Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mei 31, 2011

Taman Negara Mei 2011

alhamdulillah, saya di taman negara lagi. kali ini saya jadi guide utk wakil uic, pelajar antarabangsa dari jordan dan presiden serta tp2 peers. kesemua mereka (kecuali pn azah, kaunselor) belum pernah sampai ke taman negara.

kami ke lubok simpon setelah melihat ikan2 air tawar (termasuk ikan kelah) di kolam berhampiran hq perhilitan. dlm perjalanan terserempak dgn seekor babi hutan sedang menyondol2 mencari makanan di tepi laluan.

niat asal nak mandi sungai tahan, tapi ramai pulak pelancung lain. segan nak tayang bodi yg mcm pelampung. hanya sajiid, pelajar jordan yg berenang. kemudiannya sajiid, pn azah, pn sal dan azwan ke lubuk tenor, santuari ikan kelah. mereka mandi bersama2 ikan taman negara.

saya, pemandu dan zaki berjalan balik ke jeti taman negara. dlm perjalanan kami nampak beberapa ayam/burung hutan berwarna hitam dan putih. kami kemudiannya menunggu mereka yg ke lubuk tenor di restoran terapung di sungai tembeling.setelah mereka yg ke lubuk tenor makan malam, kami masuk semula ke taman negara. laporan melihat gajah liar, tapir di bumbun tahan menyebabkan saya ingin melihat sendiri.

setelah menunggu 2jam, hanya dpt lihat beberapa ekor rusa shj. mungkin sebab ramai pelancong dan bising, gajah dan tapir malu nak keluar. sekali sekala saya dapat bau gajah walau pun hidung tersumbat. kami kemudiannya berjalan kembali ke jeti. alhamdulillah, dlm perjalanan, kami terserempak dgn 2 ekor tapir. seekor makan hanya 1meter shj drpd kami.

insyaallah, saya akan ke taman negara lagi pada bulan jun ni. ada yg nak ikut?

Khidmat Masyarakat Di Kuala Tahan - VCSP JIM

saya ke kuala tahan pada 28-29mei. bersama2 saya kali ini adalah wakil uic, pelajar antarabangsa dari jordan dan presiden serta tp2 peers. objektif saya di kuala tahan adalah utk memperkenalan mereka yg yg akan mewakili uitm utk prg khidmat masyarakat di kuala tahan pada bulan sep nanti.

semasa mesyuarat dgn jkkk kuala tahan, saya mohon maaf kpd mereka kerana lawatan kali ini adalah ke 4 berturut2 utk tahun ini tetapi projek masih belum direalisasikan. tok 4 memaklumkan bhw beliau faham. bukannya mudah nak 'finalise' sesuatu perkara. tetapi pihak jkkk telah anggap saya sebahagian drpd mereka. terima kasih kerana tahap kepercayaan jkkk kpd saya.

semalam saya maklumkan tentang projek ini kpd tnc jim uitm. tadi saya maklumkan kpd pengarah akademia-industri-masyarakat jim tentang cadangan projek ini. beliau cadangkan supaya ianya dijadikan satu drpd vcsp (vice chancellor special project). saya setuju gembira. insyaallah, kerjasama antara jkkk kuala tahan, uitm (peers dan uic) dan yayasan sultan ahmad shah akan berjaya dgn sokongan ketiga2 pihak.

Konvensyen Kaunseling di Unimas

paad 23-25mei lepas, saya di unimas. 23 malam ada mesyuarat exco perkama. ramai yg hadir. 24-25 mei pula konvensyen anjuran bersama perkama dan unimas.

ianya kali pertama saya di kuching sarawak. sebelum ni hanya transit di miri aje sebelum ke sabah. semasa nak mendarat, memang kelihatan besarnya sarawak. kalau kat semenanjung, macam pusing dari pahang, johor, melaka, negeri sembilan baru mendarat di klia.

round about besar2 di sarawak. boleh buat padang bola atau mini stadium setengah2 roudabout tu. satu kekurangan ketara spt di semenanjung adalah kekurangan papan tanda arah jalan. mungkin di malaysia, diandaikan semua orang tahu ke mana nak dituju tanpa papan tanda. maka perjalanan balik dari kuching ke kota samarahan membolehkan kami 'makan buah langsat'.

terima kasih kpd penganjur dan tuan rumah kerana layanan yg cemerlang kpd saya. insyaallah, ianya diharapkan bukan kunjungan terakhir saya ke sarawak, unimas dan uitm sarawak.

Ahad, Mei 22, 2011

Wak Segan

wak segan banyak jasanya. bekas pelajar saya kenal dia. pakaiannya sentiasa kuning. tapi wak segan dah lama tak dapat ke mana2. sbab dah ada wak kem.

semalam dan pagi tadi sibuk dgn wak segan. maklumlah, dah ada yg tegur sebab lama sangat duk menunggu kat tempat sama aje. maka ada yg risau dan takut. takut2 wak segan ada bawa penyakit. takut2 yg datang kerumun wak segan akan menyusahkan orang lain.

alhamdulillah, pagi tadi, wak segan sedia bergerak. setelah dipujuk berulang2 kali. saya terpaksa memujuknya juga bersama kawan2 ayah dari surau. rupa2nya wak segan perlu diberi minuman. tak ada tenaga macam mana nak bergerak meninggalkan tempat dia dok menunggu lebih setahun. dan wak segan sekarang menunggu di depan rumah saya dgn pakaian kuningnya yg kotor. alhamdulillah, tuan rumah bagi dok kat depan pagar rumah.

saya kena pi cari lesen utk wak segan bergerak. dan insyaallah, ianya akan membawa saya ke uitm seperti dulu, tetapi sekali sekala kerana saya lebih senang membawa wak kem. dan wak segan tak boleh mengetuk tingkap mengingatkan saya utk bergerak spt dlm transformers. kalau tak, senang utk saya menyuruhnya mencari tempat menunggu sendiri.

Sabtu, Mei 21, 2011

Sentiasa Bersedia

salam. apa khabar? sihat? kenapa begini sekarang?

kemaskan diri kita. kita adalah pegawai. kita adalah pemimpin. tugas kita tidak pernah selesai. dan kita perlu sentiasa bersedia utk dipanggil menjalankan tugas dan tanggungjawab pada bila2 masa. (secara logiknya, memanglah kita perlukan diberi notis utk bersedia).

rezeki kita Allah tentukan. begitu juga dgn kehidupan yg lain2. usahlah berputus asa. hidup adalah satu perjalanan. hidup bukan satu penghujung/penamat. maka kita mesti sentiasa menyediakan bekalan utk penamat sebenarnya.

dugaan adalah ujian. begitu juga kejayaan. berdoalah semoga kita sejahtera dunia dan akhirat.

20052011 Alhamdulillah

semalam saya bertugas di pulau mutiara. penerbangan 6.55pagi. alhamdulillah dari szb. kalau dari kul tentulah kena pi awal2 lagi. tidur sebelum tu dah lepas tengah malam. maka hanya sempat 4jam aje lena.

setelah mesyuarat dgn wakil industri e&e utara, kami ke ltab pp. penerbangan kami 1355. maka jumaat di ltab. semasa sedang makan di mcd, kawan bertanya,'yg baju hijau tu dato..?'. saya berpaling dan jawab, yala'. dan saya terus berjumpa dgnnya. saya menjemput beliau ke icssr 2011 anjuran fsr pada 4-6okt ni.

alhamdulillah beliau sudi hadir utk memberi satu ucaputama. maaf bro jika saya melanggar protokol. berbual2 dgn timb menteri sambil berdiri di tengah2 khalayak ramai tanpa gangguan orang lain.

alhamdulillah, tujuan ke pulau mutiara berhasil dan juga mendapat hasil tambahan utk fsr. kemudiaannya di uitm petang bermesyuarat dgn mimos pula. alhamdulillah, ianya juga lancar dan amat positif. dan tugasan hari ini berakhir dgn cenderahati drpd tnc jim dari lawatannya ke copenhegen bersama tpm dan menteri kpt.

Khamis, Mei 19, 2011

Senoi Dream Theory

saya mencari2 teori berkaitan 'fraud' di internet. antara yg biasa digunakan adalah:
1. Fraud Triangle, 2. Broken Window, 3. American Dream
dll.

dan saya terjumpa hasil kajian berkaitan kesejahteraan hidup oleh pakar psikologi berkaitan kaum senoi di malaya. ianya bermula pada 1934. sila baca link ini http://psych.ucsc.edu/dreams/Library/senoi.html utk artikel penuh. ianya sesuatu yg menarik. mungkin saya boleh buat kajian berkaitan kaum batek di taman negara utk phd kaunseling?

bagaimana saya nak kaitkan kandungan alquran dan hadith dgn pencegahan dan kawalan jenayah kewangan? ada sesiapa yg boleh membantu saya?

Rezeki dan Keluarga

ada yg mencari rezeki secara tidak jujur dgn alasan utk keluarga. maka apabila ditangkap, merayu minta dilepaskan kerana mempunyai tanggungan. ada yg akan bgtau yg isteri tidak bekerja, anak ramai, ada ibubapa yg sakit dsbnya.

tetapi semasa mendapatkan rezeki yg tidak secara jujur (tidak halal/haram) mereka tidak pula memikirkan kesan di dunia dan di akhirat. yg penting janji dapat duit yg lebih. dpt beli kereta besar. dpt beli rumah besar. dan pelbagai lagi.

memang kita akan curiga jika kita lihat mereka yg pendapatan sbg pegawai kerajaan tetapi berharta banyak. kalau ikut kiraan, payah nak dpt harta dgn jenis kerja mereka yg rasmi. tapi mereka ini jenis tak pedulikan orang lain.

dan tadi ada kawan komen. anak2 mereka yg dpt rezeki tidak jujur selalunya akan bermasalah. anak mereka ini akan buat hal di sekolah. buat hal di ipt (spt uitm dll). jadi adakalanya ibubapa terlepas dgn ketidakjujuran mereka. tetapi akan ditunjukkan melalui anak2 mereka yg bermasalah. Allah Maha Adil

22 Tahun

itu umur saya 22 tahun dahulu. itu juga usia saya semasa berjaya mendapat dia. bukan lagu sheila majid. bukannya orang. tetapi dip in accountancy, itm.

tadi saya makan malam bersama beberapa sahabat dia dahulu. alhamdulillah, mereka semuanya menjadi manusia yg berjaya. dan alhamdulillah, mereka setiap hari semakin hampir dgn Nya. ada yg setahun pendapatan saya, sebulan pendapatan mereka.

saya lebih banyak mendengar kisah mereka selang 22 tahun. ada yg saya jumpa beberapa tahun yg lepas. ada yg saya jumpa lebih 10tahun dahulu. kerja kira duit orang lain. dan kami berkongsi kisah mereka yg kaya atau ingin kaya tanpa kira halal atau haram. alhamdulillah, kita tidak tergoda. dikongsi bagaimana ada orang tidak tahu apa nak dibuat dgn duit punca haram. jawab seorang kawan,'bagi aje kpd rumah anak yatim'.dan ini juga punca berlaku tembakan tak disengajakan.

kami bercerita tentang pensyarah kami dahulu. saya maklumkan mereka masih lagi mengajar di uitm. dan seorang kawan adalah adik kpd seorang dekan yg saya telah audit. seorang sepupunya adalah pensyarah di fakulti lama kami. begitu juga seorang senior kami, yg rupa2nya saya jumpa beberapa hari yg lepas tentang pengajian saya.

memang dulu lain, sekarang lain. dulu itm sekarang uitm. komen kawan,'kita hormat kepada mereka yg berkongsi ilmu dgn kita'. saya bagitau yg ianya adalah bawaan drpd sekolah. dulu guru dihormati. sekarang harta dan jawatan dihormati ramai, bukan khidmat.

Selasa, Mei 17, 2011

Lompat dan Tikam

ianya bukan suatu gerakan yg mudah. terutamanya bg seorang yg telah melewati usia 40thn. dan pagi ni saya melakukan lagi setelah lama tidak melakukannya.

tapi tikaman saya dgn sudu. dan tiada lompatan dilakukan sebenarnya. sebab saya menikmati kuih lompat tikam yg dibawa oleh saudara saya yg datang melawat bonda saya yg akan mengerjakan umrah pada pagi tadi.

maaf tiada gambar kuih tu, sebab lupa nak ambil. ianya sangat berwarna warni. pulut merah, kuih tepung hijau, santan putih dan air manisan. memang melelehkan air liur. tetapi kita perlu berjaga2 dlm menikmati makanan yg manis2. ianya boleh sebabkan kita ada kencing manis, kemudiannya darah tinggi, dan akhirnya sakit jantung. sekadar menikmati sekali sekala ok la kut.

saya andaikan sekarang kuih yg dijual di lembah kelang dlm bekas yg cantik susunaturnya dijual dgn harga rm2 sebekas. berbeza dgn harga di kelantan. dan dulu, kita boleh dpt dgn harga rm0.50 aje. adakah kita semakin maju atau kita semakin miskin? jangan kita syok sendiri, lompat dan tikam sendiri dan ditikam dari belakang (dan dari pelbagai sisi). kemudiannya kita terlompat2 macam katak.

Hari Guru 16 Mei 2011

semalam hari guru di malaysia. saya menerima banyak ucapan drpd bekas pelajar saya. terima kasih.

petang semalam saya berjumpa dgn seorang bekas pelajar saya. beliau ada terbaca blog saya berkenaan guru, perkataan sanskrit bermaksud kegelapan dan cahaya. beliau cadangkan kpd saya utk menjadikan satu poster ringkas tentang makna guru dan pamerkan di depan bilik saya. satu idea yg menarik.

ramai drpd graduan fsr menjadi guru. dan saya berjumpa 2 drpd mereka di smk nabawan 2, sabah pada bulan mei tahun lepas. mereka ini antara guru yg bertugas di pendalaman. alhamdulillah, mereka tinggal di bangunan batu, ada bekalan elektrik 24jam, ada bekalan air, dan hanya beberapa jam perjalanan dari kota kinabalu. insyaallah saya akan ke sabah lagi pada bulan julai utk melawat sekolah di sana, tetapi sekolah di daerah lain.

ramai yg jadi guru sebab ada ahli keluarga yg jadi guru. tapi janganlah jadi guru kerana terpaksa. kerana tiada pilihan kerjaya lain. ianya akan menyebabkan kita berdagang secara tidak adil. dan mengikut seorang bekas guru yg ditemuramah, ini akan menjadi masalah kpd ramai pihak. dan mengikut seorang ustaz, jika kita berdagang dgn timbangan yg tak adil, kita seorang munafik (penipu). halalkah rezeki kita tu?

kpd semua, selamat berguru. setiap hari adalah masa utk berguru, menuntut ilmu dan berkongsi ilmu. ayat pertama yg diturunkan kpd rasulullah s.a.w adalah berkaitan guru = ilmu = baca. jadilah guru yg memberi ilmu sebagai penerang di dunia, kubur dan akhirat. janganlah jadi guru ajaran sesat kerana kurang ilmu tetapi masih ingin nak jadi guru.

Ahad, Mei 15, 2011

Nasi dan Budu

tengahari tadi saya keluar rumah utk makan tengahari bersama2 keluarga. niat asal nak makan di kedai adik saya. tapi tukang masak tak sihat. niat kedua nak makan nasi beriyani di bangsar.

setelah makan langsat dan mencari2 tempat letak kereta, kami dapati kedai yg ingin kami tuju tutup rupanya. kami tak turun utk baca notis pada pintu kedai. cuti ke atau di arah tutup oleh dbkl?

setelah itu kami ke sebuah kedai masakan kelantai di p.d. (pantai dalam). sampai aje di sana saya lihat orang ramai beratur utk mengambil nasi. dan tempat duduk pun kelihatan spt semuanya telah ada tuannya. alhamdulillah, adik2 saya berupaya dpt tempat makan di bhgian dlm kedai.

saya turut memilih lauk. dan lauk yg saya pilih adalah ikan bakar, air cecah dan budu. dan itulah menu utama saya selain daging singge., walaupun lauk2 lain ada juga diambil oleh keluarga saya. sebenarnya, nasi+budu+ikan bakar/tawar+ulam sudah berupaya memenuhi citarasa utk tengahari tadi. alhamdulillah, harga pun kira2 berpatutam juga bg saya.

Sabtu, Mei 14, 2011

Kualiti Graduan dan Kebolehpasaran

kedua2 perkara di atas, kualiti graduan dan kebolehpasaran graduan adalah saling berkait. dan ianya juga berkait dgn kebolehdapatan pasaran (employability) graduan.

kualiti graduan bukan tanggungjawab tenaga akademik shj. yg paling penting adalah graduan sendiri perlu berusaha utk memastikan semasa mereka menjadi pelajar di ipt, mereka akan menjadi graduan berkualiti. ianya berkaitan dgn kebolehan berbahasa inggeris, berkomunikasi - menyampaikan mesej yg ingin disampaikan (kandungan, tulisan, dsbnya, keterampilan diri dan pelbagai lagi.

saya boleh kaitkan kualiti graduan dgn 4sifat sebagai pemimpin. maka seorang graduan yg berkualiti perlulah bersifat siddiq (boleh dipercayai setiap kata dan perbuatan), fatanah (berilmu dlm bidang pekerjaan), amanah (bertanggungjawab menjaga harta orang lain), dan tabligh (berupaya berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dgn baik).

saya sedang memeriksa kertas jawapan pelajar utk satu kursus yg saya kongsi dgn pelajar pada sem jan 2011. dukacita, ianya satu proses yg amat mencabar. jawapan diberi tidak menepati soalan. tulisan seumpama cakar ayam. bahasa inggeris spt bahasa dlm sms. dan ini merupakan kumpulan pelajar sarjana muda bukan dlm tahun pertama.

maka adakah proses pengambilan kita tidak tepat? adakah proses pengajaran dan pembelajaran kita tidak tepat? adakah proses peningkatan nilai kebolehpasaran graduan tidak tepat? siapakah yg bertanggungjawab selain drpd pelajar yg tidak berusaha dan membaca utk perbaiki diri mereka?

Kebolehpasaran, Bahasa Inggeris DLL

pada hari khamis saya mengiringi beberapa pelajar utk program wow anjuran bersama ljmu dan uitm. ianya aktiviti 'verifying' oleh wakil beberapa buah organisasi. dan yg cemerlang berjaya ditawarkan utk hadir ke temuduga di organisasi terpilih.

komen drpd 'verifier' adalah spt komen wakil2 industri yg pernah saya jumpa. pelajar perlu perbaiki bahasa inggeris mereka utk meningkatkan kebolehpasaran mereka. dan mereka mesti tidak hanya tertumpu kpd akademik shj di uitm. mereka perlu melibatkan diri dlm pelbagai aktiviti lain dlm mengembangkan diri menjadi seorang yg serba boleh.

ini sebenarnya cuba dilakukan kpd peers. kami cuba bantu mereka lebih yakin utk berdiri dan bercakap di hadapan ramai. mereka perlu prihatin kpd masyarakat melalui khidmat masyarakat. dan mereka mesti proaktif.

bukti kejayaan melalui peers adalah alumni peers. tapi saya perlu kuatkan lagi bukti dgn kajian terhadap kebolehpasaran peers. alumni peers mohon hubungi saya.

Pemimpin dan Tanggungjawab

setiap drpd kita adalah pemimpin. setiap pemimpin bertanggungjawab kpd pengikutnya.

selain drpd itu, setiap pemimpin adalah bertanggungjawab kpd dirinya sendiri. tanggungjawab dan pemimpin ada kaitan dgn balasan di dunia dan di akhirat. maka bg yg mengerti dan berilmu, akan takut utk menwarkan diri menjadi pemimpin. kerana pemimpin akan disoal tentang bgmana beliau menjalankan tanggungjawabnya sbg pemimpin.

hidup di dunia adalah ujian. hidup di dunia adalah peluang menyediakan diri utk akhirat. jika kita tidak lulus dgn ujian di dunia, maka keputusannya yg adil di akhirat. jika kita tidak menyediakan diri kita sebaiknya, maka kita akan menyesal di akhirat.

ada orang bernasib baik di dunia. dilakukan keburukan, pecah amanah, rasuah, ketidak adilan dan pelbagai perkara yg kurang baik tetapi terlepas hukuman penghakiman di dunia. dan kita tidak perlu berasa irihati terhadap mereka ini kerana kita percaya bahawa pembalasan Allah adalah seadil2nya. usahlah kita tergoda utk tutur serta dgn mereka yg hanya melakukan kerosakan di dunia.

tetapi adalah tanggungjawab kita utk menghalang mereka ini jika kita mengetahui ketidakadilan dan pecah amanah oleh mereka. janganlah kita pula bersekongkol dgn mereka ini. janganlah pula kita dilihat sebagai seorang drpd mereka yg sanggup lakukan apa shj utk mendapat kekayaan di dunia. berdoalah semoga kita bukanlah drpd kalangan mereka yg pecah amanah dan salah guna kuasa sama ada di tempat kerja kita atau di tempat lain.

Rabu, Mei 11, 2011

Buat Sekarang

buat sekarang atau lakukan sekarang. atau 'immediate action'. ada yg gunakan 'asap'.

rujuk sebahagian arahan di laman web berikut "http://www.hardscrabblefarm.com/vn/immediate-action-drills.html". dan bekerja di swata memerlukan 'sekarang'. tidak boleh ditangguh2. lambat boleh akibatkan kerugian.

maka ada yg suka kerja sbg pegawai kerajaan sbb boleh bekerja sambil lewa. ikut suka sendiri aje. dan banyaklah kerja ditangguh2. malah ada yg sanggup bagitau,'kalau nak cepat ada caranya. encik nak cara biasa atau cepat?', sedangkan sudah jadi tanggungajawab mereka utk selesaikan segera.

sebenarnya sebab beberapa orang, rosak nama baik yg lain. sebab ada yg lambat buat kerja. sebab ada yg sebenarnya tak tahu dan tak boleh buat kerja. sebab ada yg memang tak layak memegang jawatan tetapi kerana 'kabel' mereka pegang jawatan tersebut. maka jadilah pecah amanah yg sebenarnya merugikan kerajaan dan rakyat. sebab tak buat sekarang kerana tiada ilmu utk faham tentang amanah.

Pangkat dan Penghormatan

seronok apabila melihat mereka yg berpangkat dgn pakaian rasmi mereka. ianya tanda kejayaan mereka dlm kerjaya mereka. dan mereka yg punyai banyak bintang di baju selalunya akan berjalan dgn dada lebih ke depan.

tapi. ada kalanya walaupun ada yg layak memakai bintang sbg tanda pangkat mereka, tetapi kerjaya mereka tidak membenarkan mereka memakai pakaian yg menunjukkan pangkat mereka. hanya mereka yg tahu shj tahu pangkat mereka ini. dan tanda hormat diberikan hanya diketahui sesama sendiri shj.

pangkat dipakaian spt jawatan disandang. maka yg jawatan atau pangkat lebih rendah akan hormat kpd pemegang pangkat atau jawatan yg lebih tinggi. tetapi sebenarnya yg kita hormat sepatutnya kerana ilmu seseorang. ilmu yg dikongsi utk kebaikan diri dan masyarakat. kerana pangkat dan jawatan boleh ditarik balik atau kita akan kehilangannya apabila kita berhenti atau pencen.

ilmu yg kita ada tidak boleh ditarik kecuali oleh Allah. dan pangkat dan jawatan adalah antara ujian Allah kpd kita di dunia.

Rutin Kerja Seperti Mula2 Kerja Dulu

tadi saya hadiri ke makan malam utk seorang staf ipt dr england, ljmu. mengikut bos saya, ianya sebahagian drpd tugas saya.

tugas sekarang banyak memerlukan saya keluar berjumpa dgn org luar dr uitm. ada dr dlm negara. ada dr luar negara. dan saya perlu bersedia utk bertugas ke luar negara juga. maka mode saya adalah 'standby', macam dulu2.

tadi saya bgtau kpd bos saya yg tugas saya sekarang macam tugas saya semasa dgn firma perakaunan. sebabnya bos saya bgtau kpd tetamu dr ljmu bhw bos saya sehingga kini banyak mengarahkan saya bergerak ke sana ke mari. dan semasa saya di firma akaun dulu, saya hanya berada dipejabat setiap 2minggu sekali shj pada awal2 kerja. dan apabila masuk pejabat, saya akan lihat tugasan akan datang.

maka saya perlu sediakan diri macam dulu juga kot. kena pi balik ke gym sebab ada masa banyak bergerak 'in short notis'. dulu masa jadi org kecik, kita bersedia bergerak. skrg, dah besar (kembang), terima arahan spt dulu. seronok jugak. dan saya perlu perbaiki kemahiran bahasa orang puteh spt berada di syarikat swasta. insyaallah.

Selasa, Mei 10, 2011

Meningkat Ilmu

harapan kita supaya para pensyarah akan bertambah ramai. dan pertambahan bilangan akan bersama dgn pertambahan ilmu utk dikongsi dgn kami yg sedia ada.

dan sebagai pensyarah, kita inginkan supaya pelajar kita akan menjadi lebih berilmu drpd kita. supaya ilmu yg ada pada pelajar akan dpt juga dikongsi dgn pensyarah. pensyarah bukannya serba tahu. pensyarah selalunya hanya tahu dlm bidang yg diceburi shj. dan pensyarah dilihat sbg berilmu dlm bidang yg dipelajarinya dahulu. kemudiannya barulah dilihat pada pengalaman kerjanya.

maka saya berasa hairan apabila terdapat pensyarah yg tidak mahu melihat pelajar menjdai lebih pandai drpdnya. maka pelbagai alasan dibuat utk memperkecilkan pelajar tersebut. saya kerap dengar keluhan pensyarah lain apabila terdapat pensyarah yg seolah2 dia aje yg tahu dan sempurna. pelajar tak boleh lebih drpdnya, walhal sebenarnya pensyarah tersebut berkemungkinan menunjukkan 'inferiority complex'nya.

di ipt berbeza dgn sekolah. pensyarah di ipt bukan macam cikgu di sekolah. dan pelajar di ipt tak sama dgn murid di sekolah. seorang pensyarah bukan tahu semuanya. dan janganlah kita sentiasa perasan kita serba tahu. sebab itu sebenarnya tanda kita ni dungu.

Give a Man a Fish...

pepatah cina (tak silap saya) yg dlm bahasa inggeris adalah 'give a man a fish, he eats for a day, teach a man to fish, he eats for a lifetime'. terjemahannya, berikan kpd seorang seekor ikan, beliau akan makan utk sehari, ajarkan seorang cara mendapatkan ikan, beliau akan makan seumur hidupnya'.

ianya berkaitan dgn ilmu. ianya boleh dikaitkan dgn ayat al-quran pertama yg diturunkan kpd rasululllah s.a.w. ianya menunjukkan betapa pentingnya ilmu kpd manusia. dan antara tujuan utama seorang berada di ipt sbg pelajar adalah utk mendapatkan ilmu. dlm mendapatkan ilmu, pelajar dan pengajar sama2 bertanggungjawab.

pengajar mesti amanah dlm menjalankan tugasnya sbg pengajar. pertama, pastikan kita sebenarnya berilmu dlm bidang yg ingin dikongsi. jika tidak, pelajar berkemungkinan tidak akan dapat ikan yg diingini. sekali tidak jujur mungkin tak disedari. tapi kalau diulangi, ketidakjujuran akan menyebabkan anda hilang penghormatan drpd pelbagai pihak.

dan pelajar bertanggungjawab utk belajar dgn seikhlas dan sungguhhati. sebab ramai yg mempunyai taruhan (stake) pada setiap pelajar. maka janganlah pula sampai menjadi kebiasaan menipu atau membawa masuk nota semasa peperiksaan. anda juga mungkin tidak dipercayai setelah diketahui sama ada ditangkap atau sebaliknya.

Isnin, Mei 09, 2011

Kepercayaan Yang Salah?

kita biasanya akan dinasihatkan utk belajar rajin2. kemudian sambung ke universiti. kemudian kerja dgn kerajaan. sebab bila dah pencen masih ada pendapatan drpd pencen.

tapi jika kita nak kaya harta, janganlah kerja dgn kerajaan. selalunya kerja sbg pegawai kerajaan utk dpt manafaat kewangan dan bukan kewangan spt kemudahan perubatan, kerja dgn masa terhad, kurang tekanan utk pencapaian melebihi sasaran (jika ada sasaran). dan jadi pegawai kerajaan diandaikan jadi orang besar, kereta besar, rumah besar dan pelbagai lagi. sebenarnya, semua yg besar2 ini adalah manafaat bukan kewangan yg didapti drpd jawatan yg disandang.

dan ada juga yg nak kerja sbg pegawai kerajaan ingin hidup mewah. ingin hidup spt orang yg berniaga. maka mereka ini pun turut berniaga. kalau berniaga secara halal kira oklah. tapi bagaimana dgn yg 'menipu drpd segi timbangan'. mereka ini berurusan secara tidak amanah. dan di dunia pendidikan pun boleh berlaku. mendapat bayaran utk perkongsian tidak setimpal dgn yg sepatutnya sebab kita sebenarnya tiada ilmu atau kurang ilmu drpd sepatutnya.

maka sebenarnya rezeki ini telah diperolehi secara tidak amanah. alasan 'utk memberi makan dan minum anak bini/suami' tidak menghalalkan cara rezeki diperolehi. jika nak mewah atau kaya, kerja kuat dan bijak tetapi amalkan 4 sifat - siddiq, amanah, fatanah dan tabligh utk sejahtera dunia dan akhirat.

Audio dan Video

audio = dengar, video = tengok. ianya antara kemahiran diperlukan utk 'survive'. ianya juga antara 5 deria seorang manusia.

dan antara kerja saya memang melibatkan av. tadi saya perhatikan calon yg berjaya dan tak berjaya ke bahagian pengambilan pelajar. saya turut perhatikan pengiring mereka. spt kata encik hisyam, pensyarah fsr, sekarang kita akan lihat mereka yg tak berjaya merayu tempat di uitm. dan yg dah dapat tempat merayu utk tukar kampus atau program pengajian.

calon dan pengiring yg hadir mencerminkan bakal pelajar uitm. maka saya lihat ada yg lebih sesuai di ipts. ketrampilan tidak sesuai dgn institusi yg menjadi benteng melayu/bumiputera dan islam. maka pesan saya juga kpd warga yg sedia ada, terampilkan diri anda sebagai seorang melayu/bumiputera/muslim yg profesional. ketrampilan yg negatif boleh menggugat peluang kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan uitm.

Ahad, Mei 08, 2011

ABC Sebagai Penamat



pada jumaat lepas 6 mei 2011, saya adakan sedikit jamuan utk pelajar srw655 sem jan 2011 yg bersama saya. seorang shj tidak dpt hadir. 9 lagi alhamdulillah dpt hadir.

pelajar srw655 saya utk sem ni termasuk pelajar sepenuh masa dan epjj. dan mereka drpd sr221 dan sr223. asalnya jamuan pada 1 mei 2011. tetapi kerana ada yg nmasih tak siap, saya tangguhkan kpd 6mei. jamuan ringkas shj yg saya mampu dan diadakan dihadapan bk8 fsr. menu pun ringkas, abc special dan kfc (yg bertuah dpt 3ketul). jadi abc yg dihidangkan sbg penamat sesi kita. biasanya abc adalah pemula kata utk belajar.

terima kasih kerana sudi tahan dgn pandangan dan pendapat saya sepanjang sem. semoga anda berjaya utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Komen Seorang Cikgu

semalam semasa di sekolah lama saya, saya dan kawan2 sempat berbual2 dgn seorang cikgu kami. kami sama2 mula lapor diri di tahun yg sama. bagi saya dan kawan2, kami hanya 5 tahun di sana. bagi cikgu azmi, tahun ini adalah tahun ke 32 beliau di sana.

kami komen tentang sukan dan sekolah. beliau bersetuju bhw sekarang, sukan diketepikan kerana fokus utama adalah akademik. malah ada ibubapa yg akan mengeluarkan anak mereka jika anak mereka tidak dpt beri perhatian kpd akademik sepenuhnya kerana sukan. ini berbeza dgn zaman kami pada tahun 80an.

kami bersetuju ini mungkin kerana sekarang tak macam dulu. dulu selepas peperiksaan percubaan spm, mereka yg cemerlang sudah dipinang oleh penaja utk melanjutkan pengajian ke luar negara. dan sekarang ramai yg dapat keputusan A atau A+ bg setiap subjek diambil utk spm. dan ianya juga berkaitan kpi pihak tertentu.

saya lihat proses pembelajaran di sekolah dan ipt tidak lagi menyeronokkan. maka ramai yg belajar utk lulus shj. bukannya utk mendapatkan ilmu supaya dpt digunakan selepas berada di bilik darjah atau kuliah. bacalah utk kebaikan dunia dan akhirat.

Pemimpin dan Pengikut

setiap drpd kita adalah pemimpin. setiap drpd kita adalah pengikut. ianya bergantung kpd masa, tempat, keadaan dan pelbagai lagi.

suratkhabar nst hari ini menceritakan bgmana seorang pemimpin di sebuah daerah di selatan tanah air. beliau dikatakan mempunyai permit yg dijual/disewa kpd orang lain. tiap2 bulan dpt banyak kutipan. dan dia dikatakan sebagai 'pillar' utk masyarakatnya.

antara pemimpin utama kita adalah ibubapa kita. maka setiap dikatakan oleh mereka berdua mesti dipatuhi. selepas rasulullah s.a.w, ibubapa dihormati. kecuali jika mereka melakukan arahan bertentangan dgn islam. dan ada yg berkata bhw bapa akan menanggung juga dosa seorang anak perempuan yg belum berkahwin spt tidak menutup aurat.

amanah melibatkan pemimpin dan pengikut. selalunya pengikut akan mengikut pemimpin. jika pemimpin tidak amanah, pengikut akan tidak amanah. sbg pengikut kita boleh elakkan drpd sama2 menanggung dosa spt ini. sama ada kita jadi pemimpin kpd pemimpin dlm mengubah pecah amanah atau kita keluarkan diri kita drpd menjadi pengikut kpd pemimpin yg tak amanah. kita ada pilihan utk keputusan yg akan memberi kesan kpd kehidupan di dunia dan di akhirat. pilihlah ya.

Sabtu, Mei 07, 2011

Laksa Kuala

aktiviti apabila berada di kuale adalah sama. daftar kehadiran. tengok games. kalau sanggup/berani, turut main games. tengok tshirt/souvinier, kalau mampu beli.

cari kawan2 yg balik. tengok kereta mahal yg ada. cuba berkongsi pengalaman sbg pengajaran kpd pelajar semasa. berjalan2 di sekitar koleq dan kuale. ada rezeki, makan laksa kuale (tadi alhamdulillah sempat), abc, cendol, popiah kuale, lain2 yg ada.

apa yg best laksa kuale? apa yg membezakan dgn laksa tempat lain? ianya berkaitan kenangan. ianya mengingatkan kpd 5tahun di sana. ada kawan yg dulu keluar ke bandar utk makan laksa aje (5kupang masa tu) tanpa beli air minuman. ianya tentang persahabatan, makan dan minum secukupnya di tempat yg sama.

terima kasih kpd kawan dan cikgu yg membantu dlm perjalanan hidup saya. hanya Allah yg mampu memberi pembalasan seadilnya.

Kuala Kangsar 7 Mei 2011

petang tadi saya di kuala kangsar. kali terakhir saya balik ke sana adalah pada 2005, menyambut 100tahun sekolah saya.

saya ke sana kali ini bersama seorang drpd pakcik saya. mengikut beliau, inilah kali pertama beliau kembali ke sana setelah meninggalkannya pada 1969. 42 tahun lamanya. dan semasa perjalanan keluar dari kawasan sekolah, beliau menyatakan bhw beliau tidak pernah terfikir akan memandu kereta di kawasan sekolah ini.

kenapa kami balik ke sekolah kami? itu soalan pakcik saya. jawapan saya, 'ada pelbagai sebab'. ada yg balik sebab nak tunjukkan kpd cikgu bhw kami dah boleh hisap rokok dan cikgu tak boleh buat apa. ada yg balik nak tayang bini/awek. ada yg nak tayang kereta/motorsikal. saya? sekadar mengimbas kenangan 5tahun di sana.

saya sempat berjumpa dgn cikgu azmi, cikgu kelas saya semasa tingkatan 1c pada 1980. beliau ada 5tahun lagi utk pencen. beliau mula bertugas di mckk pada 1980. terima kasih cikgu azmi.

Jumaat, Mei 06, 2011

Pujian oleh Bos

semalam semasa pembentangan oleh tnc jim, beliau ada menyebut beberapa perkara penting berkaitan jim dan uitm. pengarah saya melihat ke arah saya sambil tersenyum dan menganguk2 setuju. saya senyum kembali.

semasa pembentangan beliau, pengaerah saya berulangkali memuji saya dihadapan para td3 dan trex3 uitm. kembang bontot dan merah jugak muka saya. selepas mesyuarat tersebut beliau berjumpa saya dan mengucapkan terima kasih kerana membantu menyediakan slaid pembentangan beliau.

petang tadi semasa post mortem, beliau sekali lagi memuji dan mengucapkan terima kasih kpd saya. beliau menilai saya sbg seorang yg boleh memikirkan perkara yg dia tidak terfikir. 'bad dia ni dia semua tahu. dia fikir yg i tak terfikir tetapi sebenarnya penting'. saya menyatakan bhw ini saya belajar drpd pensyarah saya, termasuklah beliau. jika pensyarah sudi berkongsi ilmu yg ada, akan ada masanya ianya akan kembali membantu pensyarah tersebut juga. insyaallah.

Kesetiaan

apakah definisi kesetiaan? adakah ianya berkaitan membabi buta?

kita diberi akal. kita disuruh membaca utk mendapatkan ilmu. maka dgn akal dan ilmu, kita sepatutnya akan menyokong yg betul dan benar. dan kita akan membangkang dan menentang yg bengkok dan salah.

'birds of the same feathers flock together'. dlm bahasa melayu pipit dgn pipit, enggang dgn enggang. ianya berkaitan dgn berkawan. ianya berkaitan dgn kesetiaan. maka utk menilai seseorang, kita melihat kawan2nya. kawan2 mencerminkan diri kita.

kalau kita asyik berebut nak 'part-time' aje tanpa mengira berilmu atau sebaliknya, maka adakah kita ini setia kpd diri kita? kpd yg patut kita setia. kerana setia juga boleh dikatakan berkaitan dgn amanah dan kebolehpercayaan.

pilihlah mereka yg setia kerana ilmu dan amaanah. silap pilih, walau pun kita pemimpin yg betul, kita akan ditikamnya bukan shj dari belakang, bahkan dari setiap arah yg diberi peluang kpd mereka yg tidak amanah.

Rabu, Mei 04, 2011

Tikam Belakang

tikam belakang ada kaitan dgn cakap lain buat lain. contoh,'saya tak berminat jadi dekan'. tapi orang lain maklumkan bhw orang tersebut beria2 mencadangkan dirinya kpd pihak tertentu supaya beliau lah yg layak jadi dekan. dan orang ini saya tak hormati. tanyalah kpd yg kenali saya.

begitu juga dgn mereka yg berkata, 'kita akan ambil tindakan sewajarnya'. tetapi lain dilakukannya. maka mereka ini dipandang dgn sinis setiap kenyataan mereka. sebabnya mereka telah menilaikan kata mereka sbg tidak berharga. mereka telah nilaikan diri mereka juga tidak berharga dan tidak boleh dipercayai. ianya seperti tikam belakang, depan manis, belakang menikam kita. macam brutus dan pembunuhan caesar.

ketua bagi arahan. dan beliau nyatakan bhw beliau akan memberi sokongan kpd kita semasa kita jalankan arahannya. maka kita pegang kpd katanya, maklumlah dia kan ketua kita. tapi sebaliknya berlaku. beliau putuskan 'talian hayat' kita. dan beliau tidak menyahut permintaan kita utk mendapatkan bantuannya utk selesaikan masalah kita kerana menjalankan 'tugas' mengikut arahannya. dan beliau terkejut apabila kita mampu 'hidup' walaupun telah di'tinggalkan' olehnya utk 'mati' sendirian.

kami ingat. kami sentiasa ingat. kami ingat mereka yg 'terkorban' kerana 'kata' ketua yg tidak dikota. Allah Jua Yg Maha Adil.

Dipercayai dan Diri Kita

ianya masih berkaitan dgn kepercayaan terhadap kata kita oleh pihak lain. bukan sahaja kata orang bawahan bernilai, malah kata pemimpin pun bernilai. kalau kata pemimpin tak boleh dipercayai, maka pemimpin itu tidak lagi bernilai. manusia dipegang kpd janji dan katanya.

kata seorang pakcik sentiasa saya ingat. baru2 ini beliau ulangi lagi setelah kami pulang drpd berurusan dgn wakil sebuah kampung. 'orang akan ingat kita kerana apa kita kata'. beliau yakin bhw beliau dpt berurusan krn apa yg beliau kata dan kotakan puluhan tahun dahulu. tidak perlu bersumpah.

maka jika ada pemimpin yg cakap lain buat lain (cakap tak serupa bikin), saya tak akan hormat dan ambil kisah akan kata pemimpin itu. bagi saya pemimpin itu hanya pada nama sahaja. apabila pemimpin tidak dihormati maka eloklah jangan jadi pemimpin. dan ini termasuk pemimpin di bidang akademik juga.

Nilai Kata

pengalaman berurusan dgn aktiviti dan program di kuala tahan dan taman negara banyak membantu saya mengenai nilai kata manusia. ianya berkaitan kebolehpercayaan/ krdibiliti/ siddiq seseorang.

bukannya mudah utk memastikan kejayaan sesuatu aktiviti dan program. kita merancang dan Allah menentukan. tetapi dlm proses perancangan dan pelaksanaan projek, ianya membolehkan kita menilai kata orang lain. ianya memberi kesan kepada nilai kata kita. yg teruknya apabila kita berjanji utk memudahkan urusan pihak lain, tetapi disaat akhir, pihak yg ingin kita bantu menyusahkan kita.

pengalaman saya dgn satu kumpulan pelajar yg memenangi beberapa pertandingan dalam negara dan mewakili negara di peringkat antarabangsa adalah antara contohnya. mereka ini tidak faham atau tidak mahu faham nilai kata. dan mereka juga tidak jujur dlm pengurusan perjalanan aktiviti berkaitan kewangan (pada pandangan saya). saya kerugian rm1.5k kerana cara mereka ini menguruskan projek. maka mereka ini saya tak akan pegang kata mereka dimasa depan. mereka mungkin cemerlang dgn satu perkara, tetapi mereka tidak boleh dipercayai saya. maka saya gembira kerana saya tidak perlu berurusan dgn mereka lagi.

dan saya akan cadangkan kpd kenalan saya bhw kpd saya, kata mereka (kumpulan pelajar ini) tidak bernilai dan tidak boleh dipercayai. jika kpd kenalan saya kata saya adalah bernilai, bermakna kumpulan pelajar ini kemungkinan tidak akan mendapat pekerjaan dgn kenalan saya. sekali terkena, akan ingat sampai bila2.

Isnin, Mei 02, 2011

Pemimpin Dicari

siapakah pemimpin yg kita cari dan kita inginkan? lain orang lain jawapannya.

secara umumnya, kita boleh gunakan 4sifat rasululullah s.a.w sbg panduan. 1.siddiq-dipercayai. selalunya mestilah cakap serupa bikin. jangan cakap lain, buat lain. 2. fatanah - bijaksana atau berilmu. kalau yg tak ada ilmu janganlah pula nak tunjuk pandai. 3. amanah - diberi tugas dan tanggungjawab maka dilakukan dgn penuh amanah, bukannya salah guna kuasa dan pecah amanah. 4. tabligh - menyampaikan kpd semua apa yg patut disampaikan utk kebaikan dunia dan akhirat. jangan hanya sampaikan yg baik2 shj utk dipuji atau menyampaikan fitnah.

jadi, boleh tak kita jadikan ke-empat2 sifat sbg soalselidik yg mesti dijawab oleh mereka yg ingin jadi pemimpin kita? saya bercadang sedemikian. tapi perlu diperhalusi kandungan soalselidik saya. ada yg sudi membantu?

Calon SR221/SR223 Sep 2011

semalam warga fsr bertugas walaupun cuti hari buruh. dekan pun turut sama hadir bekerja. kami bertugas kerana sesi temuduga utk calon2 sr221 dan sr223 bagi sesi sep 2011.

saya temuramah calon2 matrikulasi. dan sesi saya dirakamkan utk tujuan akademik. maka ada kawan2 yg nak menjengok, keluar semula kerana was2 tujuan rakaman. tda dan dekan turut menjengok sesi saya. dekan duduk memantau perjalanan sesi temuduga panel saya hampir 30minit. alhamdulillah, calon2 ramai yg fasih berbahasa inggeris. cuma ramai yg cita2nya sama aje, nak jadi pensyarah. dan antara soalan saya,'kalau ramai nak jadi pensyarah, pensyarah jadi apa?'. calon tak dapat menjawab. jawapannya ...

kita mesti jelas dgn tanggungjawab kita. jika calon tidak layak atau lebih sesuai ke fakulti, ipt atau bidang lain, maka kita mesti berani melakukan keputusan yg tepat. sama juga semasa pemilihan utk pensyarah, jika tidak atau kurang layak menjadi pensyarah, maka janganlah diambil sebagai pensyarah. kita akan melakukan pecah amanah jika mengambil mereka yg tak layak dan hanya merugikan sumber kewangan pembayar cukai/rakyat. mungkin kita terlibat dlm salahguna kuasa dan pembaziran. dan kena jawab diakhirat.

Pertanian Sebagai Kerja Pilihan

saya ke lancang pada sabtu lepas. ianya utk melihat pertanian sbg kerjaya pilihan utk graduan. saya mengikut seorang pakcik saya. beliau melibatkan diri dlm pertanian antara kerja yg dia lakukan sekarang. kampung yg kami tuju dekat dgn kuala gandah, santuari gajah. perjalanan hanyalah sejauh 120km aje.

banyak tanah2 sekarang terbiar. dlm berita radio tadi, 80% drpd pekerja di ladang2 felda adalah rakyat asing. pengerusi felda komen bhw rakyat tempatan tak minat. mungkin sebab pesan ibubapa dan keluarga termasuk cikgu2,'belajar rajin masuk u kemudian kerja di pejabat'.

sebenarnya potensi dibidang pertanian amat luas. insyaallah, ada yg boleh jadi jutawan melalui kerja yg halal. dan lawatan saya ke sana termasuk berjumpa dgn tok 4 di situ. perjumpaan saya dgn 2 tok 4 di pahang dlm masa seminggu. saya turut mewar2kan khidmat masyarakat dgn uitm. nampak gayanya, mereka berminat.