Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 21, 2010

Peluang dan Keputusan

ramai yg suka bercerita tentang peluang yg didapati pada masa lampau. kebanyakan akan bercerita tentang peluang yg tidak diambil tindakan. maka cerita peluang yg terlepas akan dicerita berkali2. kalaulah...

bapa saya bercerita tadi tentang peluang yg tidak beliau ambil semasa menjadi guru. beliau telah ke pejabat pendidikan negeri kelantan. semasa sedang melakukan urusan dgn seorang pegawai, beliau telah dipanggil utk berjumpa dgn pengarah negeri, tan sri ... kelam kabut juga bapa saya sebab dia ke pejabat dgn baju tidak di'tuck in' dan berseliper jepun. setelah dimasukkan baju ke dalam seluar, bapa saya masuk ke pejabat tan sri (masa tu dato').

bapa saya ditawarkan peluang melanjutkan pengajian diploma pendidikan. beliau hanya ada sarjana muda drpd um (tahun 60an). jadi, utk naik pangkat dlm profesion perguruan, beliau perlu ada dip.pendidikan. setelah memiliki diploma, beliau berkemungkinan akan dilantik sbg tim.pengarah pendidikan (no.2) kpd tan sri. walau bagaimana pun, bapa saya menolak tawaran tersebut.

selepas tan sri m, pengarahnya adalah tan sri abdul rahman arshad, senior bapa saya di um. jika bapa saya terima tawaran tan sri murad dulu, mungkin bapa saya pun tan sri jugak kot? tak pelah, sekarang pun bila ada yg jumpa, ada yg panggil tan sri. pangkat dunia.

Tiada ulasan: