Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 24, 2013

Hadirnya Guru/Pensyarah

adakah budaya murid sekolah takut kpd guru sesuatu yg baik? maka cara pengajaran dan pembelajaran adalah hanya 'one-way traffic'. guru akan menyuap 'ilmu' kpd murid. murid 'menelan' dan semasa ujian dan peperiksaan murid akan 'memuntahkan ilmu'. jadi setelah tamat pengajian di sekolah adakah murid kembali tiada 'ilmu' di dalam dirinya?

di ipt budaya 'makan suap' akan berulang bagi ramai pelajar ipt. 'ilmu' diharapkan akan disuap oleh pensyarah. apa yg diberi pensyarah tidak akan dipersoalkan. sebab takut kena marah. takut dikatakan sebagai tidak pandai. jadi budaya takut diteruskan. maka pelajar pun akan 'memuntahkan' semula suapan ilmu semasa tugasan, ujian dan peperiksaan. kesannya, adakah sebagai graduan akan kembali 'kurang atau tiada ilmu'?

jika budaya takut kpd guru dan pensyarah diubah kpd hormat, mungkin murid atau graduan akan lebih berilmu. kita inginkan hormat kpd guru atau pensyarah kerana ilmu yg guru/pensyarah miliki dan sedia berkongsi dgn murid/pelajar. murid/pelajar sebelum ke kelas akan membaca supaya bersedia utk berbincang di dlm kelas. maka akan kurang atau tiada makan suap tanpa mengetahui ianya berzat atau sebaliknya.

 apabila murid/pelajar bersedia, maka barulah guru/pensyarah akan hadir secara fizikal dan bukan fizikal. barulah proses pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

Tiada ulasan: