Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 21, 2013

Teori 'Broken Window'

sedang membaca sebuah laporan berkaitan kuasa dan korupsi/pecah amanah. apabila biasa dilakukan sudah menjadi budaya dan cara sebuah organisasi hidup.

walau bagaimana pun, seorang drpd pelopor teori 'broken window' terlibat untuk cuba mengubah budaya pecah amanah di sebuah organisasi berseragam. tetapi oleh kerana ketua hanya pentingkan publisiti positif, mengamalkan 5s - sorok, senyap, syok sendiri shj (cakap lain buat lain), pelopor bwt tidak berjaya mengubah sepenuhnya salahguna kuasa.

bwt adalah bagaimana perubahan bermula dgn melakukan perkara kecil dahulu. jenayah besar berlaku bermula dgn tingkap rumah yg pecah tidak diganti.

Jangan Kita Yang Perlu Jawab

jawatan datang dgn kuasa. kuasa datang dgn amanah.

maka jika kita diberi jawatan, kita diberi tanggung dan jawab. kita akan tanggung dan jawab tugas yg perlu dijalankan dgn penuh amanah. kita semua berhak menegur dan ditegur. yg utama utk ekbaikan bersama, terutama organisasi.

maka jika ada ahli atau anggota organisasi telah tidak amanah, adalah tugas kita utk tegur supaya pecah amanah tak berulang. lagi tinggi jawatan, lagi besar tanggungan dan amanah. kita semua adalah pemimpin mengikut keadaan, tempat dan masa.

sudah ramai saya jumpa yg nak kuasa tapi tidak tugasan. maka mereka juga dikira tidak beramanah. jika sedemikian, maka tidak cukup syarat utk jadi pemimpin.

Jumaat, November 01, 2013

Sistem S

lebihkurang bunyi macam 5 s. tetapi secara negatif. sistem ini adalah - syok sendiri, sapu, sorok, sama2 senyap ajelah. atau 'shuddup u'.

jika beginilah organisasi diuruskan, maka bagaimana kita nak maju? dah kira usia macam remaja, dah akil baligh, dah boleh berdikari sepatutnya. tetapi kita masih di takuk lama. tak boelh ditegur. jika diaudit tak boleh bgtau yg negatif. jika ada yg tegur utk perbaiki diri, akan ada yg melenting. sebab ego defense mechanism.

maka amanah tidak dijalankan. mengajar tidak ikut bidang kelayakan. menyelia tak ikut bidang. potong trip utk sendiri dan organisasi diketepikan. plagiarisma dibenarkan.maka jangan terkejut jika ada yg claim di akhirat jika anda tak beramanah.

Pseudo Studio

kedua2nya ada kaitan dgn lakunan. berlakun bermakna bukan menjadi diri yg sebenar.

jika seseorang berlakun sama secara sengaja atau sebaliknya berkaitan ilmu, ianya bahaya. pelakun sebegini adalah bersifat bodoh sombong. tak mahu mengaku kekurangan ilmu tetapi berlagak pandai. tidak boleh terima teguran.

lagi bahaya jika berlakun pandai dlm satu bidang. dan mengaku boleh mengajar bidang tersebut kpd pihak lain. lakunan dilakukan utk tujuan mendapat duit. kalau saya faham jika rezeki diterima tidak setimpal dgn apa yg kita jual, kita telah menipu, tidak jujur. antara contoh pseudo adalah menciplak hasil tulisan orang lain dan mendapat bayaran utk penyamaran tersebut.

mungki ketidakjujuran di dunia terlepas. tapi akan ramai yg 'claim' drpd pelakun utk jualbeli yg tak setimpal. serok2lah dulu ya. keadilan akan tetap berlaku.