Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 15, 2010

Hujung Minggu di Bulan Puasa

pada hari2 bekerja, isnin hingga jumaat, selalunya masa amat cepat berlalu. mungkin kerana masa di pejabat di isi dgn kerja. pada bulan puasa keadaan di pejabat perlahan sdikit. kurang majlis2 rasmi dan kursus2 diadakan. pada waktu petang, ramai akan memilih keluar pejabat pada 4.30ptg. ini utk membolehkan dpt menyediakan juadah dan berbuka bersama keluarga. pada bulan bukan puasa ramai makan malam pada jam 8mlm dan ke atas, selepas maghrib. di bulan puasa, makan malam adalah waktu berbuka puasa.

pada hujung minggu, sabtu dan ahad, masa berjalan lebih perlahan. jika di hari bekerja selepas subuh ramai bersedia ke pejabat dan ke pejabat sebelum 7.30pagi. pada hujung minggu, ramai akan kembali ke tilam selepas subuh. dan ramai akan menggunakan hujung minggu utk menggantikan waktu tidur yg terkurang di hari biasa. maka akan ada yg bangun drpd tidur setelah jam 9pagi sehingga hampir zohor. kebiasaannya adalah para pelajar.

pada hujung minggu juga baru ada peluang utk membeli-belah. pada hari bekerja ramai yg tergesa2 nak balik rumah drpd pejabat. dan selepas maghrib pula waktu utk tewrawih. jadi hanya pada hujung minggu ada masa utk pergi ke kompleks membelibelah. saya pun tidak terkecuali. hari ke 5 ramadan terasa begitu cepat bulan ramadan berlalu. tetapi pada tahun ini tidak terasa gopohgapah kerana raya tidak di kampung. maka tiada kebiasaan utk cepat2 mencari pakaian atau barangan di hujung minggu utk dibawa balik pada raya.

Tiada ulasan: