Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Januari 26, 2013

Rumah Baru..Rumah Lama

tadi kami sekeluarga mengadakan majlis doa selamat kerana adik saya berpindah ke rumah baru. ianya rumah pegawai kerajaan. dan sebenarnya rumah baru adalah rumah lama dicat baru.

walau bagaimana pun, alhamdulillah. rumah lama di kawasan lama mempunyai ruang luar rumah yg amat besar. sy andaikan keluasan minima 10,000kaki persegi bersamaan hampir 1/4 ekar. dan rumah rekaan ciri bungalow british mengingatkan kpd zaman dulu2. rumah ini juga berhampiran dgn rumah yg pernah kami menginap lebih 30tahun dahulu.

rumah sama ada kecil atau besar tidak menjaminkan keselesaan. keselesaan juga adalah bergantung kpd tuan rumah. jika tuan rumah pandai melayan tetamu, maka rumah bukan lagi sebuah 'house' tetapi adalah sebuah 'home'.bagi saya tidak perlu dgn hiasan yg banyak. cukuplah jika tetamu berasa diterima utk berada di rumah tersebut.

Tiada ulasan: