Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 31, 2010

Sama2 Berjaya

kelmarin, saya bertemu beberapa kawan pensyarah di fakulti. kami berbincang tentang persediaan iid 2010se.

pada asalnya bercadang utk satu penyertaan. kemudiaannya menjadi dua. kelmarin kemungkinan menjadi 5 penyertaan. kesemuanya secara penyertaan bersama. setelah dibincangkan, saya cadangkan mungkin 3sahaja. risau tak sempat nak fokus semasa penghakiman.

pada asalnya penyertaan mengandungi 2ahli. setelah difikir2, adalah lebih baik jika ahli sekurang2nya 3orang. saya sedang menunggu persetujuan 2kawan utk mengenalpasti ahli ke3 bagi penyertaan bersama mereka. insyaallah di lain kali, mereka yg jadi ketua kali ini akan jadi ahli pada iid akan datang.

formula ini dicadangkan oleh prof kamil semasa beliau dekan di fsr. ianya satu langkah utk memberi pengalaman dan keyakinan kpd mereka yg belum pernah terlibat dlm penyelidikan dan inovasi. ianya adalah utk membolehkan sebarang kejayaan dikongsi bersama. doakanlah agar penyertaan kami utk iid 2010se mendapat pengiktirafan drpd para hakim.

Rambut

saya tidak suka berambut panjang. bukan sahaja kelihatan serabut, ianya juga mencerminkan seolah2 kita ini juga berserabut pemikiran.

bagi lelaki, jika berambut panjang, ianya akan menyusahkan perbezaan dgn perempuan. dan sebaliknya jika perempuan berambut pendek akan menyusahkan perbezaan dgn lelaki. saya kerapkali tersilap melihat perempuan yg berambut pendek spt lelaki dan juga berpakaian spt lelaki dianggap sbg lelaki. ini menimbulkan kekeliruan kpd saya akibat kekeliruan mereka ini.

di bidang sukan dan rekreasi, berambut panjang bagi lelaki adalah menyusahkan. mereka yg sedemikian tidak faham secara mendalam keperluan berambut kemas dan pendek. mereka tidak mencerminkan sahsiah diperlukan oleh pengamal sukan dan rekreasi. rambut yg panjang semasa bersukan dan berekreasi boleh menjejas kelancaran aktiviti sukan dan rekreasi. adakalanya ianya akan menyebabkan kemalangan semasa sukan dan rekreasi.

dahulunya warga fsr yg lelaki berambut pendek dan kemas. tetapi sekarang ramai yg sebaliknya kerana fesyen? pelajar lelaki yg berambut panjang tidak akan dibenarkan menghadiri kuliah dan menduduki peperiksaan kerana tidak mematuhi sahsiah diri sbg pelajar uitm.

Mesti dan Patut

mengikut rebt, kita mesti elakkan penggunaan 'mesti' dan 'patut'. tetapi ada keadaan kita perlu gunakan perkataan 'mesti' dan 'patut'. dlm bahasa inggeris adalah 'must', 'should' dan 'ought'.

jika kita sentiasa gunakan perkataan 'mesti' dan 'patut', kita seolah2 memaksa diri kita utk sentiasa melakukan perbuatan utk mencapai sesuatu secara sempurna. memang jika setiap kali kita mesti capai sesuatu secara sempurna, ianya akan menjadi satu tekanan kpd kita. hasil drpd tekanan ini boleh menjadikan kita tidak selesa.

tetapi memang ada masanya kita perlu capai sesuatu dgn sempurna. jika tidak, usaha kita adalah sia2 shj. spt, jika kita tidak hadir ke kuliah minima 80%, kita patut tidak dpt hadir ke peperiksaan. jika kita tidak mematuhi sahsiah rupadiri, kehadiran kita di kuliah mesti tidak diambil kira. jika kita tidak menghantar tugasan,maka kita 'patut' tidak lulus kursus kita. maka kita akan lihat akan ada 'patut'nya pelajar yg akan mengulang semula kursus yg diambil pada semester di semester hadapan.

Bila Beduk Berbunyi...

bila beduk berbunyi, sayu terdengar di subuh sunyi... ini adalah bit2 lagu hari raya. kita akan berasa sayu apabila mendengarnya.

dahulunya, beduk berbunyi menandakan masuk waktu solat. sekarang ada tempat tertentu menggunakan beduk utk menandakan waktu berbuka puasa. tidak banyak surau atau masjid yg masih mempunyai beduk.

bermula semalam, lagu2 raya sudah berkumandang di corong2 radio. ini meningkatkan perasaan kpd kita yg akan balik beraya di kampung. maka tugasan harian spt kerja, pembelajaran makin dilupai. sebaliknya, di kepala kita, adalah utk balik kampung. utk beraya dgn keluarga.

hari ini adalah hari ke 21 kita berpuasa. kita dalam 10hari terakhir bulan Ramadan. ramai yg gembira krn hari raya makin hampir. ramai juga yg sedih kerana ramadan makin hampir utk berakhir. jangan lupa kesejahteraan dunia dan akhirat.

Merdeka

apa erti merdeka kpd kita? adakah kita sebenarnya merdeka? adakah dgn bermain mercun tanda kita sudah merdeka? main mercun adalah budaya menghalau hantu bagi kaum tertentu.

ingatlah, kita ini hamba Allah. kita ada tugas dan tanggungjawab utk dilakukan semasa di bumi milik Allah ini. tetapi walau pun kita ini hamba Allah, kita bebas melakukan apa yg kita ingini. dan kita perlu ingat kebebasan ada hadnya. janganlah kerana usia, kelayakan akademik, jantina dan sebagainya, kita andaikan kita merdeka utk lakukan apa sahaja. setiap perbuatan kita, kita perlu bertanggungjawab.

kita hendaklah sentiasa berusaha utk kesejahteraan dunia dan akhirat. tetapkan matlamat. senaraikan pilihan utk capai matlamat. buat keputusan setelah menilai setiap pilihan. jangan lupa, walaupun kita bebas membuat keputusan, tetapi segala yg ada adalah milik Allah. apa yg diberi kpd kita adalah amanah Allah kpd kita.

kita merdeka jika kita berilmu. maka bacalah dgn nama Tuhanmu.

Isnin, Ogos 30, 2010

Terserlah Kesungguhan Kita

tadi satu lagi grup buat pembentangan sps550. lepas ni tinggal 2grup shj. grup tadi bentangkan tajuk terapi tingkahlaku.

semasa pembentangan dpt saya nilai persediaan dilakukan pelajar. ada yg hanya gunakan teks shj utk rujukan. ada yg baca bulat2. ada yg berusaha lebih dan merujuk selain drpd teks. maka pembentangan mereka ini lebih berisi dan menarik kpd saya. mereka juga dpt mengaitkan kaunseling dgn sukan. sesuailah dgn kursus kaunseling sukan.

bagi saya mereka yg duduk di bahagian depan kelas adalah mereka yg berminat utk meningkatkan ilmu mereka. kemungkinan mereka yg duduk di belakang kurang sedikit berminat utk belajar. betul ke?

kebiasaan, beberapa pelajar yg sama mengambil bahagian dlm perbincangan dlm kelas. mereka ini selalunya berminat dgn kursus. dan mereka ini selalunya bersedia sebelum kuliah dgn membaca topik2 berkaitan utk kuliah. dan mereka juga akan membuat 'revision' selepas kuliah. dan tadi juga seorang pelajar diantara pelajar cemerlang berjumpa dgn saya utk menghantar tugasan yg saya baru berikan semalam. ini bukti bhw jika kita minat, kita akan segera melakukan sesuatu.

Baked Potato

semalam saya terliur nak makan baked potato yg dijual dibazar ss18. tetapi jenis yg saya nak dah habis. ikut kata towkay, awal2 lagi dah habis. kalau nak, kena p pukul 5.30ptg.

pagi tadi saya bagitau staf saya yg saya singgah di gerai sepupunya. dan saya bgtau bgamana saya terkilan tak dpt rasa baked potato dgn beef. jadi tengahari tadi saya pesan 3 baked potato utk saya berbuka hari ini.dan sebelum saya balik ke rumah, saya dapati ada lebih drpd 3. 2 tu ikhsan drpd towkay. terima kasih.

malaysia terkenal dgn pelbagai juadah utk berbuka puasa. di bazar ramdan, kita boelh rambang mata melihat pilhan2 makanan dan minuman utk berbuka. di bazar ss18, ada yg menjual makanan'western'. ramai yg menjual satay, nasi beriani, mee, ikan bkar dsbnya.

memang kita dimurahkan Allah dgn keamanan dan rahmat. jadi janganlah kita sombong dan lupa utk beribadah kpd Nya. berbukalah dgn rezeki yg halal.

Musang di Shah Alam

petang semalam dlm perjalanan pulang ke rumah dr uitm, saya singgah di rumah saudara saya di sek3. utk menghantar kiriman drpd ibu saya. dah lama saya tak singgah di rumah tok saudara saya tu. semasa saya pelajar diploma pada 80an, saya biasa singgah ke rumahnya.

di jalan sebelum sampai ke rumah saudara saya, saya terpandang bangkai seekor binatang. pada mula2nya saya andaikan seekor kucing. tetapi bila hampir dgn bangkai tersebut, jelas drpd corak bulu dan kepalanya, ianya adalah bangkai seekor musang. ini bermakna masih ada musang di shah alam. mungkin berasal drpd bukit cerakah? atau drpd ladang kelapa sawit yg sekarangnya dah jadi sek7 shah alam? semasa di rumah lama di sek ss19 subang jaya beberapa tahun yg lepas, saya telah melihat sekeluarga musang meniti talian telefon di belakang rumah saya.

jika ada yg berminat, bolehlah dilakukan kajian jenis2 binatang liar yg terdapat di bandaraya spt shah alam dan subang jaya. bandaraya2 ini asalnya adalah ladang kelapa sawit. apabila di fsr, kadang2 kedengaran kokokan ayam dari bukit berhampiran.

RM500 utk Raya 1431h

alhamdulillah, pada rabu lepas penjawat awam menerima imbuhan rm500 drpd gred 1 ke gred 54. saya termasuklah sama. rm500 itu besar nilainya kpd saya. saya bukan tergolong drpd mereka yg memperolehi rm500 sehari (setakat ini). doa2kan lah hasrat saya tercapai.

pada hari tersebut saya menyokong imbuhan rm500 kpd kakitangan koperasi. ianya adalah imbuhan tahunan yg biasa diberi oleh koperasi. tapi mereka perlu ingat bhw imbuhan sepatutnya ganjaran utk bekerja dgn lebih produktif. jika imbuhan tidak meningkatkan keuntungan kpd koperasi, maka kemungkinan ianya adalah imbuhan terakhir. dan kemungkinan akan ada pengurangan gaji bulanan jika produktiviti kurang.

apa nak buat dgn rm500 tu? mungkin ada yg bercadang utk guna menghiaskan rumah. ada yg mungkin gunakan utk hiaskan diri. jika balik ke kampung, rm500 boleh menampung duit minyak pergi dan balik ke kampung dan pusing2 di kampung. saya tak pasti lagi nak buat apa. sebaik2nya dpt digunakan utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Ahad, Ogos 29, 2010

Nasi Kerabu

nasi kerabu dikatakan berasal drpd pantai timur.ianya dimakan pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam. maknanya nasi kerabu boleh dimakan pada bila2 masa. ianya boleh dimakan tanpa lauk atau bersama lauk.

nasi kerabu ada berwarna putih. ada yg berwarna biru. tetapi dipanggil sebagai nasi kerabu hitam. nasi kerabu akan dicampur dgn budu, sayur2an yg dicincang, sambal belacan atau air lada, dan kelapa goreng (setelah dirincih?). selalunya dihidang dgn keropok ikan. lauk tambahan ada pelbagai spt telur masin, daging bakar, ayam percik, ikan percik, dan pelbagai lagi.

kebiasaan jika saya ada tugasan di negeri saya, saya akan singgah di sebuah kedai yg lebih dikenali dgn ayam perciknya. ayam percik ini akan dimakan dgn nasi kerabu. saya akn minta juga solok lada. maka utk juadah berbuka hari ini bagi keluarga saya adalah nasi kerabu yg dibeli di bazar ss18 subang jaya. selamat berbuka puasa kpd semua.

Komunikasi dan Kekayaan

tadi saya mempunyai luliah dan seminar selama 5jam. 3jam kuliah dan 2jam seminar di fsr. hampir kesemua pelajar hadir walaupun hari ahad.

saya sampai utk kuliah pd jam 11pagi. saya andaikan bhw kuliah drpd jam 11 pagi sehingga 2ptg. pada jam 12tgh saya dimaklumkan bhw beberapa pelajar ada kuliah gantian pada jam 1tgh. dan saya juga dimaklumkan bhw kuliah saya sepatutnya drpd jam 10pgi hingga 1tgh. saya tanya kpd pelajar2 knp tiada yg ingatkan saya. maka kesan komunikasi tidak tepat - salah maklumat atau tiada maklumat adalah besar. ianya boleh membuat pihak yg terlibat tidak selesa.

alhamdulillah, kuliah pelajar yg sepatutnya pada jam 1tgh telah ditangguh. maka saya dapat pastikan kuliah saya selama 3jam sbgmana sepatutnya. komunikasi boleh menjadikan kita kaya atau sebaliknya. melalui telefon,kita menjimatkan masa dan wang ringgit kerana tidak perlu pergi sendiri utk sampaikan maklumat. duit minyak, tol, parking dan jika masa boleh dinilai dlm rm, memang komunikasi yg ada sekarang ada kaitan dgn kekayaan.

Cara Makan Dgn Baik

Bagaimanakah cara makan yg baik utk kita? supaya kita sihat dan cergas pada setiap hari. supaya kita dpt menjalankan tugas dan tanggungjawab kita tanpa gangguan kesihatan.

semasa saya bekerja dgn swasta dahulu, saya akan sarapan pagi pada jam 7.30pagi di sebuah kedai makan sebelum masuk ke pejabat. saya akan makan 2biji telur 1/2 masak. saya akan makan 2biji roti canai. dan saya akan minum secawan nescafe. kejapaje bera badan akan naik sebab saya lebih banyak masa bekerja dlm pejabat yg berhawa dingin.

makan tengahari pula adalah nasi putih,kuah (selalunya kari) sayur dan ikan/ayam/daging.minuman adalah minuman sejuk. makan tengahari diantara 12.30thg hingga ke 1.30tgh. tiada minum petang di luar pejabat. tetapi di pejabat ada disediakan air panas spt milo atau kopi pada awal pagi atau petang.

kesannya, jika tiada senaman, berat badan diantara 70kg - 72kg. masih lagi ringan drpd berat sekarang. sekarang berat saya dah mencecah 75kg. oleh kerana dah lama kurang bersenam secara berat, maka berat badan lebih kpd lemak drpd otot.kurang menarik bentuk badan kerana pemakanan dan senaman yg kurang baik.

Jom Kaya Dgn Mudah

utk kaya dgn mudah sangat mudah. kita mesti ada niat nak kaya. tapi mestilah kaya secara halal. utk kaya secara halal mudah, mestilah Islam. maka ucaplah dua kalimah shahadah. dan kita boleh mula mengutip kekayaan setiap hari.

rukun Islam kedua adalah mendirikan solat. untuk solat mesti dlm wuduk. untuk ambil wuduk mudah aja, berniat untuk ambil wuduk. basuh muka kita. kemudian basuh kedua tangan kita sehingga ke siku. kemudian basahkan hujung rambut, kemudian basuh kedua kaki sehingga buku lali. utk lebih tepat dan jelas, lihatlah dlm buku panduan solat (ada gambar). jika kita berwuduk lima kali sehari,kita sebenarnya membersihkan diri kita secara fizikal 5x sehari.

saya terfikir, mungkin boleh dilakukan satu kajian kesan berwuduk kpd diri kita secara fisiologi. ada tak antara pelajar fsr yg berminat? jika kita berada dlm keadaan berwuduk, kita juga akan mendapat rahmat Allah spt dpt menenangkan diri kita yg sedang marah. jom kita berwuduk utk kita bersedia utk mendirikan solat.

Sabtu, Ogos 28, 2010

Jom Kaya Dgn Nikmat Allah

saya terbaca catitan dlm fb bhw Nabi Musa ke Gunung Thur Sina utk bertemu Allah. dan umat Muhammad, para muslimin dan muslimat diberi nikmat oleh Allah untuk hanpir kepadaNya pada setiap kali kita sujud kpdNya. maka rugilah jika kita tidak dpt sujud kpdNya. dan sujud kpd Allah adalah semasa solat.

nak solat senang, tak susah. muslim,pada waktunya (utk solat fardu), tutup aurat dan dlm keadaan berwuduk. utk jadi muslim mudah aje, ucaplah dua kalimah shahadah. sekarang mudah utk tahu waktu solat. baca dlm suratkhabar, dengar diradio, tengok tv, dptkan pesanan sms, atau biasakan dengar azan drpd surau atau masjid berhampiran kita. nak tutup aurat pun senang, lelaki antara pusat dan lutut. perempuan kesemua tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan (sila rujuk buku panduan solat ya). utk memudahkan kita mendirikan solat, pakailah pakaian yg menutup aurat.

jangan jadikan alasan bhw kita tiada kain pelikat atau telekung, jadi kita tak boleh solat. jika kita tak tutup aurat sebenarnya kita ingin miskinkan diri kita. kita tolak nikmat utk beribadat kpd Allah. ruginya jika kita tidak dpt sujud kepadaNya, Tuhan sekalian alam. ruginya apabila kita sombong utk menghampirkan diri dan memohon kpd Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Menu Berbuka Puasa

minggu ini bermula dgn hari isnin sehingga hari khamis, saya berbuka di luar. kesemuanya di kawasan shah alam. tetapi bukan di masjid. berbuka dgn kawan2 drpd sekolah menengah 3hari dan peers sekali di dewan annex.

berbuka di hotel memang senarai menunya panjang. pelbagai minuman dan kuih muih terhidang. lauk pauk drpd ikan, sotong, ketm, udang, daging lembu, kambing, sup gearbox dan pelbagai lagi.berbuka dgn peers menunya nasi tomato, dalca, ayam masak merah dan kurma.

berbuka di rumah menu ebrgantung kpd masakan bonda. dan sekalisekala saya akan beli lauk dr intekma. adik saya sekalisekala akan bakar ikan. semalam kami turut menikmati ayam bakar hasil usaha adik saya. minuman di rumah selalunya air soya drpd kotak.

walau sepangjang mana pun menu utk berbuka, nikmat berbuka bg saya amat dipengaruhi oleh mereka yg berbka dgn kita. persekitaran berbuka memainkan peranan penting terhadap kepuasan berbuka. keihklasan utk berbuka bersama adalah antara menu berbuka yg amat penting bagi saya.

Puasa Di Arab Saudi

saya tidak pernah menjejak kaki di tanah arab. tetapi saya ada impian utk ke sana pada satu masa nanti. saya hanya berpeluang melihat negara arab melalui tv dan membaca melalui buku2 dan majalah2 shj.

selain drpd itu, saya mengetahui kehidupan di negara arab melalui berita dan cerita drpd saudara dan sahabat. sekarang ada seorang pkcik yg bekerja di abu dhabi. dua orang sepupu sedang belajar di mesir. dan terdapat saudara yg telah lama menetap di arab saudi. moyang saya pernah belajar di sana pada awal kurun yg lepas.

seorang saudara yg pernah bekerja di riyadh menceritakan pengalaman berpuasa di sana. maaf jika ini perkongsian ulangan. pak arab masuk kerja pada jam 10pagi dan balik kerja pada jam 3ptg di bulan puasa. mereka akan tidur selepas subuh. selepas berbuka, suasan di sana spt pada siang hari di bulan2 bukan bulan puasa. meriah.

ramai dikalangan kita yg akan berpuasa di arab saudi pada bulan puasa. saya ada saudara yg berpuasa selama seminggu ke sepuluh hari di arab pd setiap ramadan. ada beberapa sahabat yg berada di sana sekarang. selagi saya tidak mengalami puasa di arab, saya tidak dapat berkongsi nikmatnya. insyaallah, satu masa nanti.

Jom Kaya 2

apakah erti kekayaan kpd anda? ramai ingin kaya drpd segi material. maka ramai akan sanggup lakukan pelbagai cara termasuk yg tidak halal atau haram utk kaya. tapi spt kata seorang pakcik, 'nak menunjuk kat siapa?'. kaalu niat nak kaya sbb nak menunjuk2, dah membuat kita jadi kaya dgn riak.

islam itu mudah. bacalah dua kalimah shahadah. seterusnya jom kita solat. solat wajib adalah 5kali sehari semalam. bermula dgn solat subuh, diikuti dgn solat zohor, diikuti dgn solat asar, kemudiannya solat maghrib dan terakhir solat isyak. kesemuanya 17rakaat. rakaat pada setiap waktu solat adalah subuh (2), zohor (4), asar (4), maghrib (3) dan isyak (4). jumlah rakaat dlm sehari adalah 17 sahaja. bukannya beratus2. dan apabila kita solat 5waktu, kita akan mengucapkan dua kalimah shahadah sekurang2nya 9kali dlm sehari. senangkan utk jadi islam dan mengingatkan kita adalah islam.

selepas habis solat bacalah subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar, dan selawatlah kpd rasulullah s.a.w. sbg islam, setiap kebaikan kita buat akan membolehkan kita mendapat ganjaran pahala drpd Allah. bahkan, sbg seorang muslim, senyuman kita yg ikhlas akan memberi ganjaran kpd kita. senangkan nak jadi kaya.

Jom Elak Miskin 1

untuk kaya bermakna kita nak elak drpd jadi miskin. ianya mudah aje. ianya boleh kita lakukan pada setiap hari.

sebelum berbelanja, tanyalah 'perlukah kita beli benda yg kita nak beli tu?'.contohnya, semasa persediaan untuk harian spt pakaian. sedar keperluan kita membeli pakaian iaitu utk menutup aurat kita. utk memastikan kita berada dlm keadaan selesa. maka kenapa ada yg membeli pakaian yg boleh dianggap sbg pakaian dlm tetapi dipakai sbg pakaian luar? knp membeli pakaian yg membuat kita miskin drpd segi kebaikan? bukankah membazir tu.

sama juga dgn membeli kasut. contohnya, perlukah kita mmembeli kasut yg berjenama mahal spt crox? jika sepasang berharga rm100++ dan yg biasa berharga rm15++, yg mana akan membuat kita menjadi miskin. walau pun kita mampu tidak bermakna kita mesti atau perlu beli jenama crox. gunakan perbezaan rm85++ itu utk membeli keperluan lain atau utk berkongsi kekayaan kita dgn mereka yg kurang berada drpd kita. bersedekahlah kpd saudara mara atau mereka yg kita kenali.

Jumaat, Ogos 27, 2010

Jom Kaya

nak kaya mudah? nak elak miskin secara mudah? jom kita sama2 kaya.

islam itu mudah. ianya mudah utk kita kaya secara halal. rukun islam = 5, 1. dua kalimah shahadah, 2. dirikan solat, 3. tunaikan zakat, 4. puasa di bulan ramadan, 5. menunaikan haji. perkara ini ada dinyatakan oleh prof kamil dlm blognya.

bagi saya jika kita islam, kita telah mendapat nikmat Allah. maka kita telah mendapat rahmat Allah. ini adalah kekayaan kpd saya. dan utk jadi islam senang aje. tak perlu bayar yuran kemasukan. tak perlu cari kaki. ucaplah dua kalimah shahadah. 'tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu rasulullah'. maka kita pun islam.

islam itu memudahkan kita menjadi kaya. sebagai muslim kita mendapat rahmat Allah. sebagai muslim,kita menpat nikmat drpd Allah. maka ucapkanlah dua kalimah shahadah pada setiaphari. apabila bangun drpd tidur, apabila hendak tidur. jom kaya secara halal.

IID 2010SE Okt 2010

alhamdulillah, sebahagian besar tugas saya utk satu penyertaan iid2010se telah selesai. papan permainan secara pelajaran, kad pendidikan, poster dan abstrak. dan insyaallah, saya akan sertai iid2010se ,minima 3penyertaan.

paling banyak saya sertai iid adalah pada 2009, sebanyak 4penyertaan. 3 sbg ketua dan 1 sbg ahli. dan pada 2009 adalah pencapaian terbaik saya iaitu 1 emas dan 3perak. hasil drpd iid2009 saya berjaya ke mte2009, itex2009 dan pecipta2009. alhamdulillah di pecipta2009 saya berjaya dpt perak. uitm dikatakan akan menjadi penganjur iid2011.

dua lagi penyertaan saya ke iid2010se insyaallah sbg ahli juga. satu mungkin bersama pelajar. pada minggu depan, saya akan cuba selesaikan tugas saya sbg ahli utk 2penyertaan tersbt. saya doakan semoga ketiga2 penyertaan berjaya memenangi pingat di iid2010se.

saya sebenarnya mempunyai beberapa iid utk iid 2010se. tetapi pengalaman menunjukkan bhw jika penghakiman dilakukan pada hari yg sama utk iid saya, ianya akan membuat penyediaan utk penghakiman sedikit kelamkabut. dan jika pada hari berasingan,ianya akan juga memenatkan kerana menunggu penghakiman selesai adakalanya sehingga sehari.
untuk iid2010se, spt biasa saya sedia menerima sokongan drpd pelajar saya utk menjaga booth semasa iid berlangsung.

Khamis, Ogos 26, 2010

Hidup Yang Berjaya

Sahabat2 saya ramai yg amat berjaya jika diukur drpd segi kekayaan material. mereka punya kereta besar, rumah besar dsbnya. ada yg berjaya drpd segi jawatan. mereka memegang jawatan tinggi di organisasi swasta. seorang drpdnya saya temui semasa uitm menandatangani mou dgn uem. ada yg berjaya dgn mendapat pangkat. seorang sahabat mendapat anugerah datuk bergelar kerana penglibatan melalui kebajikan.

kami bersetuju bhw kejayaan boleh diukur drpd pelbagai aspek. maka jika demikian, kita boleh andikan bhw kita semua telah mencapai kejayaan dlm hidup kita. dan yg seronoknya apabila mereka yg berjaya drpd segi material sudi berkongsi dgn kami yg kurang berjaya drpd segi material. contohnya, kami tadi telah diraikan oleh seorang sahabat dlm majlis berbuka puasa. sahabat tersebut juga telah pergi ke pejabat saya utk membawa saya ke hotel dlm keretanya yg besar. best juga naik kereta besar yg harganya lebih mahal drpd rumah saya duduki sekarang.

hidup yg berjaya bagi saya perlu dikongsi dgn mereka yg kurang berjaya. hari ini mungkin A berjaya. esok mungkin B pula yg berjaya. tidak kira siapa diantara kita yg berjaya ddrpd segi material, jangan lupa mereka yg serba kekurangan. tunaikanlah zakat fitrah dan pendapatan. sedekahlah kpd mereka yg rezekinya kurang drpd kita. amat besar pulangan diakhirat, terutama hasil drpd

Sahabat Semasa Senang & Susah

alhamdulillah, tadi berbuka puasa dgn sahabat2 yg telah dikenali 3dekad. tiada perancangan pada asalnya utk kami berbuka bersama pada hari ini. kami sepatutnya berbincang tentang rancangan berbuka puasa pada minggu depan. tetapi pada jam 4ptg, sahabat saya mengajak saya dan mana2 sahabat lain yg sudi utk berbuka dgnnya pada hari ini.

maka saya pun menghubungi sahabat2 lain yg boleh ikut sama. alhamdulillah 3orang dapat hadir sama. tetapi tempat berbuka belum di'book'lagi. apabila sahabat saya tiba di pejabat saya, kami setuju utk terjah aje ke hotel concorde.jika ada rezeki kami, kami berbuka di situ,walau pun ketika ditelefon utk booking, kami dimaklumkan telah 'fully booked'.

setiba di hotel, alhamdulillah, kami dpt tempat utk berbuka. dan sahabat2 lain dihubungi utk mengesahkan tempat berbuka. setelah waktu berbuka, saya dapati banyak juga meja yg ditempah awalnya tiada dihuni. kami selesai pada 9.30mlm.

terima kasih kpd sahabat yg sudi memberi kami rezeki berbuka hari ini. saya doakan semoga beliau dan sahabat2 lain akan sentiasa mendapat rezeki yg halal drpd Allah.

Kerja dan Rehat

dalam sehari secara umumnya masa bekerja adalaah 8jam. ada 1jam rehat pada tengahari. dan malam aselama 8jam adalah waktu rehat. baki 8jam digunakan utk aktiviti2 lain spt makan, persiapan diri, solat, bersama keluarga, bersama sahabat, perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja.

dlm masa 8jam utk kerja sehari, bagi saya kita hanya efektif 4jam. lagi 4jam adalah persediaan kerja akan dibuat dan semakan kerja yg telah dibuat. kita tidak boelh beri tenaga kita 100% semasa waktu kerja. jika kita bagi 100% tenaga masa kerja, kita akan kepenatan. dan kemungkinan tak larat nak pandu ekreta balik ke rumah. semalam seorang staf kemalangan semasa balik ke rumah selepas kerja. komen staf beliau, kemungkinan bosnya tertidur semasa memandu dan terlanggar lori. bosnya mungkin tertidur kerana kepenatan drpd bekerja.

di bulan puasa ramai yg rehat/tidur pada waktu tengahari yg kebiasaan adalah waktu makan. mereka termasuk saya menggantikan masa rehat yg tidak cukup kerana jika kebiasaan bangun pada jam 6.30pagi, di bulan ramadan ada yg bangun jam 4pagi utk sediakan sahur utk keluarga. kemudiannya ada yg tidak tidur tetapi terus ke pejabat selepas subuh. dan ramai juga yg tidak cukup tidur pada malamnya kerana berjaga malam utk beribadah di bulan ramadan.

cuba pastikan kita cukup rehat ya. spt contoh diberi, bahaya jika tidak cukup rehat.

Pasukan Bolasepak Blog 2

Dalam satu organisasi, utk maju ke hadapan perlukan seorang pemimpin utama. ketua yg menentukan arah tuju organisasi dgn jelas. maka tidak boleh ada lebih drpd 2 ketua utama dlm satu organisasi. jika ada, ianya seperti seekor binatang yg mempunyai dua kepala tanpa ekor. ini akan memeningkan binatang tersebut kerana ianya tidak dpt bergerak ke mana2 akibat kedua2 kepala ingin bergerak ke arah berbeza.

PBB bermula dgn seorang pengurus yg tegas. ramai yg secara ikhlas ingin membantu pengurus memajukan PBB. tapi terdapat segelintir yg sebaliknya. mereka ini hanya inginkan keuntungan utk diri sendiri dan tidak kisah dgn kemajuan utk PBB. maka ada yg bercita2 secara diam2 utk menjatuhkan pengurus PBB.

dlm menguruskan PBB, pengurus mempunyai beberapa jurulatih. mereka diberi tanggungjawab utk membantunya memajukan PBB. walau bagaimana pun,pengurus tidak sedar bhw ada diantara jurulatihnya secara diam2 membuat tikaman ke belakang pengurus. didepan pengurus, jurulatih ini memuji pengurus. di belakang pengurus, jurulatih ini mengkeji pengurus. mungkin juga kerana pengurus pada asalnya tidak inginkan jurulatih ini dlm pasukannya, tetapi jurulatih ini telah berjaya menyakin pemegang saham PBB mengambilnya bekerja dgn PBB?

Pemilihan Kerjaya

kaunseling bermula diantara lain kerana kerjaya. terdapat masalah kerjaya setelah perang dunia. kalau semasa perang, hampir kesemua orang ada kerja. kerja buat senjata. kerja guna senjata. kerja pulihkan orang yg terkena senjata. kerja buat bangunan untuk senjata. kerja buat bangunan yg baru atau baikpulih kerana akibat senjata. dan bermcam2 lagi kerana perang. tetapi setelah perang ramai tiada kerja.

semasa darurat, kerja pilih kita. tetapi sekarang,kita pilih kerja. kita bercita2 dan inginkan kerja/kerjaya yg menjamin kehidupan kita. kita harapkan kerja akan membolehkan kita hidup sejahtera sehingga akhir hayat kita. dan lagi elok,kerjaya kita membolehkan kita sejahtera dunia dan akhirat.

aa yg mengatakan dlm kaunseling bhw utk mempunyai kerjaya yg berjaya, kita mesti ada 3 perkara. 1.minat, 2.bakat,dan 3.kebolehan. bakat perlu diasah. kebolehan boleh dipelajari. kita seboleh2nya pilihlah kerjaya yg mempunyai personaliti yg sama dgn personaliti kita mengikut RIASEC. bagi pelajar uitm, silalah ke pusat kerjaya dan kaunseling utk menduduki ujian tersebut utk mengetahui personaliti kita, dan kerja yg sesuai dgn personaliti kita. janganlah kita jadi pensyarah tetapi sebenarnya kita tidak sesuai sbg pensyarah.

Beralih Angin?

sudah 28bulan saya bertugas di tempat skrg. insyallah, saya akan beralih angin pada tahun hadapan. tapi tidak pasti ke mana pula selepas ini. adakah kembali ke fakulti? atau buat sementara ke kampus cawangan? semalam saya menjawab soalan vip bhw saya telah pun berada di tempat semasa lebih drpd 2 tahun.

tadi sebelum berbuka saya diperkenalkan kpd vip jemputan majlis berbuka hari ini. kawan saya maklumkan bhw sayalah yg selama ini beliau cadangkan utk bersama mereka. dan vip tersebut menyatakan bhw beliau telah pun mengenali saya sebelum ini. malah saya pernah ditawarkan utk ke tempat beliau sebelum ini tetapi kerana sebab2 tertentu, saya tidak dpt dibawa ke tempatnya.

kebiasaan saya bertugas sbg 'ranger' drpd perkatan 'range'. maka saya perlu sentiasa bergerak. apabila terdapat sesuatu yg memerlukan kehadiran saya utk membantu barulah saya tidak 'on the range'. selalunya ini disamakan sbg tugas khas. bagi saya semua tugas dan tanggungjawab saya andaikan sbg tugas khas. khas kpd kita utk diselesaikan. jika setelah berusaha dan tugasan tidak dpt diselesaikan, maka kita mesti patuh dgn masa yg telah ditetapkan. skrg angin masih sepoi2 bahasa.

Rabu, Ogos 25, 2010

Skim Cepat Kaya 3

ramai fikir nak kaya di dunia aje. maka sanggup lakukan apa saja. termasuklah tikam belakang. yg penting bagi mereka, mereka kaya, organisasi lingkup tak apa.

tadi saya bagi tugasan ke3 utk perakaunan. tajuknya berkaitan salahguna kuasa/harta dlm organisasi sukan dan rekreasi. seorang pelajar cepat menyebut rasuah. dan ada bertanya adakah pengalaman beliau berniaga dgn sumbangan diberikan kpd persatuan pelanggannya sbg rasuah. hmmm...agak2 anda?

yang kaya adalah kerana rezekinya dah ditentukan utk kaya. walau pun orang tersebut menipu, mencuri, pecah amanah, buat tuntutan palsu, hasil drpd plagiarisma, dsbnya. maka penerima kekayaan yg tidak betul tidak nampak atau buat2 tidak nampak kekayaannya bukan rezeki yg halal. maka ada yg adakan sck kononnya utk membantu.

ada kawan yg bgtau saya bhw beliau berterima kasih kpd saya krn setelah mendengar penjelasan saya, beliau tidak jadi ikuti sck tersebut. yg lain2, bolehkah anda hadir ke ipd berdekatan utk membantu siasatan? pihak pdrm hanya ingin menemuduga anda shj. jangan risau, kalau bersalah shj akan ditahan semalaman.

ada menggunakan jawatan sbg satu cara utk mempromosikan scknya. akan ada yg terdorong dgn cadangan2 oleh seorang pensyarah di ipt. lagi2lah jika pelopor sck memegang jawatan yg tinggi. takpe, kalau sekarang tak kena, insyaallah di akhirat.

Senyuman Ramadan Peers 1431h

tadi saya berbuk puasa bersama peers dan tetamu2 peers. vip jemputan adalah ketua hep uic, pm norlela dan kaunselor uic, pn azah. selain peers, pelajar antarabangsa turut hadir sama.

majlis telah bertukar tempat drpd cadangan asal di depan surau baru (asal) menara saas.alhamdulillah, peers diberi penghormatan utk mengadakan majlis berbuka dan solat maghrib,isyak dan terawih di dlm dewan annex uitm. seronoknya. kebiasaan peers akan mengadakan majlis di ruang legar hep shj. maka apabila diadakan di dewan annex, kelihatan seolah2 sedikit shj tetamu yg hadir, walaupun hampir 100tetamu.

dan akhirnya, saya berbuka dgn ayam masak merah. pada tahun lepas (atau 2008) empat kali saya berbuka di uitm, empat kali makan nasi berlaukkan ayam masak merah. dan malam ini adalah malam ketiga berturut2 berbuka di luar rumah. insyaallah, esok saya berbuka di rumah, kecuali ada jemputan minit2 akhir.

terima kasih kpd peers yg sudi menjemput saya utk merasmikan(?) majlis tadi. ucapan saya pada awal shj mengikut skrip diberi. yg lainnya menghabiskan masa menanti waktu berbuka.

Burnout dan Kesannya

ada kawan tadi bagitau, 'saya dah tak kisah tentang pangkat'. bunyi macam saya aje. saya bgtau yg dia dah burnout. tapi dia nafikan. dia bgtau yg dia dah penat.

maka spt biasa saya pun berkongsi ciri2 burnout iaitu 1. depersonalisation, 2. emotional exhaustion 3. lack of personal achievement spt dinyatakan oleh Maslach. dia terdiam dan seolah2 mengakui bhw dia burnout. puncanya adalah persekitaran seperti dlm gestalt therapy. dan punca utama adalah mereka yg gilakan jawatan dan tidak boleh melihat orang lain berjaya walau pun dgn usaha sendiri. kejayaan yg telah dicapai diperlekeh2kan oleh pihak yg tidak senang dgn mereka yg lebih produktif.

maka kesan kpd organisasi, kemungkinan akan kehilangan pakar dlm bidang yg sangat2 diperlukan utk pembangungan dan perkembangan organisasi. dan akan tinggal mereka yg akan sentiasa menguncupkan taraf organisasi di mata pihak luar. akan jadilah menag sorak, kampung tergadai.

Buku dan Imej Pensyarah

saya melawat ke bilik seorang pensyarah. saya rasa seronok melihat banyak buku2 berkaitan bidang dan luar bidang beliau di dalam kabinet di dlm biliknya. saya ambil dan membelek beebrapa buah. saya nyatakan keseronokan melihat buku2 dlm biliknya. beliau tawarkan kpd saya jika ingin pinjam buku2nya.

pelik jika kita lihat pensyarah yg tiada buku2 dipamerkan dlm biliknya atau hanya sedikit sahaja buku2 dlm biliknya. bagaimanakah andaian pelajar terhadap pensyarah tersebut? mungkin soalan2 spt, ' terenya pensyarah ni, dpt ilmu tanpa perlu buku', 'betulke pensyarah ni, buku sikit aje dan hanya buku2 teks utk kursus diajar aje, cukupkah ilmu pensyarah ni mengajar bidang dia?'.

walaupun internet membolehkan kita mendapat ilmu melalui rujukan, tetapi bukan semua ilmu berkaitan dan diperlukan ada di internet. mungkin jika utk tujuan plagiarism, ineternet memudahkan siplagiat. saya ada membeli buku hanya utk mendapatkan sebaris atau seperenggan maklumat berkaitan dgn kursus atau minat saya. jika pensyarah perlu beli buku teks satu shj, pensyarah perlu ada sekurang2nya 2buku berkaitan kursus diajar termasuk teks yg dibeli pelajar. ini dpt mengelakkan ajaran sesat.

Skim Cepat Kaya 2

Skim ini mudah aje. tapi mesti ada 2 kaki. kalau tak ada 2kaki, masih sah, tetapi kurang (?) pulangannya. perlua ada minima seorang yg ikut kita.

skim ini adalah skim solat berjemaah. kita boleh jadi pemimpin atau pengikut. ganjarannya 27x ganda drpd solat seorang diri. cara pun senang. kalau kita nak solat, cuba dptkan seorang lagi utk solat bersama. tak perlu berebut siapa perlu di atas atau di bawah. sebab yg penting siapa berdiri di depan dan ada di sisi dan dibelakang sedikit. kalau kita dah mula solat seorang diri, doakan dan harap2lah ada yg akan datang jadi makmum kita. ataupun kalau dah ada yg solat awal drpd kita, kita ikut dia dgn kita sbg makmum.

ada juga syarat lain. tapi tak susah. pastikan yg solat dan akan solat adalah muslim. pastikan utk lelaki jadi makmum, mesti lelaki jadi imam. untuk perempuan jadi imam, mesti perempuan jadi makmum. imam lelaki boelh ada makmum perempuan. pastikan imam akan tamat solatnya lebih cepat drpd kita yg jadi makmum.

amacam? ada yg berminat dgn sck ni? tak perlu hubungi saya. jika was2, hubungi mereka yg lebih arif tentang Islam spt imam di surau/masjid, ustaz/ustazah. BNM dan SC tak boleh tangkap dan kata kita salah drpd segi undang2 dunia.

Kekayaan di Kedai Buku UiTM

semalam saya ke kedai buku koperasi uitm shah alam. ianya terletak berhadapan dgn PTAR 1. bersebelahan dgn dataran menara saas uitm, menara lama uitm. kedai buku ini telah kembali beroperasi di tempat asal ianya mula beroperasi di itm setelah berpindah ke dua tempat lain.

sesebuah ipt perlu ada kedai buku. selain drpd perpustakaan, dan sekarang melalui internet, kedai buku adalah sumber utk warga ipt mendapatkan sumber dan rujukan ilmu. ianya adalah antara tempat yg amat berharga kpd warga universiti. kekayaan di sini digali drpd buku2 yg terdapat di sini.

semasa menunggu mesyuarat, saya membelek2 buku yg dijual di kedai buku uitm. setelah mesyuarat, saya membelek2 lagi buku2 di bahagian 'clearance' sebab sebelumnya saya melihat terdapat beberapa buku yg bernilai kpd saya. maka sebelum saya beredar drpd kedai buku uitm, saya membeli 5buah buku. 2buku tulisan drucker dan 1buku ohmae, serta 1 buku tentang athritis. kos 5 buku rm34.50.

banyak lagi buku2 yg bagi saya bernilai sbg seorang pendidik dan pelajar. insyaallah, di lain masa, saya akan menggali utk mendapatkan kekayaan yg tersurat dan tersirat di kedai buku uitm.

Selasa, Ogos 24, 2010

Alhamdulillah Dapat Berbuka Dgn Sahabat2

tadi saya berbuka dgn sahabat2 yg dikenali sejak 1980, 30tahun lepas. ada beberapa orang saya kenali sejak tadika. maka mereka saya kenali sudah hampir 40tahun.

setelah berbuka, kami solat maghrib. tapi bukan semua pergi sekaligus. masing2 dgn kebiasaan sendiri. ada pergi cepat, ada pergi lambat sedikit. rasa seronok apabila, setelah ambil wuduk kelihatan sorang sahabat di sebelah. kemudiannya semasa nak solat,muncul seorang sahabat lagi. semasa memberi salam, terpandang kpd sahabat yg lain pula. keseronokan terasa apabila merasai seorang demi seorang sahabat2 masuk ke dlm saf utk solat dan sujud kpdNya. perasan sama terasa apabilasolat berjemaah dgn kaum keluarga apabila berkumpul beramai2 selalunya bila di rumah nenek di kampung.

spt biasa kita bertanya khabar diri yg ada dan yg tiada bersama. asalnya lebih drpd 10orang. tetapi semasa berbuka hanya 10orang shj. kemudiannya muncul seorang setelah beliau hadir ke majlis berbuka di rumah amal sek2 shah alam. ada beberapa orang di saat akhir tidak dpt hadir. insyaallah di lain kali. suasana berbuka adalah meriah kerana kita berada dikalangan mereka yg kita percayai dan yakin akan sentiasa setia dan sedia menyokong kebaikan bersama.

Zakat Pendapatan

tadi selepas saya mesyuarat koperasi uitm, saya singgah ke unit zakat uitm. tapi sebelum sampai ke unit zakat, sempat bersalam2an dgn kawan lama. kawan saya kenal drpd 1987 di itm. beliau kawan yg saya jumpa di pulau pangkor semasa saya berbengkel utk hep.

di unit zakat ada beberapa pelajar sedang menguruskan zakat utk diri mereka (kot?). setelah selesai urusan pelajar2 tadi, pegawai datng melayan saya. saya maklumkan saya ingin tambah potongan zakat pendapatan bulan. setelah disemak potongan semasa, nilai cadangan potongan baru, saya bersetuju utk nilai potongan zakat pendapatan bermula oktober 2010. sebabnya, andaian saya, gaji utk september akan keluar sebelum hari raya puasa.

setelah selasai urusan zakat saya kembali ke pejabat. tapi dlm perjalanan ke pejabat saya teringat bhw saya hendak bayar zakat fitrah juga tadi. terlupa pulak semasa di unit zakat. insyaallah, esok kot.

Berbuka Puasa Di Luar Rumah

bagi masyarakat di lembah kelang, berbuka puasa di luar rumah adalah kebiasaan terutama bagi yg bekerja di syarikat2. selalunya syarikat akan menjamu pelanggan2 mereka. bagi mereka di agensi kerajaan, mereka akan turut dijamu oleh pembekal.

semalam saya berbuka dgn kawan lama. ianya seolah2 satu acara tahunan bagi kami. dan hari ini adalah majlis berbuka dgn akwan2 sekolah menengah. tidak ramai dijangka dapat hadir. mungkin sebab hanya dirancang pada semalam. saya pun menerima jemputan pada jam 1.30tgh. jemputan utk hadir, tapi kos tanggung sendiri.

walaupun mungkin kos utk berbuka nampak mahal berbanding jika berbuka di rumah, tetapi spt catitan terdahulu, ianya bukan hanya utk bayar makanan. tambah2 lagi ianya kos utk membolehkan kita merapatkan hubungan diantara kawan2 yg jarang2 jumpa. jadi kos melebih rm30 utk berbuka bg pihak saya adalah berbaloi. dan jika dibandingkan dgn persahabatan, nilainya tidak boleh dikira dgn wang ringgit.

saya harapakan agar dapat dipenuhi sekurang2nya 2meja pada majlis petang ini. isteri dan anak2 turut dijemput. sebab ada kawan yg susah nak berbuka tanpa ahli keluarga.

Taklimat InED kpd TNC Akademik UiTM

tadi selesai taklimat drpd InED kpd TNC akademik dan antarabangsa uitm. taklimat kpd Prof Dr Azni bermula drpd jam 9.30pagi dan berakhir pada jam 12.30tgh. ianya turut dihadiri oleh pengarah ined dan pengurusan ined.

ini merupakan lawatan rasmi pertama tnc a&a ke ined. objektif lawatan adalah utk mendapat maklumat lanjut tentang ined utk dikongsi dgn lpu. utk memudahkan soalan drpd lpu dijawab dgn tepat. pembentangan hampir 100mukasurat. memang penat utk penyedia. syabas kerana berjaya memberi maklumat yg penting kpd tnc berkenaan ined.

cadangan tnc, bagaimana jika ined jadi virtual u? kami sokong sangat2. ianya akan memudahkan pengajian utk mereka yg ingin melanjutkan pengajian tetapi menghadapi kekangan masa, pengangkutan dsbnya.

saya ebrtanya tentang uitm besut. prof mengesahkan kampus akan mula beroperasi disember ini. semalam saya bagitau bos, saya berminat bertugas di sana.

Isnin, Ogos 23, 2010

Tahniah Kpd EnDin Suunto

tahniah kpd encik din. kalau dah rezeki ditentukan Allah, ianya akan jadi milik kita juga. ada orang cepat dapat. ada orang lambat dapat. ada orang dapat di akhirat. ada orang tak dapat2.

encik din antara pensyarah yg lama di fsr. sekarang beliau ketua program sr223. insyaallah selepas ini tak boleh panggil encik din. kena panggil dr din atau encik din phd (bukan penyakit hasad dengki, phd kedoktoran). beliau juga pengurus (?) uitm lions.

dalam kehidupan kita, tidak semua yg kita inginkan akan kita dapat. adakala kita inginkan sesuatu yg tak kita perlukan. adakala yg tak kita inginkan akan kita dapat. kalau tak ingin dan tak dapat tak apa. kalau ingin dan dapat kena bersyukur. seorang pensyarah ingin kpd jwatan pensyarah kanan. setelah ada phd, kita inginkan sebagai prof.madya. dan selepas itu jika ingin sebagai profesor, lagi baik. ramaikan profesor muslim di dunia ini.

Pertanian adalah Perniagaan

ini adalah 'tagline' kementerian pertanian. saya setuju. pertanian boelh jadi satu sumber pendapatan yg lumayan jika beberapa syarat dipenuhi.

tadi saya berbuka dgn seorang kawan dan isterinya. dia seorang drpd yg mengajar saya tentang menjadi kadet. dulu beliau seorang dibidang hrm di sebuah syarikat glc. kemudian beliau berhenti setelah berbelas2 tahun setia di glc tersebut. puncanya, ada yg ber-phd di tempat kerjanya. yg sedihnya,orang kita. kalau kita fikir kita seorang muslim, phd tak ada. kerja pun seronok dan amanah.

beliau sekarang seorang petani. beliau mengusahakan tamanan cendawan. saya cadangkan usahakan juga sarang burung. tetapi perlu tempt sendiri dan tinggal berhampiran. sekarang, tanaman cendawannya menunjukkan kejayaan. sedihnya, tuan tanah walau pun dah buat perjanjian sewa naik setelah 3tahun, baru setahun lebih dah nak naikkan sewa.

saya andaikan tuan tanah nak usahakan sendiri tanaman cendawan apabila melihat kejayaan kawan. nenek pun ada phd juga? kita bekerja, berniaga, berusaha, belajar biarlah sebagai seorang muslim. barulah berkat.

Di Sini dan Sekarang

di sini dan sekarang adalah terjemahan 'here and now'. ianya antara teras konsep dlm terapi gestalt. gestalt bermaksud keseluruhan dlm bahasa jerman. ianya berkaitan penyelesaian masalah melibatkan diri dan persekitaran klien secara keseluruhan.

masalah klien bukan hanya berpunca dlm diri klien sahaja. kita perlu melihat hubungan diantara klien dgn persekitarananya, spt budaya masyarakat sekeliling. jarang seorang menghadapai masalah kerana dirinya sepenuhnya. semasa kita dibesarkan, kita dipengaruhi oleh persekitaran kita. tidak semuah pengaruh persekitaran adalah positif kpd diri kita.

kita mesti selesaikan masalah kita segera. jangan bertangguh (pesanan kpd diri sendiri). kita bertanggungjawab kpd masalah yg kita hadapi utk kita selesaikan. jangan salahkan orang lain. jangan salahkan diri kita sepenuhnya. ingat kpd ' segala yg baik drpd Allah, yang buruk itu drpd kita, hambaNya yg lemah'. setelah berusaha, kita hendaklah berdoa kepadaNya. Allah penentu segalanya.

SRB 201 Tugasan

saya bertanya kepada pelajar saya, kenapakah anda belajar srb201? apa kaitan pengetahuan dlm perakaunan dgn kerjaya pengurus sukan? perlukah pengetahuan dlm perakaunan?

pelbagai jawapan saya terima. ada yg hampir tepat. jawapan saya, perakaunan utk menunjukkan kedudukan kewangan kita. ke mana duit pergi, daripada mana duit datang. juga ke mana duit akan pergi, daripada mana duit akan datang? barulah boleh kita buat perancangan dan jalankan kerja.

ramai yg banyak duit pada asalnya akan kekurangan duit pada penghujungnya. antara puncanya adalah kerana tidak ambil kisah kedudukan kewangan semasa dan akan datang. bagi organisasi, jika pengurusan kewangan tidak bijak akan menyebabkan operasi terganggu. dan banyak yg berlaku, gaji pekerja tergendala.

bagi saya, semua orang perlu ada pengetahuan dlm perakaunan. biar bijak menguruskan kewangan sendiri. maka kursus/subjek perakaunan adalah kursus wajib di ipt. setuju?

Skim Cepat Kaya

ramai yg suka skim cepat kaya. ramai yg mudah terpengaruh dgn skim cepat kaya. dahulu ada satu tulis tentang satu skim. ada yg kata bukan sck. kemudian keluar dlm surat khabar bhw memang sah sck. bgmana yg terlibat? apa tindakan? sedikit dpt berjuta2. majoriti ternganga2.

sck ini mudah. bgmana nak banyak masa. bgmana nak cepat kaya dgn masa. jawapan saya, selesaikan tugas dgn cepat. buat awal2. contohnya kalau ada assignment, buat cepat2. kemudian tanya kpd pensyarah. jika ada pembetulan, buat segera. setelah selesai disemak, kita ada banyak masa utk buat benda lain.

sama juga persediaan utk peperiksaan. sekarang dah masuk minggu ke 7. kaalu kita mulakan ulangkaji drpd minggu pertama, masa kita utk berulang2kaji adalah banyak.kita kaya dgn masa utk perbaiki pengetahuan dan kefahaman kita. kalau kita tunggu 'last minute', jawapannya kita terasa tak cukup masa. kita akan rasa kita kemiskinan masa utk persediaan peperiksaan.

Ahad, Ogos 22, 2010

Ikan Bakar

keluarga saya suka makan ikan bakar. jika saya ke luar stesen, saya akan cuba cari kedai atau gerai yg jual ikan bakar. semalam antara juadah berbuka adalah ikan siakap bakar. hari ini pun ada ikan siakap bakar. hasil bakaran adik saya.

jika saya ke gerai makan berhampiran rumah saya,antara menu yg dipesan adalah ikan bakar. selalunya ikan pari bakar.kalau yg kecik, ikan tuko (apa ejaan tepat?) bakar. saya pernah makan ikan yu bakar di atas pulau. penat berenang mengheret ikan spenajang 4 hingga 5 kaki. tapi makan sikit aje. tak habis seekor makan seorang dan secara beramai2.

kalau ke melaka, saya akan cuba ke umbai. untuk menikmati ikan bakar dan pelbagai masakan laut. ianya amat segar (terjemahan terus -its fresh). di kuantan saya dah was2 nak makan ikan bakar di tanjung lumpur. satu kerana ikan tak segar. dua kerana ada towkay kedai yg sombong kpd orang makan secara berjimat.

di kota bharu ada ikan bakar mono (tak ada sos perasa). di terengganu selalunya ikan celup tepung goreng. di johor ikan siakap bakar dan ikan pari bakar. (ikan jacket ada juga di desaru). di negeri sembelan dihidang dgn ikan asam pedas. di kuala tahan tidak dihidang lagi ikan bakar. di jeram selangor,ikan bakar - jenahak dsbnya. di kuala perlis ikan siakap bakar. di kota kinabalu, pelbagai ikan bakar dan murah.

Kad Raya

saya biasa terima kad raya drpd keluarga dan kawan2. ada juga drpd para pelajar dan bekas pelajar saya. tapi sehingga kini, utk 2010 belum lagi dpt kad raya. sebabnya trend sekarang adalah mengirim salam syawal melalui sms ataupun emel shj. lebih cepat dan murah.

saya juga sudah jarang (tidak) menghantar kad raya kpd kenalan. jimat. saya akan emel atau sms aje ucapan saya. dan kebiasaaan saya anggarkan sehingga 300sms utk ucapan raya. jadi tahun ini saya akan kurangkan sms dan lebihkan melalui emel. saya juga biasanya paparkan kad raya di kelas utk pelajar saya. senang dan jimat.

dulu2 memang jadi tugas sekeluarga menyedia dan menghantar kad2 ucapan raya. akan ada senarai utk penerima. semasa bapa saya bekerja dgn kerajaan dan juga syarikat swasta, kad2 raya disediakan utknya. semasa sbg pegawai kerajaan, kos penghantaran ditanggung sendiri jika kpd yg tidak terlibat dgn tugas rasmi. maka kami akan membasahkan setem dan penutup sampul. bunyi motor posmen selalunya menandakan adanya kad raya utk keluarga. tetapi sekarang dah jarang kami terima kad raya. kpd kenalan saya, janganlah terkilan jika tiada kad raya drpd saya. yg penting adalah ucapannya.

Hujung Minggu di Bulan Puasa 2

semalam tidor 3jam aje sebelum sahur. lepas sahur dan solat subuh, sambung tido 3jam. apa nak buat pada hujung minggu ni?

buku2 yg dibeli masih banyak belum dibaca. baju2 belum dikemas utk dihantar ke kampung. bil2 belum habis dijelaskan lagi. kasut belum dikiwi. persiapan utk raya belum selesai.

insyaallah, hujung minggu saya gunakan utk ke kedai buku. nak cari bahan bacaan lagi. tengoklah kalau rajin hari ni. alquran dan terjemahannya belum dibaca lagi. dah ketinggalan. suratkhabar hujung minggu dah dibaca. berita sama. sensasi dan tragedi. yg menarik hanya kartun. tapi berita sekarang pun maca cerita kartun.banyak pentingkan diri. walau pun di bulan mulia ini. adik saya kata, kalau jin ada dlm badan kita, ianya tak diiikat masa bulan puasa ni, betul ke?

kalau rajin ke hypermarket. senaman sejam dua. lepas tu ke bazar ramadan. saja cari juadah utk berbuka hari ni.mak masih penat kerana majlis berbuka semalam. tapi sebelum tu, mungkin pi berbojeng dulu kot. itulah kitaran masa di hujung minggu kecuali ada kelas. menarik juga, hari ni keluar pelbagai iklan utk program pasca siswazah.

Kerja dan Produktiviti

saya berbual dgn seorang pakcik tentang kerja. saya suka gunakan peluang berkumpul bersama ahli2 keluarga utk menambahkan ilmu saya. tidak kira usia mereka, jika pada pandangan saya mereka boleh menambahkan ilmu saya, saya akan bertanya kpd mereka soalan di kepala saya.

pakcik saya dah pencen rasmi. tetapi beliau masih bekerja lagi. pengerusi syarikat kecil. dulu beliau pengerusi syarikat besar. semasa beliau maklumkan untuk tidak dilanjutkan tempoh jawatan beliau, bos beliau hairan.maklumlah, gaji beliau sebulan sama dgn gaji saya setahun. kalau orang lain dah bermati2an akan minta disambungkan tempoh lantikan.

bagi beliau, kerja mestilah produktif. masa di tempat kerja tidak mencerminkan tahap produktiviti kita. saya sangat2 setuju. di australia, jika kita dah selesai kerja harian kita, kita akan ditanya bos kenapa tak balik ke rumah lagi. anak pakcik saya diminta bosnya utk segera balik ke rumah jika kerja dah selesai.

budaya kita berbeza. jika masa kerja 8-5, dan kita ketip waktu 8-5,maknanya kita 'bekerja'. masa di tempat kerja disamakan dgn produktiviti kita. maka mereka yg 'overtime' atau kera lbih drpd masa minima diandaikan produktif. saya tak setuju. itu tandanya bosnya tak pandai merancang kerja.

Beriani

nasi beriani selalunya jarang2 dimakan di rumah saya. kebiasaannya dimakan pada hari jumaat. dan ianya akan dibeli oleh adik saya. beliau suka makan nasi beriani.

pada bulan ramadan kali ini, hampir tiap2 hari kami makan nasi beriani. berbuka dgn nasi beriani. ataupun macam nasi beriani spt nasi minyak. selalunya saya beli daripada intekma resort. satu bungkus rm2.50. hari jumaat 20082010, ined mengadakan kelas memasak nasi beriani ayam. walau pun saya cuti pada hari itu, staf saya telah menghantar 3bungkus ke rumah saya. terima kasih.

selalunya pada bulan puasa berat saya 70kg. berat ideal bg saya. tapi sekarang masih 75kg walau pun pinggang terasa ramping sikit (perasan kot). adakah nasi beriani punca berat tidak turun kpd 70kg? dahulunya saya kurang makan nasi spt nasi minyak dan nasi beriani, senang sakit kepala. adakah nasi beriani dan nasi minyak ada mengeluarkan angin ke dlm badan setiap kali kita memakan nasi2 ini?

alhamdulillah, sekarang saya tidak lagi sakit kepala jika makan nasi minyak/beriani. tetapi saya perlu jaga kandungan gula dlm badan saya. gulalebih dlm darah, jadi gout, jadi kencing manis, kena angin ahmar, kena sakit jantung.

Buka Puasa 21082010

tadi ada majlis berbuka puasa bersama2 kaum kerabat. ramai yg datang. ramai yg tak datang. alhamdulillah, walaupun rumag ruangnya sempit, muat kesemua yg datang. tiada kerusi, duduk di lantai.

selain pada 1syawal, bulan ramadan juga sesuai utk berkumpul sanak saudara. pada asalnya ada pakcik sekeluarga tak dpt hadir kerana tiada pemandu. terima kasih kpd sepupu yg sudi pergi mengambil ayah dan ibunya.bukan mudah nak berkumpul. tambah2 pula mempertemukan tok saudara dan cucu saudara.

dua drpd sepupu yg hadir akan ke luar negara selepas raya nanti. satu ke jordan, satu ke england. seorang drpdnya meminta saya jadi penjamin utk pinjaman mara. saya bersetuju aje. kalau dulu ayahnya (bapa saudara saya) jadi penjamin kpd keluarga saya, sekarang giliran saya pula.

kalau boleh, kalau ada ruang, berkumpul utk buka puasa bukan hanya sejam dua.kalau ada ruang,mungkin bermalam di rumah kami. tetapi kerana ruang yg kecil, maka paling lewat balik adalah adik saya, setelah jam 12tghmalam. terima kasih kpd yg sudi hadir ke majlis berbuka puasa tadi. terima kasih juga kpd yg mengirimkan juadah walau pun tidak dpt hadir utk berbuka bersama. semoga kita semua dirahmatkan Allah di bulan yang mulia ini.

Puasa dan Sakit Kepala

di bulan ramadan saya biasa sakit kepala. pada hari2 awal ramadan terutamanya. semalam, sabtu 21082010, saya terasa sakit kepala. terlebih tidur kot?

kebiasaan sakit kepala dikaitkan dgn angin dlm badan. kalau angin dlm darah ikut adik saya, dah tak lama. tapi pada andaian saya, bila kita puasa, biasanya angin drpd perut masuk ke dlm darah. para doktor tak setuju. itu teori saya. akibat angin dlm darah, maka perjalanan darah terganggu.

sehari sebelum ramadan bermula, saya diketuk oleh bos. utk buang angin drpd badan. terasa lega juga. dan pada hari pertama tiada terasa sakit kepala. betul kot bila kena ketuk, angin dikeluarkan drpd badan. cuma `badan tu ada lah kesan2 kena dera.

kebiasaan saya selepqas berbuka akan telan panadol. dan sebelum imsak akan telan panadol.utk melancarkan perjalanan darah.darah akan pekat semasa bulan puasa kerana kurang air (?). jadi selepas berbuka tadi, saya telan 2biji panadol.alhamdulillah sekarang kepala dah ok. hmmm..sakit kepala sebab terlebih tidur, atau tidur tak betul, atau memang sebab banyak angin dlm badan?

Sabtu, Ogos 21, 2010

Peluang dan Keputusan

ramai yg suka bercerita tentang peluang yg didapati pada masa lampau. kebanyakan akan bercerita tentang peluang yg tidak diambil tindakan. maka cerita peluang yg terlepas akan dicerita berkali2. kalaulah...

bapa saya bercerita tadi tentang peluang yg tidak beliau ambil semasa menjadi guru. beliau telah ke pejabat pendidikan negeri kelantan. semasa sedang melakukan urusan dgn seorang pegawai, beliau telah dipanggil utk berjumpa dgn pengarah negeri, tan sri ... kelam kabut juga bapa saya sebab dia ke pejabat dgn baju tidak di'tuck in' dan berseliper jepun. setelah dimasukkan baju ke dalam seluar, bapa saya masuk ke pejabat tan sri (masa tu dato').

bapa saya ditawarkan peluang melanjutkan pengajian diploma pendidikan. beliau hanya ada sarjana muda drpd um (tahun 60an). jadi, utk naik pangkat dlm profesion perguruan, beliau perlu ada dip.pendidikan. setelah memiliki diploma, beliau berkemungkinan akan dilantik sbg tim.pengarah pendidikan (no.2) kpd tan sri. walau bagaimana pun, bapa saya menolak tawaran tersebut.

selepas tan sri m, pengarahnya adalah tan sri abdul rahman arshad, senior bapa saya di um. jika bapa saya terima tawaran tan sri murad dulu, mungkin bapa saya pun tan sri jugak kot? tak pelah, sekarang pun bila ada yg jumpa, ada yg panggil tan sri. pangkat dunia.

Masak2 dan Makan2 Antarabangsa

semalam saya dpt jemputan ke masjlis uic. tuan rumah pn azah, kaunselor uic. jemputan diterima pada jam 6ptg. maka saya mohon maaf kpd pn azah sebab saya cuti semalam dan tiada di shah alam. maka saya tak dpt penuhi jemputan beliau. janganlah tak jemput di lain kali ya.

seronok saya tengok gambar2 yg di'uplod' berkaitan majlis semalam. nampaknya ramai juga tukang2 masak drpd malaysia. jika termasuk peers, tahniah kpd peers kerana membuktikan peers serba boleh.itulah antara tujuan peers ditubuhkan, melahirkan seorang graduan yg serba boleh. profesional di pejabat dan di rumah, lelaki dan perempuan.

majlis semalammengingatkan saya kpd majlis hari raya di padang kawad uitm pd tahun lepas. saya telah singgah di gerai uic. saya menikmati makanan antarabangsa dn kopi tanpa gula. kebetulan semasa saya di situ, rombongan vip yg diketuai NC tiba di gerai uic. maka saya pun tersangkut di dalam sehingga vip ke gerai lain.

alhamdulillah,jika kita tidak dapat berbuka di perantauan dan menikmati juadah selain drpd negara kita di tempat asal makanan tersebut, makanan tersebut dibawa kpd kita dgn penentuan Allah.terima kasih sekali lagi kpd pn azah kerana sudi menjemput peers ke majlis uic semalam. jangan lupa, kita nak bawa budak2 antarabangsa ke taman negara pada sem ini.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Puasa di Perantauan

saya tidak pernah berpuasa di perantauan, di luar negara. paling jauh dari rumah semasa bersekolah asrama. kemudiannya semasa belajar dan tinggal di itm. adik2 saya kesemuanya pernah berpuasa dan berhari raya di perantauan. seorang sekarang berada di jerman sehingga tahun hadapan.

kita di malaysia bertuah kerana secara purata kita berpuasa tidak sampai 14jam dl sehari. adik saya sekarang berpuasa 19jam sehari. begitu juga seorang sahabat di turkmestan (betul ke ejaan ni?). saudara mara yg berada di hemisfera selatan puasa mereka pendek. tak silap saya 10jam sehari atau kurang.

spt juga puasa di asrama, dulu mereka yg diperantauan akan mendapat bungkusan dari kampung sbg penambah selera berbuka. tetapi sekarang dah berbeza. jarang2 dihantar makanan dari malaysia. di perantauan, di negara2 tertentu makanan macam di malaysia kerana dah ramai penduduk islam, india dan cina di sana. jadi kalau nak kari, pi aje ke kedai india. dan spt pelajar di shah alam, pelajar di luar negara (orang malaysia)akan berbuka di masjid yg berdekatan (jimat?).

Dilema Hadiah

seorang kawan dlm dilema tentang hadiah. apakah yg boleh dihdiahkan kpd seorang yg secara umumnya pada pandangan kawan saya mempunyai segalanya. dan 'hint' oleh bakal penerima hadiah adalah adakah kawan saya tu pasti bahawa beliau mempunyai segalanya.

seorang bekas pelajar saya semalam menyampaikan kad jemputan ke majlis perkahwinannya. dan pesan beliau 'saya nak microwave cebad'. jawab saya 'saya hantar melalui facebook'. dlm surat khabar hari ini (semalam?) ada menyatakan bahawa pengantin baru tidak perlu lebih drpd 1periuk nasi elektrik, 1 seterika, 1 dapur, dsbnya.

saya memang menghadapi utk memberi hadiah kpd yg patut terima hadiah drpd saya. saya pernah hadiahkan buku kpd seorang kawan sempena majlis perkahwinannya. saya selalunya tidak tahu berapakah nilai utk diisi dlm sampul surat kpd pengantin jika tidak membeli hadiah. senang jika dikongsi pembelian hadiah atau ada panduan umum utk pemberian tunai kpd pengantin.

memang membeli hadiah adalah satu dilema. bukan kpd kawan saya dan juga saya. ramai menghadapinya. mungkin bagi delima ajelah. kalau tak mampu,bagi buah delima.

Berbuka Puasa

pada asalnya saya bercadang utk berbuka dgn seorang sahabat dan isterinya pada hari ini. tetapi oleh kerana saya cuti hari ini, maka saya tangguhkan ke minggu hadapan. insyaallah, acara berbuka puasa tahunan bersamanya akan diteruskan.

kebiasaan juga pada bulan puasa ni, saya sekeluarga akan bergilir2 berbuka puasa d rumah adik beradik mak saya. tetapi tahun mungkin tidak. antara sebab utama adalah nenek yg tidak sihat dan berada di rumah seorang drpd makcik saya. jadi hujung minggu pada ramadan tahun ini berbeza dgn ramadan di tahun2 lepas.

insyaallah esok ada majlis berbuka puasa di rumah saya. beberapa ahli keluarga telah dijemput. bukan semua dijemput sebab rumah kecil. dan bukan semua yg dijemput dapat datang kerana ada hal masing2. walau bagaimana pun, apabila dikira tadi, hampir 30orang juga. masih tetap ramai untuk rumah kecil.

sejam tadi saya dimaklumkan ada majlis berbuka puasa di uic, pusat antarabangsa uitm. akan ada pelbagai juadah dari pelbagai negara. dukacita saya maklumkan saya tak dapat hadir sebab saya cuti. tiada rezeki saya utk merasa masakan dari luar negara. insyaallah di lain kali, jika dipanjangkan umur.

Solat Jumaat 20082010

jarang saya bersolat jumaat di masjid di kawasan rumah saya. kalau adapun, jika saya cuti. dan hari ini saya cuti, maka saya berpeluang solat jumaat di masjid di kawasan perumahan saya.

spt pernah saya katakan, lebih elok hari jumaat cuti.lebih mudah untuk awal ke masjid, dan tidak tergesa2 nak balik drpd masjid. jadi saya hari ini taklah nak lambat pergi dan nak cepat balik.

kebiasaan saya akan solat jumaat di masjid negeri shah alam. yg menjadi kurang motivasi ke masjid negeri shah alam adalah terpaksa (sengaja) letak kereta jauh. ianya untuk memudahkan saya balik, iaitu kurang kesesakan berbanding jika saya letak di dalam atau berhampiran masjid.

dah lebih setahun saya tak solat jumaat di pusat islam uitm. sebabnya ada pembinaan di situ. sepatutnya siap oktober tahun lepas, tapi tertangguh. dan sepatutnya seperti diwar2kan, solat jumaat sudah boleh diadakan di pusat islam uitm bermula hari.oleh kerana saya cuti, maka saya tak dpt ke sana utk solat jumaat hari. minggu depan cuti nuzul quran. insyaallah pada 3sep nanti.

Masa Yang Tinggal

Ramadan 1431h hanya tinggal 20hari aje lagi (jika syawal bermula setelah 30ramadan). jika umur saya panjang, insyaallah ada 6 bulan lagi sebelum berusia yg baru. tempoh memegang jawatan yg dipegang sekarang tinggal 9bulan lagi. jika bos setuju, tinggal 4bulan aje lagi.

masa yg tinggal utk kita perlu dibandingkan dgn masa yg telah berlalu. masa yg berlalu kita kaji. kita ambil iktibar kebaikan dan kelemahan kita pada masa yg lalu. yg lemah kita baiki supaya jadi baik. yg baik kita jadi lebih baik di masa yg tinggal utk kita.

mereka yg pergi meninggalkan kita adalah peringatan kpd kita. tiada yg abadi dan kekal di dunia ini kecuali Allah. jika kita kasihkan manusia, mereka akan pergi dan tinggalkan kita. kita merancang, Allah tentukan. maka kasihlah Allah. beribadahlah kpdNya. ramadan adalah bulan yg amat baik utk melakukan ibadah kpdNya. jangan lupa solar. berzakatlah, jangan hanya zakat fitrah.

'demi masa, sesungguhnya manusia itu dlm kerugian. kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 dgn kebenaran serta berpesan2 dgn sabar.' surah al-asr

Burnout?

saya cuti hari ni. bodi tak larat nak bawak keluar drpd garaj. saya minta maaf tak dpt bergambar utk ucapan syawal drpd pejabat pengarah.

semalam, semasa bermesyuarat bersama bos, dah terasa tanda2 bodi perlu rehat. terasa ringan aje kepala. risau juga memikirkan apabila nak balik ke rumah nanti. maklumlah saya adalah driver saya sendiri.

di rumah, selepas berbuka saya ok sedikit. tetapi selepas tengok tv dan tidur di bilik, terasa ringan kepala lagi apabila nak bangun drpd katil. jadi berdasarkan pengalaman lampau, saya ambil masa sebelum berdiri.

saya perlu baiki diri melalui pemakanan dan senaman. saya perlu lebih bersenam. adakah kerana di bulan puasa sebab saya banyak makan kambing? adakah ianya berkaitan fizikal? adakah ianya berkaitan emosi? kalau ikut terapi rogers, jawapan ada pada saya sendiri dan saya tahu jawapan itu.

Fasa 1 Ramadan 1431H

hari ini dah hari ke10 ramadan 1431h. sudah nak habis fasa 1. fasa 2 11 hingga 20 ramadan. fasa 3 21 hingga 30 ramadan.

sahur-buka, sahur-buka, dah hari ke 10 puasa. kejapnya. utk 20hari terakhir ni, lagi banyak majlis berbuka ddn keluarga dan sahabat2. ada yg rasmi, ada yg tak rasmi. dan bagi yg melakukan persiapan utk syawal, mungkin makin dilupakan rahmat di bulan ramadan kerana asyik fikirkan 1 syawal.

berapa ramai yg cukup puasa pada fasa 1? berapa ramai yg cukup terawihnya pada fasa 1? berapa ramai yg makin sihat semasa fasa 1? kita sendiri tahu jawapannya.kalau yg tak puasa, hanya dia dn Allah aje tahu.

saya tak ingat hadis tentang fasa2 dlm ramadan. tetapi fasa 3 atau terakhir, rasulullah kurang atau tidak tidur malam,krn beribadah. pesan bonda, 'bolehkah kita bertemu ramadan pada tahun depan?' jadi, beribadahlah sebanyak mungkin seolah2 ramadan ini ramadan terakhir kita. peluang terakhir kita mengumpulkan persediaan sebanyak yg mungkin utk kesejahteraan di akhirat.

Khamis, Ogos 19, 2010

Memegang Jawatan Baru

apabila bos tanya ' siapa boleh jadi no2?', saya tak tahu nak jawab. takkan saya nak jawab 'saya'. lagipun sepatutnya saya berjumpa utk mendapat nasihat, bukannya pangkat.

saya tidak faham adakah soalan bos adalah 'hint' kpd saya (perasanla ni). ataupun memang ingin jawapan dan cadangan drpd saya. sori bos. dlm cadangan saya berjumpa dgn bos, tiada jawatan utk no.2. saya turut mencadangkan jawatan saya dikosongkan. sebab bukan tugas hakiki saya.

memang penat jadi bos.memang ramai yg minat nak jadi bos.dan ramai juga yg takminat jadi bos. penat. ini jelas kelihatan di raut muka bos saya. setiap hari drpd pagi sehingga keluar balik ke rumah,masa bos amat padat. dan jika kita sedar,jawatan sbg bos bukan hakiki. ianya adalah tertakluk kpd tempoh lantikan.

dan diingatkan, yg dah lama pegng jawatan eloklah berehat. bagi peluang utk muka baru ambilalih. kita perlukan anginbaru utk ubah organisasi kpd tahap lebih baik.

Kerja Kerja Kerja

ada orang kerja di pejabat. pergi pagi pulang pukul 5tepat. tapi di bulan puasa ramai yg ambil pilihan pulang jam 4.30ptg.

kerja adalah aktiviti dlm kehidupan. biasalah orang tertunggu2 utk tiba masa pencen. kononnya bila pencen, dah tak payah kerja. itu zaman dulu2. bila pencen umur 55tahun, tak ramai sampai umur 60tahun. maka duit pencen cukup utk sara hidup selepas pencen. tetapi sekarang lain. pencen dah naik ke umur 58tahun. ada ura2 akan naik ke 60tahun.

hakim pencen pada umur 65tahun. pensyarah jika diperlukan boleh kerja secara kontrak sehingga umur 65tahun. kebiasaan kerja yg guna pemikiran boleh kerja lebih lama drpd yg gunakan tenaga empat kerat. semakin tua selalunya semakin kurang daya bekerja guna fizikal.

bekerja membolehkan kita menggunakan ilmu yg kita pelajari. dan biasa juga berlaku mereka yg pencen setelah beberapa minggu akan rasa bosan duduk saja2 di rumah. sebab bekerja membolehkan kita berjumpa ramai orang selain drpd isi rumah kita. bekerjalah utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Seminar SR221 1908201

petang tadi saya hadir utk ceramah 'Burnout and Demographic factors'. saya telah dijemput oleh pelajar sr221 sem4. audiens adalah pelajar sr221 yg mengambil kursus 'sport seminar' pada semester ini.

memang topik 'burnout' adalah topik kegemaran saya. burnout boleh berpunca drpd bos kita. itu kata saya kpd pelajar. dan motivasi juga boleh berpunca drpd bos kita. antara punca utama adalah berkaitan komunikasi, 1. 'miscommunication', 2. 'no communication'. dan saya kongsi dgn pelajar kumpulan ini antara cara2 mengurangkan stres negatif iaitu, 1. membebel, 2. menangis utk meluahkan perasaan yg terbuku.

walau pun pada asalnya iaitu permulaan ceramah saya berasa penat, alhamdulillah, semakin lama ceramah berjalan, tenaga saya semakin bertambah. saya lihat para pelajar pun sama juga. jika pada awalnya layu, pada penghujungnya mereka sangat bersemangat. ataupun mungkin sebab semakin hampir utk amsa berbuka puasa? hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Berbuka Puasa di Hotel

Kadar yg dikenakan utk berbuka di hotel bergantung kpd taraf hotel. kalau di restoran atau kedai makan pun sama juga, tertakluk kpd jenama tempat tersebut.

semalam saya diraikan oleh seorang kawan di sebuah hotel. pesan beliau 'makan banyak2 tau' (secara bergurau). saya cuba sedaya mungkin. tetapi hanya mampu makan lebih sedikit drpd makan di rumah. memanglah kalau dikira ikut harga makanan adalah tinggi kosnya. tetapi harga termasuk 'ambience' (bukan satu jenis masakan ya). dan saya lihat ramai juga yg berbuka drpd syarikat dan keluarga. mungkin juga lebih murah drpd membina ruang tambahan utk meraikan tetamu. dan di rumah pilihan terhad. terima kasih kpd kawan yg sudi meraikan saya.

alhamdulillah, pada setiap tahun saya akan ada berbuka di lusr rumah. sama ada dijemput orang atau saya menjemput orang lain atau saya menjemput saya sendiri. sekali lagi, terima kasih kpd yg sudi jemput saya semalam. juga kpd yg akan menjemput saya nanti. semoga anda akan sentiasa dimurahkan rezeki yg halal oleh Allah.

Rabu, Ogos 18, 2010

Pasukan Bolasepak Blog

kebanyakan ciri2 seseorang dpt dikaitkan kpd satu pasukan bolasepak. maka setelah sekian lama saya catitkan tentang pasukan bolasepak Blog. ianya ada kaitan dgn yg hidup.dgn yg mati, saya tak tahu adakah sebarang kaitan.

pemain2 dan mereka dlm pasukan akan diperkenalkan satu persatu melalui catitan saya. jika terkena batang hidung saya, mungkin disengajakan. pasukan ini boleh dijadikan pasukan utk kajian kaunseling. ahli pasukan drpd pelbagai pangkat dan usia.

secara umumnya, sebuah pasukan bolasepak seperti satu organisasi lain. ianya perlu ada pemimpin dan pengikut. dan pasukan ini bertanding dlm liga (rat race).pasukan ini sudah lama ditubuhkan utk meningkatkan mutu bolasepak di negara. pada awal penubuhan, pengurus adalah juga kapten pasukan. beliau amat tegas cara kepimpinannya.

sebagai pasukan baru, kemudahan utk pasukan dikutip drpd lebihan pasukan lain. pejabat dan ruang berlatih amat terhad. di awal penubuhan, bukan mudah utk dpt pemain2 kerana belum nampak arah tuju pasukan.

Burnout dan Keseronokan Bekerja

saya ditegur kelihatan penat dan lesu. saya tersenyum. memang ianya berkaitan kerja. penat menjalankan tugas. lesu kerana bosan dgn beberapa perkara.

keseronokan boleh bertukar kpd burnout hanya krn seorang. akibat seorang boleh menyebabkan kerosakan kpd produktiviti organisasi. kehadiran seorang boleh menyebabkan satu organisasi menjadi lesu. jika dilakukan kerja yg sama dan mengharapkan hasil berbeza, itu kerja orang gila. jika dikehendaki hasil tetapi sumber tidak diberi, itu kerja orang gila.

orang gila hidup dlm dunianya sendiri. dunia yg baginya hanya dia sahaja yg sempurna. orang lain tidak betul. dan lama kelamaan ini akan menyebabkan orang lain juga jadi gila.barulah orang gila akan kata orang lain betul dan sempurna sptnya.

apabila kreativiti dan inovasi tersekat oleh cara lama yg sesuai di tempat lama, maka produktiviti akan tergugat. lama kelamaan, mereka yg memberi sumbangan kpd organisasi akan meninggalkan organisasi. dan yg tinggal hanyalahorang gila dgn labu2nya.

Bersabar Kawan

catitan demi catitan menunjukkan kawan saya akan ke arah negatif dlm kehidupan berumahtangga. apa yg ingin dielakkan seperti sudah tidak dapat dielakkan lagi. catitannya lebih kpd keluhan.

kawan ini suka bercerita tentang jodoh. tentang keluarga. tentang anak. dahulunya apabila bercerita, beliau akan kelihatan ceria. selalu tersenyum. tetapi sekarang adalah sebaliknya. cerita tentag jodoh, berkeluarga dan beranak lebih kpd nasihat. nasihat utk mengelak keruntuhan rumahtangga. walaupun beliau tidak nyatakan akan apa yg sedang beliau hadapi.

seperti dlm catitan terdahulu saya dan ramai drpd kita tahu, jodoh ketentuan Allah. jika sudah jodoh kita, tidak ke mana selain kpd kita. spt juga rezeki. sebaliknya, jika dah bukan jodoh kita, menangis airmata darah pun tak berguna. bukan semua orang akan mendapat kebahagian drpd berumahtangga. mungkin pilihan kita silap. anggaplah ini adalah dugaan.

saya cadangkan kpd kawan utk luahkan juga kesedihan melalui menangis. ianya tidak akan mengurangkan kelakian kita. juga, kalau boelh, luahkan kemarahan kpd punching bag. tumbuklah dan lepaskan geram sehingga kita penat. ianya baik utk kita.

Sahur

sahur adalah makan sebelum puasa bermula pada setiap hari. sunat kpd yg akan berpuasa utk bersahur. kesan negatif jika tidak bersahur adalah kedengaran 'bunyian' drpd perut yg kosong.

ada saudara saya bersahur pada tengah malam sebelum tidur. saya bersahur selalunya pada jam 5pagi. dan selalunya dgn makanan yg berat seperti makan tengahari dan makan malam. saya akan minum air sebanyak yg mampu. dan saya cuba makan sebiji atau dua biji kurma. saya juga akan minum air yg mengandungi glukos.

pada satu perjalanan balik ke kampung beberapa tahun lepas, pada bulan bukan bulan puasa, saya singgah di Gua Musang. waktu 4pagi. saya terkejut melihat hidangan di kedai makan macam makan tengahari. dan saya perhatikan ramai yang makan seperti makan tengahari ataupun seperti bersahur. tetapi ada yg makan tu adalah bukan Islam, jadi takkanalh mereka bersahur. dan selepas makan saya lihat mereka akan bawa bekalan pula. beberapa minit kemudian di jalanraya saya terserempak dgn satu apsangan yg saya lihat di kedai makan. rupa2nya mereka adalah pencari rezeki drpd susu getah. maka mereka makan dengan banyak utk tenaga buat bekerja.

saya rasa sebenarnya kita sepatutnya makan banyak pada waktu ebrsahur. bukannya pada waktu berbuka. sebab lepas berbuka, tenaga kurang digunakan berbanding selepas sahur.

Selasa, Ogos 17, 2010

Gerimis Semalam

gerimis semalam boleh bermaksud gerimis yg berlaku pada malam hari sebelumhari ini.ianya juga boleh bermaksud gerimis sepanjang malam. dan ianya juga adalah sebuah lagu nyanyian sheila majid.

bagi yg minat ber'camping' gerimis ataupun hujan adalah dugaan. jika hujan pada siang hari boleh mengganggu aktiviti di siang hari spt treking dan memasak.jika gerimis di malam hari bole diterima dgn gembira kerana akan menyejukkan keadaan dlm khemah. tetapi jika hujan berterusan dan lebat boleh mengganggu kita yg berkhemah kerana risau mungkin akan menyebabkan air sungai naik dan melimpah. jika ini berlaku,kemungkinan khemah perlu dipindah ke tempat lebih tinggi dan selamat. dan kita juga akan risau kemungkinan ranting2, dahan2 atau batang2 pokok akan jatuh ke atas khemah kita.

lagu gerimis semalam menceritakan kedukaan penyanyi tentang kehilangan orang yg dikasihinya. 'gerimis pun reda, angin syahdu bawa berita...'. saya meminati lagu ini yg mula dinyanyikan pada tahun 1980an. saya masih mempunyai kaset asli yg mengandungi lagu ini.

gerimis atau hujan, terimalah dgn positif. anggaplah ia sebagai rahmat drpd Allah. ianya menyamankan suasana malam. dan di bulan ramadan ini, jika boleh beribadatlah lebih sedikit di sebelah malam. kalau boleh juga, sebelum bersahur.

Sukan dan Kecerdasan

ada yg berkata mereka yg aktif dlm sukan tidak cemerlang dlm akademik. tidak semua yg aktif dlm sukan tidak cemerlang dlm akademik. ramai yg saya kenali adalah bukti.

semasa di sekolah menengah, kami dilatih utk aktif dlm sukan. spt biasa akan ada yg super duper star. saya tidak tergolong sbg super duper star dlm sukan. malah saya juga bukan super star dlm sukan. dan saya juga bukan star dlm sukan di sekolah. kejayaan saya dlm sukan di sekolah menengah lebih kpd pengurus pasukan bolasepak. dan saya juga mula terlibat mempromosi super duper star saya utk bermain bawah 15 semasa kami di tingkatan satu lagi.

pasukan renang, bola keranjang selalunya terdiri drpd mereka yg cemerlang akademik. malah hampir semua super star dlm sukan cemerlang dlm akademik. mungkin betul 'badan sihat, minda kuat'. walau pun sebenarnya aktif dlm sukan adalah satu bentuk kebijaksanaan juga mengikut Howard Gardner.

berada di fsr membolehkan saya meningkatkan pengetahuan dlm sukan. sedikit demi sedikit boleh saya fahami bagaimana sukan dikaitkan dgn kesihatan dan kecerdasan berfikir. dan saya juga sedar bahawa ilmu perlu terus dituntut sehingga ke akhir hayat.

Taman Negara 1991

saya mula mengenali taman negara dan kuala tahan pada 1991. sudah hampir 20tahun berlalu. begitu cepat masa bergerak.

kali pertama ke taman negara saya trek 28km. tak jauh. tidur dlm khemah, tidur dlm gua, tidur didlm bumbun dan tidur di hostel. hari pertama pakai junle boot, hari kedua pakai kasut sukan, hari ketiga berselipar aje.

kami bermula dr kuala tembeling ke kuala tahan dgn bot. kemudiannya ke kuala keniam dgn bot lebih kecil. di kuala keniam, kami tukar enjin bot utk memasukki sg keniam. di tebing sungai keniam kecil saya perhati pegawai perhilitan buat kajian burung2 di taman negara. sepanjang perjalanan dr kuala perkai ke kuala tahan kami makan bekalan yg dibawa.

setiba di kuala tahan, kedai runcit jadi tujuan. pintu peti sejuk dibuka utk mendapat hawa sejuk. makan malam termasuk Tahan Special (ABC dlm mangkuk besar). dan dlm van pulang ke KL, lagu2 drpd album Hijau Zainal Abidin mendodoi kami.

Kedai Buku

Apakah lambang sebuah buku kpd masyarakat? apakah lambang sebuah kedai buku di universiti kpd masyarakat dalam dan luar universiti? berapa ramaikah diantara warga uitm, staf dan pelajar yg pernah ke kedai buku koperasi uitm? berapa ramaikah diantara staf dan pelajar uitm yg pernah membeli buku di kedai buku koperasi uitm di shah alam? saya belum membuat sebarang kajian rasmi berkaitan perkara ini. tapi jika ada yg sudi berkongsi maklumat, saya bersedia menerimanya.

kedai buku selalunya dikatakan gedung ilmu selain drpd perpustakaan (khutub khanah). saya suka ke kedai buku. pelawat ke bilik saya di uitm dan ke rumah saya boleh melihat bukti tersebut. saya mempunyai bilangan buku yang banyak. tapi saya tak tahu adakah bilangannya sehingga 1,000buah. buku2 ini saya beli di dalam dan di luar uitm. ada yg saya beli secara on-line.

saya suka melihat bilangan buku dlm bilik pensyarah. saya juga suka melihat dan mengetahui bilangan buku yg dimiliki oleh pelajar. walau pun sekarang zaman ICT, selalunya minat membaca buku dikaitkan dgn minat menambah ilmu.

IID Datang Lagi

pada tahun ini IID akan diadakan dua kali dlm setahun. kali pertama pada bulan Januari 2010. kali ini pada bulan oktober 2010. IID kali kedua ini adalah IID 2010SE, IID Special Edition. Ianya bersesuaian dgn 2010 sbg tahun inovasi.

IID - invention, innovation dan design. sefaham saya, 'invention' atau 'creation' adalah ciptaan. ianya drpd tidak pernah ada kpd ada. 'innovation' atau inovasi dlm bahasa melayu (penambahbaikan?). dan bagi saya ianya bermaksud kita perbaiki apa yg sudah sedia ada. 'design' atau rekaan (berkaitan senilukis?).

insyallah, jika diberi peluang saya akan ambil bahagian dlm IID 2010se. ada beberapa rakan pensyarah telah saya khabarkan utk bersama turut serta dlm IID 2010se. pada IID 2010 penyertaan saya adalah melalui InED dan FSR. pada IID 2010SE penyertaan saya masih belum pasti.

sebuah artikel menyatakan bhw seorang yg berilmu adalah seorang yg kreatif (merangkumi ketiga2 IID?). kerana diandaikan bhw seorang yg berilmu akan sesuaikan hasil atau perancangan kpd keperluan melalui ilmu yg dimiliki. saya setuju. tetapi mestilah kreativiti yg memberi kesejahteraan kpd diri dan masyarakat, dan tidak menyalahi tuntutan Islam.

Isnin, Ogos 16, 2010

Berbuka Bersama Staf UPK

hari ini insyaallah, saya akan berbuka dgn staf upk saya. pada asalnya bercadang utk berbuka di tepi kolam renang. setelah dianalisis bersama, dipersetujui bhw kos adalah penting. asalnya kos boleh mencecah lebih rm200. setelah ditukar tempat, anggaran kos rm60.

maka kami akan berbuka di pejabat shj. dan bersama2 menyumbangkan sedikit rm. ada juadah ditempah drpd intekma resort. ada juadah yg dibeli di bazar ramadan. harapan menggunung utk makan ayam golek. tadi dah staf pi tengok kat wisma mais, dukacita tiada ayam golek. harap2 dia dapat beli ayam golek ala 'arab'.

apakah yg penting utk berbuka? juadah? keselesaan? saya maklumkan kpd mereka yg mengajak saya berbuka bhw sila pastikan ada tmpat utk solat maghrib. dan jika di hotel, saya suka solat maghrib selepas berbuka dgn beberapa biji kurma dan segelas air. nak mengelak drpd berebut2 utk solat bersama majoriti pengunjung ke hotel/restoran yg ingin solat maghrib setelah jam 8mlm.

Terapi Berpusatkan Klien

tadi pembentangan kumpulan terapi berpusatkan klien atau lebih dikenali dgn person centered therapy. ianya juga dikenali sbg terapi Rogers kerana dipelopori oleh Carl Rogers (bukan Carl Lewis, bukan Kenny Rogers).

terapi ini akan bermula dgn memastikan persekitaran yg kondusif/selesa kpd klien. apabila klien berasa selesa dgn tempat terapi, maka diandaikan klien akan bersedia utk mencari masalah dan penyelesaian untuk masalahnya. terapi ini percaya dan yakin bahawa klien berupaya menyelesaikan masalahnya tanpa pelu arahan drpd terapis atau kaunselor.

di tempat kerja atau pembelajaran, suasana persekitaran adalah penting untuk produktiviti. klausa 6.4 iso 9001:2008 adalah berkaitan dgn persekitaran. pihak pengurusan perlu memastikan bhw persekitaran kerja adalah kondusif utk pekerja atau pelajar memperkembangkan diri.

contohnya adalah bilangan pelajar di dlm bilik kuliah perlulah selesa utk pelajar belajar. jika kepadatan adalah tinggi, ianya akan menyebabkan keadaan tidak selesa utk pelajar. kesannya akan dilihat pada prestasi pelajar.

Membeli Belah di bazar Ramadan 1431

Semalam saya berniat ke bazar ramadan berhampiran rumah. maklumlah, pada hari bekerja masa akan jadi kekangan selain drpd kesesakan lallulintas mereka yg pulang drpd pejabat.

tetapi sebelum jam 5ptg hujan turun. alhamdulillah ianya kemudian berhenti. saya pun ke bazar bersama seorang adik saya. nak mencari ayam golek. saya rasa tahun ini pengunjung amat ramai berbanding pada tahun2 sebelumnya. mungkin sebab hujan tadi maka ramai yg datang pada masa yg sama?

selalunya kami beli air kelapa utk diminum masa berbuka. tetapi semalam saya beli air asam boi. saya beli juga beberapa lauk selain kerabu pesanan ibu. dan saya juga membeli beberapa cucuk satay utk dimakan sbg more.

memanglah kalau membeli ketika lapar, kita akan rambang mata. tambah2 lagi jika makanan dihidangkan dgn menarik. pasti tergoda. dan pasti membeli lebih drpd dirancang. alhamdulillah, kesemua yg dibeli dimakan habis oleh seisi rumah. elakkanlah membazir di bulan yang mulia ini.

Puasa di Kuala Kangsar

saya berpeluang berpuasa di bandar di raja perak, kuala kangsar pada tahun 1980-1984. ianya merupakan kali pertama buat saya berpuasa jauh drpd keluarga.

pada tahun 1980, kami diajar makan menggunakan sudu dan garfu. apabila makan di dalam 'tray' besi maka kedengaranlah setiap kali kami makan dendangan lagu2 yg tidak merdu. malah pernah terjadi seorang pengawas keluar drpd dewan makan kerana tidak tahan dgn muzik ciptaan kami pada tahun 1981.

di asrama, masa makan dimaklumkan dgn bunyian loceng oleh pengawas bertugas. apabila di asrama, kami (yang bernasib baik) akan menerima bungkusan yg mengandungi sambal daging, sambal tumis dan pelbagai lagi juadah utk ditambah kpd juadah berbuka di asrama. ada keluarga yg datang melawat kami selain drpd menghantar bungkusan melalui pos. bagi yg tidak mendapat lawatan atau bungkusan drpd keluarga di kampung, kami akan yg bernasib baik akan berkongsi rezeki yg ada.

selepas terawih/persediaan malam kami ada makan malam (supper). seingat saya menu yg menarik adalah laksa kuale. menu utama yg tetap ada utk sahur adalah telur masin (separuh). saya tidak tahu sampai sekarang siapakah yg menyediakan menu berbuka dan bersahur, dan adakah diambilkira khasiat diperlukan oleh kami yg sedang membesar.

pada tahun 1982, kebetulan bulan puasa adalah juga berlangsung piala dunia 1982. setelah perlawanan jam 4pagi, kami akan ke dewan makan utk bersahur. sekarang saya cuba hadir utk majlis berbuka bersama2 sahabat yg dikenali bermula 1980 pada setiap tahun , jika diizinkan Allah.

Ahad, Ogos 15, 2010

Perancangan dan Kerja

Kita dinilai drpd hasil kerja kita. bukan drpd betapa sibuknya kita pada setiap hari. dan utk mencapaikan hasil tidak semestinya semua cara dibenarkan.perlulah ikut peraturan. peraturan pun mesti pastikan bidang keberhasilan. rancang tanpa hasil tak produktif.

semasa saya di swasta, bilangan pelanggan utk dijaga ditentukan oleh pengurus besar. pada satu masa saya pernah dpt 40syarikat utk dijaga. saya rancang tugas tahunan saya menggunakan kalender tahunan. dan setelah kalender disiapkan, saya dapati bhw ada beberapa bulan saya tiada kerja utk dilakukan kerana kebiasaannya syarikat tutup akaun pada bulan2 tertentu shj. maka apabila pengurus melihat saya banyak masa, diandaikan bhw saya tidak produktif. sedangkan yg memberi kerja adalah beliau.

sebagai ketua kita akan tetapkan tugasan orang bawahan kita. di tahap tertinggi akan tetapkan hasil utk dicapai secara umum. dan mereka dibawah kita akan dimaklumkan hasil dijangkakan drpd mereka. ini antara sebab saya suka jadi pensyarah. tugas dan tanggungjawab pensyarah amat jelas dan tidak banyak berbeza pd setiap tahun.tetpi yg memeningkan kepala adalah tugasan tanpa perancangan yg diterima pada saat2 akhir.

Erti Puasa

Puasa bukan sekadar menahan diri drpd makan dan minum di antara waktu subuh sehingga maghrib. nota- adik saya berpuasa diantara jam 4pagi hingga 9.30malam di jerman. ianya berkaitan pengajaran drpd pengalaman berpuasa. ianya berkaitan berpuasa drpd perkara2 yg boleh mengurangkan pahala puasa spt berkata2 yg kurang menarik. puasa tidak bermakna kita puasa drpd solat.

di bulan yg mulia ini ramai akan berebut2 utk menjalankan amal ibadah. berebut2 utk mendapatkan pahala. maka anak2 yatim akan dibawa ke hotel2 utk berbuka. anak2 yatim dibawa ke kompleks belibelah utk membeli pakaian. tetapi apabila membaca tulisan prof kamil di blognya, anak2 yatimtidak ingin kemewahan. mereka tidak ingin kesenangan utk diri shj, ttp utk keluarga mereka juga.

dgn berpuasa kita diandaikan akan lebih menghargai nikmat dan rezeki yg diterima drpd Allah. kita akan lebih bersyukur dgn anugerah kemurahanNya. kita akan beringat utktidak membazir. kita akan cuba berkongsi rezeki yg ada dgn mereka yg kurang berada. ada yg sudi berbuka dgn saya?

Bojeng

bojeng ada kaitan dgn gonjeng. bojeng bermaksud 'hairstyle'. ianya perkataan kelantan. dan di bulan mulia ini akan ramai prihatin bojeng masing2. lelaki dan perempuan (termasuk yg bertudung).

bagi saya berbojeng adalah dgn ke kedai gunting rambut. dahulunya sebelum tinggal di subang jaya, saya akan berbojeng di kedai gunting pakcik rahman, di seksyen 16 petaling jaya. kedai ni dekat kawasan perumahan orang besar2 kerana rumah2 besar2. tetapi sudah lama saya tak kedai pakcik rahman. kali terakhir ke sana beberapa tahun yg lepas. dan bukan lagi pakcik rahman yg akan membojengkan saya. sekarang hanyalah pembantu beliau (tak ingat nama). pakcik rahman tak mampu menjalankan profesion sbg tukang gunting rambut krn angin akhmar.

sekarang ramai tukang gunting adalah bangsa india. saya akan ke kedai gunting berhampiran dgn rumah aje. hendak ke pj kena ambil kira kos minyak, masa dan kemungkinan kedai tutup. kos gunting rambut sekarang rm11 dewasa. pernah saya berbojeng di kelantan aje. kos rm5 aje. tapi selalunya saya berbojeng di sini dahulu. elak bila balik kampung, kedai mungkin tutup atau pelanggan terlalu ramai menyebabkan niat berbojeng mungkin tak tercapai.

Hujung Minggu di Bulan Puasa

pada hari2 bekerja, isnin hingga jumaat, selalunya masa amat cepat berlalu. mungkin kerana masa di pejabat di isi dgn kerja. pada bulan puasa keadaan di pejabat perlahan sdikit. kurang majlis2 rasmi dan kursus2 diadakan. pada waktu petang, ramai akan memilih keluar pejabat pada 4.30ptg. ini utk membolehkan dpt menyediakan juadah dan berbuka bersama keluarga. pada bulan bukan puasa ramai makan malam pada jam 8mlm dan ke atas, selepas maghrib. di bulan puasa, makan malam adalah waktu berbuka puasa.

pada hujung minggu, sabtu dan ahad, masa berjalan lebih perlahan. jika di hari bekerja selepas subuh ramai bersedia ke pejabat dan ke pejabat sebelum 7.30pagi. pada hujung minggu, ramai akan kembali ke tilam selepas subuh. dan ramai akan menggunakan hujung minggu utk menggantikan waktu tidur yg terkurang di hari biasa. maka akan ada yg bangun drpd tidur setelah jam 9pagi sehingga hampir zohor. kebiasaannya adalah para pelajar.

pada hujung minggu juga baru ada peluang utk membeli-belah. pada hari bekerja ramai yg tergesa2 nak balik rumah drpd pejabat. dan selepas maghrib pula waktu utk tewrawih. jadi hanya pada hujung minggu ada masa utk pergi ke kompleks membelibelah. saya pun tidak terkecuali. hari ke 5 ramadan terasa begitu cepat bulan ramadan berlalu. tetapi pada tahun ini tidak terasa gopohgapah kerana raya tidak di kampung. maka tiada kebiasaan utk cepat2 mencari pakaian atau barangan di hujung minggu utk dibawa balik pada raya.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Ikhlas dan Halal

Baru2 ini saya ditanya jika saya mengenali seorang staf yg mengetip tiga kali semasa keluar drpd pejabat. maksud di sini adalah staf tersebut membawa kad 2 rakannya utk diketip bersama kad beliau. saya bagitau saya tak kenal staf berkenaan.

saya juga dimaklumkan bhw terdapat staf yg mengetip kadnya dan beberapa kad kawannya yg dikenal pasti oleh pemantau. dan telah didapati bhw kad mereka sekumpulan ini mempunyai waktu masuk dan keluar pada hampir setiap hari adalah sama. jika betul dan ianya menepati amaran utk diambil tindakan tatatertib, maka pihak yg bertanggungjawab perlulah menjalankan tanggungjawab. seorang ketua yg tidak mengambil tindakan akan dipertanggungjawabkan oleh pihak atasan. berdasarkan kpd di atas, pihak mana melakukan rasuah atau pecah amanah?

saya kurang minat melayan mereka yg kurang atau tidak amanah. utk mengelakkan drpd tersilap atau tersalah laku dlm menjalankan tugas kita, perlulah kita merujuk kpd senarai tugas dan tanggungjawab. jika dalam surat lantikan tidak menyatakan peraturan khusus, adakah jadi kesalahan jika kita dikatakan tidak ikut peraturan?

Pantau

Bunyi macam santau. Tapi maksud tidak sama. pantau diterjemahkan dlm bahasa inggeris adalah monitor. bukan monitor yg digunakan dgn cpu. tetapi macam monitor dlm kelas di sekolah.

klausa 8 dlm iso 9001:2008 adalah berkaitan 'measurement, analysis and improvement'. dlm klausa ini berkaitan pemantauan (aktiviti memantau). maka pantau juga adalah memerhatikan. dan lebih kerap digunakan adalah audit. mengikut sejarah, audit drpd perkataan audio - mendengar. pada zaman dahulukala, pegawai2 kerajaan akan melaporkan kedudukan kekayaan kerajaan kpd raja atau penguasa tempatan. raja atau penguasa tempatan ini akan mendengar laporan pegawai2 kerajaan utk mengetahui status terkini kekayaan negara.

sekarang ramai akan gelisah jika diberitahu atau mendapat berita akan diaudit atau dipantau. maka kebiasaannya yg melakukan ketidakjujuran akan rasa resah dan gelisah.malah ada yg ambil cuti kecemasan atau cuti sakit pada masa mereka akan dipantau di pejabat. ataupun mereka akan berdolakdalih meminta ditangguhkan pemantauan ke atas mereka kerana belum bersedia. ada juga yg marah dan mempersoalkan alasan mereka perlu dipantau.

bagi saya, pemantauan adalah satu cara mengingatkan kita. maklumlah, 'demi masa, manusia sentiasa dlm kerugian kecuali...diingatkan...'. maka jika kita kebiasaan tidak jujur dan tidak menjalankan tugas sbgmana sepatutnya, janganlah disalahkan mereka yg dipertanggungjawabkan utk memastikan kesejahteraan organisasi.

Buku Kisah Nabi Muhammad s.a.w

antara buku yg jadi kegemaran saya membaca adalah buku berkaitan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. pelbagai buku telah saya baca tentang kisah baginda, rasul Allah ini. antara yg menjadi kegemaran saya dan dibaca berulang2kali adalah 'Muhammad - his life based on the earliest sources' oleh Martin Lings.

Saya mula membaca buku ini yg dimilikki oleh adik saya. buku tersebut telah dibeli dgn bantuan adik ipar saya di sebuah kedai buku di Pudu. setelah membacanya, saya minta tolong adik saya beli beberapa buah buku ini utk saya hadiahkan kpd mereka yg tertentu. kemudiannya saya berjaya mendapat buku asli melalui pekan buku um di wisma mais , sek 3 shah alam. ianya terpaksa ditempah dan dlm masa sebulan sampai di pekan buku shah alam.

saya ada buku tersebut dlm bahasa melayu. tetapi apabila dibaca, keseronokan adalah lebih bila embaca buku tersebut dlm bahasa inggeris. yg menariknya, buku ini menceritakan bagaimana ayat2 tertentu diturunkan spt masa dan tempat dan berkaitan semasa apa sedang berlaku. mereka yg suka membaca tentang kisah rasulullah memaklumkan kpd saya bhw mereka turut membaca buku ini. seorang pakcik saya pernah membacanya bertahun2 dahulu.

sesuai dgn ayat alquran pertama diturunkan kpd rasulullah s.a.w, 'iqra...' pada bulan ramadan yang mulia, saya sarankan anda mencari dan membaca buku ini. insyaallah, saya harap anda dpt menghayati pengorbanan rasulullah s.a.w. dan mengubah anda menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Patin Masak Tempoyak

selalunya saya dapat makan ikan patin masak tempoyak apabila saya di jerantut ataupun bila singgah di r n r temerloh. jika saya sudah makan, saya kan bungkus utk dibawa balik ke rumah. adakala saya dapat menikmati patin masak tempoyak di kuala tahan, jerantut.

dua hari lepas saya menikmati patin masak tempoyak dibungkus drpd intekma resort. untuk bulan ramadan tahun ini, bertemakan 'kembali ke desa', patin masak tempoyak adalah menu harian di intekma. kuahnya pekat, best! kalau bungkus, seketul rm1.80 aje. berbeza jika beli atau makan di r n r temerloh, patin sangkar rm7 seketul dan patin buah rm12 seketul. tapi saiznya memanglah berbeza. saiz drpd intekma cukuplah mengubat rindu makan patin masak tempoyak. kalau yg ingin hidangan dan pilihan lebih banyak, pergi ajelah buffet ramadan di intekma resort, sek7 shah alam. sehingga 17ogos, rm35/pax. bermula 18ogos rm43/pax.

saya mula mengenali patin ni rasa2nya pabila program uitm di taman negara. kalau tersilap, maaf ye. maka jika ke kuala tahan, sedaya yg boleh cuba adakan masakan patin asam tempotak sebagai sebahagian drpd menu di situ. cuma saya tidak tahu apakah khasiat makan ikan patin.

Tautan Mekar Peers

tahun ini tahun ketiga peers dgn tautan mekar. ianya diadakan di sk seksyen 6 bandar anggerik. pagi ini program tersebut diteruskan spt biasa walaupun bulan puasa. tadi saya dimaklumkan oleh Wan Zulhazri, presiden peers bhw hari ini ramai fasilitator drpd pelajar sekolah. ramai pelajar tak datang sebab lambat bangun.

program tautan mekar ini adalah satu program khidmat masyarakat peers. antara objektifnya adalah perkongsian ilmu antara pelajar di ipt dgn penduduk setempat. kita inginkan dgn adanya pusat ilmu di satu tempat akan turut meningkatkan ilmu penduduk setempat. maka ini adalah sumbangan drpd peers. peers kembalikan sedikit drpd kemurahan yg diterima utk mendapat ilmu di uitm kpd penduduk sekitar uitm shah alam.

diharapkan bukan hanya sk bandar anggerik sahaja diadakan tautan mekar. moga2 peers di negeri lain turut dpt menjalankan program spt ini. saya doakan semoga peers di puncak alam dapat mengadakan tautan mekar di sk puncak alam 1 dan sk puncak alam 2. sk sek 9 ada memohon utk tautan mekar drpd peers. jadi saya perlukan ketua utk projek2 khidmat masyarakat spt ini segera.

Peristiwa Subuh - Raihan



subuh adalah waktu permulaan untuk sebuah hari yg baru. waktu subuh adalah antara waktu yg terpendek berbanding waktu2 lain

Cita-cita dan Harapan

setiap hari kita berdoa dn mengharapkan agar hari yan baru ini akan lebih baik drpd hari semalam. jika semalam kurang baik bagi kita, kita harap hari ini adalah hari yg baik bagi kita. jika semalam adalah hari yg baik bg kita, kita harapkan hari ini adalah hari yg lebih baik lagi.

kita juga bercita2 utk masa hadapan yg baik atau lebih baik drpd keadaan kita sekarang. kebanyakan orang mengharapkan kehidupan hadapan adalah kehidupan yg lebih kaya drpd segi material drpd keadaan sekarang. tetapi ramai yg lupa utk bercita2 utk kehidupan di dunia dan akhirat yg sejahtera. ramai yg hanya harapkan kehidupan dunia yg selesa shj. cita2 dan harapan jika tidak dimaklumkan kpd yg boleh membuatnya menjadi kenyataan akan hanya menjadi angan2 shj.

dalam solat kita sebenarnya bercita2 dan mengharapkan kesejahteraan dunia dan akhirat drpd Allah,Maha Pemilik segala di alam ini. kita berdoa kpdNya mengharapkan rahman dan rahimNya. maka bersolatlah kita. maka berdoalah juga selain drpd semasa solat. kemudian berusahalah utk mencapai cita2 kita. semoga kita sentiasa dilimpah kurnia Allah dgn rezeki yg halal dan dijauhkan drpd rezeki yg haram, utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Jumaat, Ogos 13, 2010

Ego Defense Mechanism

antara perkara yg dikaitkan dgn terapi psikoanalitik, yg dipelopori oleh Freud. terapi ini adalah topik pembentangan kumpulan pertama. adakah ego defense mechanism ada kaitan dgn ego yg selalu dikata2kan ramai?

jika kita berkata tentang ego, kita kaitkan dgn kesombongan. tetapi mengikut psikoanalitik, ego berkaitan dgn mengikut peraturan. ego sedar dan berdasarkan realiti. ego menjadi pengimbang diantara id (yg ikut nafsu shj) dan super ego (perfectionist dan idealist). maka ego defense mechanism adalah bagaimana ego mengimbangkan keadaan yg mengancam ego.

tetapi kita lihat ramai orang lebih kpd ego yg biasa kita gunakan, sombong dan tidak mahu mengaku pabila melakukan kesilapan dan kesalahan. ego yg biasa kita kaitkan lebih kpd superego dlm psikoanalitik. dan hasilnya adalah mereka yg melihat diri mereka sebagai sempurna. kalau yg buat salah atau silap adalah orang lain. apabila orang lain nampak lebih baik drpdnya, mereka akan memperlekeh2kan hasil orang lain.

mereka tidak boleh lihat orang lain lebih rajin, produktif, diiiktiraf kepakaran, bijak drpd mereka yg ego negatif ini. mereka mencari salah orang utk menjatuhkan orang. orang yg sebaliknya mengikut ego dlm psikoanalitik akan meniru mereka yg berjaya. mereka akan cuba perbaiki orang lain supaya mereka juga akan baik. itulah bezanya mereka yg berilmu dan yg kurang berilmu.

Kreativiti, Inovasi dan Pendidikan

Apakah beza diantara seorang pensyarah dan seorang cikgu? banyak jawapannya. antara yang utam cikgu akan diminta mengajar matapelajaran yg mungkin bukan asas kelayakannya. seorang pensyarah sepatutnya mengajar mengikut asas kelayakannya. contoh, graduan perakaunan mestilah mengajar subjek berkaitan perakaunan sebab dipelajari asas perakaunan dan tahap2 lain perakaunan semasa sarjana muda. jika tiada asas dlm perakaunan bgmana nak berkongsi ilmu dlm perakaunan dgn pelajar perakaunan?

selain drpd mengajar banyak lagi perlu seorang pensyarah lakukan. maka masa seorang pensyarah tidak sepatutnya terikat kpd masa pejabat 8pagi-5petang. masa berikut iaitu mempunyai waktu yang terikat pada setiap hari akan memberi kesan kpd pelanggan utama seorang pensyarah, iaitu pelajar. sekarang ada kekangan drpd ruang untuk digunakan bersama diantara pelajar dan pensyarah. maka kuliah tidak dpt diadakan diantara jam 8pagi hingga 5ptg shj.

kerja seorang pensyarah bukan spt kerja di pejabat biasa. membaca adalah perlu. mengikuti kursus adalah perlu. ianya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan 'keep up to date with latest development' berkaitan kursus dikongsi dgn pelajar. pensyarah yg baik juga perlu mempunyai pengalaman dlm bidang berkaitan kursus dikongsi dgn pelajar. maka seorang pensyarah perakaunan seeloknya mempunyai pengalaman bekerja di bidang perakaunan. jika seorang pensyarah perbankan hanya berpengalaman dikaunter shj tidak cukup utk menterjemahkan kandungan kursus berkaitan pengurusan perbankan.

kebebasan masa yg tidak terikat kpd waktu pejabat kecuali memenuhi masa minima keberadaan di organisasi adalah utk membolehkan seorang pensyarah meningkatkan kreativiti, inovasi untuk pendidikan bidang diceburi. dan kreativiti dan inovasi selalunya tidak berlaku dlm 'kotak'. kita perlu 'think ou of the box'.

Percuma

Ramai orang suka barang atau perkhidmatan percuma. jarang yang akan menolak jika dihulurkan barangan secara percuma. Tetapi adakah benar barangan atau perkhidmatan yg kita terima itu percuma? adakah udang di sebalik batu?

tadi di masjid sultan abdul aziz shah (saas) shah alam ada pemberian alquran secara percuma. semasa turun drpd dewan solat terdengar suara dan kekecohan di bawah, di dlm masjid. dlm hati terfikir,'takkan bulan puasa pun ada demo politik?'. sebaliknya apabila tiba di bawah, kelihatan ramai berpusu2 di sekitar meja maklumat/penerangan. kelihatan bungkusan diedarkan kpd mereka di luar perkumpulan. Tangan2 melambai2 memohon sesuatu meminta bungkusan disampaikan kpd mereka.

kemudian kelihatan rupa2nya bungkusan mengandungi naskah2 alquran. saya pada mulanya teringin juga naskah alquran percuma. kemudian saya fikirkan semula, di rumah dah ada beberapa naskah. dan saya lihat naskah diedarkan bukanlah naskah yang mempunyai terjemahan. jadi saya pulang tanpa naskah alquran percuma. terima kasih kpd yg sudi memberi naskah alquran secara percuma. semoga naskah2 yg diedarkan dibaca, difahami dan diamalkan.