Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 12, 2010

Pagi Yang Indah

pagi tadi ada terasa kelainan. mungkin perasaan saya. tetapi terasa aman dan tenteram. adakah kesan drpd bersahur? atau adakah kerana ianya hari pertama kita berpuasa?

perjalanan ke pejabat pun terasa kelainan. rasa lebih aman. mungkin pemandu2 yg berpuasa memandu kenderaan dgn menjiwai puasa. tidak tergopoh2. sampai di pejabat, banyak pula ruang letak kereta yg kosong. kalau sebelum ini berebut2 mencari tempat utk letak kenderaan. mungkin sebab tiada acara di intekma krn bulan puasa.

suasana di pejabat pun kurang riuhrendah.bulan puasa menggalakkan kita kurang atau tidak berbicara perkara yg sia2. mungkin sebab kita berpuasa dan ingin pahala. mesyuarat pun berjalan dgn cepat walau pun saya seperti biasa akan mencelah2 utk mendapatkan maklumat. kejap aje dah pun tengahari.

pelbagai nikmat di bulan ramadan utk kita. ad yg kita nampak.ada yg kita tidak nampak. gunakanlah peluang di bulan ramadan ini untuk kesejahteraan kita dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: