Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 27, 2013

Peringkat Keperluan

peringkat keperluan lebih dikenali melalui Maslow's hierarchy of needs. terdapat 5 peringkat atau juga tahap keperluan mengikut Maslow. dan jika peringkat bawah tidak dipenuhi dahulu, maka kita akan berasa tidak selesa.

peringkat asas keperluan kita adalah berkaitan keperluan asas seperti makanan dan pakaian. peringkat asas berkaitan kelestarian hidup. maka adalah tanggungjawab kita utk sentiasa berusaha memenuhi keperluan asas. dan tanggungjawab kita juga utk berusaha memenuhi keperluan peringkat lain setelah peringkat asas dipenuhi. tapi perlulah usaha dan hasil secara halal.

kita tahu bhw berusaha secara sendirian adakalanya membolehkan kita capai keperluan kita. tapi kehidupan sebenarnya memerlukan kita berusaha bersama orang lain utk capai hampir kesemua keperluan kita drpd keperluan asas hingga ke keperluan teratas. maka kita perlu kpd susunatur atau berusaha melalui organisasi.

dlm sebarang organisasi, perlu ada pemimpin. maka pemimpin perlu faham bahawa kuasa diberi secara amanah untuk kebaikan pengikut. bukan hanya utk kebaikan pemimpin. pengikut akan mempersoalkan jika pemimpin mengejar keperluan teratas utk dirinya (termasuk kerabat) tetapi pengikut masih 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. pengikut berkemungkinan akan menuntut haknya drpd pemimpin di akhirat.

Tiada ulasan: