Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 16, 2010

Membeli Belah di bazar Ramadan 1431

Semalam saya berniat ke bazar ramadan berhampiran rumah. maklumlah, pada hari bekerja masa akan jadi kekangan selain drpd kesesakan lallulintas mereka yg pulang drpd pejabat.

tetapi sebelum jam 5ptg hujan turun. alhamdulillah ianya kemudian berhenti. saya pun ke bazar bersama seorang adik saya. nak mencari ayam golek. saya rasa tahun ini pengunjung amat ramai berbanding pada tahun2 sebelumnya. mungkin sebab hujan tadi maka ramai yg datang pada masa yg sama?

selalunya kami beli air kelapa utk diminum masa berbuka. tetapi semalam saya beli air asam boi. saya beli juga beberapa lauk selain kerabu pesanan ibu. dan saya juga membeli beberapa cucuk satay utk dimakan sbg more.

memanglah kalau membeli ketika lapar, kita akan rambang mata. tambah2 lagi jika makanan dihidangkan dgn menarik. pasti tergoda. dan pasti membeli lebih drpd dirancang. alhamdulillah, kesemua yg dibeli dimakan habis oleh seisi rumah. elakkanlah membazir di bulan yang mulia ini.

Tiada ulasan: