Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 24, 2010

Berbuka Puasa Di Luar Rumah

bagi masyarakat di lembah kelang, berbuka puasa di luar rumah adalah kebiasaan terutama bagi yg bekerja di syarikat2. selalunya syarikat akan menjamu pelanggan2 mereka. bagi mereka di agensi kerajaan, mereka akan turut dijamu oleh pembekal.

semalam saya berbuka dgn kawan lama. ianya seolah2 satu acara tahunan bagi kami. dan hari ini adalah majlis berbuka dgn akwan2 sekolah menengah. tidak ramai dijangka dapat hadir. mungkin sebab hanya dirancang pada semalam. saya pun menerima jemputan pada jam 1.30tgh. jemputan utk hadir, tapi kos tanggung sendiri.

walaupun mungkin kos utk berbuka nampak mahal berbanding jika berbuka di rumah, tetapi spt catitan terdahulu, ianya bukan hanya utk bayar makanan. tambah2 lagi ianya kos utk membolehkan kita merapatkan hubungan diantara kawan2 yg jarang2 jumpa. jadi kos melebih rm30 utk berbuka bg pihak saya adalah berbaloi. dan jika dibandingkan dgn persahabatan, nilainya tidak boleh dikira dgn wang ringgit.

saya harapakan agar dapat dipenuhi sekurang2nya 2meja pada majlis petang ini. isteri dan anak2 turut dijemput. sebab ada kawan yg susah nak berbuka tanpa ahli keluarga.

Tiada ulasan: