Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Januari 02, 2013

Kajian

kajian atau sekarang lebih dikenali sbg penyelidikan. dan bagi pelajar sem akhir fsr, minggu2 terakhir sem adalah masa yg memerlukan mereka menyiapkan laporan penyelidikan mereka, atau tesis (glamer sikit) untuk memenuhi keperluan srw655.

bagi pelajar dibawah penyeliaan saya, spt biasa ada yg 'hilang'. pada awal sem adalah datang jumpa. selepas pertengahan sem tak tahu ke mana menghilang. pada minggu lepas saya ambil cuti. tetapi kerana status penyediaan pelajar srw655 saya masih belum memuaskan saya, maka saya hadir juga ke fsr. kalau ikut rekod, saya cuti. kalau secara fizikal, saya tak cuti.

saya telah maklumkan melalui lisan, sms dan juga jadual yg dicetak peringkat penyediaan lap penyelidikan pelajar yg saya selia. dukacita hanya segelintir yg mematuhinya. saya maklumkan bhw saya mahukan mereka menyiapkan tesis mereka dlm tempoh sebulan bermula 3dis 2012. dukacita, sehingga jam 7mlm tadi, saya hanya boleh berpuashati dgn seorang pelajar. beliau datang berjumpa saya sehingga 15kali berbanding minima 3kali ditetapkan fsr. saya bgtau beliau bhw pelajar2 sem ini telah saya gredkan secara draf. dan beliau sy harap akan capai gred tertinggi berdasarkan usaha beliau.

masih ada yg nampak 'blank' walau pun berulangkali jumpa saya, tapi masih bertanyakan soalan 'basic' (spt komen seorang drpd rakan beliau). maka adakah komitmen yg ditunjukkan pelajar srw655 saya antara sebab ramai graduan fsr masih belum mendapat kerja? mungkin ya, mungkin tidak. sebab secara kasarnya, saya andaikan kpd dekan dan td hep ramai pelajar sr223 yg tidak berjumpa dgn penyelia srw655 adalah kerana sibuk dgn pekerjaan yg mereka terima setelah menjalankan latihan praktikal.

walau pun spt saya nyatakan jika dah bekerja itu bagus, tetapi elakkanlah kisah lama dimana setelah gugur taraf sbg pelajar kerana tidak penuhi keperluan uitm utk grad, mereka yg hilang ini datang merayu utk menamatkan pengajian sbg graduan. mereka baru sedar keperluan kelayakan akademik untuk naik dlm kerjaya. jika pengajian di fsr umpama larian marathon, sekarang hanya tinggal beberapa meter shj lagi utk tiba di garisan penamat. berilah usaha terakhir secara terbaik mungkin.

Tiada ulasan: