Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 22, 2010

Buka Puasa 21082010

tadi ada majlis berbuka puasa bersama2 kaum kerabat. ramai yg datang. ramai yg tak datang. alhamdulillah, walaupun rumag ruangnya sempit, muat kesemua yg datang. tiada kerusi, duduk di lantai.

selain pada 1syawal, bulan ramadan juga sesuai utk berkumpul sanak saudara. pada asalnya ada pakcik sekeluarga tak dpt hadir kerana tiada pemandu. terima kasih kpd sepupu yg sudi pergi mengambil ayah dan ibunya.bukan mudah nak berkumpul. tambah2 pula mempertemukan tok saudara dan cucu saudara.

dua drpd sepupu yg hadir akan ke luar negara selepas raya nanti. satu ke jordan, satu ke england. seorang drpdnya meminta saya jadi penjamin utk pinjaman mara. saya bersetuju aje. kalau dulu ayahnya (bapa saudara saya) jadi penjamin kpd keluarga saya, sekarang giliran saya pula.

kalau boleh, kalau ada ruang, berkumpul utk buka puasa bukan hanya sejam dua.kalau ada ruang,mungkin bermalam di rumah kami. tetapi kerana ruang yg kecil, maka paling lewat balik adalah adik saya, setelah jam 12tghmalam. terima kasih kpd yg sudi hadir ke majlis berbuka puasa tadi. terima kasih juga kpd yg mengirimkan juadah walau pun tidak dpt hadir utk berbuka bersama. semoga kita semua dirahmatkan Allah di bulan yang mulia ini.

Tiada ulasan: