Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 11, 2010

Lalulintas di Bulan Ramadan

Di bulan ramadan, ramai yang akan ke pejabat awal. ramai yang akan balik ke rumah awal. kita ingin berbuka puasa dgn ahli keluarga. terutamnya kalau boleh pada hari pertama puasa, sebelum mendapat jemputan berbuka dgn rakan2 atau kenalan.

saya pulang tadi jam 5.40ptg. awal bagi saya. selalunya selepas 6.30ptg atau selepas jam 7malam. di bulatan berhampiran masjid, kesesakan lalulintas berlaku. di lebuhraya persekutuan, dari arah shah alam ke subang jaya, lalulintas terganggu kerana kenderaan2 yg ingin melalui jambatan berhampiran tesco. saya tersangkut hampir 10minit.

masuk sahaja di jalan subang jaya, lalulintas sesak juga walaupun baru jam 6petang. maka saya mengambil laluan bukan laluan biasa. alhamdulillah, saya sampai di rumah pada 6.10ptg. lambat 10minit drpd biasa. lalulintas sesak kerana ramai yg ingin cepat sampai ke rumah utk berbuka.mungkin ada yg akan singgah di bazar ramadan utk membeli juadah berbuka dahulu sebelum tiba di rumah.

walau apa pun keadaan lalulintas, kita ni berpuasa. maka anggaplah kesesakan lalulintas sebagai sebahagian dugaan iman kita. elakkanlah drpd terkeluar kata2 dan perangai tidak baik di bulan mulia ini. nanti penat aje berpuasa lapar dan dahaga, pahala kurang atau tiada. memandulah secara berhati2. jika tidak sempat, berbukalah dlm kereta.

Tiada ulasan: