Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Januari 07, 2013

Setakat Mana?

setakat mana kita patut belajar? tak silap saya ada hadith bermaksud belajar sehingga kita mati.

dan belajar bukan secara formal shj. secara formal melalui mengikuti pengajian di pusat pendidikan spt sekolah, institusi pengajian tinggi dan tempat2 yg akan memberikan kita segulung pengiktirafan kita telah penuhi keperluan utk tamat pengajian di institusi itu. dan ianya selalunya terhad kpd kemampuan spt kewangan dan gulung kelayakan akademik utk membolehkan kita dpt mencari duit.

tetapi belajar secara tidak formal tiada had selagi hidup. ianya boleh dilakukan di mana2 shj. apabila kita berbincang, mendengar khutbah dsbnya. dan ianya tidak membolehkan kita mendapat sebarang pengiktirafan spt segulung ijazah. ianya bergantung kpd motivasi kita utk mencari ilmu.

tidak semua orang seeloknya ke ipta. ramai yg salah faham sebab dibgtau, selepas sekolah pi lah ke ipta. maka akan ada yg kurang layak spt tiada minat, baakt atau kebolehan yg turut melangkah ke ipta. ada secara usaha sendiri. ada melalui usaha orang lain. kesannya adalah mereka ini tidak menghargai peluang yg didapati. maka mereka akan menghabiskan masa tanpa keinginan mendapat ilmu.

dan mereka yg bertanggungjawab membawa mereka spt ini ke ipta sebenarnya adalah sudah salahguna kuasa. mereka ini membazirkan duit dan aset yg diamanahkan utk diuruskan sebaik yg boleh. mungkin mereka tidak rasa kesan pembaziran kerana bukan duit mereka. tapi kita berdoa janganlah kita jadi macam mereka yg tak amanah.

Tiada ulasan: