Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 31, 2013

Kubu Buku

alhamdulillah, hari ini saya terima 2buah buku lagi yg saya beli melalui internet. bidang ilmu dlm buku yg saya beli sama ada melalui internet atau di kedai buku adalah pelbagai bidang.

ada yg berkaitan rekreasi utk penyelidikan di fsr. ada yg berkaitan tadbirurus utk phd sy. ada berkaitan penyelidikan utk penyelidikan di fsr dan phd sy. ada yg sy beli utk motivasi diri. dan pelbagai lagi.

buku adalah utk sy tambah ilmu. sbg pensyarah perlu sentiasa tambah ilmu. sebagai pelajar juga perlu sentiasa tambah ilmu. tapi spt komen sy kpd kawan2 tadi dan sebelum2 ini, hanya pensyarah yg biasanya beli buku. pelajar jumpa pensyarah tak bawa buku dgn alasan takde buku.

bilik sy umpama kubu buku. senjata dan perisai adalah ilmu yg didapati.

Berjumpa Pakar Sakit Jiwa

banyak manafaat hadir konferens/persidangan akademik berbanding persidangan tertentu. semasa konferens berpeluang meningkatan 'network' dikalangan kawan lama dan baru. yg dekat dirapatkan, yg jauh didekatkan.

semasa makan tengahari tadi, saya berpeluang makan bersama dua pensyarah dari dua bidang berbeza. seorang memperkenalkan diri dgn nama shj dan kampus. yg seorang lagi juga memperkenalkan nama dan fakulti. yg memperkenalkan nama dan fakulti seorang arkitek. dan beliau bgtahu bhw beliau pernah belajar kaunseling bersama saya semasa awal 90an.

seorang kenalan baru sebenarnya sy pernah jumpa sebelum ini. dia pakai 'bow tie'. dia seorang doktor perubatan. bidang beliau adalah psikiatri atau pakar jiwa (kalau yg kurang enak - pakar orang gila). dia kenal dua rakan sekelas sy semasa mereka di ukm sebab rakan sekelas sy adalah seniornya di universiti. dan beliau kenal makcik sy sebab makcik sy juniornya di universiti.

insyaallah fakulti perubatan bersedia berkolaborasi dgn fsr (melalui saya) utk penyelidikan. terima kasih doc kerana mempunyai tahap kepercayaan dan keyakinan tinggi kpd saya. mungkin drpd perbualan pendek, mungkin berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja, mungkin kerana beliau kenal dan hormat kpd kawan dan kerabat sy di bidang perubatan.

Rabu, Januari 30, 2013

Perutusan 2013 NC UiTM

pagi tadi berlangsung perutusan 2013 naib canselor uitm di datc. ianya di'pancar'kan secara langsung ke semua kampus uitm di seluruh Malaysia.

majlis perutusan tahunan juga peluang berjumpa kawan2. kawan2 dari kampus shah alam. kawan2 dari kampus luar shah alam. terutama kawan2 yg amat jarang dapat berjumpa. ianya macam majlis keraian keluarg. masjlis sua tahun baru uitm.

memang seronok jumpa kawan2 lama. spt biasa bertukar2 berita. bertanya khabar. memastikan tempat bertugas terkini. jawapan sy pada tahun 2013, tugas terkini kembali di fsr. fokus kpd phd.

seorang kawan yg akan tamat tempoh jawatan di pusat kerana akan bertugas di fakulti secara seloroh (?) bertanya kpd saya jika saya ingin ganti tempat beliau di pusat. jawapan saya,'bagi sy fokus phd sy'. terima kasih kerana percaya dan yakin kpd sy utk memegang tugas dan tanggunjawab yg besar. jika dipaksa bos besar, 'saya yg menurut perintah'.

Betul..Salah

tidak semua ketua betul pada setiap masa. bagi ketua yg sedar, dia tidak akan mempertahankan kesilapannya.

keyakinan dan kepercayaan berdasarkan tahap kita mengenali seseorang. kebiasaannya, lebih lama kita kenali seseorang, kita mungkin bollh membuat penilaian yg lebih tepat terhadap mereka yg dah lama kita kenali berbanding mereka yg kurang atau baru kita kenali. tetapi penilaian terhadap mereka yg kita kenali lagi lama berbanding orang lain tidak semestinya lebih baik berbanding orang lain yg baru kita kenali.

ibubapa atau saudara mara atau kawan2 akan memihak kpd mereka yg telah lama kenali. maka sebarang maklumbalas negatif terhadap mereka yg telah lama dikenali selalunya tidak akan dan boleh diterima. ini berlaku kpd seseorang (A), apabila jiran (B) kpd pelaku negatif (C) memanggil A kerana tidak percaya C melakukan perkara yg salah. pada awalnya Butk meremehkan tuduhan bhw C melakukan perkara negatif. alhamdulillah, kerana berilmu B menerima penerangan dan bukti drpd A bhw C adalah pesalahlaku.

sebarang tuduhan sebelum diputuskan betul atau salah perlu berdasarkan fakta. fakta boleh jadi peraturan. boleh jadi  bukti yg ada. janganlah nanti apabila dah jelas siapa salah, kita lupa nak minta maaf kpd yg betul.

Kementerian Sukan & Rekreasi

saya cadangkan kbs dijadikan kementerian sukan dan rekreasi. maka rekreasi boleh ditonjiolkan sebagai satu industri di malaysia. saya berpendapat industri rekreasi lebih besar drpd industri sukan.

belia saya cadangkan diletak bersama kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. atau ringkasnya kementerian sosial. jadi menteri yg bertanggungjawab akan jaga hampir kesemua ahli keluarga kecuali ayah/bapa/abi.

Ikut Suka

saya definisikan rekreasi sbg buat 'ikut suka' saya. buat benda yg saya suka. buat ikut masa sy suka. buat kat tempat sy suka. buat dgn mereka yg sy suka. maka sy akan bermotivasi utk menjadi produktif.

jika kita buat benda yg kita tak suka, maka kita tak akan berminat buat benda tersebut. kalau kita buat benda yg kita tak suka. kita akan rasa tak seronok.apabila rasa tak seronok maka mungkinnya kita tak jadi produktif.

Kepercayaan..Keyakinan..Sabo

sabo bermaksud sabar. tetapi ianya juga ringkasan utk 'sabotage' iaitu tindakan 'mengkhianat'. kedua2nya berkaitan kepercayaan dan keyakinan.

seorang drpd profesor pada konferens akademik menyatakan bhw jika hilangnya kepercayaan/keyakinan (trust), maka hilanglah perhubungan (relationship. tahap perhubungan adalah selari dgn tahap kepercayaan/keyakinan. dlm bahasa penyelidikan, tahap perhubungan adalah mempunyai korelasi dgn tahap keyakinan/kepercayaan.

maka apabila berlaku kekurangan keyakinan/kepercayaan yg ditunjukkan melalui satu2 tindakan secara nyata atau sebaliknya, maka akan berlakulah kekurangan dlm tahap perhubungan. kekurangan keyakinan boleh dianggap sbg tindakan sabotage yg memerlukan kita bersabar. tapi selain bersabar, kita pun boleh sabo balik. secara beretika dan secara undang2. keyakinan berkait dgn kredibiliti dan integriti.

Selasa, Januari 29, 2013

Pengawas Seperti Renjer?

pengawas selalunya dikaitkan dgn sekolah. pengawas adalah wakil guru untuk mengawas kawasan sekolah, bilih darjah, murid supaya mematuhi peraturan. mengawas supaya keadaan adalah teratur.

bolehkah pengawas disama ertikan dgn 'ranger' atau renjer. 'ranger' adalah seseorang yg bergerak pada suatu 'range' iaitu julat atau ruang. atau boleh disama ertikan dgn kawasan. maka mungkin boleh 'ranger' dlm bahasa melayu adalah penjulat, peruang atau pengawas.

pengawas tidak boleh ikut buku shj. sekarang perlulah 'think out of the box'. iaitu berfikir secara luarbiasa. apabila pengawas berfikir secara luarbiasa, maka bukanlah mudah mereka yg ingin 'memasalahkan' peraturan/tidak berdisiplin menyebabkan huru-hara kpd masyarakat.

Satu Jam Setiap Minggu

itulah masa yg ditempah utk futsal bersama rakan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. alhamdulillah, dah dua minggu berturut2 dapat berfutsal bersama2 mereka yg mengenali kita agak lama. ada yg sejak tadika.

walau pun pada awal tadi, sebelum ke gelanggang futsal badan terasa penat. terasa malas nak berfutsal. tetapi apabila sampai di gelanggang dan melihat suaterima (being welcomed?), hilang lesu dan penat. sebaliknya terasa seronok. seronok berada di kalangan yg sudi menerima kita seadanya. walau ramai yg memang berpangkat besar, berpendapatan tinggi, namun di gelanggang futsal, kami semua kembali ke tahun 70an dan 80an.

maka satu jam setiap minggu, kami kembali ke zaman muda, zaman remaja, zaman kanak2. zaman dimana kawan boleh ebrgurau tanpa terasa dan berkecil hati. kalau masam muka atau merajuk, hanya sekejap shj. terima aksih sahabat2 yg masih sudi bersahabat dgn saya.

Akan Baik?

akan baik iaitu terjemahan langsung utk 'goodwill'. terjemahan lebih sesuai adalah nama baik.

nilai namabaik atau jenama atau 'brand' sesuatu produk terkemuka di dunia boleh mencecah berbilion rm. sy dimaklumkan satu minuman ringan nilai namabaiknya adalah melebihi rm50b. betulkah?

bgmana dgn nilai namabaik seseorang? bagaimana menilai namabaik seseorang? mungkin berdasarkan kaitan keluarga. mungkin berdasarkan pencapaian kerja. mungkin berdasarkan kenalan dan kawan. mungkin berdasarkan pencapaian akademik. tetapi lebih banyak melalui penilaian oleh rakan sekerja.

sekarang seseorang di uitm dinilai secara 360darjah. iaitu dinilai bukan shj oleh ketua, tetapi rakan sekerja searas (peers) dan juga staf bawahan. ini mungkin lebih adil. mengikut bos besar, seseorang perlu ada kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi. kedua2nya memerlukan ilmu yg digunakan dgn tepat.

Secara Bijak Atau Sebaliknya

dlm menjalankan tugas dan tanggungjawab, ilmu adalah penting. tetapi apabila emosi mengatasi akal, iaitu ilmu ditolak ke tepi, maka kemungkinan besar tugas dan tanggungjawab tidak dijalankan secara beramanah.

terkilan apabila keputusan dilakukan pihak lain membuat diri tidak selesa. terkilan kerana pihak lain menggunakan tindakan secara tidak profesional yg melibatkan perasaan pihak tersebut yg sebenarnya memberi kesan kepada perasaan ramai lagi. maka apabila tindakan tidak secara bijak dan profesional, kesan adalah secara peribadi.

maka sebagaimana kata beberapa rakan semasa makan tengahari, jika nak jawatan tetapi tak berupaya menjalankan secara penuh tanggungjawab, maka tidaklah dapat diberi komen. mereka diam shj. diam selalunya bermakna tidak dapat menyokong kewibawaan mereka yg dipersoalkan. tidak perlu pangkat tinggi, gelaran tertentu, kelayakan tinggi utk memberi pandangan kebolehan pihak lain secara ikhlas.

Isnin, Januari 28, 2013

Jika Terfikir

ramai drpd kita suka berfikir. ada fikiran baik. ada fikiran tak baik. ada fikiran bernas. ada fikiran hampas.

kita akan berfikir tentang matlamat. kita akan berfikir tentang cara nak capai matlamat. kita akan berfikir hasil mencapai matlamat. tetapi kebanyakan fikiran kita akan jadi angan2 jika tidak diusahakan. fikiran kita akan hanya jadi buah fikiran shj kecuali kita tuliskan apa yg kita fikir. ianya akan memudahkan kita utk merujuk kpd fikiran kita, maka fikiran kita boleh membantu semasa proses menjadikan fikiran satu realiti.

jadi, jika ada terfikir sesuatu, tuliskanlah. dan utk boleh menulis fikiran kita, sediakan alatulis. memikir sesuatu adalah tanda kita kaya. tapi fikir utk perkara yg baik tanda kita orang kaya yg baik.

Hari Isnin

kebiasaan ramai akan merungut tentang hari isnin. hari isnin bagi ramai di dunia termasuk di malaysia adalah hari pertama dlm seminggu utk bekerja. maka rasa nak berubah drpd rasa merehatkan diri kpd bekerja amatlah berat dan susah. tetapi jika hari isnin adalah hari cuti spt hari ini, adakah ramai masih merungut?

dalam bahasa arab, isnin bermaksud dua. jadi dlm seminggu seeloknya hari isnin adalah hari kedua dlm seminggu. maka hari pertama seeloknya hari ahad. seminggu seeloknya bermula dgn hari ahad. ahad bermaksud satu dlm bahasa arab. mungkin jika setiap minggu bermula dgn hari ahad, kuranglah mereka yg merungut ketibaan hari isnin. kurang yg merungut kerana akan ada yg sentiasa tidak puashati dan akan merungut.

kalender sy dimulakan dgn hari ahad. kalau boleh sy nak mulakan hari bekerja pada hari ahad. berkahir dgn hari khamis. jumaat hari utk bermasyarakat. berjumpa saudara dan kenalan di masjid utk solat jumaat. seterusnya berjumpa kerabat. hari sabtu utk rehat dan sbg persediaan utk minggu baru.

Apakah Yang Dicari

apakah yg kita cari di dunia ini? boleh makan. boleh minum. hidup dgn selesa. hidup sejahtera. mendapat rahmat allah. mendapat rahman allah.

apakah kita cari di akhirat nanti? ada makan. ada minum. hidup selesa. hidup sejahtera selama2nya. mendapat rahim allah.

jika matlamat adalah jelas. maka fokus. lakukan secara mudah. sebagai seorang muslim. secara islam. hidup di dunia secara sederhana. tak perlu bermegah2. tak perlu sikap secara egoistik. tak perlulah sombong. bersedia utk belajar. bersedia utk berusaha.

Bacalah..Ucaplah

Asmaul Husna

No. Nama Arab Maksud
1 al-Rahman الرحمن Maha Pengasih
2 al-Rahim الرحيم Maha Penyayang
3 al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah
4 al-Quddus القدوس Maha Suci
5 al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan
6 al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan
7 al-Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara
8 al-Aziz العزيز Maha Gagah
9 al-Jabbar الجبار Maha Perkasa
10 al-Mutakabbir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11 al-Khaliq الخالق Maha Pencipta
12 al-Barik البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13 al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14 al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun
15 al-Qahhar القهار Yang Memaksa
16 al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia
17 al-Razzaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
18 al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
19 al-Alim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20 al-Qabid القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)
21 al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)
22 al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)
23 al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)
24 al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)
25 al-Muzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya)
26 al-Samik السميع Maha Mendengar
27 al-Basir البصير Maha Melihat
28 al-Hakam الحكم Maha Menetapkan
29 al-Adl العدل Maha Adil
30 al-Latif اللطيف Maha Lembut
31 al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahasia
32 al-Halim الحليم Maha Penyantun
33 al-Azim العظيم Maha Agung
34 al-Ghafur الغفور Maha Pengampun
35 al-Syakur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36 al-Ali العلى Maha Tinggi
37 al-Kabir الكبير Maha Besar
38 al-Hafiz الحفيظ Maha Menjaga
39 al-Muqit المقيت Maha Pemberi Kecukupan
40 al-Hasib الحسيب Maha Membuat Perhitungan
41 al-Jalil الجليل Maha Mulia
42 al-Karim الكريم Maha Pemurah
43 al-Raqib الرقيب Maha Mengawasi
44 al-Mujib المجيب Maha Mengabulkan
45 al-Wasik الواسع Maha Luas
46 al-Hakim الحكيم Maka Bijaksana
47 al-Wadud الودود Maha Pencinta
48 al-Majid المجيد Maha Sempurna Kemuliaan-Nya
49 al-Bais الباعث Maha Membangkitkan
50 al-Syahid الشهيد Maha Menyaksikan
51 al-Haq الحق Maha Benar
52 al-Wakil الوكيل Maha Memelihara
53 al-Qawi القوى Maha Kuat
54 al-Matin المتين Maha Teguh
55 al-Wali الولى Maha Melindungi
56 al-Hamid الحميد Maha Terpuji
57 al Muhsi المحصى Maha Menghitung
58 al-Mubdik المبدئ Maha Memulai
59 al-Muid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan
60 al-Muhyi المحيى Maha Menghidupkan
61 al-Mumit المميت Maha Mematikan
62 al-Hai الحي Maha Hidup
63 al-Qayyum القيوم Maha Mandiri
64 al-Wajid الواجد Maha Penemu
65 al-Majid الماجد Maha Mulia
66 al-Wahid الواحد Maha Esa
67 al-Ahad الاحد Maha Esa
68 al-Samad الصمد Tempat Meminta
69 al-Qadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70 al-Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa
71 al-Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan
72 al-Muakhir المؤخر Maha Mengakhirkan
73 al-Awwal الأول Maha Awal
74 al-Akhir الأخر Maha Akhir
75 al-Zahir الظاهر Maha Nyata
76 al-Batin الباطن Maha Ghaib
77 al-Wali الوالي Maha Memerintah
78 al-Mutaali المتعالي Maha Tinggi
79 al-Bar البر Maha Penderma
80 al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat
81 al-Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa
82 al-Afu العفو Maha Pemaaf
83 al-Rauf الرؤوف Maha Pengasih
84 Malik al-Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta)
85 Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86 al-Muqsit المقسط Maha Adil
87 al-Jamik الجامع Maha Mengumpulkan
88 al-Ghani الغنى Maha Memiliki Kecukupan/Kekayaan (Maha Kaya)
89 al-Mughni المغنى Maha Pemberi Kecukupan/Kekayaan
90 al-Manik المانع Maha Mencegah
91 al-Dar الضار Maha Memberi Derita
92 al-Nafik النافع Maha Memberi Manfaat
93 al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94 al-Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk
95 al-Badik البديع Maha Pencipta
96 al-Baqi الباقي Maha Kekal
97 al-Waris الوارث Maha Pewaris
98 al-Rasyid الرشيد Maha Pandai
99 al-Sabur الصبور Maha Sabar

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari

singgah di hentian genting sempah, saya suka mencari buku berkaitan asmaul husna - nama2 mulia allah tuhan yg satu, tiada tuhan melainkan allah.

Berkedai

mungkin kita tak pernah dengar perkataan berkedai. saya hanya terfikir sebelum taipkan tajuk. apa maksud berkedai? bahasa orang putih seberang selat inggeris adalah 'shopping'.

semalam saya pi berkedai kat kedai dekat rumah. senarai tugasan, pesanan, belian adalah bihun goreng, roti, tepung gandum, vitamin. jadi berdasarkan kpd senarai berkedai, saya perlu ke beberapa buah kedai.

singgahan pertama di gerai makanan menempah bihun goreng bungkus. kemudiannya ke farmasi. terbau cat, saya dimaklumkan kedai baru di ubahsuai. kos kesihatan bulanan melalui vitamin dll mencecah ratusan rm. berfikir positif, ianya murah kerana bersamaan sehari di hospital. kemudiannya ke kedai barangan dari negara china. seronok melihat pelbagai barangan utk idea kreativiti dan inovasi. beli lampu suluh dan lampu belakang basikal utk digunakan semasa berjalan dll. terakhir ke kedai runcit mamak. kedai sini sedang diubahsuai.

hasil berkedai sy dapati bhw orang kita hanya mampu berniaga di gerai makanan. tapi pendapatan sebenarnya lumayan. kedai farmasi di'kakitangan' oleh orang kita dan bangsa hindi. kedai serbanika barangan china di'kakitangan' oleh bangsa hindi, dan orang malaysia timur. kedai runcit mamak diuruskan oleh towkay dan dibantu ahli keluarga. seronok berkedai kerana setiap kali berkedai banyak pembelajaran.

Ahad, Januari 27, 2013

Pangkat..Naik?

saya cuba lihat kesediaan saya utk memohon kenaikan pangkat berdasarkan kriteria tempat kerja. hmmm..ada dua jadual markah minima 1 yg saya tak dapat isi. jadi saya xboleh la naik pangkat?

adakah pangkat yg dikejar? jika ingin kenaikan gaji, maka pangkat pun kena naik. dan secara umumnya, orang akan inginkan kenaikan gaji. ianya berkaitan kenaikan kos kehidupan. tapi adakah pangkat dan gaji yg lebih tinggi menjanjikan kesejahteraan? mungkin ya. mungkin tidak.

jika mereka yg ingin berurusan dgn saya melihat kpd pangkat saya, mungkin mereka tidak berurusan dgn saya. maklumlah, pangkat sy masih lagi pensyarah biasa. kawan2 yg lama tak jumpa ada bertanya,'u dah prof madya?'. dan jawapan saya,'sy masih seorang pensyarah biasa'.

dlm mendapatkan kenaikan pangkat, sy cuba melakukan dgn seikhlas termampu. jadi bukanlah sy sombong atau tidak bijak apabila sy tidak ingin menumpang nama tanpa usaha. ianya berkaitan kredibiliti. memang ada yg menawarkan 'tumpangan'. jika dah rezeki sy, insyaallah akan sy dapat juga.

Masa Belajar

masa adalah terhad..di dunia. di akhirat tiada noktahnya. masa di dunia utk persediaan di akhirat. ada yg kata dunia adalah pentas. ramai yg lupa atau tidak tahu dunia umpama berada di sekolah/ipt.

di dunia kita perlu belajar. perlu dptkan ilmu. perlu beribadah beribadah. ujian/tugasan/peperiksaan seiring dgn masa kita belajar di dunia. penilaian akhir iaitu kita gagal/ lulus/cemerlang di akhirat dgn keputusan akan diiringi dgn ganjaran seadilnya.

maka selagi kita bernyawa di dunia. selagi kita ada masa di dunia. janganlah berhenti belajar. baca..dengar..tanya..buat adalah kitaran belajar tanpa henti. jika niat kita belajar setakat utk dpt sekeping ijaszah, ianya adalah pembelajaran yg tidak lengkap. belajar cara belajar utk ilmu kebaikan dunia dan akhirat. 'belajar sehingga jadi jenazah' kata seorang pakar kaunseling.

Baca Buku Baru Beli

maksud lebih mudah dan tepat adalah membaca buku yg baru dibeli. sy membeli 2buah buku di kedai buku koperasi uitm shah alam pada petang jumaat selepas solat jumat. buku cerita berharga rm10. bukan buku cerita harganya rm19.90.

buku cerita dah habis dibaca pada petang semalam. ianya mempunyai lebih 500mukasurat. buku bukan cerita belum dibuka drpd plastik. sebab sy beli buku dan baca buku akan berbeza atau mungkin sama. tapi sebab sy beli buku cerita pada mulanya hanya utk santai. buku bukan cerita dibeli utk belajar. tapi setelah baca buku cerita sebenarnya ada pengajaran bg saya.

arahan manusia kita rasa betul. jadi kita ikut bulat2. bagi yg kurang atau tak berilmu akan percaya apa yg dia buat adalah sentiasa betul. teguran pihak lain sentiasa salah. maka jika terlalu lama dgn kuasa, akan lupa kpd tugas dan tanggungjawab, dan amanah. apa yg dibuat adalah betul, dan tak boleh ditegur menjadikannya angkuh, sombong, riak..dan bodoh.

saya harapkan bacaan sy mengelakkan sy drpd menjadi seorang yg tidak amanah, sombong, riak, angkuh = bodoh. maka sentiasalah membaca utk kebaikan bersama.

Peringkat Keperluan

peringkat keperluan lebih dikenali melalui Maslow's hierarchy of needs. terdapat 5 peringkat atau juga tahap keperluan mengikut Maslow. dan jika peringkat bawah tidak dipenuhi dahulu, maka kita akan berasa tidak selesa.

peringkat asas keperluan kita adalah berkaitan keperluan asas seperti makanan dan pakaian. peringkat asas berkaitan kelestarian hidup. maka adalah tanggungjawab kita utk sentiasa berusaha memenuhi keperluan asas. dan tanggungjawab kita juga utk berusaha memenuhi keperluan peringkat lain setelah peringkat asas dipenuhi. tapi perlulah usaha dan hasil secara halal.

kita tahu bhw berusaha secara sendirian adakalanya membolehkan kita capai keperluan kita. tapi kehidupan sebenarnya memerlukan kita berusaha bersama orang lain utk capai hampir kesemua keperluan kita drpd keperluan asas hingga ke keperluan teratas. maka kita perlu kpd susunatur atau berusaha melalui organisasi.

dlm sebarang organisasi, perlu ada pemimpin. maka pemimpin perlu faham bahawa kuasa diberi secara amanah untuk kebaikan pengikut. bukan hanya utk kebaikan pemimpin. pengikut akan mempersoalkan jika pemimpin mengejar keperluan teratas utk dirinya (termasuk kerabat) tetapi pengikut masih 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. pengikut berkemungkinan akan menuntut haknya drpd pemimpin di akhirat.

Keyakinan dan Kepercayaan

keyakinan atau kepercayaan atau kredibiliti. tahap kita yakin atau percaya kpd seseorang. mungkin berkaitan perkara profesional. mungkin perkara peribadi.

keyakinan berkaitan rasa hormat. ianya juga boleh berkaitan rasa takut. jika kerana hormat, kesannya boleh berpanjangan walaupun orang yg dihormati telah pun tiada. jika kerana takut, maka hanya setakat seseorang itu berkuasa.

keyakinan berkaitan ilmu. maka jika telah wujud kurang yakin atau percaya, maka akan timbul masalah dlm hubungan. contoh - jika sy dah tak yakin kebolehan seseorang, maka jika boleh, saya akan kurangkan pemberian amanah atau tidak lagi akan memberi amanah kpdnya. saya juga mungkin akan kurangkan penerimaan amanah atau elakkan pemberian amanah drpd pihak lain.

jadi hal berkaitan keyakinan berkaitan dgn hormat dan amanah. maka jika satu sudah kurang atau tiada, keselesaan kerjasama akan berkurangan atau hilang terus.

Sabtu, Januari 26, 2013

Beli Kereta

kebiasaan bg ramai orang adalah utk beli kereta setelah bekerja. kalau dulu kereta jarang2 dimiliki tetapi sekarang ianya antara kemestian bg graduan baru bekerja.

tahun 80an, di tempat letak kereta hep uitm shah alam, hanya sedikit shj kereta yg di letak di situ semasa waktu bekerja. pnesyarah hanya segelintir shj memiliki kereta. staf pentadbiran lagi sedikit. pelajar pula yg pandu kereta ke itm boleh dikira dgn jari yg diletak di hep. tetapi sekarangtempat letak kereta di uitm amatlah berharga. ramai pelajar yg sanggup disaman atau tidak menggunakan pelekat pelajar apabila meletak kereta di dlm uitm. duit lebih banyak dihabiskan utk kereta berbanding bahan pembelajaran?

rata-rata ramai yg baru beli kereta akan beli kereta baru. jarang2 yg beli kereta 2nd-hand atau terpakai. kenapa? mungkin urusan pembelian kereta baru lebih mudah. pinjaman lebih mudah utk beli kereta baru? sedangkan sebenarnya ramai graduan dan juga yg dah lama bekerja secara kiraan tidak mampu atau kurang mampu memiliki kereta yg harganya tinggi. dan kos selenggara pun tinggi.

saya dapati banyak kereta yg nilainya dlm kemampuan mereka yg ingin memiliki kereta. tetapi kereta terpakai. dan sbgmana sy nyatakan, seorang utk sesuai memiliki kereta yg harganya 10bulan gaji beliau. jadi kalau gaji rm2ribu hanya mampu beli kereta harga rm20ribu. lebih baik lagi beli kereta harga 5bulan gaji iaitu rm10ribu. jelas dan pasti matlamat memiliki kereta. jangan sampai menjadi masalah kpd diri.


Seronok Belajar

banyak kajian dilakukan tentang kepuasan bekerja. kepuasan mungkin boleh dikaitkan dgn keseronokan. adakah dilakukan kajian berkaitan keseronokan belajar?

apa tanda seseorang seronok belajar? keputusan pada akhir semester? kehadiran ke kuliah? bilangan kelulusan/sijil diperolehi? berapa banyak kelayakan akademik di belakang/bawah nama pada kad nama?

jika kita tahu matlamat belajar, mungkin kita lebih berminat utk belajar. dan jika ada bakat dan kebolehan belajar mungkin kita lebih seronok belajar. maka bagi sy utk seronok belajar, kita mestilah sedar apakah matlamat kita belajar. maka kita perlu ilmu (maklumat) utk terus mencari ilmu (belajar) supaya seronok berilmu.

Merancang

hidup perlu matlamat. dan kita tahu bhw matlamat kita di dunia adalah utk beribadah kpd allah, tuhan yg satu, tiada tuhan selain allah. maka matlamat perlu perancangan.

manusia merancang, allah merancang. allah maha perancang. kerana hanya allah berkuasa menentukan kesemua kejadian.

setelah merancang, kita perlu berusaha. hasil perlu dikaji. kenapa tidak ke arah matlamat. kenapa ke arah matlamat. ianya untuk membolehkan kita laraskan ke arah matlamat disasar. jika di atas landasan yg lurus atau sebaliknya, hasil kajian sbg pedoman.

jika yg berlaku tidak spt dirancang, insyaallah ada kebaikannya. sebab allah lebih mengetahui. janganlah cepat berputus asa. gunakanlah ilmu utk membolehkan kita memahami bgmana supaya kita akan jadi lebih baik drpd semalam.

Rumah Baru..Rumah Lama

tadi kami sekeluarga mengadakan majlis doa selamat kerana adik saya berpindah ke rumah baru. ianya rumah pegawai kerajaan. dan sebenarnya rumah baru adalah rumah lama dicat baru.

walau bagaimana pun, alhamdulillah. rumah lama di kawasan lama mempunyai ruang luar rumah yg amat besar. sy andaikan keluasan minima 10,000kaki persegi bersamaan hampir 1/4 ekar. dan rumah rekaan ciri bungalow british mengingatkan kpd zaman dulu2. rumah ini juga berhampiran dgn rumah yg pernah kami menginap lebih 30tahun dahulu.

rumah sama ada kecil atau besar tidak menjaminkan keselesaan. keselesaan juga adalah bergantung kpd tuan rumah. jika tuan rumah pandai melayan tetamu, maka rumah bukan lagi sebuah 'house' tetapi adalah sebuah 'home'.bagi saya tidak perlu dgn hiasan yg banyak. cukuplah jika tetamu berasa diterima utk berada di rumah tersebut.

Alhamdulillah..Terima Kasih

saya berasa gementar untuk menghadapi agm organisasi sy sbg bendahari kerana prestasi kewangan. tahun lepas prestasi kurang baik. sehingga kan ada ahli yg perli lembaga pengarah kerana tidak menggunakan kuasa yg ada.

semasa sy hadir ke suatu kursus, saya tersentak apabila ada yg mengatakan bhw kita ini sebenarnya tidak pandai. senang diperbodohkan mereka yg kita percaya  utk memastikan organisasi diurus secara terbaik tetapi sebaliknya berlaku.

maka perubahan dilakukan. jika tiada perubahan maka organisasi spt kapal akan tenggelam. maka nakhoda perlu diubah. alhamdulillah, tadi sy dimaklumkan dgn berita baik. insyaallah, prestasi tahun berakhir akan 4x lebih berbanding tahun sebelumnya. terima kasih kpd nakhoda baru. untuk tahun ini, saya sasarkan minima 4x lebih baik drpd tahun baru berakhir.

Jumaat, Januari 25, 2013

Perlukah Kecewa?

apabila berlaku sesuatu yg negatif yg tidak menepati jangkaan kita, kita biasanya berasa kecewa. pada peringkat awal mendapat tahu sesuatu yg negatif pada anggapan kita, kita akan berasa kecewa.

tetapi sbg seorang yg rasional (bukan berkaitan perkauman) iaitu seorang yg boleh berfikiran waras, kita akan menilai dahulu keputusan/maklumat negatif yg diterima. menggunakan ilmu yg ada, merujuk kpd mereka yg berilmu, maka ianya boleh membantu sama ada untuk terus kecewa atau kurang kecewa atau tiada rasa kecewa.

kebiasaan, orang putih nyatakan,'look at the silver lining of the cloud', yg bermaksud janganlah lihat kepada kekelaman sahaja tetapi kebaikan yg kita bakal dapat drpd maklumat yg sekarang negatif kpd kita. maka ianya memerlukan kesabaran berdasarkan pengetahuan.

maka bolehlah kita kecewa. tapi jangan berterusan. yg dah lepas, nak buat macam mana? fokus kpd yg mendatang. insyaallah ianya akan memberi kebaikan atau sesuatu yg lebih baik kpd kita.

Menilai Secara Profesional

siapakah seorang profesional? andaian saya adalah seorang yg konsisten/tekal dlm melakukan sesuatu. dan perlakuannya seorang profesional adalah berdasarkan ilmu yg dimiliki.

bagaimana jika kita andaikan diri kita seorang profesional tetapi kita tidak konsisten dgn apa yg kita lakukan. iaitu kita melakukan sesuati tanpa/kurang ilmu sebaliknya dgn emosi? bolehkah dikatakan kita bertidak secara profesional?

penilaian secara mudah dilakukan berdasarkan matlamat yg telah ditetapkan. maka matlamat adalah maklumat rujukan utk penilaian. jika penilaian tidak berdasarkan matlamat dinyatakan, maka adakah sah penilaian kita? janganlah jadi 'what is consistent is change'. ini boleh diandaikan bhw pendirian kita sentiasa tidak tetap dlm membuat penilaian dan keputusan.

Khamis, Januari 24, 2013

Hadirnya Guru/Pensyarah

adakah budaya murid sekolah takut kpd guru sesuatu yg baik? maka cara pengajaran dan pembelajaran adalah hanya 'one-way traffic'. guru akan menyuap 'ilmu' kpd murid. murid 'menelan' dan semasa ujian dan peperiksaan murid akan 'memuntahkan ilmu'. jadi setelah tamat pengajian di sekolah adakah murid kembali tiada 'ilmu' di dalam dirinya?

di ipt budaya 'makan suap' akan berulang bagi ramai pelajar ipt. 'ilmu' diharapkan akan disuap oleh pensyarah. apa yg diberi pensyarah tidak akan dipersoalkan. sebab takut kena marah. takut dikatakan sebagai tidak pandai. jadi budaya takut diteruskan. maka pelajar pun akan 'memuntahkan' semula suapan ilmu semasa tugasan, ujian dan peperiksaan. kesannya, adakah sebagai graduan akan kembali 'kurang atau tiada ilmu'?

jika budaya takut kpd guru dan pensyarah diubah kpd hormat, mungkin murid atau graduan akan lebih berilmu. kita inginkan hormat kpd guru atau pensyarah kerana ilmu yg guru/pensyarah miliki dan sedia berkongsi dgn murid/pelajar. murid/pelajar sebelum ke kelas akan membaca supaya bersedia utk berbincang di dlm kelas. maka akan kurang atau tiada makan suap tanpa mengetahui ianya berzat atau sebaliknya.

 apabila murid/pelajar bersedia, maka barulah guru/pensyarah akan hadir secara fizikal dan bukan fizikal. barulah proses pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

Gedung atau Kilang

tadi berbual2 dgn seorang pakcik. memang tujuan utk berkongsi ilmu. atau bg sy utk mendapat lebih ilmu drpd beliau.

bercakap tentang ipt, persoalan adakah ipt sebuah gedung ilmu atau sebuah kilang menghasilkan produk utk mendapat pasaran. jika ipt ternama spt harvard, cambridge dan oxford, lebih sesuai sbg gedung ilmu. pelajarnya belajar bagaimana nak belajar. dan walau apa pun kelayakan graduan ipt2 ini, mereka mudah mendapat kerja.

bagaimana dgn ipt lain? mungkin lebih sesuai sbg kilang hasilkan produk utk dibeli organisasi luar. ini boleh diperkuatkan dgn cara pelajar mengisi masa mereka di ipt. lebih banyak mendengar, jarang bertanya, di ipt sebab dah tamat sekolah. ipt adalah sambungan apa dibelajar disekolah. kerjakursus dan peperiksaan hanya perlu ikut buku secara minima utk lulus.

maka apabila tak dapat kerja, salahkan ipt. apabila tak lulus, salahkan pensyarah. maka produk terhasil masih lagi 'half-full glass'. kerana hanya fikirkan fulus, ilmu tidak dihayati, menjadilah ' a foolish person'.

Rabu, Januari 23, 2013

Datang dan Kembali

saya melihat kpd gambar seorang kenalan bos sy yg telah kembali kpdNya. arwah pernah bertugas sbg staf uitm di fsg. arwah pernah mengikuti program team-building dimana saya berpeluang menjadi seorang drpd fasilitator.

pada tahun lepas setibanya saya di ltab kl, pemandu yg menyambut kami memaklumkan kematian seorang drpd pemandu uitm. pada mulanya sy tak pasti siapakah arwah tersebut. tetapi setelah melihat kpd gambar arwah yg diemel kpd warga uitm, arwah merupakan antara pemandu uitm yg sy kenal kerana biasa membawa saya menjalankan tugas sy sehingga ke taman negara.

kita datang ke dunia ini dengan tujuan utk beribadah kpdNya. bekas bos saya yg sedang mengajar di madinah menyatakan bahawa berdoa itu satu ibadah. dan kita akan kembali kpdNya pada masa yg telah ditetapkanNya. masa sentiasa berlalu - datang dan pergi.

maka marilah kita berdoa semoga kita semua tergolong dlm mereka yg mendapat rahmatNya dunia dan akhirat serta dilindungi drpd seksaan kubur dan di akhirat. bersamalah kita sentiasa berselawat dan memberi salam kpd junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w, ahli kerabat baginda dan para sahabat baginda.


Tidak Puas Hati..Luahkan

beberapa keadaan berbeza tetapi melibatkan ketidakpuasan hati terhadap rakan sekerja. ada yg tak puas hati sebab kena tegur. ada yg tak puashati sebab tak tegur.

ketidakpuasan perlu diluahkan. perlu disampaikan kpd pihak yg mampu melakukan sesuatu. tetapi kebiasaannya luahan disampaikan kpd pihak lain atau orang tengah dgn harapan akan sampai kpd mereka yg berkaitan. mungkin utk jaga hati penerima luahan. mungkin utk mengelak pantulan negatif kpd peluah perasaan.

komunikasi perlu untuk kebaikan organisasi. bukan semua orang boleh terima teguran. memang bukan semua teguran adalah teguran yg baik. dan sebelum kita bertindakbalas secara negatif terhadap teguran atau menegur secara negatif, gunakanlah ilmu. ianya supaya menilai teguran diterima atau akan diberi untuk kebaikan bersama.

saya sedia dan setia untuk mendengar..listen..listen.. listen.., think..think..think.., response..response..response

Buku..Pembelian Antarabangsa

di pejabat saya penuh dgn buku. begitu juga di rumah saya.

kebanyakan buku saya beli sendiri. jarang saya terima sbg hadiah. pernah saya membeli secara purata sebuah buku seminggu. pernah saya membaca hampir 80an drpd buku yg saya ada. tapi skrg buku yg saya ada yg sy dah baca mungkin kurang drpd 80%.

ada buku sy beli kat kedai buku. ada yg harga mencecah melebihi rm100. ada yg berharga kurang jika sy beli yg ada diskaun atau edisi lama. sy juga membeli melalui internet. tetapi sy tidak dpt membeli melalui amazon.com. sy hanya dpt membeli melalui ebay.

pada awal tahun ini sy membeli melalui ebay sebanyak 6buah buku. semalam sampai sebuah. dan hari ini saya terima sebuah lagi. kebanyakan buku yg saya beli sekarang berkaitan sukan & rekreasi, dan juga berkaitan tadbirurus dan perakaunan. ianya utk membantu sy dlm melalui phd sy.

Selasa, Januari 22, 2013

Bukan 20 Bukan 13

tahun ini 2013. tapi usia saya bukanlah 20. juga bukanlah 13. mungkin berdekad dahulu.

tadi turun bermain futsal dgn kawan2 sekolah rendah dan menengah. kawan sama tadika pun ada. cuma macam saya kata di awal tadi, usia kami bukan lagi usia di tadika, atau usia di sekolah rendah, mahu pun usia di sekolah menengah. jika dicampur ketiga2 usia maksima di ketiga2 zaman persekolahan - 6,12,17, masih lagi kurang drpd usia kami yg bermain. adalah seorang anak kawan yg tergolong dlm usia remaja sekolah.

walau bagaimana pun, tujuan berfutsal tadi utk beriadah. utk berjumpa kawan2 lama. bukan utk tunjuk tere. mahupun bukan sebab nak menang. dan futsal mingguan tadi adalah satu peringatan bhw usia kami makin jauh drpd usia remaja. makin hampir ke usia separuh abad. tapi kita sedar bhw kesihatan kita adalah tanggungjawab kita. maka kesihatan bukan shj drpd segi fizikal tetapi juga sosial.

Belajar Bertanggungjawab

seseorang itu belajar utk pelbagai sebab. sebab utama atau satu shj sebab(?) ialah untuk mendapat ilmu. tetapi ada pelbagai ilmu yg boleh dipelajari.

seorang yg matang dikira seorang yg sudah boleh buat keputusan. keputusan dibuat dgn memilih peluang atau pilihan yg ada. pemilihan dibuat dgn ilmu yg ada. jarang (walau ada) yg buat keputusan tanpa menggunakan ilmu.

seorang yg matang kalau ikut satu segi adalah mereka yg boleh mengundi. satu pihak mengatakan seorang yg matang adalah yg berupaya menungggang motorsikal atau memandu kenderaan. satu lagi pihak kata seorang yg matang adalah seorang yg dah boleh kahwin.

ramai yg ke universiti utk capai ilmu yg menjadikan beliau lebih matang. peperiksaan, ujian, tugasan adalah untuk menilai seorang pelajar ipt telah boleh dikatakan matang atau khatam ilmu yg dipelajari dan layak utk menggunakannya di luar sbg graduan.

kematangan sebenarnya berkaitan dgn bertanggungjawab. apabila diberi pilihan, dan keputusan telah dibuat, maka perlulah bertanggungjawab terhadap keputusan yg telah dibuat. hanya budak kecik yg belum matang atau budak tadika yg biasanya tak mahu bertanggungjawab dan buat perangai.

Ahad, Januari 20, 2013

Pandai dan Rajin 2

proses menyemak lapuran penyelidikan amat memenatkan. penat utk pastikan keputusan adalah sewajar dgn hasil diserahkan oleh pelajar.

sy cuba dptkan pelajar utk berjumpa sy seawal sem 4. alhamdulillah pada sem ini ada 3 pelajar sem 4 datang jumpa sy utk penyelidikan sem 6. mereka ini rajin dan pandai sebab bersedia utk setahun lagi. dan sy juga biasanya akan dpt pelajar sem 5 yg datang berjumpa utk penyelidikan sem akan datang. mereka juga sy kira pandai dan rajin.

apabila sy menerima pelajar pada sem yg sepatutnya mereka jalankan penyelidikan, sy masih andaikan mereka pandai dan rajin. tambah2 lagi jika jumpa ikut jadual sy iaitu minima 7 kali pada sem melakukan penyelidikan. sy merancangkan agar mereka dpt siapkan penyelidikan sebelum peperiksaan akhir bermula.

walau bagaimana pun, walau kerap datang jumpa saya, dan mendapat maklumbalas sy, sy berasa amat kecewa. hasil yg diberi kpd sy tidak menunjukkan majoriti drpd mereka rajin dan pandai. hanya sedikit shj rajin dan pandai. ramai hanya rajin datang jumpa. tapi tak pandai hasilkan apa yg sy nyatakan. bersediakah sy menerima mereka lagi? jika mereka sedia menjadi betul2 rajin dan pandai.

Majlis Keramaian

majlis keramaian selalunya satu majlis yg berunsur positif. ianya mengumpulkan kerabat dan kenalan. ianya jarang mengumpulkan lawan. mungkin jika kumpul lawan dipanggil majlis kekurangan?

komen seorang kerabat, kita berpeluang berkumpul apabila ada majlis pertunangan/kahwin atau kematian. majlis2 seperti ini yg akan ada kerabat sedia ambil cuti. kerabat sedia berjalan jauh utk bersama dgn yg menjemput.

maka kebiasaan jugalah apabila ada majlis keramaian akan menyebabkan juga keramaian dijalanraya. kita boelh lihat pada hujung minggu atau cuti panjang atau cuti sekolah. tapi niat yg baik utk berkumpul tergugat dgn kesesakan yg terpaksa dihadapi. kerap yg sy mohon maaf utk tidak hadir utk elak bermula dgn niat baik tetapi berakhir dgn ucapan tidak baik akibat kesesakan yg terpaksa dilalui.

Sabtu, Januari 19, 2013

Rumah Kecil Tiang Seribu (?)

skrg bukan senang nak beli rumah bagi majoriti mereka yg baru bekerja. bagi yg dah lama bekerja pun, masih ramai yg menyewa.

memang seronok dok di rumah sendiri. tak perlu pindah apabila tempoh sewa dah tamat. tak perlu nak mencari2 rumah sewa baru. tak perlu barang2 sentiasa berada dlm kotak atau bungkusan utk mudah berpindah jika tuan rumah suruh pindah.

memliki rumah sendiri adalah satu tanda kejayaan bg ramai orang. lagi besar rumah selalunya tanda lagi besar kejayaan kita. sbg keluarga atau kawan, kita akan tumpang gembira dgn kejayaan kenalan memiliki rumah sendiri. dan kita sentiasa berdoa supaya setiap mereka yg kita kenali berupaya memiliki rumah sendiri.

persepsi sy terhadap pemilikan rumah tidak spt kebanyakan orang. jika ada rezeki, cukuplah dgn memiliki sebuah rumah yg selesa walau pun kecil. walau pun dulu sy suka bercita2 utk memiliki rumah yg besar utk membolehkan keluarga dan kenalan dpt berasa selesa apabila berada di rumah sy. dan sekarang mungkin rumah sy (jika berjaya) adalah sebuah rumah kecil tiang banyak (tak sampai seribu).

Diizinkan

diizinkan atau dibenarkan. atau boleh juga bermaksud diluluskan. pemberi keputusan ini biasanya yg mempunyai hak dan kuasa utk menyatakan keputusan tersebut.

'opposite' atau lawan diizinkan adalah tidak diizinkan. maka keputusan diberi sama ada diizinkan atau tidak diizinkan akan mempunyai kesan kpd penerima keputusan. kesannya boleh jadi kpd kedua2 pihak adalah positif atau negatif. atau satu pihak mendapat kesan positif dan satu pihak lagi mendapat kesan negatif. maka perlu pertimbangan berdasarkan kepada maklumat sebelum keputusan dibuat.

isteri 'perlu' mendapat izin suami sebelum boleh melakukan perkara2 tertentu (dalam islam). maka jika ditegah atau dilarang oleh suami, siisteri perlu akur. bagaimana arahan suami bertentangan dgn arahan tempat kerja? siapakah yg perlu dipatuhi siisteri?

pihak organisasi juga dlm dilema. jika isteri atau suami tidak dpt mengikuti arahan kerja oleh tempat kerja kerana desakan pasangan mereka, maka kelancaran dlm mencapai matlamat organisasi akan terjejas. maka mungkinkah keputusan terbaik bagi pekerja dan organisasi adalah pekerja meninggalkan organisasi?

Jika Ikhlas

alhamdulillah, pengharapan utk program kebaikan bersama mendapat kelulusan tertinggi.

dlm hidup sebagai ahli sesuatu organisasi, kita mesti berusaha utk kebaikan organisasi. maka jika kita bertugas di situ, tugas hakiki kita utk membantu organisasi mencapai matlamatnya. selain matlamat penubuhan organisasi, akan terdapat pelbagai matlamat lain menyokong ke arah pencapaian matlamat penubuhan organisasi.

setiap kita perlu ikhlas dl membantu organisasi melalui menjalankan tugas yg telah diberi. ianya bermakna mematuhi arahan secara ikhlas. ada kalanya apabila kita tidak ikhlas kerana alasan tertentu, gunakanlah ilmu utk memahami tujuan arahan adalah utk kebaikan organisasi.

ramai yg bagi pelbagai alasan utk tidak mematuhi arahan menyertai program utk kebaikan organisasi. malah ada yg tanpa segan silu menyatakan kegembiraan secara terbuka di depan ketua kerana mempunyai alasan (yg kononnya kukuh) untuk tidak turut serta. walau bagaimana pun, ketidakikhlasan tersebut dinilai oleh pihak atasan, dan rakan sekerja.

apabila niat kita ikhlas dan baik, insyaallah ianya akan mendapat sokongan. maka kita tunggu reaksi 'makhluk' yg akan mencari alasan utk menyatakan ketidakikhlasan mereka setelah arahan drpd pihak tertinggi diberikan.

Khamis, Januari 17, 2013

Patuh Arahan

arahan utk kebaikan bersama. arahan dilakukan setelah dipertimbangkan keputusan yg terbaik.

jadi jika saya tidak patuh arahan...maknanya saya engkarlah ya. bagaimana jika ketua 1 bagi arahan dan ketua 2 tak patuhi arahan ketua 1? maka bolehkah saya nyatakan nanti, 'maaflah, saya tak boleh patuh arahan anda, sebab anda tak patuh arahan ketua lagi atas'?

saya petik komen seorang kawan,'memang dah arahan ketua 1, tp utk makhluk2 camni (yg xnak patuh arahannya), ketua 1 kena jugak fikir TINDAKAN apa yg sepatutnya dikenakan, kalau tak, arahan akan datang akan berlaku perubahan sikap dikalangan mereka yg patuh, yg akan berubah menjadi tidak patuh kpd arahan. kerana yg xpatuh gaji/upah nak, pangkat nak, cemerlang nak,..'. kenyataan lainnya sy tak tulis kerana ianya keluhan kekecewaan mereka yg setia.

walau berbeza tahap pengajian, tetapi mereka yg berjawatan bawah masih boleh menilai. jadi jangan terkejut jika kita 'cakap lain, buat lain', kita mendapat senyuman sinis drpd mereka yg kita sangka taraf lebih rendah drpd kita kerana kelulusan mereka.

Sibuk 2

maaf..saya sibuk. saya tak boleh ikut sama..saya sibuk.

sibuk akan diberi sbg alasan utama utk tidak melakukan sesuatu. jika tak dpt ikut serta dlm acara keluarga, biasanya alasan adalah sibuk dgn kerja. dan jika tak dapat lakukan tugasan keperluan kerja, adakalanya alasan adalah sibuk dgn keluarga.

memanglah, kita cuba bahagikan masa kpd beberapa bahagian bergantung kpd siapa kita. jika masih belajar, masa adalah utk belajar, keluarga, kawan/santai dan allah. jika bekerja kita akan bahagikan masa utk kerja, keluarga, kawan dan allah. jika kita belajar dan bekerja, masa kita akan dibahagikan kpd kerja, belajar, keluarga, kawan dan allah.

kita lihat selalunya ramai drpd kita letak masa dgn allah dihujung. bagaimana jika kita letak masa dgn allah didepan, iaitu kita utamakan masa dgn allah? saya rasa kita akan dapat rasa bhw kita ada lagi banyak masa. contohnya jika kita beribadah dahulu spt solat cepat di awal waktu.

Nilai Setiakawan

setiakawan atau esprit de corp. ianya berkaitan keakraban dlm organisasi. setiakawan boleh menentukan halatuju dan pencapaian sesebuah organisasi.

bagaimana menilai setiakawan. berdasarkan output iaitu hasil kerjasama dlm organisasi. bagaimana hasil didapati atau  produktiviti sesebuah organisasi dinilai? ianya selalunya berdasarkan prestasi dicapai berbanding matlamat ditetapkan. dan kerjasama memerlukan komunikasi diantara ahli organisasi.

jika kita suka kpd ahli lain dlm organisasi ianya boleh diandaikan bhw kita akan setia kpdnya. jika ahli lain adalah kawan kita dan kita suka kpdnya, maka kita akan ada semangat setiakawan. semangat sedia membantu semasa senang, semasa susah supaya matlamat organisasi tercapai. setiakawan juga boleh diertikan sbg setia mematuhi arahan pemimpin. selagi pemimpin tidak menyalahi agama.

jadi, jika kita tolak utk bekerjasama kerana rm100, maka kita boleh andaikan bhw itulah nilai setiakawan seseorang terhadap anggota lain dlm organisasinya. setiakawan adalah hubungan 2hala.

Rabu, Januari 16, 2013

Nikmat Makan dan Tak Makan

selalunya orang akan tanya makanan yg kita makan tu sedap ke. kebiasaan jika sedap kita akan kata sedap. dan selalunya kita akan tekun menikmati makanan yg sedap. maklumlah selalunya kita kata dapat makan adalah satu nikmat.

sudah tiga hari saya kurang selera makan. punca sebab terlebih menikmati makanan pada hari ahad. tengahari makan nasi arab. petang makan seketul kfc. malam makan 1 1/2 keping kambing stim. kesannya saya kurang selesa tidur pada malam tu. keesokkannya, isnin perut masih kurang selesa dan tak mahu terima kuantiti makanan spt biasa. hanya sedikit makanan dan minuman shj diterima.

semalam apabila saya timbang berat badan, alhamdulillah dah jadi 71kg. dah lama berat tak sebegini. semalam pun nikmat makan beberapa keping roti dan semangkuk mee. pagi tadi sy timbang lagi dan berat sy dah jadi 70.5kg. hmm sy berhajat utk berat 68kg supaya bmi adalah baik.

dan tadi setelah selera makan berkurang, saya nak makan lebih sikit utk makan malam. tapi tekak rasa kurang selesa. walau bagaimana pun sy bersyukur kerana walau makan sikit sy masih merasai ianya satu nikmat kpd sy.

Kerja Sama Kita

tujuan organisasi adalah utk bolehkan matlamat dicapai melalui kerjasama ramai. setiap ahli atau anggota organisasi akan mempunyai tugas dan tanggungjawab masing2. dan perlu kpd pemimpin utk menentukan halatuju dirancang dan dicapai.

saya berpandangan bhw setiap tahun setiap organisasi perlu adakan perancangan strategik. kemudiannya pengurusan sumber manusia yg melibatkan program bina-pasukan dgn aktiviti utk memantapkan kerjasama pasukan. seterusnya pemimpin perlu mendapatkan maklumbalas utk memantau prestasi.

bagaimana jika pelbagai alasan diberi utk tidak hadir ke program bina-pasukan? bagaimanakah pemimpin nak sampaikan semangat kekitaan kpd mereka yg tidak ingin turut serta? janganlah bila hasil dicapai, yg tak bekerjasama biasanya tanpa segan silu menyatakan bhw mereka berhak mendapat habuan juga.

Tak Layak Diberi Peluang

penjenayah apabila tertangkap akan membuat rayuan. 'berilah saya peluang sekali lagi'.'saya ada keluarga yg perlu tanggung'. tapi kebanyakannya apabila diberi peluang akan lupa pada rayuan dan janji nak berubah. senang ikut cara islam di arab, tangkap dan potong tangan. jangan 'listen,listen,listen' aje.

tadi saya dimaklumkan bgmana usaha fsr utk memastikan keselesaan pengajaran dan pembelajaran di fsr telah tidak dihargai pelajar dan staf. kemudahan disediakan disalahguna atau dirosakkan. kabel utk internet dicabut utk kegunaan peribadi. kotak buka pintu magnetik dipecahkan. sampah dibuang merata2. palang diangkat. dll. adakah ini sebab layanan spt cerita anakku sazali? siapakah bapa sazali di sini?

ipt adalah utk memberi peluang meningkatkan kematangan melalui ilmu. tetapi jika masih tak mahu tambahkan ilmu. masih tak mahu matang. maka baiklah jangan berada di ipt. peluang yg diberi adalah amanah. kos pengajian adalah amanah drpd pihak lain. gunakanlah sebaiknya jika benar2 matang.

Selasa, Januari 15, 2013

Tidak Seperti Diseliakan

srw 650 dan srw 655 memerlukan seorang penyelia kpd setiap pelajar. dan semua pelajar sarjana muda fsr sepenuh masa perlu mengambil kursus srw 650 dan 655. pelajar separuh masa hanya perlu ambil srw 655 shj.

petang tadi sebelum saya balik, seorang kawan singgah utk bincang prestasi pelajar seliaan beliau utk srw 655. beliau maklumkan kekecewaan beliau kerana ramai pelajar yg datang dihujung sem utk berbincang mengenai lapuran penyelidikan mereka. beberapa pensyarah yg saya temui juga menyatakan kekecewaan mereka dgn para pelajar yg tidak mengambil berat dlm menyiapkan lap penyelidikan mereka. ramai yg datang di minggu terakhir utk berjumpa dan pada perjumpaan seterusnya menyerahkan lapuran yg telah siap di'bind'. kandungan 'siap' sbgmana keperluan belum lagi pasti.

semasa kawan saya berada dibilik saya tadi, saya minta beliau menyemak satu drpd lapuran pelajar saya. baru perenggan pertama aje, beliau dah komen yg negatif. selama sepuluh minit beliau memeriksa lapuran tersebut, rumusannya yg saya turut setuju,'tidak lengkap'. pensyarah penyelia mempunyai tanggungjawab memastikan pelajar layak lulus kursus yg diambil dgn syarat memenuhi keperluan kursus.

jika diluluskan atau teruk lagi diberi gred 'a' sedangkan kualiti adalah sebaliknya, keputusan pensyarah tersebut akan terkena kpdnya semula. dan ianya akan diceritakan dan dikongsi kpd pihak lain. kesannya pensyarah tersebut akan tergugat kredibilitinya kerana penilaian yg tidak tepat.

Urus Acara

bukan mudah nak urus acara. pelbagai perkara perlu diambil berat.

antaranya adalah seperti penginapan. siapa dok dgn siapa. bilik besar mana. makanan adakah sesuai untuk semua. bagaimana jika ada yg ada pantang. pengangkutan bolehke muatkan semua. pengangkutan ada ke aircon. aktiviti best ke.

memanglah kita jarang2 dpt puaskan semua orang dlm semua hal. cukuplah majoriti berpuashati. jika minoriti tak puashati kali ini, mungkin mereka akan puashati di masa dan acara akan datang. manusia merancang. allah merancang. allah sebaik2 perancang.

Isnin, Januari 14, 2013

Tak Setaraf

awal pagi tadi sy membaca komen seorang staf fsr. beliau menyatakan bgmana seseorang itu selalunya apabila berselisih dgnnya jarang menegurnya. dan jika ditegur ianya bermakna org itu nak minta tolong.

hmm,,sy cuba bayangkan siapakah org itu. mengikut staf yg komen tu, mungkinkah sebab org tu terasa bhw dia lebih tinggi tarafnya drpd staf yg komen. sy tak sempat nak tanya kpd staf yg komen identiti org yg tinggi taraf tu tadi.

tapi bg saya, ikutlah resmi padi, lagi berilmu, lagi tunduk. lagi kita perlu merendahkan diri. kerana mcm sy komen kpd panel drp saya, 'lagi bnyk sy baca, lagi banyak sy rasa tidak tahu. janganlah jadi lalang, suka meninggikan diri kerana kepalanya ringan, kurang ilmu.

bg sy juga, sebenarnya mereka yg tak mahu tegur mereka dijawatan lebih rendah sebenarnya menunjukkan bhw ilmu mereka lagi rendah taraf drpd mereka dijawatan rendah. jawatan rendah tak semestinya ilmu kurang. sebab ramai sy kenali sebenarnya walaupun seorg kerani tetapi berkelayakan sarjana. dan sy yaki mereka xmampu nk upah orang utk dptkan kelayakan tersebut.

Bertindak Secara Profesional

profesional drpd kata asas profess yg bermaksud menghayati atau melakukan sbg yg diperlukan. maka kerja pula di panggil sbg profesion. profesor adalah seorang yg cakap serupa bikin atau spt ilmu yg dia ada.

dlm suratkhabar hari ini berkaitan ahli sukan yg bertindak tidak secara profesional. ini ketika menandatangani kontrak. mereka tidk membaca secara terperinci kandungan kontrak. ajdi di kemudian hari apabila berlaku masalah, akan disalahkan orang lain.

jika ahli suka kita termasuk pengurusannya masih tidak bekerja secara profesional, iaitu masih perangai kebudak2an, maka sudah tentulah kita boleh andai dan jangka kualiti kerja mereka tidak ditahap profesional. kualiti kerja mereka ditahap budak2 sekolah (mcm akta di akhbar hari ini).

profesional termasuk drpd segi pakaian, tingkahlaku dan pelbagai lagi. ianya mencerminkan tahap pengetahuan seseorang. maka saya lihat bhw pelajar fsr masih ramai perangai budak2. tak patuhi peraturan uitm. buang sampah merata2. sebesar2 tong sampah yg banyak disediakan, masih ramai yg buang di tangga, di koridor dll tempat kecuali di dlm tong sampah.  memang masih xlayak berada di ipt.

Ahad, Januari 13, 2013

Mengawas Peperiksaan

pagi tadi saya bertugas mengawas peperiksaan pelajar sarjana muda. sem ini saya ditugaskan sebanyak 3kali. oleh kerana sekarang sem diploma dan sarjana muda adalah berbeza, maka di uitm tugas ramai pensyarah adalah sepanjang tahun. bertugas tanpa henti. maka ramai yg mempunyai baki cuti tahunan yg banyak kerana kurang atau tiada masa utk bercuti.

pagi tadi kumpulan diawas adalah pelajar sem1. ianya bermakna mereka pertama kali menduduki peperiksaan di universiti sbg pelajar sarjana muda. memang, setiap pelajar sepatutnya cuba yg terbaik utk mendapat keputusan yg terbaik. dan ianya sepatutnya melalui persediaan dari awal lagi. sejak menjejak kaki pada awal semester setelah mengetahui kursus yg akan diambil pada sem tersebut.

walau bagaimana pun, ramai yg inginkan keputusan terbaik melalui usaha yg tidak baik. tadi saya alihkan 3pelajar kerana kelihatan macam tidak jujur. mereka spt berkomunikasi dan cuba meniru. jalan terbaik saya alihkan tempat duduk. dan saya nyatakan kpd mereka ini, 'janganlah kat sem satu dah tamat pengajian'. jika tidak mahu jadi pelajar uitm dgn mematuhi peraturan uitm, sila berhenti ajelah.

Sabtu, Januari 12, 2013

Fitnah

tajuk khutbah jumaat semalam berkaitan fitnah. apabila digoogle perkataan ini dlm alquran didapati disebut sebanyak 16kali.apa maksud fitnah dlm bahasa arab. cari pakar bahasa arab dan tanyalah.

ada orang hidupnya bergantung kpd tipudaya. sama ada tipudaya secara perbuatan atau secara lisan. lisan termasuklah secara penulisan. mereka ini tidak segan silu untuk menipu. mereka tidak segan utk berbohong. yg penting bg mereka, mereka senang di dunia. kalau ada pihak lain yg susah akibat tipudaya mereka yg salah disisi agama, mereka tak kisah. janji pakar tipu ini dapat guna kereta mewah. janji dpt dok dlm rumah besar. janji dpt mewah sekarang.

mereka yg menipu utk senang di dunia adakalanya kerana riak. mereka ingin dihormati dgn kemewahan yg mereka miliki. mereka sebenarnya lupa bhw kemewahan adalah amanah. ianya akan ditanya. ianya akan dipertanggungjawabkan.

maka kemewahan adalah satu perhiasan dunia. ada disebut bhw harta dan anak2 adalah perhiasan dunia. dan ada yg berkata isteri, anak dan harta adalah cubaan kpd kita. jika kita ada ilmu dan gunakannya dgn betul, maka keluarga dan kenalan, serta harta yg diamanahkan akan membawa kpd kesejahteraan dunia dan akhirat.

Dipermudahkan

kita digalakkan membaca,'rabbi yassir, wa la tu assir' (maaf kalau alihbahasa kurang tepat). ianya bermaksud permohonan atau doa kpd allah, tuhan yg satu, tiada tuhan melainkanNya, utk Dia permudahkan urusan kita.

alhamdulillah, semalam urusan sy dipermudahkanNya. pada pagi hari sy melalui drp utk ac990 dgn tenang. walau pun kena lakukan semula. sebelum, semasa dan selepas drp semalam sy diberi ketenangan olehNya. saya dipermudahkanNya dgn panel yg bukan mengkritik tetapi membantu utk penambahbaikan drp saya. saya juga dipermudahkanNya dgn mendapat penyelia yg sedia membantu utk menggenggam phd insyaallah dimasa dihajati.

pada petang semalam, sy dikunjungi bbrpa pelajar. niat berkongsi ilmu memudahkan juga sy menyelesaikan tugasan lain dgn bantuan mereka. maka banyakkanlah doa kpd allah, tuhan yg satu.

Salut

Salut atau salute atau tabik atau tanda hormat. saya menerimanya sebelum makan tengahari. semasa sy nak ke kereta saya. cara salut diberi say boleh jangkakan pemberi salut daripada organisasi mana.

sudah lama tidak membalas salut. apa tah lagi memberi dahulu. apabila kita yg memberi maka kita menyatakan kita menghormati mereka yg kita salut. apabila kita menerima maka kita membalas penghormatan diberi. semalam saya tidak membalas sebab pakaian saya tidak sesuai utk melakukan salut. tapi kemudiannya saya berfikir, lebih baik saya balas walaupun pakaian tidak mengikut norma dlm melakukan salut.

selain secara fizikal iaitu mengangkat tangan kanan ke bulu kening kanan, salut juga dilakukan dlm pelbagai cara. ianya mengikut budaya. di sektor pelancungan, salut dilakukan dgn meletakkan genggaman tangan kanan ke dada kiri, berhampiran jantung. salut secara bertulis adalah dgn menulis 'yg berbahagia/dihormati dll..'. begitu juga salut melalui ucapan yg sebagaimana penulisan.

salut bermakna penghormatan. bermakna pengiktirafan secaran positif. bagaimana nak mendapatkannya? perlu melihat kpd bidang lah.

Jumaat, Januari 11, 2013

Fokus..Jelas..Mudah

tswz pengerusi lembaga menyampaikan ucapan pada program hep di pluitm berkaitan pendidikan. kongsilah kemahiran berfikir. kongsilah kemahiran berkomunikasi. lakukan secara berfokus, jelas dan mudah.

tadi saya ulangi pesanan tswz kpd beberapa pelajar yg berjumpa sy utk persediaan akhir sebelum peperiksaan akhir. mereka berjumpa saya daripada jam 3.30ptg sehingga 7.45mlm. saya andaikan sebelum ini setelah penyerahan srw655 kepada saya, akan tiadalah lagi pelajar yg akan berjumpa saya melebihi 1jam setiap sesi. tetapi ianya adalah sebaliknya.

pesanan tswz juga saya kongsi bersama mereka yg bersama saya semasa tinjauan ke taman negara. program dan aktiviti yg akan dijalankan perlulah berfokus kpd membina pasukan. objektif perlu jelas. penyampaian perlu mudah difahami. kemahiran berfikir dan berkomunikasi perlu dikongsi dan diterapkan pada setiap masa.


Semua Orang..Kecuali Dia

semua orang salah. kecuali dia. semua orang malas. kecuali dia. semua orang tak pandai. kecuali dia.

maka pelbagai tuduhan dinyatakan kepada orang lain. dan akan disokong dgn 'bukti' yg direkacipta. ini adalah cara seorang yg tak bertanggungjawab mendedahkan dirinya kpd orang lain. inilah padahnya apabila memilih mereka yg tiada atau kurang akal sebagai ketua.

alhamdulillah. tuhan yg esa maha kaya. makin banyak temberang seseorang ini. makin banyak dia mendedahkan kelemahannya. mendedahkan tahap ilmunya. mendedahkan siapa dirinya yg sebenar. dia sudah seumpama buaya yang termakan umpan. makin dilakukan gulingan maut, ianya hanya akan mematikan dirinya sendiri.

Isnin, Januari 07, 2013

Setakat Mana?

setakat mana kita patut belajar? tak silap saya ada hadith bermaksud belajar sehingga kita mati.

dan belajar bukan secara formal shj. secara formal melalui mengikuti pengajian di pusat pendidikan spt sekolah, institusi pengajian tinggi dan tempat2 yg akan memberikan kita segulung pengiktirafan kita telah penuhi keperluan utk tamat pengajian di institusi itu. dan ianya selalunya terhad kpd kemampuan spt kewangan dan gulung kelayakan akademik utk membolehkan kita dpt mencari duit.

tetapi belajar secara tidak formal tiada had selagi hidup. ianya boleh dilakukan di mana2 shj. apabila kita berbincang, mendengar khutbah dsbnya. dan ianya tidak membolehkan kita mendapat sebarang pengiktirafan spt segulung ijazah. ianya bergantung kpd motivasi kita utk mencari ilmu.

tidak semua orang seeloknya ke ipta. ramai yg salah faham sebab dibgtau, selepas sekolah pi lah ke ipta. maka akan ada yg kurang layak spt tiada minat, baakt atau kebolehan yg turut melangkah ke ipta. ada secara usaha sendiri. ada melalui usaha orang lain. kesannya adalah mereka ini tidak menghargai peluang yg didapati. maka mereka akan menghabiskan masa tanpa keinginan mendapat ilmu.

dan mereka yg bertanggungjawab membawa mereka spt ini ke ipta sebenarnya adalah sudah salahguna kuasa. mereka ini membazirkan duit dan aset yg diamanahkan utk diuruskan sebaik yg boleh. mungkin mereka tidak rasa kesan pembaziran kerana bukan duit mereka. tapi kita berdoa janganlah kita jadi macam mereka yg tak amanah.

Sibuk..

sibuk nama seekor kucing sdare saya. sibuk juga boleh diertikan sbg mempunyai sesuatu utk dilakukan pada satu masa.

jadi ada yg bgtau,'sori, saya sibuk, saya takboleh bantu anda'. ada yg berkata,'saya sibuk diluar sebab saya takboleh buat benda didalam'. dan ada yg kata 'saya sibuk diluar sebab saya takde kerja didalam'. ada yg ada masa dan diberi tugas utk sibuk didalam tapi menolak.

alasan. antara yg paling senang nak dinyatakan jika kita tak berminat. atau tidak sudi bekerjasama. maka bolehkah kita gunakan 'forgive and forget' atau 'for give and for get'? yang mana sesuai? jika tak sudi memberi maka terima ajelah yg seadanya atau yg setimpal terutama pada penilaian tahunan.

Draf Akhir Sep2012

tadi saya berjumpa dgn beberapa pelajar yg saya selia srw655. drpd 11 hanya 7 yg hadir. seorang dah gt. seorang hilang dah lama. seorang kejap ada kejap takde. seorang lagi dah siap hardcover dan balik kampung. ianya berkaitan menjalankan tugas dan tanggungajwab. ianya berkaitan menyerahkan amanah. ianya berkaitan ikhlas berkongsi ilmu.

ada beberapa perkara saya minta pelajar saya kongsi dgn saya secara lisan tadi. apakah abstrak mereka. apakah teori berkaitan yg digunakan. apakah hasil penyelidikan. dan apakah rumusan drpd penyelidikan mereka.

hampir 10minit saya tunggu barulah pelajar pertama ke depan untuk bagi saya lihat hardcopy beliau. dan saya lihat mereka yg kerapa berjumpa  (rajin) dan faham (pandai) dapat memberi jawapan minima yg saya inginkan. yg diperingkat kurang rajin dan kurang pandai - masih belum memuaskan kehendak saya.

insyaallah pada khamis ni saya tunggu hardcover dan cd drpd kesemua mereka. insyaallah juga jika ada rezeki, kami akan lakukan apa yg saya lakukan bersama pelajar srw655 saya pada sem2 sebelumnya setelah mereka serahkan lap penyelidikan mereka.

Ahad, Januari 06, 2013

Bond..

bukan bond..james bond. bukan bond..jamal bond. bukan juga rebonding. tetapi bonding.

bonding boleh dimaksudkan sbg mengeratkan hubungan. dan bonding amatlah penting dlm sebarang hubungan. hubungan keluarga dan hubungan rakan sekerja. keeratan dikalangan kenalan dpt meningkatkan produktiviti (atau sebaliknya jika dpr keluarga atau kenalan negatif).

tajuk srw655 yg saya suka selia adalah berkaitan produktiviti. lain orang lain definisi produktiviti. dikalangan staf kerajaan, produktiviti diukur dgn skt-sasaran kerja tahunan. tanggungjawab menetapkan skt adalah tanggungjawab bersama pegawai yg dinilai dan ketuanya.

bonding juga bermaksud mudah berkomunikasi. jika ketua tidak dpt maklumkan dgn baik skt dan produktiviti kpd staf dikehendaki, bagaimana nak usaha dan capai skt ditetapkan? maka antara cara meningkatkan bonding adalah melalui kursus bina-pasukan atau lebih biasa dikatakan sbg team-building.

maka saya sentiasa sarankan team-building diadakan minima sekali setahun bg organisasi. bagi keluarga pula, antara aktiviti meningkatkan bonding adalah melalui 'makan2' bersama secara berkala atau juga dgn hari keluarga - family day.

Sedare Mare

semalam ada sedare mare datang ke rumah untuk makan2 dan sembang2. tetamu utama tinggal dan bekerja di australia. terima kasih kpd semua yg dpt datang.

tidak semua dpt dijemput. maklumlah rumah kecil. makan semalam pun dibahagi kpd 2 tempat. ada yg makan di meja makan kat luar. ada yg makan di meja makan kat dalam. 20 orang dah penuh rumah. kebiasaan seramai 60orang. masalah bila nak kena beratur makan, duduk nak makan. jadi utk selesa tetamu dan tuan rumah, bilangan dihadkan. juga utk mudahkan. penyediaan dan pengemasan setelah makan.

makanan hanyalah sampingan walau pun jemputan utk makan. sebenarnya yg merapatkan kita adalah masa sebelum, semasa dan selepas makan yg digunakan sepenuhnya utk berkongsi masa semasa keluarga tak berjumpa. walau pun dgn teknologi yg ada sekarang, telepon, internet dsbnya, pertemuan dan keberadaan secara fizikal di ruang yg sama lebih disukai. mungkin sebab bila berjumpa, ada cas2 positif utk mendorong meneruskan kehidupan kita?

bagi saya, antara tanda2 kita kaya adalah kita punyai ramai sdare mare, yg kita senang berjumpa dan berhubungan. tapi malangnya, kebiasaannya, ada yg apabila dah senang sikit atau sangat banyak - hubungan sdare mare tak dijaga. jadi mereka ini harta dunia makin kaya, tapi hubungan sdare mare makin miskin.

Sabtu, Januari 05, 2013

Kawan..Terima Kasih

semalam spt biasa sy akan makan tengahari di ctss selepas solat jumaat. masa itu juga saya gunakan utk mendapat maklumbalas berkaitan diri, organisasi dll.

kebetulan sy makan tghari bersama kawan2 drpd fak perakaunan uitm. spt biasa, apabila makan bersama kawan - cakap pun main lepas. sebab kita amnya tahu setakat mana tuturkata dan perbuatan kita tidak mengecilkan hati kawan.

antara komen menarik drpd mereka tentang operasi kafe di menara saas. seorang berkata,'bad, menu sama sejak kita student lagi. takde perubahan ke?'. seorang lagi bgtau,'suasana spt bau tak menarik'. seorang bgtau,'kami jika nak makan lepas jam 2ptg takde dah makanan, jadi makan ajelah pisang goreng'.

terima kasih kpd mereka yg ikhlas memberi komen utk kebaikan bersama. spt kata pepatah inggeris dlm bisnes 'the customer is always right'. takde pelanggan, tutuplah kedai.

Jumaat, Januari 04, 2013

Tak berilmu Untuk Menghargai

tadi semasa nak balik ke rumah, saya lihat palang untuk masuk ke bangunan akademik 3 uitm shah alam telah diangkat oleh satu makhluk allah. sedihnya kerana palang tu baru sahaja dibaiki.

kenapakah tiada tindakan diambil terhadap mereka yg dianggap sbg pen'vandalisma' ini? kamera dah ada, jadi bukti dah ada. ambillah tindakan sewajarnya. adakah sebab ada pihak atasan yg melarang tindakan diambil? jika sebab itu maka yg bagi arahan tak betul tu memang tak amanah. tak sayangkan uitm.

hampir setiap minggu, minima 2kali seminggu operasi palang di bangunan akademik 3 dirosakkan. betulkah setiap kali kontraktor dipanggil, amak uitm terpaksa bayar rm1ribu. jika benar, maka jika purata 2kali seminggu darab 52minggu, ini bermakna uitm terpaksa keluarkan bayaran berjumlah rm104ribu setahun (minima) utk melayah tindakan biadap pihak tertentu. tindakan pecah amanah/merompak/menyusahkan ini dilakukan oleh pelajar sepenuh masa/separuh masa/staf. dulu gambar perompak2 telah dipaparkan. apakah tindakan diambil?

perompak memang tak berilmu. eloknya potong tangan. atau denda 10kali kos dibayar kpd kontraktor. 10% upah yg menangkap perompak. jangan lupa, jika pelajar - buang aje. jika staf turunkan pangkat dan denda tidak dinaikkan pangkat minima 10tahun. apa pandangan anda?

Khamis, Januari 03, 2013

Berjumpa Penyelia

tadii saya pergi berjumpa dgn penyelia utk phd saya. ianya tertangguh seminggu. saya mohon maaf kpd beliau. alhamdulillah maaf diterima. beliau mahukan sy lebih kerap berjumpa dgnnya utk memastikan saya fokus kpd phd saya. insyaallah.

kebiasaan memanglah majoriti akan cuak nak jumpa penyelia. berjumpa dgn mereka yg akan memberi teguran/maklumbalas kpd kita. dan kita cuak kerana kebiasaannya kita tak bersedia. saya dah kerap alami perasaan cuak nak jumpa penyelia berkaitan akademik. ianya sejak diploma lanjutan perakaunan pada awal 90an. ianya bersambung dgn sarjana di um. seterusnya dgn sarjana di uitm.

saya juga andaikan bhw pelajar dibawah seliaan sy yg kurang berjumpa atau tidak berjumpa dgn saya sebab mereka tidak bersedia ditegur. mereka tidak mahu menerima maklumbalas utk penambahbaikan penyelidikan mereka. dan spt yg saya pernah rasa dan buat, sebab ego..tidak jumpa penyelia keputusannya. ianya hanyalah menangguh sesuatu yg perlu dilakukan.

saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kpd en ho juan keng, pm dr haslee sharil lee abdullah dan prof dr normah yg pernah menyelia saya. sy juga berterima kasih kpd co-supervisor rasmi dan tak rasmi dulu2. kpd penyelia sekarang dan co-supervisors (elok saya tak sebut nama), terima kasih sudi menyelia saya utk phd saya. saya juga berterima kasih kpd mereka yg membantu secara langsung dan tak langsung dlm perjalanan phd saya. (hehehe..macam dah tulis penghargaan dlm laporan penyelidikan phd dah).

Rabu, Januari 02, 2013

Kajian

kajian atau sekarang lebih dikenali sbg penyelidikan. dan bagi pelajar sem akhir fsr, minggu2 terakhir sem adalah masa yg memerlukan mereka menyiapkan laporan penyelidikan mereka, atau tesis (glamer sikit) untuk memenuhi keperluan srw655.

bagi pelajar dibawah penyeliaan saya, spt biasa ada yg 'hilang'. pada awal sem adalah datang jumpa. selepas pertengahan sem tak tahu ke mana menghilang. pada minggu lepas saya ambil cuti. tetapi kerana status penyediaan pelajar srw655 saya masih belum memuaskan saya, maka saya hadir juga ke fsr. kalau ikut rekod, saya cuti. kalau secara fizikal, saya tak cuti.

saya telah maklumkan melalui lisan, sms dan juga jadual yg dicetak peringkat penyediaan lap penyelidikan pelajar yg saya selia. dukacita hanya segelintir yg mematuhinya. saya maklumkan bhw saya mahukan mereka menyiapkan tesis mereka dlm tempoh sebulan bermula 3dis 2012. dukacita, sehingga jam 7mlm tadi, saya hanya boleh berpuashati dgn seorang pelajar. beliau datang berjumpa saya sehingga 15kali berbanding minima 3kali ditetapkan fsr. saya bgtau beliau bhw pelajar2 sem ini telah saya gredkan secara draf. dan beliau sy harap akan capai gred tertinggi berdasarkan usaha beliau.

masih ada yg nampak 'blank' walau pun berulangkali jumpa saya, tapi masih bertanyakan soalan 'basic' (spt komen seorang drpd rakan beliau). maka adakah komitmen yg ditunjukkan pelajar srw655 saya antara sebab ramai graduan fsr masih belum mendapat kerja? mungkin ya, mungkin tidak. sebab secara kasarnya, saya andaikan kpd dekan dan td hep ramai pelajar sr223 yg tidak berjumpa dgn penyelia srw655 adalah kerana sibuk dgn pekerjaan yg mereka terima setelah menjalankan latihan praktikal.

walau pun spt saya nyatakan jika dah bekerja itu bagus, tetapi elakkanlah kisah lama dimana setelah gugur taraf sbg pelajar kerana tidak penuhi keperluan uitm utk grad, mereka yg hilang ini datang merayu utk menamatkan pengajian sbg graduan. mereka baru sedar keperluan kelayakan akademik untuk naik dlm kerjaya. jika pengajian di fsr umpama larian marathon, sekarang hanya tinggal beberapa meter shj lagi utk tiba di garisan penamat. berilah usaha terakhir secara terbaik mungkin.

Selasa, Januari 01, 2013

Masa Yang Ada

dalam perakaunan masa dibahagi2kan mengikut tempoh (period). ianya utk memudahkan perbandingan prestasi. dan pembahagian masa mengikut tahun adalah juga cara utk melihat pencapaian kita sbg insan di dunia sbg persediaan di akhirat.

tapi kebiasaan kita hanya akan lihat kpd pencapaian utk sejahtera di dunia shj. kita akan lihat brp banyak kenaikan gaji, kereta dah bertukar, rumah dah makin besar, dsbnya. yg lain2 sebab tak nampak dan tak direkod secara nyata tak diambil berat. tingkahlaku ini turut dilakukan saya. sebab kita mudah lupa haluan kita utk ke arah yg kita tidak nampak. hanya dinyatakan shj.

maka perlulah peringatan. dalam pengurusan yg bijak, perlu ada perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan. kita biasa lakukan keempat2 aktiviti utk dunia shj. pemantauan utk hari kemudian kita biasa lupa. maka selagi ada masa di dunia, kenalan spt keluarga dan kawan perlulah menjadi pemantau utk kejayaan di akhirat. bacalah surah al-asr kpd diri dan mereka yg kita sayangi sbg peringatan.