Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 23, 2010

SRB 201 Tugasan

saya bertanya kepada pelajar saya, kenapakah anda belajar srb201? apa kaitan pengetahuan dlm perakaunan dgn kerjaya pengurus sukan? perlukah pengetahuan dlm perakaunan?

pelbagai jawapan saya terima. ada yg hampir tepat. jawapan saya, perakaunan utk menunjukkan kedudukan kewangan kita. ke mana duit pergi, daripada mana duit datang. juga ke mana duit akan pergi, daripada mana duit akan datang? barulah boleh kita buat perancangan dan jalankan kerja.

ramai yg banyak duit pada asalnya akan kekurangan duit pada penghujungnya. antara puncanya adalah kerana tidak ambil kisah kedudukan kewangan semasa dan akan datang. bagi organisasi, jika pengurusan kewangan tidak bijak akan menyebabkan operasi terganggu. dan banyak yg berlaku, gaji pekerja tergendala.

bagi saya, semua orang perlu ada pengetahuan dlm perakaunan. biar bijak menguruskan kewangan sendiri. maka kursus/subjek perakaunan adalah kursus wajib di ipt. setuju?

Tiada ulasan: