Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 17, 2010

Sukan dan Kecerdasan

ada yg berkata mereka yg aktif dlm sukan tidak cemerlang dlm akademik. tidak semua yg aktif dlm sukan tidak cemerlang dlm akademik. ramai yg saya kenali adalah bukti.

semasa di sekolah menengah, kami dilatih utk aktif dlm sukan. spt biasa akan ada yg super duper star. saya tidak tergolong sbg super duper star dlm sukan. malah saya juga bukan super star dlm sukan. dan saya juga bukan star dlm sukan di sekolah. kejayaan saya dlm sukan di sekolah menengah lebih kpd pengurus pasukan bolasepak. dan saya juga mula terlibat mempromosi super duper star saya utk bermain bawah 15 semasa kami di tingkatan satu lagi.

pasukan renang, bola keranjang selalunya terdiri drpd mereka yg cemerlang akademik. malah hampir semua super star dlm sukan cemerlang dlm akademik. mungkin betul 'badan sihat, minda kuat'. walau pun sebenarnya aktif dlm sukan adalah satu bentuk kebijaksanaan juga mengikut Howard Gardner.

berada di fsr membolehkan saya meningkatkan pengetahuan dlm sukan. sedikit demi sedikit boleh saya fahami bagaimana sukan dikaitkan dgn kesihatan dan kecerdasan berfikir. dan saya juga sedar bahawa ilmu perlu terus dituntut sehingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan: