Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Januari 22, 2013

Belajar Bertanggungjawab

seseorang itu belajar utk pelbagai sebab. sebab utama atau satu shj sebab(?) ialah untuk mendapat ilmu. tetapi ada pelbagai ilmu yg boleh dipelajari.

seorang yg matang dikira seorang yg sudah boleh buat keputusan. keputusan dibuat dgn memilih peluang atau pilihan yg ada. pemilihan dibuat dgn ilmu yg ada. jarang (walau ada) yg buat keputusan tanpa menggunakan ilmu.

seorang yg matang kalau ikut satu segi adalah mereka yg boleh mengundi. satu pihak mengatakan seorang yg matang adalah yg berupaya menungggang motorsikal atau memandu kenderaan. satu lagi pihak kata seorang yg matang adalah seorang yg dah boleh kahwin.

ramai yg ke universiti utk capai ilmu yg menjadikan beliau lebih matang. peperiksaan, ujian, tugasan adalah untuk menilai seorang pelajar ipt telah boleh dikatakan matang atau khatam ilmu yg dipelajari dan layak utk menggunakannya di luar sbg graduan.

kematangan sebenarnya berkaitan dgn bertanggungjawab. apabila diberi pilihan, dan keputusan telah dibuat, maka perlulah bertanggungjawab terhadap keputusan yg telah dibuat. hanya budak kecik yg belum matang atau budak tadika yg biasanya tak mahu bertanggungjawab dan buat perangai.

Tiada ulasan: