduan kpd futsal malam Rabu.

Walau pun saya akan berada di luar stesen sehingga 22Februari 2010, saya akan 'miss' futsal bersama sahabat seperjuangan 4 drpd 5 malam Rabu pada bulan Disember 2009. Hmmm,nampak gaya saya perlu lebih banyak masa untuk 'running in' boot futsal yg baru saya beli 2minggu lepas. Tapi mungkin ini peluang untuk saya lebih menggunakan kasut 'jogging' yg selalunya saya pakai apabila saya di luar stesen. Saya harap tempat2 yg saya akan singgah di perjalanan saya mempunyai gimnisium yg baik utk membolehkan saya meng'urus'kan kesihatan saya. Bersenam seperti berfutsal saya harapkan akan dapat membantu kesihatan saya di bahagian yg sihat sejahtera dan mengelakkan drpd mengalami sakit2 orang yg berusia.

Tadi seorang pengarah sebuah kampus UiTM menasihatkan saya. Pastikan ada masa untuk bersenam sebagai menjaga kesihatan. Selain drpd itu, kita kena jaga makan kita, sebab kaalu tak jaga makan, kesan yg akan ketara secara negatif adalah peningkatan tahap kolesterol. Insyaallah prof. Terima kasih.

Mesyuaratx4

hari ini saya ada 4 tempat utk saya hadiri. 2 di Intekma, 1 di canseleri, dan 1 di fakulti. Pening jugak nak buat pilihan. Ada yg merajuk bila saya tiada di tempat yg mereka ada.

Fikir punya fikir, saya pilih mesyuarat yg dipengerusikan oleh orang yg paling tinggi pangkatnya. Bukan mesyuarat yg dipengerusikan PM (prof madya) tetapi oleh ahli LPU. Saya diminta membantu SiFE UiTM Shah Alam dgn projek di Taman Negara. Projek ini akan secara berterusan. Ianya diharapkan akan dapat membantu meningkatkan SES masyarakat persekitaran Taman Negara Pahang. dan saya diperlukan ke Kuala Tahan pada 6-8 disember ni. Kami akan singgah di UiTM Jengka, insyaallah. Tuan rumah di Jengka (Dato Pengarah) telah saya maklumkan.

memang ada yg merajuk dgn saya dan menyangka saya sengaja tidak mahu hadir ke mesyuarat yg melibatkan mereka. Memang betul, saya sengaja tidak mahu hadir setelah berfikir dan membuat pilihan. Saya pilih mesyuarat yg akan mendapat kesan paling negatif tanpa kehadiran saya. Mesyuarat2 lain saya yakin mereka yg lain yg hadir akan dapat menyempurnakan mesyuarat tanpa kehadiran saya.

Ahad, November 29, 2009

Kita Hanya Mampu Merancang

Sebagai hambaNya, kita hanya mampu merancang apa yg kita inginkan. Kita akan berusaha. Tetapai yg menentukan adalah Allah.

Tadi saya ke jualan buku Big Bad Book Sales. Cadangannya utk membeli buku2 yg dilihat pada khamis lepas. Saya tidak beli buku2 yg saya dapati menarik pd khamis lepas kerana tak larat nak beratur bersama hampir 200pembeli lain. Jadi saya telah bercadang untuk pergi semula semalam ataupun hari ini. Tiada rezeki saya jika dilihat drpd buku2 yg telah saya beli tadi. Saya rasa tiada sebuah pun buku yg saya beli tadi adalah tersenarai pada khamis lepas. Kebanyakan yg saya bercadang utk beli adalah berkaitan kepimpinan dan pendidikan. Walau pun ada sebuah ataupun lebih buku yg berkaitan pendidikan yg saya beli hari ini, ianya bukan yg saya ingin belikan pada khamis lepas.

Pengajaran kpd saya, jika pilihan didepan mata, setelah membuat pertimbangan, buatlah keputusan. Dan kita mesti bertanggungjawab dgn keputusan yg kita buat. Tidak guna utk kita menunding ajri dan salahkan org lain. Seorang pemimpin bertanggungjawab juga ke atas tindakan pengikutnya. maka pilihlah pemimpin dan pengikut yg berilmu.

Sabtu, November 28, 2009

Buku ke5 Dlm 3hari

Buku ini berbentuk fiksyen. Tetapi sebenarnya ada kaitan dgn kehidupan sebenar.

Buku ini berkaitan kuasa dan harta. Ianya berkaitan sifat tamak manusia. maka untuk mendapat kuasa banyak penipuan dilakukan. Keluarga dan sahabat diabaikan. Untuk mendapat kekayaan, sanggup menipu dlm perdagangan. Sanggup berjudi.

Manusia selalunya terdorong kepada ketamakan untuk memuaskan nafsu. Sama ada nafsu kedudukan, kekayaan ataupun seks. Satu drpd tiga tersebut akan digunakan sebagai alat untuk mencapai satu diantara dua yg lain. Contohnya, apabila diberi jawatan, maka akan ada yg gunakan kuasa yg diamanahkan utk mendapat harta atau seks. Ada juga yg gunakan kekayaan/harta utk mendapat jawatan atau seks. Ada pula yg gunakan seks utk dpt harta atau jawatan. Kesemuanya kerana tamak.

Islammengajar kita hidup secara sederhana. Tidk perlu wang berjuta, kereta besar, rumah besar, jawatan yg tinggi atau isteri2/gundik2 untuk bahagia di dunia. Tetapi manusia sentiasa lupa.

Buku ke 4 Dibaca Dalam 3 Hari

Buku ke4 yg saya baru habis baca adalah satu kisah benar. Ianya berkaitan bagaimana mereka yg diberi amanah telah pecah amanah.

Mereka diberi tugas dan tanggungjawab untuk keselematan dan kesejahteraan masyarakat. Sebaliknya, mereka telah gunakan kuasa yg ada untuk pecah amanah. Mereka sangka bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap pecah amanah mereka.

Ianya juga tentang persoalan, adakah mereka yg pecah amanah ini sebab memang dah ada dalam keturunan mereka. Adakah yg pernah pecah amanah akan terus pecah amanah? Adakah kerana proses pemilihan mereka untuk diberi kerja tidak cukup teliti sehinggakan yg tidak layak pun boleh memegang jawatan yg besar kuasanya?

Tetapi mereka ini berjaya dibicarakan di dunia ini. Mereka berjaya ditangkap setelah pencen. Cuma hukuman diberi tidak setimpal dgn kesalahan mereka. Sama2lah kita berdoa agar kita dijauhkan dan didirikan sempadan yg tinggi dan luas supaya kita tidak menjadi seperti pemecah amanah didalam buku yg saya baca.

Jumaat, November 27, 2009

Bacalah Buku

Ini adalah antara lirik semasa kempen membaca buku oleh kerajaan pada waktu dahulu. Tak ingat kempen tu masa tahun 70an, 80an atau 90an. 'bacalah buku, bacalah buku setiap hari..'

Saya baru selesai membaca buku ke3 daripada 6buah buku yg saya beli semalam. Tapi pembelian buku bukan drpd jualan buku berdiskaun besar yg saya hajati. Sebaliknya drpd kedai buku berhampiran yg mempunyai koleksi buku yg berharga agak murah juga berbanding kedai2 buku yg lain. Ketiga2 buah buku yg saya baca berkaitan cinta. Tetapi cinta kpd tugas dan tanggungjawab. Sama ada cinta kpd kerja, keluarga mahupun kekasih. Ketiga2 buah buku berkaitan dgn dunia arab. Dan mungkin tema masa kini, dunia arab dan dunia Islam dikaitkan sebagai pihak yg perlu ditentang. Mungkin kerana penulis buku adalah bukan Islam dan buku adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi, dunia Arab dan dunia Islam dijadikan bahan untuk menarik pembaca tetapi dijadikan sebagai unsur negatif.

Dalam sebuah buku ada menyebut Malaysia. Tetapi saya lihat penulis kurang berpengetahuan dalam geografi dan sejarah kerana ceritanya tidak merujuk kepada sejarah dan geografi secara tepat. Mungkin juga kerana buku berkenaan adalah berbentuk fiksyen. Bacalah..

Khamis, November 26, 2009

Big (Ce) Bad Book Sales

Hari ini saya cuti. Tujuan utama untuk p ke jualan buku di amcorp mall. Harga selepas diskaun 70%-90% adalah RM3-RM25. Tetapi setelah ke sana, saya pulang tanpa sebarang pembelian buku di BBBS. Sebaliknya, saya membeli buku di kedai Book Xcess berharga antara RM5-RM9.90.

Saya belum membeli sebarang buku di jualan BBBS kerana terlampau ramai pembeli. Semasa sampai di Amcorp Mall, hadapi masalah letak kereta. Tempat letak kereta biasa telah dilakukan projek pembangunan. Maka amat terhad tempat letak kereta untuk mereka yg biasa menggunakan tempat letak kereta berhampiran dgn stesen LRT dan Amcorp Mall. Alhamdulillah, saya berjay mencelah kereta saya yg kecil di tempat letak kereta basement. Sentiasa berdoa agar tidak diclamp.

Pengunjung ke BBBS amatlah ramai. Nak bergerak drpd satu meja ke satu meja macam berada di stadium bolasepak/pesta/concert etc. Q pula yg hemdak membayar pembelian saya anggarkan sekurang2nya 200 orang. Maka saya jangkan saya akan ambil masa antar 30minit hingga 1jam untuk membayar pembelian saya. Maka saya buat keputusan untuk tidak melakukan sebarang pembelian di BBBS pd hari ni, sebaliknya insyaallah pd hari Sabtu ni. Bajet saya RM200 shj.

Rabu, November 25, 2009

PhD Tanpa Ilmu

Tadi bos saya menyatakan bagaimana ada yg mempertikaikan integriti beliau apabila beliau meluluskan permohonan saya untuk menghadiri persidangan kebangsaan kaunseling pada awal bulan ini. Maka saya cadangkan beliau luluskan permohonan saya untuk hadir ke konferens akademk serantau pada bulan hadapan dengan syarat saya membayar sendiri yuran penyertaan. Dan bos saya bersetuju.

Saya suka hadir konferens, seminar dsbnya. Itu adalah manafaat seorang akademik. Dan saya suka kerana dapat melakukan sesuatu yg saya minat sebagai sebahagian drpd tugas dan tanggungjawab saya. Walau bagaimana pun, akan tetap ada mereka yg tidak akan puashati dgn pihak yg menjalankan tugas dgn ikhlas. Itulah mereka yg punyai PhD yg tidak diperlukan di sebuah IPT. Saya seberapa yg boleh akan cuba mengelak drpd bertemu dgn mereka yg punyai PhD yg menyusahkan sebuah organisasi.

Bukan mudah menjadi seorng pensyarah. Bukan mudah juga memegng sebarang jawatan. Setiap kerja ada tugas dan tanggungjawab yg perlu dijalankan secara penuh amanah.

Selasa, November 24, 2009

Ketua dan Pemimpin

Ada beza diantara ketua dan pemimpin. Ada yg kata ketua akan berada di depan pasukan dan kebiasaan akan mengarah pengikutnya. Pemimpin pula akan seiring dgn pengikutnya dlm mencapai objektif organisasi.

Ada masa perlu jadi ketua. Ada masanya perlu jadi pemimpin. ianya bergantung kpd masa, tempat dan keadaan. Maka corak kepimpinan akan disesuaikan begitu juga. Tetapi sama ada sebagai ketua atau pemimpin, tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan kpd kita adalah tanggungjawab kita. Kita tak boleh salahkan orang lain. Maka amatlah berat sebagai ketua atau pemimpin. Saya sekarang sebagai ketua kepimpinan dan pengurusan kualiti. Saya juga auditor dalaman kualiti uitm (inqka, ined, fsr, aqa hea). Fuh, kalau ianya dijadikan pingat, pasti rebeh (berat) dada saya ke depan). Begitu jugalah beratnya saya tanggung dgn jawatan yg diberi. Tetapi spt biasa, ada yg faham, ada yg tak faham.

Alhamdulillah saya mempunyai ketua dan pemimpin yg faham tentang tugas saya. Walaupun saya sebenarnya mempunyai ramai ketua di uitm - NC, keempat2 tnc, 2pnc, 2pengarah, dekan, dll. Jika kita punyai ketua yg faham akan carakerja kita, maka mudah kita nak bekerjasama. Tetapi jika sebaliknya, maka ianya akan mewujudkan suasan kerja yg tidak selesa bg kita. Produktiviti kita akan ke arah negatif.

Isnin, November 23, 2009

Masa Yang Berlalu

Masa berlalu begitu pantas. Adakah kerana usia maka terasa sedemikian? Atau adakah kerana banyak tugas dan tanggungjawab yg perlu dilakukan?

Semalam saya berkongsi dgn seorang kawan tentang 5 waktu dlm hidup kita. 5 waktu solat, subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Cuba perhtikan tapak tangan kiri kita. Ibu jari adalah waktu subuh, telunjuk = zohor, hantu = asar, manis = maghrib, dan kelingking = isyak. Jarak diantara jari2 kita menunjukan jarak amsa diantara waktu2 solat. Antara subuh dan zohor, besar jark masanya. Antara isyak dan subuh adalah jarak masa paling besar. Jarak masa paling kecil adalah antara maghrib dan isyak.

Usia kita adalah penanda masa kita di dunia ini. Jika usia saya hanyalah seperti Rasulullah s.a.w, maka saya hanya mempunya 1/3 sahaja lagi hidup saya di dunia ini. Maka masa yg tinggal utk saya bersedia untuk kehidupan abadi hanyalah sedikit sahaja.

Ahad, November 22, 2009

Persediaan untuk Hari Kemudian

Saya membaca tulisan Prof Kamil tentang kehidupan infiniti. Saya bersetuju dgn pandangan beliau bagaimana majoriti drpd kita hanya memikirkan persediaan untuk kehidupan selepas tamat alam pekerjaan, setelah kita pencen drpd kerja.

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin nyatakan bhw saya tidak bersetuju dgn konsep pencen. ianya membebankan kpd mereka yg terpaksa menanggung para ahli pencen (pensioner). Pencen yg ditanggung kerajaan sekarang adalah berbilion dlm setahun.

Memang, rata2 kita lihat manusia lebih bersdia utk hari kemudian di dunia shj. Ramai yg tidak atau kurang memikirkan tentang hari kemudian di akhirat, di mana kehidupan adalah selama2nya. Maka kita lihat bagaimana ramai dikalangan kita hanya berfokuskan untuk mendapatkan sama ada pangkat, harta atau kepuasan nafsu seks sahaja untuk bekalan sehingga kita mati. Mungkinkah mereka ini menolak kepercayaan hari akhirat? Mungkinkah mereka meraskan bhw mereka sempat lagi utk bersdia utk hari akhirat semasa mereka pencen. maka mungkin juga antara sebab ramai pergi haji setelah tua/berpencen?

Ramai yg berlumba2 mendirikan rumah/mahligai besar di dunia. Dan cara mendapatkan rezeki untuk memuaskan nafsu di dunia tidak mengira halal atau haram. Maka kita lihat bagaimana berlaku salahguna kuasa dan kedudukan. Bagaimana juga tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan diabaikan. Saya doakan agar saya, kedua ibubapa saya, ahli keluarga, sahabat dan kenalan saya, serta umat Islam keseluruhan dijauhi drpd kelalaian dlm persediaan untuk hari kemudian yg abadi, hari akhirat. Saya doakan agar kita dilimpahkan rezeki yg halal sahaja. Jom kita p solat dahulu..

Sabtu, November 21, 2009

Jawatan Baru

Jawatan saya sebagai Ketua Unit Pengurusan Kualiti InED adalah sehingga bulan Mei 2010. Ianya adalah selama 25 bulan. Jika masih diperlukan, maka mungkin tempoh lantikan akan disambung. kalau tak diperlukan, setakat Mei 2010 sahajalah.

Tengahari tadi saya membaca emel tentang perubahan nama jawatan. Ketua2 lain menjadi Timbalan Pengarah. Hanya saya kekal sebagai ketua. Tetapi berubah menjadi Ketua Unit kepimpinan dan Pengurusan Kualiti. Dlm bahasa orang putis, 'Head of Leadership and Quality Management'. Dah lai drpd nama jawatan yg dicadangkan oleh InQKA. jawatan saya sepatutnya membantu InQKA dlm kualiti di peringkat jabatan saya. Dgn nama jawatan baru ianya sama dgn satu jawatan di ILQaM pula. Adakah saya turut bertanggungjawab membantu ILQaM di jabatan saya? Maka adakah saya turut terlibat dlm latihan para akademik di jabatan saya? Adakah saya juga terlibat dlm latihan kepimpinan kpd staf di jabatan saya? Ini saya perlu semak pd minggu hadapan kot.

Macam mana pun, nama jawatan boleh dipinda mengikut keperluan. Tetapi saya perlu pastikan bahawa tujuan dan matlamat asal saya dilantik sebagai pengurus kualiti di InED tidak terjejas dgn nama jawatan yg baru. Mungkin ada yg teruja dgn nama jawatan baru, tetapi janganlah sehingga terlupa atau dibaikan tugas dan tanggungjawab yg datang bersama nama jawatan. jawab tetp kena jawab untuk tugas diberikan.

Cuti Seorang Pensyarah

Hari ini saya akan ke pejabat juga. Nak selesaikan perkara pentadbiran. Kemudiannya secara rasmi dpt berehat. Tetapi pd isnin ni, mula pula tugas melawat kolej2 bersekutu uitm yang akan berakhir pd bulan februari.

Insyaallah, pad disember ni, saya akan ke taman negara, bertugas bukannya cuti. Memang ramai yg beranggapan silap yg pensyarah akan bercuti apabila selesai kuliah. Ramai pula yg tidak mahu pensyarah bercuti kerana pada anggapan mereka pensyarah hanya bekerja 20jam aje seminggu. iaitu bekerja bg pensyarah pd anggapan pihak tertentu hanyalah semasa kuliah shj. Ianya satu pandangan yg kurang berilmu. Tugas pensyarah meliputi yg tersurat dan tersirat, jadi tidak perlulah berdengki tentang gaji kami dan tugas serta tanggungjawab.

Pada khamis ni, saya memohon bercuti. Nak habiskan baki cuti tahun lepas. Tetapi saya bercadang untuk ke jualan buku diskaun di petaling jaya utk menambahkan koleksi buku saya. Harta seorang pensyarah adalah ilmu yg dimiliki, bukannya kereta, rumah, barang kemas yg besar dan mahal.

Jumaat, November 20, 2009

Cuti Sekolah

Sekarang dah cuti sekolah. Kejap aje dah pun cuti sekolah lagi. Kejap aje setahun.

Semasa saya bersekolah dahulu, terutama sekolah rendah, saya selalunya akan balik ke kampung di Kelantan semasa cuti sekolah. Saya akan berulangalik diantara rumah arwah nenek dan rumah arwah datuk saya. Satu di Kota Bharu dan satu lagi di Pasir Puteh. Tetapi sekarang rumah di Kota Bharu dah lama tiada. Sekarang jika saya berada di kawasan rumah arwah nenek saya, saya akan terkenangkan kisah2 cuti sekolah saya. Rumah tersebut dah pun menjadi tempat kompleks tempat letak kereta, berhampiran dgn hotel Grand Riverview. Dahulunya ddi depan rumah nenek saya adalah pawagam Lido.

Cuti sekolah penggal ketiga (dulu) saya akan seronok menyambutnya di Kelantan. Antara sebab utama adalah dapat bermain air bah. Rumah arwah nenek saya 100meter daripada Sungai Kelantan. jadi rumah nenek saya akan sentiasa dilanda banjir pada musim banjir. tapi saya tak pernah berenang di Sg Kelantan. Murka nenek saya jika saya berani berenang dalam sungai.

Khamis, November 19, 2009

Cuti

bermula isnin lepas 16nov, secara rasminya pelajar uitm mula bercuti semester. Tetapi bagi pensyarah,masih belum bercuti terutama yg belum habis memeriksa buku jawapan pelajar dan tesis pelajar.

Ramai yg salah faham bhw jika pelajar bercuti, pensyarah akan turut bercuti. Sebenarnya, adakalanya tugas pensyarah lebih berat drpd seorang guru di sekolah. Guru akan berkursus semasa cuti sekolah. Pensyarah ada yg akan berkursus atau meneruskan penyelidikan semasa cuti semester. Saya masih ada baki satu hari cuti drpd tahun 2008 setelah ditolak ke dlm simpanan/akaun cuti. Insyaallah saya akan bercuti pd 26nov ini sehari sebelum hari raya haji. Tetapi saya mengambil cuti tersebut untuk ke jualan buku Big Bad Wolf Book Sales di Amcorp Mall Petaling Jaya. Saya akan memburu buku untuk koleksi peribadi saya.

Dan bermula minggu hadapan sehingga akhir bulan februari 2010, saya akan bertugas di luar stesen atau luar pejabat. Ianya akan membawa saya ke hampir kesemua negeri di semenanjung malaysia. Tugas saya sebagai Ranger bersambung semula. Bila lagi dpt bercuti?

Selasa, November 17, 2009

Penilai KAPT

Hari ini saya bertugas sebagai seorang penilai KAPT di DSB. Sebanyak 64 penyertaan yg mengambil bahagian drpd fakulti, kampus cawangan dan bahagian uitm.

Tugas saya memerlukan saya melawat gerai2 pameran. Bangga apabila sebuah gerai diketuai oleh seorang bekas pelajar saya. Memang warga uitm mempunyai banyak idea dan amalan yg baik dan bernas. Tahniah kerana menggunakan masa memikirkan bagaimana untuk menambahbaik keadaan yg sedia ada. Budaya seperti ini patut dipuji dan diikuti. Janganlah kita gunakan masa yg ada sebagai warga di sebuah organisasi ilmu untuk menjadi 'ahli muzik' yg pandai bermain gendang kosong sahaja. Ilmu tiada atau kurang selalunya akan menghasilkan tong gendang yang kuat bunyinya, yg hanya membuat bising sahaja.

Dan saya masih meneruskan menyelesaikan tugas yg belum selesai. Masih banyak lagi dan deadline adalah jumaat ni. Kpd pelajar seliaan saya, pastikan anda tamat pengajian dgn menyempurnakan tesis anda.

Isnin, November 16, 2009

Majlis Makan Malam SRK Sri Petaling

Semalam saya hadir ke majlis sempena 40tahun sekolah rendah saya. ianya diadakan di dewan perdana felda. Kad kata 7.45 mesti ada di sana, dan saya dah ada di sana sebelum 7.30mlm.

Masih terlalu awal untuk majoriti hadiran. Tambah2 pulak hujan dan ini melambatkan perjalan kerana jalan licin kot. Tetapi cikgu2 dan bekas2 cikgu dah ramai yg sampai. Biasalah kan, cikgu2 lebih cepat dan tepat drpd murid2. Majlis yg sepatutnya bermula jam 8.30mlm lambat dimulakan. VVIP lambat sampai. Tapi kawan saya yg juga VVIP (SUK kpd no.1) sampai awal. Jadi kenapalah yg sorang lagi tu lambat. Kerana lambat kita mula dulu dan beliau duduk membelakangkan pentas.

Hampir 5meja dipenuhi kawan2 yg sama tahun dgn saya. Jumlah akhir kehadiran adalah 800orang. Ini sebenarnya tak ramai kerana drpd 40batch. Jika satu batch 200orang (purata) maka peratus yg hadir adalah sedikit. Ada kawan2 yg datang dr luarnegara khusus untuk hadir ke majlis semalam. Dan saya bertemu kembali dgn seorang rakan baik saya semasa sekolah rendah. Seorang kawan cina. Sehingga kini, ibunya bertanyakan tentang saya. Dan saya mempunyai ingatan yg jelas semasa melawat rumahnya yg besar kerana majlis hari lahirnya.

Pada mulanya, kawan2 lama agak kaku berbicara. Tetapi setelah lama kami seolah2 berada di sekolah semula, 30tahun yg lalu. Terima kasih kawan2 kerana kenangan manis di zaman sekolah rendah. Tiada masalah perkauman kerana jolokan mereka yg gila kuasa dan jawatan.

Sabtu, November 14, 2009

Harga Ilmu

Bagaimanakah kita menilai ilmu? Kita berkata bahawa ilmu itu sangat berharga, seperti juga masa. Tetapi bagaimana kita menilai ilmu?

Mungkin kita nilai daripada gaji yg kita dapat. Jadi, mungkin ilmu kita bernilai sebanyak RM120,000 setahun. Mungkin dinilai sebagai kos pembelajaran seperti yuran pengajian. Jika demikian, adakah ini antara sebab terdapatnya pelajar UiTM tidak menghargai peluang pendidikan tinggi di UiTM kerana yuran UiTM adalah rendah. Ataupun, jika ianya percuma maka dipandang ilmu yg didapati sebagai tidak berharga. Ataupun berdasarkan kpd gaji pensyarah yg mengajar kita, maka lagi tinggi gaji pensyarah, maka ilmu yg didapati drpd pensyarah berkenaan lebih tinggi nilainya drpd pensyarah yg bergaji rendah spt saya. Ataupun berdasarkan koleksi buku milik pensyarah yg mengajar kita?

Jika berdasarkan kpd bilangan buku atau harga buku milik pensyarah, maka mungkinkah ilmu yg dikongsi saya dgn pelajar adalah tinggi? Dan saya berpeluang membeli sebuah buku berharga RM5. Tetapi bila disemak melalui internet, harga paling mahal utk buku yg sama adalah 130British Pound, bersamaan hampir RM780. Wow, seronoknya saya..

Ingatan Mesra Untuk Kita

Apakah tujuan kita dijadikan di dunia ini? Ingatlah, 'Tidak Ku jadikan jin dan manusia, selain drpd untuk beribadat kpd Ku'. Itu adalah firman Allah dlm surah az-Zariyat ayat 56.

Dan Nabi Muhammad itu adalah sebaik2 contoh kpd kita. Contoh utk kebaikan dunia dan akhirat. Jadi, kpd yg ingin menjadi pemimpin dlm keluarga dan juga mana2 organisasi perlulah membaca, mempelajari, mengamal dan mengajar cara kepimpinan Rasulullah s.a.w. Antara contohnya adalah sebagai pemimpin, beliau tidak mengamalkan cara hidup dgn kebesaran material. Baginda tidak tinggal di rumah besar/istana, dan pakaian dan makanan adalah sebagaimana orang lain. Tidak berlebih2an. Drpd segi beribadah kpd Allah, baginda akan meluangkan banyak masa baginda dlm melakukan solat - siang dan malam.

Jadi apabila memilih seorang pemimpin, pilihlah yg berilmu. Jangan memilih seseorang kerana inginkan kelebihan material. Mereka sedemikian akan berkemungkinan akan menyalahgunakan kuasa dan amanah mereka untuk kepentingan sendiri, bukannya untuk kepentingan pengikut dan organisasi.

Jumaat, November 13, 2009

Log In Minggu 9Nov 2009

Ada dua makna. Satu berkaitan kurangnya catitan blog saya pada minggu ini. Ianya ada kaitan dgn perkara kedua iaitu masa saya log in bekerja di uitm.

Pada minggu ini secara purata isnin-khamis, saya telah log in sebanyak 48jam. Hari ini saya log in 14jam. Saya masuk kerja hari ini jam 7.07minit, kerana bertugas sebagai ketua dewan peperiksaan. Dan saya log out jam 9.30 kerana memastikan pelajar srw655 saya mengemaskini tesis mereka. Insyaallah, saya akan log in lagi untuk sambung kerja. Saya andaikan saya akan log ini pada minggu ini sekurang2nya 70jam. Minima saya patut log in adalah 38.5jam seminngi. Maka jika saya log ini 77jam minggu ni, bolehkah saya berehat minggu depan?

Memang penat. Itulah antara sebab utama saya kurang berblog minggu ini. Tapi antara blog saya minggu ini adalah peringatan kpd pelajar srw655 saya. Tesis mereka akan mencerminkan kualiti kerja saya juga. Jadi saya perlu jaga namabaik saya.

1979-2009

Setelah 30 tahun, insyaallah pd 15nov malam, saya akan berjumpa dgn kawan2 sekolah rendah saya. Kami ada majlis makan malam sempena sambutan 40 tahun sekolah kami.

Tadi saya melihat senarai kawan2 sedarjah yg akan hadir. Kami akan mengisi 5buah meja (hampir 50 orang termasuk dgn pasangan). Jumlah hadirin dijangka 600 orang. Jadi bilangan kami 8% drpd jumlaj kehadiran. Wow, tahniah kpd bekas ketua pengawas lelaki 1979 yg berjaya mendapatkan kehadiran yg ramai drpd kumpulan kami. Semasa di darjah 6, kumpulan seramai 300++. Dan melihat senarai nama bekas rakan sedarjah mengingatkan kembali kpd masa yg paling seronok bersekolah iaitu di sekolah rendah. Nama2 yg hampir hilang dr ingatan muncul kembali.

Bagaimanakah agaknya rupa kawan2 lama saya? Kami terdiri drpd pelbagai bangsa dan agama. Dan kami amat akrab semasa di sekolah rendah.

Khamis, November 12, 2009

SRW655 Julai 2009

Stres rasanya selepas memeriksa Project Paper yg dihantar pelajar di bawah seliaan saya. Kami berjumpa dan berbincang sekurang2nya 7 kali secara purata setiap pelajar sama ada secara individu atau berkumpulan.

Saya dapati bhw ramai formatnya tidak sama. Dan yang paling ketara, pelajar apabila merujuk kpd kajian lampau tidak menyenaraikan kajian lampau tersebut di dalam bahagian 'References'. Ini berlaku dalam bab 1, bab 2 dan bab 5. Saya dah berkali2 berpesan kpd mereka untuk pastikan setiap LR yg dirujuk mestilah dinyatakan/disenaraikan dlm bhgian References. Jika tidak disenaraikan bermakna sebenarnya rujukan tersebut TIDAK dirujuk. Maka sebarang perbincangan di bab 1 atau 2 atau 5 adalah perbincangan tanpa sokongan. Dan jika tanpa sokongan, bermakna sebenarnya tidak valid/ TIDAK SAH untuk menghasilkan sebarang kesimpulan dlm kajian pelajar.

Adakah saya tidak menjalankan tugas saya dgn baik? Adakah sebenarnya saya semakin 'strict'? Adakah saya semakin faham cara membuat kajian? Saya suka menyelia pelajar SRW655 kerana saya pun mesti membaca sebelum boleh komen pelajar.

Rabu, November 11, 2009

Kursus Audit Dalam

Bermula isnin 9nov, saya menjadi fasilitator untuk kumpulan pertama bakal auditor dalaman iso 9001:2008. Asalnya, sepatutnya fasilitator lain. Tetapi di saat terakhir saya dimaklumkan jemputan telah mempunyai jemputan lain.

Maka jadual saya pun berubah lagi. Sepatutnya minggu ini saya tumpukan sepenuhnya memeriksa kertas jawapan peperiksaan dan memasukkan markah ke dalam sistem Mungkin ada hikmah disebalik pertukaran jadual saya. Seramai 20peserta yg menyertai kali ini. Dan untuk kumpulan kedua, bilangan dijangka sama juga.

Terima kasih kpd staf saya yg banyak membantu. Kalau saya seorang sahaja mungkin gila dan dah pengsan. Dan ganjaran segera di dunia ini adalah selama 4hari berturut2 kami makan tengahari di coffee house intekma resort. Alhamdulillah.

Futsal dan Kesedaran

Pada asalnya petang tadi saya berasa penat nak p berfutsal malam rabu. Tapi sesampai di rumah saya lihat adik2 masih belum ke tempat futsal lagi. Jadi saya sempat menukar pakaian untuk pergi bersama2 mereka, walaupun saya lambat sampai ke rumah dari pejabat.

Malam tadi berjersey belang merah hitam spt minggu lepas. nak cuba match dgn seluar, stokin dan kasut, tapi tak dapat. Takpelah. Tadi ada minima 14pemain. ingatkan kuranglah penat. Tetapi tadi lagi cepat penat. Mungkin sebab saya makan sebelum bermain hanya 1jam bezanya. Maka jawabnya tercungap2lah saya. Seorang adik saya asyik marah2 saya pada mulanya kerana sebagai striker saya kurang berjaya. Tetapi setelah lama sedikit, barulah mula menyengat. Dua di sebelah kanan, 3 di sebelah kiri. Tak silap sayalah, minggu ni dapatlah 5 minima, minggu lepas 4 aje.

Saya teringin nak mendapatkan kasut baru. mungkin warna hitam kot. Sebab saya ni seorang yg konvensional, takminat kasut warna garang2. Tapi saya ada but bola warna kuning.. Tadi speed saya -, stamina -, skil =, strength +. Saya minta maaf kpd kawan2 dan adik yg menjadi penjaga gol pasukan lawan kerana tendangan yg amat bersemangat.

Sabtu, November 07, 2009

Pasukan Bolasepak

Kelantan tewas kpd N9 1-3 di padang. Di tempat duduk penyokong, Kelantan juga tewas kerana disiplin. Dan mungkin tewas di padang kerana disiplin juga.

Disiplin bg saya bermaksud ilmu, mematuhi arahan dan faham kenapa arahan diberi. Saya tadi berpeluang bersama seorang bekas pemain dan jurulatih Kelantan. Beliau menyatakan bahawa setiap pemain perlu boleh berfikir, maknanya berilmu. Dan mesti mematuhi arahan. Kedua2nya berkaitamn disiplin. Jika ada 'skil' sahaja tak berguna. Dgn berilmu, kita akan dpt memahami kawan dan lawan kita. Dan permainan bolasepak memerlukan pemikiran untuk merancang dan membuat keputusan secepat mungkin berdasarkan keadaan dan fakta yg cepat berubah.

Begitu juga sebenarnya di tempat kerja. Disiplin dan ilmu adalah penting. Dan untuk menjadi seorang pemimpin yg cemerlang, kita juga perlu berdidiplin dan berilmu. Tetapi yg amat penting, kita adalah produktif dan mencapai objektif ditetapkan. Kalau ikut buku sahaja tidak bermakna kita ini bijak dan boleh jadi pemimpin yg cemerlang.

Khamis, November 05, 2009

Fokus

Pesan saya kpd saya, pelajar2 yg sedang saya selia SRW655, saudara mara dan sahabat, serta kenalan. Hidup mestilah berfokus. Tumpukan kpd objektif kita.

Masalah yg sering berlaku, pelajar SRW655 setelah tamat latihan industri, dah lupa bhw tanggungjawab sebagai pelajar masih belum selesai. Kebiasaan ramai sudahpun mula bekerja sama ada secara tetap atau sementara. Sedangkan jika SRW655 TIDAK LENGKAP, dan kemungkinan GAGAL, maka mereka tidak dapat menjadi graduan. Telah banyak berlaku para pelajar terus bekerja tanpa menyempurnakan SRW655. Ada yg setelah 2tahun menghilang, muncul semula sebab tidak dapat pekerjaan yg tetap tanpa kelayakan akademik.

Tadi sekembali drpd persidangan kaunseling, saya nampak keadaan kelam kabut di pejabat. Rupa2nya, masalah timbul drpd tiada komunikasi, lambat komunikasi, salah komunikasi. Stres juga saya. Kalaulah ada 'punching bag', sama ada ianya hancur ataupun saya yg hancur. Alhamdulillah, dgn ilmu dan perbincangan dgn staf saya, insyaallah masalah akan dapat diselesaikan.

Bila Bulan Berbicara

Sebuah lagu yg akan didendangkan oleh NC UiTM jika beliau diminta menyanyikan sebuah lagu. Dan semalam di PoGH, lagu tersbut dinyanyikan oleh penyanyi jemputan pada majlis makan malam PKK 2009.

NC UPSI semalam mendeklamasikan sebuah puisi. Sementara seorang prof menympaikan sebuah lagu P Ramlee. Majlis tamat 10.15malam. Tidak terlalu lama majlis semalam untuk membolehkan peserta berehat.

Kalau bulan purnama berbicara bermaksud, Badrul berbicara. Mungkin saya tukarkan nama blog saya kpd Bila Bulan Purnama Berbicara. Tapi akan ada yg tersalah anggap dgn mengitkan kpd sebuah parti polotik pula, susah saya.

Berbicara adalah satu cara mengurangkan stres. Maka dlm kaunseling, kemahiran berkomunikasi adalah penting. Dan komunikasi adalah berbentuk lisan dan bukan lisan (spt catitan melalui blog).

Rabu, November 04, 2009

Makan Malam Persidangan Kebangsaan Kaunseling 2009

Tadi saya di majlis makan malam tersebut di Palace of Golden Horses. Ianya anjuran bersama diantara UPSI dan PERKAMA. Maka saya sebagai seorang drpd exco perkama hadir dan berada di sebuah drpd meja VIP, bersebelahan dgn meja VVIP.

Jika VVIP yg dijemput hadir, maka akan hadir TPM dan Menteri PWDM. Tapi tadi yg hadir hanyalh kedua SU politik. Kalau SUSK PM, bolehlah saya dok sama2 dan berbisik2 sedikit. Ataupun jika TM PT, boleh juga kot saya berbisik2. Bisikan utk kebaikan organisasi kesayangan saya, bukannya utk saya secara peribadi. Bukannya nak minta jadi dekan. Takkanlah sampai PM pun nak dibagitau. Teruklah kerna ianya akan mencerminkan bhw yg diberi tanggungjawab tidak bertanggungjawab.

Semasa majlis makan malam tadi, wakil perkama memuji komitmen NC UPSI yg telah hadir hampir sepenuhnya persidangan. Komitmen drpd urusetia juga amat membanggakan. Tahniah kpd penganjur dan penaja. Dan seperti biasa, akan terdapat banyak tempat duduk yg kosong di majlis makan malam kerana mereka yg tidak menginap dihotel kepenatan kerana mengikuti persidangan sepanjang hari.

Cita-cita: Dekan

Saya hairan jika seseorang itu bercita2 nak menjadi dekan. Tiada diiklankan jawatan hakiki sebagai dekan.

Kita memohon untuk menjadi seorang staf akademik atau staf pentadbiran. Dan seorang yg minat dlm keilmuan selalunya akan cuba mengelak drpd menjawat sebagai pentadbir akademik. Menjadi pentadbir akademik bermakna masa kita hampir 80-90% adalah sebagai pentadbir, iaitu jauh drpd niat asal untuk menjadi seorang 'academician'.

Dan pendapatan hakiki adalah sebagai staf akademik. Ada kata2 lama 'kalau tak boleh buat kerja, maka mengajarlah'. Tapi sebagai staf akademik, jika dikatakan 'jika tidak boleh mengajar, jadilah pentadbir akademik' mungkin satu penghinaan. Ianya bermakna kita ini tiada ilmu untuk dikongsi dgn pelajar. Ataupun, mungkinkah kita ini kurang ilmu?

Memanglah, jika cita-cita adalah sebagai ketua, dan kita meminta2 untuk jawatan tersebut, pesanan saya rujuklah kpd hadith Nabi berkaitan memegang jawatan. Ianya adalah amanah dan jika kita takut kepada Allah dan hari pembalasan, kita akan fikir sebelum kita 'gila kuasa'.

Profil Penjenayah

saya berminat membuat kajian untuk memprofil penjenayah. mcm dlm tv, BAU - behaviour analysis unit, FBI. Tapi saya akan namakan BAD - Behaviour Analysis Dept.

Bukan mudah nak memprofil penjenayah sekarang. Penjenayah kewangan mempunyai pelbagai latarbelakang. Mereka tidak semestinya mereka yg kurang pendidikan atau kurang pendapatan bulanan. Sebaliknya ada penjenayah kewangan adalah mereka yg berpangkat tinggi di organisasi dan berpendapatan yg lumayan. Mereka juga ada yg berpendidikan tinggi.

Begitu juga dgn penjenayah seksual. Ada penjenayah seksual adalah mereka yg bertugas dlm organisasi berseragam. Mereka yg diberi kepercayaan untuk menjaga keselamatan kita yg ibarat 'pagar makan padi'. banyak sudah kjenayah yg dilakukan oleh individu yg bertugas dlm agensi keselamatan. Dan beberapa bulan yg lepas, seorang dihukum oleh mahkamah kerana didpati bersalah membunuh teman wanitanya.

Saya sentiasa berdoa diberi ilmu dapat melihat seseorang tanpa sebarang penipuan atau penyamaran imej seseorang itu kpd saya. Dan mereka ini apabila tahu saya dpt membaca mereka akan sentiasa tidak senang dgn kehadiran saya.

Jemputan Sebagai Pengkritik

Petang tadi saya menghadiri persediaan ke Eureka 2009 di Brussels. Seorang kawan yg turut hadir bertanyakan produk saya yg akan dipertandingkan di Brussels.

Beliau terkejut apabila saya maklumkan saya hadir sebagai pengkritik. Macam role play 'tok hakim'lah. RMI jemput saya untuk memebantu para peserta dlm persediaan mereka sebelum ke Brussels. Terima kasih kpd Prof Bakar dan pasukannya kerana sudi menjemput saya dans seterus memberi pengiktirafan kpd sumbangan saya kpd UiTM dlm penyelidikan dan inovasi. Berdosa sekejap kerana rasa bangga daripada menerima pengiktirafan seorang professor (ada phd wei) akan kebolehan kita.

Insyaallah, target saya next year untuk turut serta ke pertandingan penyelidikan di luar negara. Doakanlah agar impian saya in tercapai. Pada 2008, saya tidk dapat pergi ke Geneva kerana pada tarikh pertandingan saya menghadapi peperiksaan. Memang ada rasa kecewa, sebab bukannya tiap2 hari p Geneva. Alhamdulillah, rezeki saya, penyertaan bersama2 Dr Anuar Suun (doktor perubatan) dan Nagoor berjaya mendapat gangsa.

Selasa, November 03, 2009

Ucap utama Presiden Perkama

Semalam saya hadir mesyuarat exco perkama. Hari ini hingga khamis saya akan hadir persidangan kebangsaan kaunseling 2009 di palace of golden horses. Saya hadir sebagai peserta dan juga tuan rumah (perkama).

Dalam ucaputama Tan Sri Dato Wira Nordin Kardi, presiden perkama,beliau berpesan 'janganlah kita ni asyik menumpang nama pada penyelidikan orang lain sekadar untuk memanjangkan cv kita, berdosa!'. Saya sokong tan sri. Sebab ada orang yg kerjanya hanya menempek nama pada kajian atau penyelidikan orang lain. Dan yg lagi teruk, dia akan mengaku bhw seolah2 dia yg mengetuai penyelidikan tersebut. Ish3. Tak malu betul. Tapi kalau orang yg tak malu, dia akan tak kisah. Mereka ini tidak kisah dgn keberkatan rezeki mereka.

Saya perhatikan banyak topik2 menarik untuk saya lakukan penyelidikan. Dan esok saya dijemput berkongsi pengalaman di Eureka 2009. Ish3, siapa la saya ni.

Isnin, November 02, 2009

Masa dan Peringatan

Dengan Nama Allah Yang Mah Pemurah lagi Maha Pengasihani

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yg beriman dan melakukan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya (menjalankan) kebenaran dan nasihat-menasihati supaya sabar menghadapi kesulitan. (Surah al-Asr', 1-3)

Saya nyatakan kepada XO saya, tugas unit kita adalah seperti Surah Asr'. Kita bukannya sengaja mencari salah orang. Sebaliknya kita menyemak tugas orang (dan diri kita) untuk membantu perjalanan organisasi secara lebih cekap dan berkesan. Tetapi masih ramai yg takut apabila mendengar saya akan hadir ke sesuatu tempat atau melawat ke suatu acara.

Takutlah hanya kepada Allah. Lakukan tugas dgn ikhlas. Anggaplah ianya sebagai sebahagian drpd tujuan kita di dunia ini.

Ahad, November 01, 2009

Cinta dan Manusia

Topik cinta boleh menjadi satu topik yg hangat ataupun dingin. Ianya bergantung kpd emosi pembaca.

Dlm berita kerapkali berlaku seseorang tertipu kerana cinta. Tadi, kedua ibubapa seorang remaja merayu kpd sesiapa yg mengetahui kedudukan anaknya utk memaklumkan mereka. Anak mereka telah beberapa hari tidak menghubungi keluarga dan kali terakhir kerana merayu memint duit drpd ayahnya. keluarga membuat laporan polis bhw anak mereka telah ditipu oleh seorang lelaki yg dikenali melalui internet. Dan lelaki ini biasa menipu perempuan2 setelah menghubungi melalui internet.

Ada yg kerana cinta bukan sahaja sanggup menyerah duit kpd 'kekasih' tetapi sehingga sanggup 'menyerah'diri mereka untuk kebahagiaan dan kesenangan 'kekasih'. Ada yg menjual diri kerana cintakan 'kekasih'. Dan bermacam2 lagi. Maka kita dpt lihat bhw bukan shj org baik2 yg berilmu, ttp org yg berniat jahat juga berilmu. Yg membezakan adalah mereka yg berniat jahat tidak takut kpd Allah. Mereka tidak bersyukur kpd nikmat Allah.

Cinta yg terbaik adalah kpd Allah dan RasulNya. Jika kita bercinta dgn manusia, jgnlah berahsia drpd mereka yg kita kasihi terutamanya kedua ibubapa kita dan saudara serta sahabat. Pastikan,seorang drpd mereka ini mengetahui tentang manusia yg kita cinta. Ini akan dpt mengelak kejadian yg buruk kpd kita jika cinta yg diberi kpd kita hanyalah cinta palsu, dan kita hanyalah mangsa atau mainan 'kekasih'.

Role Model

Ibubapa adalah contoh paling awal untuk anak2. Selain drpd ibubap,contoh2 lain adalah mereka yg lebih tua yg hidup bersama2 dgn seseorang. kemudiannya, seseorang itu akan dipengaruhi oleh rakan2 dan kenalannya. Role model adakalanya juga adalah pemimpin kita.

Sebaik2 role model untuk seorang Muslim adalah Nabi Muhammad s.a.w.Antara cara untuk mengikuti Nabi akhir zaman ini adalah dgn membaca penulisan2 berkaitan kehidupan baginda selain drpd apa yg dinyatakan dlm al Quran dan al Hadith. Diantara buku2 yg telah saya baca adalah karya Martin Lings. Sekarang saya sedang membaca buku Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM. Tetapi saya lebih suka kpd karya Martin Lings dlm bahasa Inggeris walaupun dlm bahasa Inggeris lama.

Apabila memilih contoh peranan (rolemodel), pilihlah yg akan membawa kesejahteraan dunia dan akhirat kpd kita. Dan antara role model kpd pelajar uitm adalah para pensyarah dan pentadbir di uitm. Selain drpd kawan2 yg dikenali di uitm. Sebelum memilih seorang role model, gunakanlah ilmu yg ada atau rujuklah kpd yg lebih berilmu.

Sabtu, Oktober 31, 2009

Tetamu Allah - 2

Selain drpd ke Mekah, kita juga boleh menjadi tetamu Allah tanpa ke sana. Kita menjadi tetamu Allah apabila kita ke masjid. Dan apabila berada di masjid, ketenangan yg dinikmati susah hendak saya kongsi.

Saya bukanlah seorang yg ke masjid untuk solat berjemaah pada setiap waktu. Selain pada hari Jumaat, saya akan singgah di masjid selalunya apabila saya bermusafir. Dan semasa saya bermusafir juga saya mendapat idea untuk sejadah Q untuk memudahkan dibezakan diantara seseorang yg solat qasar dengan yg solat penuh.

Menjadi tetamu Allah di masjid memberi kita peluang untuk menilai pencapaian dan usaha kita sebagai hambaNya. Keberadaan di masjid juga membuat kita muhasabah diri tentang masa yg masih kita ada di dunia ini.

Moga2 kita mendapata peringatan bukan hanya semasa di masjid sahaja ataupun semasa menunaikan haji. Sebab peluang untuk memperbaiki diri bukan untuk selama2nya.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Tetamu Allah

Bermula daripada minggu lepas, ramailah yg mula bergerak ke Rumah Allah di Mekah. Dan mereka ke sana sebagai tetamu Allah.

Bagi mereka yg telah berjaya ke Mekah menunaikan haji, maka dilihat sebagai sempurnalah sudah rukun Islam yg ke5. Dan selalunya, apabila telah dipenuhi objektif yg perlu dicapai, kita akan hanya menunggu masa sahaja untuk kembali kepadaNya. Mungkin itulah antara sebabnya bakal tetamu Allah dan ahli keluarga saling menangis bhw kemungkinan lambaian perpisahan di lapangan terbang atau di pelabuhan (dahulunya) adalah lambaian terakhir di antara tetamu Allah dan ahli keluarganya.

Kita berdoa agar kita menjadi tetamu yg akan diterima segala perbuatan sebagai baik oleh tuan rumah. Kita berdoa juga, jika kita kembali ke rumah masing2, kita benar2 seumpama seorang bayi yg baru lahir, bersih daripada kesalahan dan dosa.

Tetapi bukan semua yg menjadi tetamu Allah mendapat kebaikan drpd menjadi tetamuNya. Ada yg pulang ke rumah sendiri akan sama seperti sebelum menjadi tetamu Allah. Malah ada yg mungkin lebih buruk drpd sebelumnya. Yang mana satukah adalah kita?

Khamis, Oktober 29, 2009

Mesyuarat Lagi

Hari ini masa saya penuh dgn mesyuarat. Bermula dgn jam 8.30pagi dan habis pd jam 5 ptg.

Slot pertama 8.30-10.30pagi. Slot kedua 11.00-12.00tgh. Slot ketiga 12.30-2.30ptg. Slot ke4 sepatutnya mula jam 3 tetapi lambat sampai jadi saya ke slot seterusnya 3.30-4.15ptg. Jam 4.30-5.30ptg adalah yg asalnya slot ke4. Slot seterusnya mula jam 5, dan kemudian jam 6.30ptg tak sampai2 kerana hujan. Giler, gile mesyuurat hari ni.

Sepatutnya slot yg mula 4.30, 5.00 dan 6.30ptg adalah dgn pelajar. Tetapi hanya tetamu jam 4.30 aje hadir. Hmm, inilah tugas pensyarah. Saya tengok punch kad saya hari ini dan semalam, keberadaan saya di uitm hampir berjumlah 24jam untuk dua hari. kalau mcm ni, cukup 3hari sahajalah saya berada di uitm dah boleh penuhkan keperluan 38.5jam seminggu. Dab keberadaan saya hari ini sangat2 produktif sb banyak perkara tertangguh hampir dpt diselesaikan.

Oh, ya, lupa pulak saya juga bermesyuarat dgn KP saya melalui telefon agak lama juga. Hasilnya, saya berpuashati bhw siapa sebenarnya yg cakap tidak jujur dgn saya. Sudah berjaya mengenal pasti individu cakap lain dgn setiap org spt sengaja nak mengadu domba pensyarah lain. Adakah untuk kelemahan sendiri?

Rabu, Oktober 28, 2009

Masa Bekerja Seorang Pensyarah - 2

Seorang pelajar saya bagitau saya ada seniornya gagal atau dapat TL bg Laporan Penyelidikan. Dan sebab utama adalah kerana tidak dapat berjumpa dgn penyelia sehinggalah ke saat2 akhir.

Saya pernah TLkan pelajar yg tidak berjumpa saya atau tidak mahu berjumpa saya. Tetapi yg pelajar maklumkan kpd saya adalah mereka payah nak berjumpa pensyarah 'besar2'. Tadi saya dibagitau pensyarah 'besar2' adalah mereka yg memegang jawatan. Seingat saya, jarang saya ni payah untuk berjumpa dgn pelajar. Jika ada perubahan jadual perjumpaan, saya akan maklumkan seberapa segera yg boleh.

Dan antara sebab saya balik selepas jam 7malam adalah kerana pelajar yg saya selia SRW655 hanya berpeluang berjumpa dgn saya selepas jam 5petang, iaitu selepas waktu kerja mereka. Hampir setiap semester, saya kerap berjumpa dgn pelajar SRW655 pada hujung minggu sama ada sebelum atau selepas kuliah saya di hujung minggu.

Pelajar adalah pelanggan utama seorang pensyarah. Jadi sesuaikanlah seberapa boleh masa kita dgn masa pelajar. Tak guna pangkat tinggi, pegang jawatan, gaji besar, dpt masa kerja (ATA) lebih untuk dpt claim tetapi tidak sudi berkongsi ilmu atau tiada ilmu utk berkongsi dgn pelajar. Kalau macam tu, janganlah jadi pensyarah. Memalukan namabaik kerjaya pensyarah aje.

Masa Bekerja Seorang Pensyarah

Satu topik yg dekat di hati. Yang boleh menyakitkan hati. Yang boleh buat kita perlu berhati2.

Bilakah masa bekerja seorang pensyarah? Adakah jam 8pagi hingga 5ptg? Atau adakah hanya pada masa kita ada kuliah sahaja? Ada orang akan masuk awal2 pagi kalau ikut kad masanya. Ada orang masuk sebelum jam 8pagi. Ada orang masuk lepas jam 8pagi. Ada orang macam tak masuk2 kerja sebab kadnya tiada didetik dgn masa masuk dan/atau masa keluar.

Pagi tadi saya masuk jam 7.30pagi. Selalunya saya masuk selepas jam 8pagi. Dan saya selalu keluar selepas 7malam. Secara purata saya akan 'clock-in' hampir 50jam seminggu. Masa keberadaan seorang pensyarah minima adalah 38.5jam seminggu. Ada kalanya saya berada bertugas 7hari seminggu dan ada masanya sehingga lebih 70jam seminggu. Dan saya masih lagi dikatakan sebagai tidak buat kerja.

Tadi saya bagitau pelajar saya, 'saya bercadang nak gantung pingat2 kemenangan akademik saya di jaket saya pada satu hari dan berjalan2 di sekitar mereka yg kata saya tak buat kerja'. Mereka ketawa aje.

Peperiksaan Oktober 2009

Hari ini hari pertama peperiksaan Oktober 2009 di UiTM. Dan hari ini juga saya bertugas sebagai pengawas pepeperiksaan (1 daripada 4) untuk sem ini. Tugasan saya di pagi tadi adalah di Dewan Anex UiTM.

Lebih drpd 200pelajar yg mengambil peperiksaan. Mereka terdiri drpd pelajar sepenuh masa dan bukan sepenuh masa. Mereka juga terdiri drpd pelajar diploma dan Ijazah sarjana muda sain sukan dan pengurusan sukan. Peralatan seperti meja kurang tersedia spt sepatutnya. Tiada nombor meja, jadi terpaksa gunakan helah untuk calon dpt membezakan tempat duduk mereka dgn mudah. Maklumat adalah penting.

Dan kelihatanlah pelajar kerap keluar ke tandas kerana suhu dlm dewan lebih sejuk drpd biasa. Ianya tak dpt dikawal kerana ianya berbentuk 'centralised control'. Kelihatan juga pelajar yg termenung mungkin kerana dah 'habis' menjawab. Ada yg tidur. Dan diantara pelajar kelihatanlah ada yg resah gelisah. Kenapa ya? Terlebih tahu atau tidak tahu untuk menjawab soalan?

Kepada kesemua yg menduduki peepriksaan Oktober 2009 UiTM, saya ucapkan semoga anda selamat dlm melalui peperiksaan ini. hadapilah dgn tenang dan jujur. Janganlah cuba membuat 'magic' atau menggunakan toyol atau kaedah berkomunikasi berkesan dgn kawan2 semasa peperiksaan. dapatkan rezeki yg halal.

Selasa, Oktober 27, 2009

Kepimpinan dan Bakal Pemimpin

Seorang sahabat menelefon saya tadi tetapi saya tidak sempat nak jawab. Jadi saya buat panggilan semula kpd beliau. Maklumlah, kalau dia telefon maknanya sangat penting.

Dia memaklumkan bhw dia telah bagitau kpd pengetua sekolah menengah saya dahulu tentang kemudahan untuk program kepimpinan yg ditadbir oleh uitm. Dan beliau memaklumkan bhw hubungilah saya untuk menguruskan program tersebut untuk bakal2 pemimpin yg sedang menuntut di sekolah saya. Sahabat saya telah canangkan kpd pengetua bhw untuk program kepimpinan di masa hadapan, sayalah rujukan. Alahai, besar dan kuatnya canangang sahabat saya ni. Termampukah saya menguruskan amanah ini?

Saya bercadang untuk ke sekolah lama saya bersama sahabat saya untuk mendapat maklumat lanjut. Insyaallah, dgn izin Yang Maha Esa, saya akan cuba sebaik dan sedaya mungkin membantu mendidik bakal pemimpin dari sekolah lama saya. Teori kepimpinan apa yg saya nak gunakan ya?

Perancangan Untuk Capai Matlamat

Pagi tadi saya terlibat dlm perancangan uitm berdasarkan KPI dan KRA Menteri Pengajian Tinggi. Saya berfikir sendirian dgn keadaan saya diberi peluang bersama2 bekas2 pensyarah saya untuk kebaikan uitm. Adakah ini satu penghormatan atau kerana saya seorang yg tak buat kerja?

Diantara topik adalah bagaimana nak mengekalkan tenaga yg sedia ada. Saya maklumkan bagaimana saya berkongsi pengalaman kawan2 yg berminat untuk mengajar dan lakukan penyelidikan tetapi sebaliknya banyak dihabiskan masa dlm pentadbiran. Dan ada yg telah meninggalkan uitm kerana sebab ini. Maka perlu ada perancangan kerjaya untuk yg nak jadi pensyarah kerana nak mengajar dan menyelidik. Jika yg minat jadi pentadbir kerana tak ada ilmu untuk mengajar, janganlah jadi pensyarah. Rezeki sepatutnya sebagai pensyarah berkongsi ilmu, bukannya untuk buat tuntutan kerana ingin jaga imej.

Sebelum ada rancangan, kena ada objektif. Kemudian fikirkan strategi (helah ikut kata bos saya) untuk capai objektif.

Isnin, Oktober 26, 2009

IERU

Saya bercadang untuk ambil bahagian dalam IID 2010, setelah mengikuti IID 2008 dan IID 2009. Saya mengambil bahagian dlm IID 2008 setelah mengikuti ITEX 2007 dgn Nagoor dan Dr Anuar.

Di ITEX 2007, saya berjaya dpt PERAK. Di IID 2008, saya ada 3 penyertaan, dan dapat satu GANGSA. Di Geneva 2008, saya dapat satu GANGSA. Di IID 2009 saya ada 4 penyertaan, 3 sebagai ketua. Alhamdulillah, saya berjaya dapat 1EMAS dan 3 PERAK. Di MTE 2009 dan ITEX 2009, saya tiada mendapat sebarang pingat. Alhamdulillah, di PECIPTA 2009 saya dapat 1 PERAK. Jadi berapakah penyertaan saya untuk IID 2010?

Tadi saya berkongsi cadangan dgn seorang peserta drpd CS (pemegang PhD dan bakal layak mendapat prof madya)berkaitan penyertaannya ke IID 2010. Tadi juga saya beri beberapa cadangan kpd wakil UiTM ke Nuremberg 2009 untuk penambahbaikan produknya. Saya doakan kejayaan mereka berdua.

Esok saya akan menghadiri mesyuarat IERU berkaitan cadangan UiTM untuk mencapai IERU.

Pecah Amanah

Adakah pecah amanah sama dgn kesalahan? Ada kah pecah amanah sama dgn kezaliman? Pecah amanah dikaitkan dgn takhta (kuasa), harta (kekayaan material) dan dan wanita (ataupun lelaki berkaitan seks).

Kenapakah ini berlaku? Adakah sebab telah lupa tujuan kejadian kita di dunia ini? Atau bagi yg tidak mendapat kemurahanNya, tidak tahu atau tidak iktirafkan tujuan kejadian manusia? Selalunya yg pecah amanah adalah mereka yg mempunyai sesuatu dan inginkan sesuatu sebagai balasan. maka pemberi dan penerima adalah sama2 pecah amanah. Saya suka gunakan perkataan pecah amanah daripada rasuah.

Perlukah kpd kedudukan yg tinggi? Perlukah kpd harta berguni2? Perlukah kpd kepuasan nafsu seks berulang2kali? Ketiga2 ini jika kita tak dapat kawal akan menjadikan kita hambanya dan menyebabkan kita lupa kpd Allah, yg mana sepatutnya kita menjadi hamba Allah.

Sabtu, Oktober 24, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah - UiTM

Semalam saya hadir ke majlis pelancaran - Hari Ini Dalam Sejarah UiTM. Ianya telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Tan Sri NC UiTM.

Majlis dianjurkan oleh pelajar Masscomm Broadcasting dibawah nasihat pensyarah mereka. Program HIDS - UiTM akan bermula 'berkokoknya ayam' pada 1 Januari 2010 (01.01.2010). Ianya akan ke udara melalui Radio UiTM dan akan memaparkan sejarah berkaitan UiTM sejak ianya ditubuhkan. Rancangan ini akan ke udara pada setiap hari daripada 1 Januari 2010 sehhingga 31 Disember 2010.

Semalam saya mewakili Pengarah saya. Tidak ramai jemputan yg dpt hadir kerana mungkin dimaklumkan pada saat akhir setelah ditangguhkan pada tarikh sepatutnya iaitu pd hari sebelumnya Khamis 22Oktober 2009. Selain drpd mereka dari Masscomm, wakil/vip yg hadir adalah dari Perakaunan dan Art & Design.

Mungkin gambar saya akan termasuk dlm koleksi gambar sejarah UiTM jika gambar yg hadir semalam dimasukkan dlm koleksi UiTM. Ada peluang menjadi sebahagian drpd sejarah UiTM.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Balik Dari Kerja

Hari ni 5.05ptg saya dah keluar dr pejabat. Silap pulak terpunch out. Sebab malam ni wakil bos ke satu majlis uitm.

Saya biasanya balik pd jam7.30mlm dr pejabat. Selalunya pelajar penyelidikan dan latihan praktikal akan berjumpa saya antara jam 5ptg ke 7mlm. Dan selalunya, selepas jam 5ptg juga dapat fokus dlm kerja. Kalau sebelum jam 5ptg selalunya banyak urusan pentadbiran, mesyuarat, majlis dan mcm2 ada. Saya di fakulti selalunya hanya 2 hari dlm seminggu iaitu pada hari saya ada kuliah dgn pelajar. Dan secara puratanya saya akan berada selama 4jam termasuk waktu kuliah.

Jadi hari ini terasa pelik juga. Setelah sekian lama tak sampai di rumah sebelum jam 7malam. Dan saya ada masa untuk berehat sebelum kembali ke uitm untuk majlis malam ini.

Lalai

Kita pada setiap hari banyak dilalaikan daripada melakukan apa yg perlu utk capai tujuan/matlamat/objektif kita. Tujuan kita diadakan adalah untuk beribadah kpd Allah. Dan kita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran pada setiap masa yg cuba melalaikan kita drpd menjalankan amanah kita sbg hamba Allah.

Dlm menjalankan kerja seharian mencari rezeki, kita pun mudah terlalai. Internet adalah satu rekaan yg sepatutnya membantu kerja kita lebih cekap dan berkesan. Tetapi apabila kita layari internet, kita akan menghadapi pelbagai godaan yg boleh menyebabkan tugas tidak dpt diselesaikan. Antara kemudahan di internet yg jika tidak dikawal adalah FB. Maka pihak berkaitan di UiTM menghadkan kemudahan menggunakan FB di uitm. Walau pun FB ada kebaikannya, tetapi kajian mungkin menunjukkan keburukan FB lebih banyak drpd kebaikannya semasa masa bekerja.

Begitu juga dgn perkara2 lain yg telah disebut dalam agama. Muzik boleh melalaikan kita sehingga kita kpd tanggungjawab kita. Doakanlah agar kita kurang dilalaikan dlm persediaan untuk 'Hassanah di dunia dan di akhirat'.

Mesyuarat dan Maklumat

saya tak gemar hadir mesyuarat. Saya menjadi pensyarah untuk kurangkan menghadiri mesyuarat. Kebanyakan mesyuarat tidak mencapai matlamat. Ini mungkin bergantung kpd pengerusi mesyuarat.

Dalam jawatan saya sekarang saya akan hadir ke mesyuarat sama ada sebagai pengerusi, ahli, jemputan atau sebagai wakil. Begitu juga dgn majlis2 rasmi di uitm. dan jika dikaji maka saya rasa saya lebih banyak ke majlis spt ini berbanding dgn tugas sebagai seorang akademik. Lebih kepada urusan pentadbiran. Memang ada mereka yg jika tidak dijemput hadir ke masyuarat atau majlis akan terasa tidak penting. Maka mereka akan cuba dijemput ke majlis atau mesyuarat. Tetapi mereka ini apabila hadir ke majlis akan mengganggu majlis atau mesyuarat kerana tahap keilmuan mereka yg kurang sesuai dgn majlis atau mesyuarat.

Saya akan cuba buat kajian kekerapan saya dijemput hadir ke mesyuarat, kehadiran saya, dan menghadiri mesyuarat berbanding dgn pulangan (ROI). Harap tak ada yg melenting.

Khamis, Oktober 22, 2009

Sentiasalah Bersyukur

Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja, saya masih lagi melayan perasaan. Bersyukur kerana masih lagi bernyawa di muka bumi ini. Bersyukur kerana masih mendapat rahmanNya di dunia ini.

Bukan semua yg kita inginkan akan kita dapat. Tetapi janganlah ianya menyebabkan kita terus putus asa dgn kehidupan kita. Memanglah, persaan putus asa akan ada tetapi janganlah ianya sentiasa dan berpanjangan. Mendapat atau tidak mendapat sesuatu bergantung kpd rezeki kita. Ianya mungkin sebagai ganjaran atau ujian atau lain2 lagi. Sama ada kita dapat atau sebaliknya, ianya adalah peringatan kpd kita. Peringatan untuk bersyukur dan insaf.

Saya suka membaca. Antara bacaan saya adalah blog2 kenalan dan rakan. Ianya mengingatkan saya bhw banyak perkara yg kita mesti bersyukur kerana ada dan juga tiada.

Bersama Setelah 25Tahun



Terima kasih kpd penganjur. Terima kasih kpd sahabat2 yg hadir. Ada yg saya tidak jumpa hampir 25tahun selepas tamat SPM.

Jika dilihat gambar ada yang kelihatan lebih tua drpd bekas pengetua kami yg sudah mencecah 70tahun. Dan apabila membaca diskusi di dalam FB, masa seolah kembali ke tahun 80an. Ianya membuat saya terfikir sejenak. Begitu juga semalam. Kami bekas pelajar duduk sesama kami. Dan masih ramai yg takut2 nak duduk dimeja utama walau pun pangkat kami boleh dikatakan tinggi2. Kami akan bercerita kenangan lama. Seolah2 kami kembali berusia belasan tahun. gelak ketawa sentiasa kedengaran.

Dan seperti biasa, di majlis sebegini, isteri2/teman2 wanita/tunang2 akan duduk semeja. Bagi yang isteri2 dll yg pertama kali hadir di majlis kami akan rasa kekok. Dan para isteri2/teman2 wanitalah yg menjadi jurugambar. Dan soalan biasa, dimana isteri saya? Jawapan biasa saya,'bersama anak2'.

Rabu, Oktober 21, 2009

Makan Malam Bersama Bekas Pengetua

Insyaallah, malam ini, saya bersama2 beberapa daripada sahabat2 setia akan makan malam bersama dgn seorang drpd bekas pengetua sekolah menengah kami. Beliau menjadi pengetua saya pada tahun 80an dahulu.

Begitu cepat masa berlalu. Sudah 25tahun sejak saya bergelar pelajar sekolah menengah. Diantara sahabat2 ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya, ada yg sangat2 berjaya. Saya tak tahu bgmana nak menilai diri saya. Kerta besar - tiada, rumah besar - tiada, hutang besar - tiada, gaji besar - tiada, bini besar - tiada.

Dan semalam, saya bersama2 sahabat2 seperguruan bermain futsal spt biasa. Hmm, semalam terasa cepat pula penatnya. Tetapi seronok juga sebab masih ada stamina, dpt sprint below 10seconds (10 meter). tapi bial balik rumah, lambat tidur sebab tersangat2 penat.

Agak2 berapa ramaikah sahabat2 yg ada malam ni. Insyaallah saya berpakaian seragam saya untuk majlis makan malam spt biasa.

Bekerja Lagi - 2

Setelah berbincang dgn kawan2, kami terpaksa tidak dapat memenuhi jemputan pameran di zoo melaka pada hujung minggu ini. Orang dan barang sama ada kurang atau tiada untuk membolehkan pameran drpd kami adalah berkesan.

Kecewa ada, lega pun ada. Kecewa sebab cita2 nak ke zoo melaka akan tercapai. Lega kerana ada masa peribadi saya pada hujung minggu ini. Saya untuk semester ini amat jarang untuk mempunyai masa sendiri pada hujung minggu. Selalunya saya akan berada di tempat kerja sebagai fasilitator seminar. Bagaimana agaknya masa hujung minggu saya untuk semester hadapan? Jika seperti semester2 sebelum ini jawabnya, masa saya untuk hujung minggu mungkin tiada untuk peribadi. Sebabnya, pada hari sabtu dan ahad, saya sama ada menghadiri kuliah sebagai pelajar ataupun sebagai pensyarah.

Bagi yang masih lagi kurang faham, masa seorang pensyarah bukanlah hanya masa di bilik kuliah sebagai pensyarah sahaja. Masa perlu diperuntukkan untuk persediaan sebelum kuliah dan semakan selepas kuliah. Dan bukan hanya mesti pndai cakap sahaja, mesti pandai cakap sebab apa yg dicakap adalah ilmu untuk dikongsi dgn pelajar.

Kenaikan Pangkat

Perkara yang sentiasa di fikiran mereka yg makan gaji. Bila nak naik pangkat? Siapa naik pangkat? Dsbnya berkaitan naik pangkat.

Dalam organisasi berbeza, cara dan ciri kenaikan pangkat adalah berbeza. Ada yg mudah, ada yg susah. Ada yg telus, ada yg kabur. Tetapi selalunya setiap keputusan kenaikan pangkat jarang mendapat persetujuan bhw yg dinaikkan pangkat layak dinaikkan pangkat. Manusia berbeza, pandangan berbeza. Ada yg dinaikkan pangkat sebab betul2 layak, ada yg sebaliknya. Ada yg naik pangkat hasil usaha sendiri, ada yg naik hasil usaha orang lain. Begitu jika tidak dinaikkan pangkat. Ada kerana masih belum layak. Ada yg layak tetapi kerana ada orang lain tidak mahu orang pertama tu dinaikkan pangkat atas sebab2 peribadi bukan profesional (takut hilang kedudukan dia, peluang penilai jadi bos akan diambil oleh yg dinilai, dsbnya).

Apa pangkat saya? Siapa saya? Kejayaan pd setengah orang adalah berdasarkan pangkat. Pangkat saya adalah ... Hormat..Hormat di Raja..Hormat. Allah Jua Yang Menentukan Rezeki Kita.

Selasa, Oktober 20, 2009

Bekerja Lagi

Bagi yang tak buat kerja (saya spt dinyatakan oleh pihak tertentu) akan diberi kerja. Dan kerja yg mungkin saya kena lakukan adalah sebagai wakil kpd uitm.

Kerja ini kalau ikut kelayakan akademik saya, pangkat saya dsbnya memang saya tak layak buat. Tinggi sangat tahapnya untuk saya. Tapi kerana saya dah dipilih untuk wakil uitm, maka saya terima amanah tersebut. Kerja ini akan dilakukan jika dapat bajet. Dan sepatutnya dilakukan pd hujung minggu ini. Pagi tadi saya terima surat jemputan setelah menerima telefon drpd jabatan berkaitan. Pakar pokok dan pakar taman tidak dapat hadir kerana masing2 telah mempunyai tugas uitm pd masa yg sama. Maka terpaksalah pakar akar yang pergi (saya).

Maka saya perlukan ahli2 pasukan utk membantu saya menjalankan tugas saya mewakili uitm ini. Ada sesiapa yg sudi? Hubungilah saya segera.

Penilai Kualiti

Hari ini dan esok, InED dinilai untuk pensijilan semula oleh LRQA. Maka ada yang gmbira dan ada yang tak gembira.

Penilai menyatakan bahawa apa yang dilakukan adalah menilai bukannya melakukan audit. Kalau audit, pemeriksaan adalah lebih terperinci. Maka saya adalah diantara mereka yang akan dinilai. Yang dinilai adalah tugas dan tanggungjawab kami. Untuk menilai adakah kita menjalankan tugas sebagaimana yang diberi amanah. Bos bagitau, buat kerja seperti biasa. (kalau biasa tak buat kerja, maka tak payahlah nak bermuka2). Dan adalah yang akan menghilangkan diri kerana takut dinilai. Kenapa?

Saya maklumkan kpd staf saya, saya bersedia menerima teguran jika tidak dapat jalankan tugas dgn baik. Tetapi saya akan jelaskan bhw untuk mencapai objektif yang diberi,kena pastikan bhw sumber yang diperlukan ada disediakan.

Penilaian bukanlah untuk mencari salah seseorang. Penilai mencari kekuatan dan kekurangan untuk penambaikan berterusan organisasi dan individu.

Penilaian Seorang BekasPegawai

Maaf, prestasi anda tidak memuaskan. Anda gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab. Anda tidak menjalankan amanah anda.

Anda memalukan organisasi. Anda tidak wajar memakai seragam. Anda menghitamkan namabaik mereka yang memakai seragam yang mesti dipakai dengan penu tanggungjawab dan beramanah. Anda sepatutnya menjaga dan melindungi orang lain. Sebaliknya anda telah menyalahgunakan kedudukan dan pangkat anda dengan organisasi. Anda telah merosakkan masa depan orang lain. Anda tidak layak menjadi pegawai atau petugas dengan organisasi ini. Anda ada pilihan, berhenti secara sukarela ataupun dipecat. Tetapi peringatan, akan ada mereka yang akan menjalankan tugas untuk memastikan anda tiada kaitan dengan organisasi. Kami benarkan mereka ini membersihkan namabaik organisasi.

Walau pun telah memilih untuk berhenti secara sukarela, apa yang telah dilakukan tidak dapat ditarikbalik atau dipadamkan. Mungkin kesalahan di dunia (yang masih tidak diakui oleh anda) anda terlepas darpipada keadilan. Tetapi Allah Maha Adil,pembalasan di akhirat ada lagi.

Alhamdulillah

Syukur kepada Allah kerana memberi masa lagi untuk bersedia sebelum kembali kpdNya

Isnin, Oktober 19, 2009

Konvo UiTM ke 71 - 2

Semasa konvo berlangsung, kelihatan dan kedengaran keceriaan para graduan. Ada yg memanggil2 nama kawan yg berada di atas pentas. Ada pula yg sempat melambai sebelum dan selepas menerima skrol. Graduan FSR tidak terkecuali.

Pro canselor menegur tingkahlaku keceriaan ini. Majlis yg kebiasaannya berlangsung dgn penuh tertib berubah kpd majlis bukan spt konvo. Memanglah kita gembira dgn kejayaan kita dan kejayaan kawan2 atau saudara kita. Tetapi sesuatu majlis mempunyai tatatertibnya untuk menjadikan sesuatu majlis itu suatu yg 'esklusif'. Majlis konvo bukanlah satu majlis konsert rock atau majlis menerima anugerah lagu dsbnya dimana semasa konvo, menghormati pro-canselor dan mereka yg berada diatas pentas membezakan majlis konvo dgn majlis yg siapa2 shj boleh hadir.

Konvo menandakan bhw kita telah mencapai satu kematangan melalui imu yg didapati semasa berada di UiTM. Maka gelagat graduan juga menunjukkan tahap kematangan kita dan sama ada kita benar2 berilmu atau sebaliknya.

Konvokesyen ke 71 UiTM

Konvo kali ini bermula pd 15 Oktober lagi. seramai lebih 21,000 graduan akan terima skrol mereka. Berbeza dgn masa saya terima diploma saya yg mana hanya 3,000 graduan untuk setahun shj.

Konvo kali ini menyaksikan secara purata 1,000 graduan setiap sesi. Dan nama2 graduan tidak lgi disebut pengacara majlis, serta tiada lagi bersalaman dgn pemberi skrol. Malah 'live band' dan jamuan untuk keluarga dan graduan juga tiada. Kesannya, konvo dpt dijalankan dgn lebih cepat dan ekonomi.

Semalam, sesi konvo untuk graduan FSR, Pendidikan dan Masscomm. Tahniah kpd para graduan terutama mereka yg saya selia projek penyelidikan mereka. Tidak ramai pensyarah FSR yg dapat hadir kerana terdapat mereka yg menjalankan temuduga pd 17Oktober tidak sempat kembali ke Shah Alam.

Pada hari pertama konvo, 3 drpd rakan seprogram sarjana saya tamat pengajian mereka dgn jayanya. Tahniah. Bilakah pula giliran saya?