Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 12, 2009

SRW655 Julai 2009

Stres rasanya selepas memeriksa Project Paper yg dihantar pelajar di bawah seliaan saya. Kami berjumpa dan berbincang sekurang2nya 7 kali secara purata setiap pelajar sama ada secara individu atau berkumpulan.

Saya dapati bhw ramai formatnya tidak sama. Dan yang paling ketara, pelajar apabila merujuk kpd kajian lampau tidak menyenaraikan kajian lampau tersebut di dalam bahagian 'References'. Ini berlaku dalam bab 1, bab 2 dan bab 5. Saya dah berkali2 berpesan kpd mereka untuk pastikan setiap LR yg dirujuk mestilah dinyatakan/disenaraikan dlm bhgian References. Jika tidak disenaraikan bermakna sebenarnya rujukan tersebut TIDAK dirujuk. Maka sebarang perbincangan di bab 1 atau 2 atau 5 adalah perbincangan tanpa sokongan. Dan jika tanpa sokongan, bermakna sebenarnya tidak valid/ TIDAK SAH untuk menghasilkan sebarang kesimpulan dlm kajian pelajar.

Adakah saya tidak menjalankan tugas saya dgn baik? Adakah sebenarnya saya semakin 'strict'? Adakah saya semakin faham cara membuat kajian? Saya suka menyelia pelajar SRW655 kerana saya pun mesti membaca sebelum boleh komen pelajar.

1 ulasan:

hisyamchemat berkata...

Insyaallah, mulai semester hadapan saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan EndNote dengan para pelajar dan pensyarah yang berminat untuk kursus tersebut. Dengan software EndNote, penulisan terutama di bahagian bibliografi akan menjadi lebih mudah.