Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Disember 02, 2023

Tegur Menegur

Ramai biasanya tak boleh ditegur. Ramai yg ditegur akan beri pandangan negatif kpd teguran dan penegur.

Tegur ada yg positif, ada yg negatif. Kita tegur bukan sebab kita baik atau sebab kita pandai. Kita tegur sbg peringatan, peringatan kpd yg ditegur dan kpd yg menegur.

Manusia mudah lupa. Manusia mudah lalai. Manusia mudah sombong. Ingatlahlah, 'demi masa...'.

Khamis, November 16, 2023

Siapa Bijak

Kita perlu bijak, utk jadikan org lain bijak. Bgmn nk tahu kita bijak. Kita sendiri kata kita bijak, atau org lain kata kita bijak?

Ramai suka mengata diri bijak. Tapi ramai sebenarnya xbijak. Ramai juga yg suka bayar org lain utk kata mereka bijak. Tapi ramai sebenarnya xbijak.

Elak jadi maharaja dlm cerita 'pakaian maharaja'. Maharaja sanggup bayar emas kpd penipu utk jahitkan pakaian tercantik, sebab ingin dipuji rakyatnya. Apabila seorg budak yg jujur berkata, 'maharaja bogel', barulah rakyat turut katakan yg benar.

Rabu, November 15, 2023

Sukan dan Saya 1

Sukan di negara kita termasuk rekreasi. Berbeza di luar negara, sukan dan rekreasi adalah aktiviti berbeza, kerana sukan adalah kompetitif, rekreasi tanpa kompetitif.

Di sekolah rendah, penglibatan saya dlm sukan terhad kpd bolasepak antara kelas, sukan antara rumah sukan. Rekreasi bergantung kpd sesi pengajian, jika pagi, rekreasi biasanya semasa rehat dan selepas waktu sekolah. Sesi petang, rekreasi sebelum kelas bermula, waktu rehat, dan selepas waktu sekolah.

Malam semalam, saya ke pusat sukan swasta melihat kawan2 sekolah rendah, dan sekolah menengah berfutsal. 

Sabtu, Oktober 07, 2023

Pendidik

 Tugas utama sbg pendidik adalah mendidik?

Mendiri diri dan orang lain.

Berkongsi ilmu pengetahuan utk sejahterakan diri, masyarakat dan alam sekitar, yg kesemuanya amanah Allah kpd kita.

Berkongsi ilmu bermakna kitaran belajar dan mengajar secara berterusan.

Jika sudah rasa tidak perlu lagi belajar, ianya tanda kita perlu bersedia untuk tinggalkan dunia ini.

Lupa

Kenapa lupa?

Ada pelbagai...

Kerja yg tak putus2

Demand > kemampuan

Arahan bertali arus

Pelbagai kerja utk dilakukan

Tanggungjawab di pejabat, di rumah 


Kesannya...

Terhadap kesihatan fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial, kewangan

Penat, sakit, mati...

Diri, atau keluarga, kawan, kenalan


Pembuat polisi perlu berubah

Ubah polisi, sesuaikan dgn kemampuan sumber manusia

Kemampuan teknologi tanpa had, tapi kemampuan manusia ada had, batasnya.


Ubah peruntukan sumber - manusia, kewangan, infrastruktur, ict, dll.

Kurangkan atau hapuskan jika bukan keperluan utama, tingkatkan atau adakan jika keperluan utama.


Kesilapan, kesalahan, kemalangan di atas bahu pembuat polisi, kerana mereka yg tentukan hala tuju.

5 Sen

Mungkin di 2023 tiada nilai bg ramai di negara kita. Tapi ada masa 5 sen bezakan kita ok atau tidak.

Pengalaman di kampung pada tahun 70an mengingatkan saya tentang pengurusan kewangan. Apabila saya ke kedai makan di sebelah kedat datuk saya, dan order air batu sirap, air batu diparut spt abc. Setelah siap, saya diberitahu harganya 5sen.

Saya terlupa bawa 5sen. Terasa amat malu dgn saudara saya yg berniaga. Saya minta maaf dan beritahu saya akan ke kedai datuk saya untuk dapatkan 5 sen itu.

Sehingga sekarang, pengajaran untuk saya bawa minima duit dlm poket, tanya/tengok harga makanan/minuman/barangan sebelum pesan/beli.

Sabtu, Jun 03, 2023

Bangunan dan Ruang

Biasanya, bangunan besar, ruang pun besar.

Biasanya, dibina bangunan sebesar2 yg mampu(?), utk ruang yg sebesar2 yg boleh. Lagi besar bangunan, lagi gah pemilik, pembina bangunan.

Tapi, semasa pkp, banyak ruang tak digunakan, banyak dibazirkan. Begitu juga dgn rumah, ramai nak sebesar2 yg mampu(?).

Tapi di penghujung usia, kita xperlu bangunan yg besar. Kita inginkan ruang yg selesa. kita inginkan seluas2 ruang di dlm kubur, di syurga.

Khamis, Mei 04, 2023

Mahu, Mampu & Perlu

Banyak yg kita mahu. Kemahuan biasanya tiada had. jika boleh, semua kita mahu. sebab kita ramai yg tamak. Tapi tamak dunia.

Bukan semua yg kita mahu, kita mampu utk dapatkan. ramai yg sentiasa berusaha utk mampu miliki apa yg kita mahu. pelbagai usaha dilakukan. ramai yg sanggup lakukan yg tidak amanah utk mampu miliki yg kita mahu.

Bukan semua yg kita mahu, kita perlu. ada yg kita mahu hanyalah kehendak. banyak yg kita mahu hanya ikut nafsu kita. ada yg kita mahu sebab ikut nafsu org lain. maka ilmu adalah penting utk pilih apa yg ita mahu. mampu dan perlu.

Penginapan Sementara

 Hidup di dunia, penginapan di dunia ini hanya sementara. Rumah/penginapan di alam barzakh, di dalam kubur pun hanya sementara. Kehidupan yg kekal, penginapan yg kekal di akhirat jua.

Setiap kali akan berpindah penginapan, sama ada rumah, hotel, dll, mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh bawa kesemua barang yg ada bersama kita. yg penting, bawa diri kita. dan pastikan diri yg akan dibawa ke mana-mana, adalah dlm keadaan sihat. biasanya sihat fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial dan kewangan.

Saya sentiasa berkongsi dan mengingatkan, kesihatan yg paling penting adalah kesihatan spiritual kita. kesihatan ini yg akan kita bawa sehingga ke penginapan abadi, iaitu ke akhirat.

Sabtu, April 22, 2023

Kos Beraya

Biasanya ramai akan seronok beraya. Terutamanya kanak2. Sebab raya biasanya dikaitkan dgn duit raya.

Menyambut raya akan libatkan duit. Jarang yg beraya tanpa keluarkan duit. Kos beraya termasuk baju raya, kasut raya, kuih raya, hidangan raya, persalinan rumah utk beraya. 

Antara kos terbesar balik raya adalah kos perjalanan balik beraya. Kereta perlu diservis, ada yg perlu tukar tayar. Selain minyak, ramai juga bayar tol. 

Maka biasanya, pemilik kereta yg kurang seronok utk beraya. Ada yg tak balik beraya kerana tak mampu tanggung kos balik beraya.

Balik Kampung

Balik kampung biasanya dikaitkan dgn balik utk berhari raya bersama ibubapa dan sanak saudara, selain kawan dan kenalan lama. Ada juga dikaitkan utk bercuti semasa cuti sekolah.

Balik kampung utk beraya kerana ingin berjumpa sekurang2nya sekali setahun dgn ibubapa. Tapi jika ibubapa telah tiada, biasanya jarang yg akan balik kampung utk beraya. Sama ada rumah ibubapa dah tiada, atau rumah ibubapa sudah dimiliki tuan baru, sama ada adik beradik atau orang lain.

Ramai juga yg balik kampung kerana faktor kewangan. Mereka balik kampung kerana tidak mampu hidup di bandar. Mungkin ada kaitan dgn peribahasa, balik kampung, tanam jagung?

Jumaat, April 21, 2023

Balik Raya

Ramai tak sabar nak balik raya. Hari ini, dah ramai yg dah sampai ke kampung masing2. Ada juga yg akan balik beraya pada hari ini.

Kenapa balik kampung utk beraya? Ada pelbagai alasan, pelbagai tujuan. Ada yg tujuan baik, ikhlas. Biasanya ramai utk bergembira di hari mulia.

Balik raya antara acara tahunan yg ditunggu2 oleh ramai org kita. Jika tidak dapat balik, biasanya ramai akan sedih.

Sabtu, Mac 25, 2023

Orang Kaya

Siapa orang kaya? Bagaimana nak kenal seorang yg kaya? Di mana boleh kita jumpa orang kaya?

Jawapan yg biasa kita terima adalah berbentuk kaya materialistik. Ada rumah besar, kereta mahal, pakaian mahal, bercuti di luar negara, dll. 

Kita biasa ajar anak, pasangan, keluarga, dll , seorang kaya mesti kaya materialistik. Maka ramai berusaha utk menunjuk2 utk dilihat sbg kaya.

Membazir

Kita banyak membazir. Kita biasa membazir. Media dan masyarakat menggalak kita membazir.

Dulu2 kita jarang ke pasar ramadan. Kita jarang berbuka di hotel, kedai makan. Tapi budaya sekrg, ramai ke bazar ramadan atau berbuka di luar rumah. 

Belanja di bulan ramadan dan syawal bagi ramai dlm masyarakat kita umpama lebih drpd 2 bulan belanja biasa. Selepas itu, ramai yg ikat perut?

Selasa, Mac 21, 2023

Kelangsungan Hidup

Ramai yg hanya fikir ttg sejahtera di dunia. Fikir ttg kaya di dunia. Berlumba2 utk bermegah2 di dunia shj. 

Matlamat hanya kelangsungan hidup diri dan keluarga di dunia shj. Maka mereka terdorong utk tidak amanah. Juga kerana nak tunjuk mereka berjaya di dunia. Nak sombong, maka kedekut, tamak, dengki jika ada yg mereka andaikan lebih drpd kekayaan mereka.

Mereka sanggup menipu, mencuri, merompak, merampas, tidak adil, tidak ikhlas, tidak jujur utk menjadi kaya di dunia. Kesan negatif kpd kelangsungan hidup org lain.


Emosi, Usia dan ilmu

Ada kata ianya berkait. Mungkin ketiga2 saling berkait secara terus atau secara bukan terus, melalui kaitan dgn yg kedua.

Ada semakin berusia, semakin mudah tersentuh emosi. Mungkin sebab ilmu, mungkin bukan sebab ilmu. Melihat kanak2, dan diri mereka yg masih suci bersih (innocent) mudah membuat mereka yg tertentu tersentuh emosi mereka.

Mungkin risau tentang masa depan kanak2. Bgmnkah kehidupan mereka, akan sejahtera atau sebaliknya? Amanah kita, sbg yg lebih dewasa, berusia, berilmu utk cuba pastikan kehidupan kanak2 akan sejahtera.

Amanah di Dunia

Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita adalah khalifah Allah. Antara tugas dan tanggungjawab sbg khalifah dan pemimpin, sbg seorg manusia adalah amanah menjaga alam, menjaga dunia, menjaga kehidupan kita dan makhluk lain secara sejahtera.

Pemimpin yg dipilih, terpilih, memilih, tiada pilihan menjadi pemimpin mempunyai amanah utk pengikut dan bukan pengikutnya. Antara seorg pemimpin juga adalah utk mudahkan masyarakat hidup sejahtera, dpt penuhi keperluan kehidupan spt makan minum,  tempat tinggal pakaian, keselamatan, kesihatan. 

Jika hanya pemimpin, ahli keluarga, kerabat, kawan dan kenalannya shj hidup sejahtera, besar kemungkinan telah tidak amanah.

Ahad, Februari 19, 2023

Kerja Dan Mati

Ada yg kata, kena kerja sampai kita mati. Ada yg lihat secara positif. Ada yg lihat secara negatif.

Negatif jika kita mati sebab kerja. Mati sbb sakit buat kerja. Mati sebab penat kerja tak cukup rehat. Mati sbb pengurusan beratkan task berbanding seimbangkan task dan people.

Positif jika kita kerja cari rezeki halal sampai kita mati. Kita kerja tanpa harapkan sumber rezeki yg tidak adil dan tidak amanah kpd org lain. Kita kerja sbb bukan utk sombong atau tamak.

Kerja 24 jam

Ramai yg kerja 24 jam. Ramai yg kerja lebih 24 jam. 

Biasanya dlm seminggu waktu kerja biasa adalah 40 jam, iaitu 5hari x 8jam sehari. Tapi adakah yg bekerja 40 jam seminggu itu secara efektif? Mungkin ramai yg kerja secara efisien. Sehingga ada yg buat ot.

Sebenarnya cukup 6 jam sehari x 4 hari, iaitu kerja 24 jam. Dgn teknologi, hasil lebih efektif berbanding kerja cara dahulu 40 jam seminggu. Tapi ramai yg tamak, sbb nk sombong, paksa kerja lebih drpd 24 jam.

Jumaat, Februari 17, 2023

Pengurusan Rajin

Pengurusan berkait kerja berkualiti. Kerja berkualiti berkait rajin bekerja. 

Pengurusan biasa dikaitkan dgn p o l c. Rancang, susunatur, pimpin, dan kawal. Jika pengurusan dilakukan dgn baik, kerja dibuat dgn baik, hasil pun baik.

Jika pengurusan tidak dibuat dgn baik, bermula dgn perancangan yg tidak baik, pekerja mungkin jadi tidak baik, malas.

Rajin dan Malas

Biasa org suka org rajin. Biasa org tak suka org malas. Rajin dan malas adalah subjektif, biasanya. 

Biasanya, org yg buat ot atau overtime diandaikan seorg yg rajin. Tapi ot dibuat mungkin sama ada pekerja atau bos malas. Bos malas, buat arahan tergesa2. Pekerja malas sbb nk duit tambahan.

Tapi biasa, kita malas nak fikir, kita fikir 'positif', sesiapa yg buat ot, dia seorg yg rajin.

Khamis, Februari 16, 2023

Kerja dan Amanah

Kerja adalah amanah. Selagi kerja itu utk kebaikan. Kerja utk kebaikan diri, organisasi, masyarakat adalah amanah. Kerja adalah amanah jika utk kebaikan dunia dan akhirat.

Kerja berkait dgn tugas. Ada yg kata kerja adalah tugas. Kerja ialah sama dgn tugas. Ada yg kata kerja tak sama dgn tugas. Tugas juga adalah amanah. Jika tugas itu utk kebaikan dunia dan akhirat.

Org yg rajin bekerja biasanya disukai. Tapi pastikan kerja itu adalah yg baik utk dunia dan akhirat. Lakukan kerja yg baik adalah amanah. Tidak lakukan kerja yg tidak baik adalah amanah.

Rabu, Februari 15, 2023

Belajar?

Kenapa belajar?

Sebab nak jawab soalan.

Soalan iaitu masalah.

Jawapan utk selesaikan masalah.

Belajar utk hidup senang dan mati senang.


Tapi ramai belajar utk hidup shj.

Ramai belajar utk selesaikan masalah semasa shj, bukan utk jangka panjang.

Maka ramai jawab soalan secara shortcut.

Ramai yg belajar tapi kurang fasih dgn bahasa utk selesaikan masalah.