Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 17, 2010

Taman Negara 1991

saya mula mengenali taman negara dan kuala tahan pada 1991. sudah hampir 20tahun berlalu. begitu cepat masa bergerak.

kali pertama ke taman negara saya trek 28km. tak jauh. tidur dlm khemah, tidur dlm gua, tidur didlm bumbun dan tidur di hostel. hari pertama pakai junle boot, hari kedua pakai kasut sukan, hari ketiga berselipar aje.

kami bermula dr kuala tembeling ke kuala tahan dgn bot. kemudiannya ke kuala keniam dgn bot lebih kecil. di kuala keniam, kami tukar enjin bot utk memasukki sg keniam. di tebing sungai keniam kecil saya perhati pegawai perhilitan buat kajian burung2 di taman negara. sepanjang perjalanan dr kuala perkai ke kuala tahan kami makan bekalan yg dibawa.

setiba di kuala tahan, kedai runcit jadi tujuan. pintu peti sejuk dibuka utk mendapat hawa sejuk. makan malam termasuk Tahan Special (ABC dlm mangkuk besar). dan dlm van pulang ke KL, lagu2 drpd album Hijau Zainal Abidin mendodoi kami.

Tiada ulasan: