Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Januari 07, 2013

Draf Akhir Sep2012

tadi saya berjumpa dgn beberapa pelajar yg saya selia srw655. drpd 11 hanya 7 yg hadir. seorang dah gt. seorang hilang dah lama. seorang kejap ada kejap takde. seorang lagi dah siap hardcover dan balik kampung. ianya berkaitan menjalankan tugas dan tanggungajwab. ianya berkaitan menyerahkan amanah. ianya berkaitan ikhlas berkongsi ilmu.

ada beberapa perkara saya minta pelajar saya kongsi dgn saya secara lisan tadi. apakah abstrak mereka. apakah teori berkaitan yg digunakan. apakah hasil penyelidikan. dan apakah rumusan drpd penyelidikan mereka.

hampir 10minit saya tunggu barulah pelajar pertama ke depan untuk bagi saya lihat hardcopy beliau. dan saya lihat mereka yg kerapa berjumpa  (rajin) dan faham (pandai) dapat memberi jawapan minima yg saya inginkan. yg diperingkat kurang rajin dan kurang pandai - masih belum memuaskan kehendak saya.

insyaallah pada khamis ni saya tunggu hardcover dan cd drpd kesemua mereka. insyaallah juga jika ada rezeki, kami akan lakukan apa yg saya lakukan bersama pelajar srw655 saya pada sem2 sebelumnya setelah mereka serahkan lap penyelidikan mereka.

Tiada ulasan: